The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdfaisalhumairal, 2020-05-22 01:03:16

HUMAIRA - KATA PARTIKEL - BAHASA MELAYU

HUMAIRA - KATA PARTIKEL - BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU

TAJUK : KATA PARTIKEL/ PENEGAS

NAMA: HUMAIRA BINTI MOHD FAISAL
TINGKATAN: 3 BESTARI

NAMA GURU: DESA NABILA
SEKOLAH: MENENGAH ISLAM INTEGRASI PINTAR SAUJANA UTAMA

 Kata partikel/ penegas ialah perkataan yang digunakan sebagai
penegas atau pengasas dalam sesuatu pernyataan.

 Kata penegas atau partikel ialah perkataan kecil yang membawa
makna penuh atau lengkap kecuali hanya untuk menentu-kan
makna ayat.

 Ianya tergolong dalam kata tugas Bahasa Melayu dan
merupakan perkataan yang memberikan penegasan pada
bahagian tertentu dalam ayat, sama ada pada bahagian subjek
atau bahagian predikat.

Kata Penyambung Ayat Kata Praklausa

Kata tugas
terbahagi kepada

empat iaitu:-

Kata Prafrasa Kata Pascafrasa

 Kata penegas berada dalam kata prafrasa, dan kata pascakata.

 Contoh kata penegas - jua, sahaja, memang, pun, -kah, -tah,-lah.

 Kata penegas dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata penegas
yang hanya menegaskan frasa predikat.

 Dibahagikan kepada dua iaitu:-

i. Kata penegas yang hanya menegaskan frasa predikat.
Contoh: –kah, -tah dan -lah.

ii. Kata penegas yang bersifat bebas dari segi kehadirannya
dalam ayat, sama ada hadir dalam subjek atau predikat.
Contoh: hanya, jua, juga, lagi, memang, sahaja dan pun.

 Contoh penggunaan perkataan-perkataan tersebut dalam ayat
adalah seperti yang berikut:-

i. Beliaulah yang menjadi harapan keluarganya sekarang.
ii. Walaupun kurang sihat, datang juga dia pada hari ini.
iii. Saya pun pernah dibawanya bersama.
iv. Komputer memang satu keperluan masa ini.

KATA PENEGAS

KATA PENEGAS PARTIKEL KATA PENEGAS BERBENTUK AKAR

Contoh: Contoh:
-lah,-tah,-kah,pun Hanya, memang, juga, jua, lagi, cuma,

yang, sahaja

 Partikel –kah,-tah dan –lah merupakan partikel pementing
predikat kerana artikel ini terletak dalam bahagian predikat ayat.

 Predikat yang dipentingkan oleh –kah, -tah dan –lah mestilah
didahulukan dalam susunan (binaan ayat). Contohnya:-
i. Maniskah buah langsat ini?
ii. Dialah yang bersalah.
iii. Apatah dayaku.

 Partikel –kah dan –tah hadir dalam ayat tanya yang berperanan
sebagai penegas untuk mementingkan predikat dalam ayat
Tanya, dalam ayat penyata songsang, ayat perintah aktif dan ayat
perintah pasif.


Click to View FlipBook Version