PORTFOLIO 3 - story book NAME : MUHAMAD AMIRUL ADAM BIN MUHAMAD ZAMBRY ID NO : MD230107 SESSION : JUL - DEC 2023 CLASS : 2A CODE SUBJECT : DAM 20073 SUBJECT : DIGITAL ILLUSTRATION LECTURER : MUHAMAD HAFIZ BIN HADZRI
MAT JENIN Pada zaman dahulu di sebuah kampung, tinggallah seorang pemuda yang kuat berangan. Namanya Mat Jenin.Pada suatu hari, Mat Jenin memanjat pokok kelapa untuk memetik buah kelapa. Dia sudah memanjat sepuluh pokok kelapa. Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan." Upah memetik buah kelapa ini akan kubelikan dua puluh biji telur ayam kampung. " fikir Mat Jenin.Kemudian, Mat Jenin menyambung kerja memetik buah kelapa daripada pokok itu. Tidak lama kemudian, dia berasa letih. Mat Jenin pun bertenggek di atas pelepah kelapa yang separuh kering. Mat Jenin terus menyambung angan-angannya."Telur-telur itu akan aku eramkan. Kemudian, aku akan bela ayam-ayamku dengan baik sekali. Apabila ayam-ayam kampung sudah besar, aku akan menjualnya. Wang jualan ayam itu akan kubeli beberapa ekor kambing." angan Mat Jenin. Mat Jenin terus berangan. Dia berangan untuk menjual kambing-kambingnya dan membeli beberapa ekor lembu pula. Selepas lembu-lembunya membiak, Mat Jenin akan menjualnya. Wang jualan lembu itu akan dibelinya beberapa ekor kuda. Kuda itu akan ditunggangnya semasa membawa lembu-lembunya meragut rumput di padang. Mat Jenin terus berangan lagi. Dia berangan bersiar-siar menunggang kudanya. Mat Jenin menjemput tuan puteri untuk menunggang kudanya. Tuan puteri bersetuju menunggang kuda bersama Mat Jenin. Tuan Puteri meminta Mat Jenin untuk memacu kuda dengan lebih pantas. Oleh sebab laju pantas, kudanya tersalah lompat lalu terjatuh ke dalam perigi buta. Ketika itulah Mat Jenin tersedar bahawa dia sebenarnya terhenjut-henjut di atas pelepah kelapa. Mat Jenin terkejut apabila badannya melayang di udara. Akhirnya, Mat Jenin mendarat ke tanah dengan kedua-dua kakinya tercegat.Jirannya terlopong melihat kejadian itu. Mat Jenin hanya mampu tersenyum. Orang kampung menyindirnya kerana kuat berangan-angan.
sdn bhd
EDITORIAL Hai, nama saya Muhamad Amirul Adam Bin Muhamad Zambry. Saya berumur 19 tahun dan saya berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ini adalah cerita rakyat yang saya reka semula tetapi masih cerita yang sama iaitu Mat Jenin. Mat Jenin mengisahkan tentang seorang pemuda yang suka berangan-angan. Semoga cerita ini dapat memberikan pengajaran kepada anda yang membaca. Kepada pembaca, Adam Zambry
Pada zaman dahulu di sebuah kampung, 1
2
Tinggallah seorang pemuda yang kuat berangan. Namanya Mat Jenin. 3
Pada suatu hari, Mat Jenin memanjat pokok kelapa untuk memetik buah kelapa. 4
Dia sudah memanjat sepuluh pokok kelapa. 5
Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan. 6
"Upah memetik buah kelapa ini akan kubelikan dua puluh biji telur ayam kampung." fikir Mat Jenin. 7
Kemudian, Mat Jenin menyambung kerja memetik buah kelapa daripada pokok itu. 8
Tidak lama kemudian, dia berasa letih. Mat Jenin pun bertenggek di atas pelepah kelapa yang separuh kering. Mat Jenin terus menyambung angan-angannya. 9
"Telur-telur itu akan aku eramkan. Kemudian, aku akan bela ayam-ayamku dengan baik sekali. 10
Apabila ayam-ayam kampung sudah besar, aku akan menjualnya. Wang jualan ayam itu akan kubeli beberapa ekor kambing." angan Mat Jenin. 11
Mat Jenin terus berangan. Dia berangan untuk menjual kambing-kambingnya dan membeli beberapa ekor lembu pula. 12
Selepas lembu-lembunya membiak, Mat Jenin akan menjualnya. Wang jualan lembu itu akan dibelinya beberapa ekor kuda. Kuda itu akan ditunggangnya semasa membawa lembu-lembunya meragut rumput di padang. 13
Mat Jenin terus berangan lagi. Dia berangan bersiar-siar menunggang kudanya. 14
Mat Jenin menjemput tuan puteri untuk menunggang kudanya. Tuan puteri bersetuju menunggang kuda bersama Mat Jenin. 15
Tuan Puteri meminta Mat Jenin untuk memacu kuda dengan lebih pantas. 16
Oleh sebab laju dan pantas, kudanya tersalah lompat lalu terjatuh ke dalam perigi buta. 17
Ketika itulah Mat Jenin tersedar bahawa dia sebenarnya terhenjut-henjut di atas pelepah kelapa. 18
Mat Jenin terkejut apabila badannya melayang di udara. 19
Akhirnya, Mat Jenin mendarat ke tanah dengan kedua-dua kakinya tercegat. Jirannya terlopong melihat kejadian itu. Mat Jenin hanya mampu tersenyum. Orang kampung menyindirnya kerana�kuat�berangan-angan. 20 - TAMAT -
WATAK Raja Mat Jenin Tuan Puteri Jiran 1 Jiran 2 Mat Jenin
sdn bhd REMBAU