The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO TRAGEDI 13 MEI PUNCA DAN PENGAJARAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hikmahmansor2020, 2022-05-20 01:58:44

E-FOLIO TRAGEDI 13 MEI PUNCA DAN PENGAJARAN

E-FOLIO TRAGEDI 13 MEI PUNCA DAN PENGAJARAN

E-FOLIO TRAGEDI 13
MEI PUNCA DAN
PENGAJARAN

AHLI KUMPULAN :
SITI FARIDA [ 07DPR21F2074 ]
SITI ZULAIHAH [ 07DPR21F2064 ]
NUR HIKMAH [ 07DPR21F2057 ]

SOFEA [ 07DPR21F2078 ]
NATALLIA [ 07DPR21F2062 ]

PENGENALAN :

• Pengenalan peristiwa 13 mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak
meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia.
Peristiwa 13 mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-
tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu
rentetan kepada sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Tragedi ini
telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan
rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969” yang merupakan satu sejarah negara
Malaysia

PUNCA-PUNCA :

punca-punca yang membawa kepada peristiwa 13 mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang
paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang melayu dan orang cina. Antara
punca tragedi berdarah ini berlaku ialah :

1. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun

• Pada zaman pendudukan jepun, masyarakat tanah melayu telah dilayan
secara berbeza-beza. Masyarakat cina umpamanya telah dilayan dengan
begitu teruk oleh tentera jepun berbanding dengan orang-orang melayu.
Keadaan ini berikutan jepun yang pernah berperang dengan China
sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu
sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah
menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang melayu dan cina .

2.Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak
Istimewa Orang Melayu

• PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang melayu dalam perlembagaan. Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah
tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
“Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial” isu sebenar yang mencetuskan
peristiwa 13 mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang melayu
adalah terkebawa berbanding dengan kaum cina.

3.Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Negara

• Isu Bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor
kepada peristiwa 13 mei. Berikutan pengisytirahan kemerdekaan tanah
melayu 1967, sebuah perlembagaan persekutuan telah dibentuk yang lainnya
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan Bahasa melayu dan Bahasa
inggeris adalah sebagai Bahasa rasmi negara. Selepas 10 tahun merdeka
kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan Bahasa inggeris dengan
tujuan untuk mengugurkannya daripada status Bahasa rasmi dan hanya
Bahasa melayu sahaja yang diiktiraf sebagai Bahasa rasmi.

4.Perbezaan Agama Dan Budaya

• Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam kaum cina
beragama buddha, lao-tza, tauisme, confius manakala kaum india
beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama Kristian.
Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan tersendiri. Masalah
perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat
dari sikap jahil agama-agama lain hingga banyak perkara yang
dilakukan secara tidak sengaja telah menyingung emosi penganut
agama lain.

5. Masalah Ekonomi

• Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan
berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbanga ini
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama
lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang
cina manakala orang cina dan india mencemburui kaum melayu
yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sector pertadbiran

6.Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

• Kejadian ini disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh british yang mengaitkannya
dengan beberapa faktor. Dasar penjajah inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah
merupakan satu Tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum
samaada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang cina tinggal di bandar
menjalankan perniagaan dan juga di Kawasan-Kawasan lombong sebagai pelombong dan mereka
jugalah sebenarnya memiliki asset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-
orang melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau petani kecil. Kaum india kebanyakkannya
sebagai buruh kasar kerajaan pekerja di ladang. Kegiatan orang melayu dan india adalah bercorak sara
diri. Keadaan ini menyebabkan ekonomi khusunya melayu menjadi lemah dan ketinggalan

PENGAJARAN :

pergaduhan antara kaum melayu dan kaum cina merupakan kemuncak semangat yang kuat dan tidak
dapat dibendungkan lagi. 13 mei 1969 tidak akan berlaku kerana membahayakan keamanan negara
dan pepaduan masyarakat Malaysia. Antara 5 pengajaran yang boleh dijadikan iktibar ialah :

1. Kehilangan Nyawa Dan Harta Benda

• Peristiwa 13 mei ini sebenarnya tidak mendatangkan faedah ke pada

berlakunya perpecahan dan perbalahan yang berlaku di antara kaum

melayu dan cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar

malah yang paling malang ialah nyawa yang telah terkorban akibat

kejadian seperti ini yang meninggalkan kesan dan pengajaran yang

pahit kepada keluarga dan saudara mara

2.Perintah Berkurung

• Kerajaan terpaksa mengeluarkan perintah berkurung yang disebabkan
oleh kekacaun dan pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk
mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara.
Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaraan dan
pergaulan yang kurang harmoni kerana ianya menyekat aktiviti yang
bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan
perniagaan, susah berinteraksi dan saling berhubungan.

3.Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

• Musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan
memecahbelahkan rakyat dan ingin menaklukan Malaysia sebagai
taklukan dan jajahan. Pengelaman yang perlu diteladani ialah
keadaan negara yang tidak aman, huru hara, rakyat yang berbilang
kaum, berpecah belah akibat rasa tidak berpuas hati dengan isu-isu
sensitive terutaman isu perkauman antara kaum dan segala aktivit
disekat.

4.Perpaduan Nasional

• Tragedi peristiwa 13 mei ini memberi kepada kita pengajaran dan
kerajaan telah mengadakan dasar pepaduan antara kaum dan
masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan
masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman,
bertoleransi dan menjauhi sikap-sikap yang terkeji seperti berdengki,
beriri hati dan menanam sifat curiga antara kaum. Dengan terdapat
pelbagai jenis kaum agama di Malaysia peristiwa 13 mei pasti akan
berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitig yang timbul.

5.Keadilan Ekonomi

• Tragedi 13 mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika
masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih menjadi lebih sukar majoriti
kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja. Keadaan ekonomi dendografi
penduduk Malaysia menunjukkan bahawa majoriti penduduk bumiputera tinggal di luar
bandar kebanyakkannya berpendapatan rendah & miskin. Oleh itu, selepas 13 mei satu dasar
pragmatic dasar ekonomi baharu [ DEB ] telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan
satu dasar jangka panjang yang mempunyai dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan
tanpa mengira kaum dan menyusan semula masyarakat.

KESIMPULAN :

• Peristiwa pahit 13 mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus
diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, ia turut memaparkan rahsia-
rahsia pembinaan negara bangsa yang mencukupi bidang politik, social,
ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata
petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu
cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sesebuah negara itu maju dan
makmur akan menjadi bayangan sahaja


Click to View FlipBook Version