Disediakan oleh: Nur Zahidah Binti Ahmad BELALANG DAN SEMUT
Pada suatu hari, semut mengajak belalang mencari makanan bersamasama.Namun,belalang tidak mahu kerana belalang mahu tidur
“Musim tengkujuh akan tiba. Kita mesti menyimpan banyak bekalan makanan, “kata semut.Tetapi belalang tidak menghiraukan perkataan semut.
Setiap hari semut keluar mencari bekalan makanan.Semut menyimpan makanan di dalam lubang kayu
Akhirnya,tiba musim tengkujuh. Hujan turun dengan lebat.Hujan turun tidak berhenti-henti.Paras air sungai makin naik dan kawasan itu berlaku banjir.
Belalang berasa sangat lapar dan kesejukkan.Tetapi belalang tidak mempunyai bekalan makanan.
Belalang pun pergi ke rumah semut.Belalang meminta makanan daripada semut.Semut tidak mahu memberikan makanan kepada belalang.
Belalang merayu kepada semut.Semut marah kepada belalang.Semut menyuruh belalang pulang dan tidur.
Namun semut merasa kasihan kepada belalang.Semut mengajak belalang untuk makan dirumahnya.Sejak dari itu belalang tidak malas lagi
NILAI MURNI Sikap malas tidak memberikan apa-apa kebaikan malah merugikan seseorang
Pengkaryaan Adaptasi Buku cerita belalang dan semut ini adalah karya diadaptasi sahaja dan dibuat berdasarkan bahanbahan yang terkandung di dalam cerita pada zaman dahulu.Adaptasi cerita ini dilaksanakan dengan mengeluarkan nilai-nilai yang terdapat dalam cerita dan mengubah sedikit struktur ayat ringkas kepada ayat lengkap.Buku ini diciptakan bertujuan membantu kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun mahir mengeja dan membaca
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SEMESTER 2 SESI 2023/2024 DKK2343 PERKEMBANGAN BAHASA DAN AWAL LITERASI TUGASAN INDIVIDU: PRABACAAN DAN PRATULISAN KANAKKANAK PENSYARAH: PUAN SYAZWANI BINTI HUSIN DISEDIAKAN OLEH: NUR ZAHIDAH BINTI AHMAD PID22405 TARIKH SERAHAN 3 MAC 2024