KERTAS KERJA
Program Prelude PLC 2.0:
Profesional Learning Community
bagi Tahun 2018 dan 2019
(Prelude PLC 2.0)
UNIT PENGURUSAN AKADEMIK
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RANAU
Beg Berkunci No. 8, 89308 Ranau Sabah.
1
1.0 PENDAHULUAN
Pelaksanaan Prelude Profesional Learning Community (PLC) Prelude PLC 2.0 sesi 2018/2019
bagi sekolah-sekolah rendah PPD Ranau merupakan tindakan susulan daripada Prelude PLC
1.0 2017/2018 iaitu memperluas penglibatan guru dalam PLC. Pelaksanaan program ini adalah
selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengarahkan setiap PPD
melaksanakan PLC sebagai satu pembudayaan ke arah peningkatan kualiti pengajaran guru.
Program Prelude PLC 2.0 dirancang, dilaksanakan dan disebar luas berdasarkan
kedudukan geografi dan persekitaran sekolah-sekolah rendah daerah Ranau. Pelaksanaan
program Prelude PLC 2.0 meliputi tempoh dua tahun yang dibahagikan kepada dua kumpulan,
iaitu Prelude PLC 2.0 Kumpulan A dan Prelude PLC 2.0 Kumpulan B.
Prelude PLC 2.0 Kumpulan A terdiri daripada guru-guru yang mengajar tahun 1 dan
tahun 4 tetapi belum mengikuti mana-mana kumpulan PLC Prelude 1.0 2017/2018. Manakala
Prelude PLC 2.0 Kumpulan B terdiri daripada guru-guru mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI),
Bahasa Melayu (BM) dan Matematik (M3) Tahun 2 dan Tahun 3 yang sedia ada atau guru yang
baharu mengajar mata pelajaran tersebut. Model pelaksanaan Prelude PLC 2.0 adalah
berasaskan kitaran PDCA yang merangkumi perancangan, pelaksanaan, penilaian dan tindakan
susulan dijadikan teras bagi pelaksanaan konsep dan penambahbaikan program PLC pada siri
yang seterusnya.
Pelaksanaan Prelude PLC 2.0 bertujuan untuk memperluas amalan dan pembudayaan PLC
dalam kalangan guru-guru yang mengajar Tahun 1 dan Tahun 4, namun belum terlibat dalam
mana-mana kumpulan PLC (berdasarkan kumpulan sedia ada di bawah program Prelude PLC
1.0 tahun 2017/2018).
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN: TARIKH/ MASA/ TEMPAT
Tempoh masa pelaksanaan Prelude PLC 2.0 adalah 9 bulan iaitu dalam julat 1 Julai 2018
sehingga 31 Mac 2019. Masa pelaksanaan Prelude PLC 2.0 adalah di antara jam 8.00 pagi
hingga 5.00 petang di sekolah-sekolah rendah yang terpilih dan mengikut jadual pelaksanaan
yang telah ditetapkan.
Mulai 1 Julai 2018, Prelude PLC 2.0 Kumpulan A akan dilaksanakan sekurang-
kurangnya sekali seminggu (mengikut keperluan) berdasarkan takwim yang disediakan oleh
urus setia di PPD Ranau menggunakan kaedah berasaskan sekolah dengan mengumpulkan
semua guru yang mengajar Tahun 1 dan Tahun 4 (tetapi guru yang berkenaan belum berada
dalam mana-mana kumpulan Prelude PLC 1.0 2017/2018). Manakala Prelude PLC 2.0
Kumpulan B akan melaksanakan PLC dalam kalangan guru tahun 2 dan tahun 3 mengikut mata
pelajaran sama ada BM, BI dan M3 dalam kalangan sekolah sedia ada mengikut pendekatan
Prelude PLC 1.0 2017/2018. Takwim dan surat jemputan pelaksanaan Prelude PLC 2.0
Kumpulan B hendaklah disediakan oleh sekolah yang menjadi tuan rumah dalam tempoh 9
bulan, mulai 1 Julai 2018 hingga 31 Mac 2019.
2
Prelude PLC 2.0 Kumpulan A dilaksanakan serentak di sekolah-sekolah tertentu
yang akan dikendalikan oleh enam pasukan pembimbing. Ahli jawatan kuasa PLC sekolah
boleh menetapkan satu mata pelajaran yang akan melaksanakan PdPc di bilik darjah
berasakan konsep PLC iaitu Lesson Study. Justeru itu, semua 71 sekolah rendah akan terlibat
dalam pelaksanaan PLC Prelude 2.0 bagi tahun 2018/2019. Rujuk Jadual 1 untuk mendapatkan
gambaran mengenai pelaksanaan Prelude PLC 2.0.
Manakala Prelude PLC 2.0 Kumpulan B dilaksanakan di sekolah tertentu pada tarikh
yang ditetapkan sendiri oleh pasukan AJK PLC mengikut mata pelajaran masing-masing (BI,
BM, M3) dan mengikut kesesuaian dan takwim panitia mata pelajaran masing-masing yang
dijalin antara sekolah-sekolah berhampiran (kumpulan sekolah sedia ada). Prelude PLC 2.0
Kumpulan B akan dilaksanakan di sekolah tanpa atau dengan kehadiran rakan pemerhati
daripada PPD Ranau. Pasukan pembimbing (rakan pemerhati) daripada PPD akan menjadi
pemerhati dan membuat bimbingan susulan (mengikut keperluan) di sekolah yang berkenaan.
Jadual 1: Pelaksanaan Prelude PLC 2.0 bagi tahun 2018/2019
Kumpulan Guru terlibat Tempoh Pegawai terlibat Catatan
1 Mengajar tahun 1 Julai 2018 – UPA/SISC+/ 4 orang
1 & 4 di sekolah 31 Mac 2019 FasiLinus pegawai
4 orang
2 Mengajar tahun 1 Julai 2018 – UPA/SISC+/ pegawai
1 & 4 di sekolah 31 Mac 2019 FasiLinus 4 orang
pegawai
3 Mengajar tahun 1 Julai 2018 – UPA/SISC+/ 4 orang
1 & 4 di sekolah 31 Mac 2019 FasiLinus pegawai
4 orang
4 Mengajar tahun 1 Julai 2018 – UPA/SISC+/ pegawai
1 & 4 di sekolah 31 Mac 2019 FasiLinus 4 orang
pegawai
5 Mengajar tahun 1 Julai 2018 – UPA/SISC+/
1 & 4 di sekolah 31 Mac 2019 FasiLinus
6 Mengajar tahun 1 Julai 2018 – UPA/SISC+/
1 & 4 di sekolah 31 Mac 2019 FasiLinus
Maklumat terperinci untuk pelaksanaan Prelude PLC 2.0 berkaitan tarikh, tempat dan
masa boleh diperoleh daripada lampiran 1.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program Prelude PLC 2.0 Kumpulan A ialah semua guru yang
mengajar di kelas Tahun 1 dan Tahun 4, kecuali guru berkenaan telah menyertai mana-
mana kumpulan PLC mengikut mata pelajaran sama ada BM, BI dan M3. Manakala Prelude
PLC 2.0 Kumpulan B yang terdiri daripada tidak kumpulan mengikut mata pelajaran iaitu
BM, BI dan M3 di kelas Tahun 2 dan Tahun 3 akan mengurus sendiri pelaksanaan PLC
mengikut ketetapan sebelum ini (program Prelude PLC 1.0 pada tahun 2017/2018.
3
5.0 OBJEKTIF
5.1 Mengupayakan kualiti dan keberkesanan pedagogi guru-guru yang mengajar
kelas Tahun 1 dan Tahun 4 (Prelude PLC 2.0 Kumpulan A) dan guru yang
mengajar mata pelajaran BM, BI dan M3 kelas Tahun 2 & Tahun 3 (Prelude
PLC 2.0 Kumpulan B) di sekolah rendah melalui pelaksanaan aktiviti akademik
bersepadu sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid
dalam bidang akademik, ini sekali gus melengkapkan pentaksiran secara
holistik.
5.2 Meningkatkan amalan kepelbagaian strategi PLC di bilik darjah mengikut
kesesuaian dan keperluan seperti Lesson Sturdy, Learning Walks, Peer
Coaching, Teacher Sharing Sessions, Data Analysis, Book Club dan Video
Critique. Ini sekali gus memantapkan aktiviti pembelajaran berkonsepkan
PAK21 setiap kali melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan di bilik
darjah.
5.3 Memantapkan budaya aktiviti PAK21 melalui keseronokan pembelajaran
dan pembelajaran bermakna dalam kalangan murid melalui amalan strategi
PLC dalam kalangan guru-guru Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 di
semua sekolah rendah daerah Ranau.
5.4 Menggalakkan guru mengenal pasti aspek penambahbaikan pendekatan
pedagogi melalui intervensi yang sesuai dan berterusan sehingga dapat
dibudayakan oleh guru secara individu dan secara kolektif di sekolah.
5.5 Memberi pengalaman baharu kepada guru melalui perkongsian amalan
terbaik pedagogi dan pentaksiran dengan rakan guru sama ada di sekolah atau
di sekolah yang lain.
5.6 Menerapkan secara sistematik (seperti yang dirancang dalam RPH),
penggunaan dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) semasa
PdPc dan pentaksiran bilik darjah (PBD).
6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)
6.1 Indikator Output:
6.1.1 Satu Laporan Bertulis
Semua guru yang mengikuti program Prelude PLC 2.0 dikehendaki
menyediakan satu laporan bertulis yang berkaitan dengan dapatan,
pengalaman, amalan terbaik, aspek penambahbaikan yang dikenal pasti
dan cadangan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas selesai mengikuti
atau melaksanakan PLC.
4
6.1.2 Mengekalkan dan memperluas bilangan guru yang terlibat iaitu
meliputi guru yang mengajar kelas Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun
4. Di mana, kumpulan PLC Prelude 1.0 yang sedia ada mengikut mata
pelajaran (BM, BI dan M3) dan kumpulan baharu iaitu guru yang di kelas
Tahun 1 dan Tahun 4 (khususnya yang belum menyertai mana-mana
kumpulan PLC di bawah program Prelude PLC 1.0 2017/2018)
6.2 Indikator Outcome:
6.2.1 Peningkatan kualiti pengajaran guru berdasarkan amalan strategi
PLC seperti:
i. Lesson Study (keutamaan),
ii. Learning Walks,
iii. Peer Coaching,
iv. Teacher Sharing Sessions,
v. Data Analysis,
vi. Book Club dan
vii. Video Critique.
Ini sekali gus dapat menerapkan aktiviti PAK21 semasa mengendalikan
pembelajaran di bilik darjah.
6.2.2 Sokongan dan impak kepada peningkatan yang signifikan dalam
pencapaian markah Standard 4 SKPMg2 selepas pencerapan oleh
pihak pentadbir di bilik darjah.
5
7.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA
7.1 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn. Siti Hamni Hashim,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
Timbalan Pengerusi : En. Maksum Y. Shariffuddin,
Ketua Unit Pengurusan Akademik
Setiausaha : Pn. Casey Yuman,
Unit Pengurusan Akademik
Timbalan Setiausaha : En. Marcelus Johnny
Pegawai SISC+
Bendahari : Pn. Venna binti Sarungin
AJK Tertinggi : Pn. Casey Yuman
Pn. Rapedah Hassan,
En. Jaminus Agang,
7.2 JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras Program : Pn. Casey Yuman
Penyelaras Teknikal : En. Marcelus Johnny & Dr. Losius Goliong
Fasilitator (24 orang pegawai) : Semua pegawai SISC+ (12 orang),
Semua pegawai FasiLinus (9 orang),
Semua pegawai UPA (3 orang)
Buku kehadiran/dapatan : Pn. Susan Inow & Roslinah Apin
Borang maklum balas PLC : Cik Alice Aban & Ashly Kasin
Format pelaporan (diisi oleh guru) : En. Nazarius G. Yulip
En. Asman bin Saman
Pendaftaran SPL :
Pn. Alicia Nicolete Chew Mailap,
Pn. Lisah Kilau @ Hamrie,
En. Marcelus Johnny.
6
Pasukan Pembimbing: 4 orang setiap kumpulan
Kumpulan 1 : SISC+ (1 orang lelaki & 1 orang perempuan),
UPA (1 orang) & FasiLinus (1 orang)
Kumpulan 2 : SISC+ (1 orang lelaki & 1 orang perempuan),
UPA (1 orang) & FasiLinus (1 orang)
Kumpulan 3 : SISC+ (1 orang lelaki & 1 orang perempuan),
UPA (1 orang) & FasiLinus (1 orang)
Kumpulan 4 : SISC+ (1 orang lelaki & 1 orang perempuan),
FasiLinus (2 orang)
Kumpulan 5 : SISC+ (1 orang lelaki & 1 orang perempuan),
FasiLinus (2 orang)
Kumpulan 6 : SISC+ (1 orang lelaki & 1 orang perempuan),
FasiLinus (2 orang)
8.0 STRATEGI PELAKSANAAN / JADUAL / PENGISIAN/ TAKLIMAT
8.1 Strategi Pelaksanaan Prelude PLC 2.0
Strategi pelaksanaan Prelude PLC 2.0 Kumpulan A adalah berasaskan sekolah
masing-masing, iaitu tidak ada jalinan guru antara sekolah. Manakala bagi
Prelude PLC 2.0 Kumpulan B adalah berasaskan sekolah mengikut kumpulan
sekolah sedia ada seperti mana yang diguna pakai sebelum ini (Prelude PLC
1.0 tahun 2017/2018). Pendekatan PLC yang akan diberi keutamaan ialah
Lesson Sturdy, walau bagaimana pun pendekatan PLC yang lain seperti
Learning Walks, Peer Coaching, Teacher Sharing Sessions, Data Analysis, Book
Club atau Video Critique adalah digalakkan.
8.2 Mata pelajaran yang terlibat
Bagi Prelude PLC 2.0 Kumpulan A tiada mata pelajaran yang ditetapkan,
(pemilihan mata pelajaran bersifat terbuka) asalkan pelaksanaan PLC adalah di
kelas Tahun 1 atau Tahun 4. AJK PLC sekolah diberi mandat untuk
menetapkan mata pelajaran, guru atau guru-guru yang melaksanakan
PdPc di bilik darjah, sumber pendidikan, pentaksiran dan RPH.
Mata pelajaran telah ditetapkan bagi Prelude PLC 2.0 Kumpulan B iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik pada Tahun 2 atau Tahun 3,
namun dilaksanakan secara berasingan. Tarikh pelaksanaan PLC bagi
mengikut tiga kumpulan mata pelajaran akan ditetapkan sendiri oleh guru-guru
7
yang terlibat dalam jalinan PLC panitia antara sekolah. Maka dengan itu,
kumpulan PLC mata pelajaran di sekolah adalah disarankan untuk menetapkan
tarikh pelaksanaan PLC yang berbeza mengikut mata pelajaran.
8.3 Jadual Pelaksanaan Prelude PLC 2.0
Jadual pelaksanaan Prelude PLC 2.0 kumpulan A bagi tahun 2018/2019
(disediakan oleh PPD Ranau, rujuk lampiran). Manakala, jadual pelaksanaan
Prelude PLC Kumpulan B, ditetapkan sendiri oleh kumpulan PLC mengikut
mata pelajaran di sekolah-sekolah yang terlibat. Bagi tujuan pengurusan
sistematik, pihak urus setia (PPD Ranau) akan menyediakan borang penetapan
tarikh pelaksanaan PLC Prelude Kumpulan B mengikut mata pelajaran yang
akan diedarkan pada bulan Mei dan dilengkapkan oleh pihak sekolah sebelum
dihantar ke PPD (pada awal Jun 2018).
8.4 Taklimat pelaksanaan Prelude PLC 2.0
Taklimat khas pelaksanaan PLC Prelude 2.0 akan laksanakan pada 18 Mei 2018
(Jumaat), dan dihadiri oleh guru-guru Penolong Kanan Akademik (PK1) dari
semua sekolah. Seterusnya, taklimat susulan akan dibuat sekali lagi pada 29 Jun
2018 (Jumaat) juga kepada semua PK1. (Penghantaran borang penetapan tarikh
Prelude PLC Kumpulan B mengikut mata pelajaran).
Objektif pelaksanaan taklimat adalah untuk memastikan semua guru atau pihak
pengurusan sekolah mempunyai masa untuk memahami, menghayati dan
merancang dengan lebih berkesan sebelum pelaksanaan PLC di peringkat
sekolah.
8.4 Pengisian aktiviti PLC
i. Guru-guru di sekolah yang terpilih akan merancang dan melaksanakan
PdPc di bilik darjah berdasarkan strategi PLC iaitu ‘Lesson Study’
bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan. Perancangan tersebut meliputi
aspek penyediaan sumber pendidikan (BBB/BBM/ABM/TMK), rancangan
pengajaran harian (RPH), bahan dan kaedah pentaksiran, aktiviti PAK21
(gallery walk, hot seat, pembentangan hasil kerja, nyanyian atau deklamasi
sajak, one-stay three stray, round table, role play, dan peta pemikiran I-
Think) serta lain-lain aspek mengikut keperluan.
8
ii. Guru yang terlibat dalam pelaksanaan PLC menggunakan borang
pemerhatian khas yang disediakan.
a. Borang 1: Maklumat struktur organisasi Lesson Study,
b. Borang 2: Pemilihan tema/tajuk dan sumber pendidikan,
c. Borang 3: Templet RPH,
d. Borang 4: Pemerhatian PdPc (Lesson Study),
e. Borang 5: Protokol/ garis panduan pemerhatian PdPc,
f. Borang 6: Pelaporan
iii. Selepas tamat sesi PdPc guru, sesi perbincangan antara guru-guru yang
melaksanakan dan memperhatikan pembelajaran akan dilaksanakan. Topik
perbincangan meliputi
a. kekuatan pedagogi: amalan terbaik,
b. penambahbaikan yang dicadangkan,
c. strategi PLC yang digunakan,
d. aktiviti PAK21,
e. penerapan KBAT,
f. kreativiti dan inovasi,
g. impak pengajaran guru bagi pembelajaran murid.
iv. Penyediaan laporan bertulis oleh semua guru dalam tempoh 14 hari selepas
pelaksanaan Prelude PLC 2.0. Laporan hendaklah ditandatangani oleh Guru
Besar sebelum dihantar ke Unit SISC+ Sekolah Rendah, Pejabat Pendidikan
Daerah Ranau.
9.0 CADANGAN PELAKSANAAN PRELUDE PLC 2.0 KUMPULAN A
9.1 SEBELUM PELAKSANAAN LAWATAN BIMBINGAN
✓ Pasukan pembimbing memastikan sudah terdapat perbincangan awal di
sekolah bagi menetapkan mata pelajaran, tajuk, sumber pendidikan,
guru/guru-guru yang melaksanakan PdPc, cetakan borang-borang tertentu.
✓ Pasukan pembimbing memastikan tahap kesediaan PLC di sekolah yang
mencukupi
9.2 PADA HARI LAWATAN BIMBINGAN
✓ Tempoh pelaksanaan PdPc di bilik darjah (60 minit/ 1 jam)
✓ Perbincangan Profesional (2 hingga 3 jam),
9
9.3 TINDAKAN SUSULAN SELEPAS LAWATAN BIMBINGAN
✓ Lawatan susulan pelaksanaan PdPc (mengikut keperluan) untuk memastikan
pembudayaan kepada aspek penambahbaikan yang telah disarankan dalam
perbincangan profesional,
✓ Mendaftarkan kehadiran berkursus guru dalam SPL KPM bagi program PLC
Prelude 2.0 iaitu 6 jam (melayakkan fasilitator dan guru mendapat sijil on-
line) yang meliputi proses aktiviti persediaan, (2 – 3 jam), pelaksanaan PdPc
(1 jam), perbincangan profesional (2 – 3 jam)
10.0 STRATEGI UTAMA PLC
Jenis Tindakan dalam konteks Prelude Catatan
Strategi
Lesson Study Sekumpulan guru (mengikut mata Penyediaan rancangan
pelajaran) secara usaha sama, membina satu pengajaran mengandungi
Peer rancangan pengajaran (RPH) mengikut Standard Pembelajaran,
Coaching tajuk bagi mata pelajaran yang dipilih, Standard Kandungan dan
(Bimbingan kemudian menyediakan bahan bantu Standard Prestasi.
Rakan Sebaya belajar yang sesuai. SKPMg2 Standard 4 juga
Guru) Melaksanakan pengajaran sama ada secara dirujuk sepanjang persediaan
individu atau berpasukan di bilik darjah. rancangan pengajaran.
Teaching Pemerhati pengajaran pula akan mengenal
Sharing pasti amalan terbaik dan aspek yang Dalam tempoh 3 tahun terakhir,
Sessions memerlukan penambahbaikan. belum ada sekolah di PPD
(TSS) atau Secara teratur rakan guru melaksanakan Ranau yang melaksanakan
(Sesi pemerhatian pengajaran guru lain di bilik strategi PLC jenis Peer
Perkongsian darjah berasaskan kepada model kitaran: Coaching dalam kalangan rakan
Guru) sebaya, kecuali oleh rakan-rakan
i. pra pemerhatian SISC+ yang datang ke sekolah.
ii. pemerhatian di bilik darjah Setiap guru bebas memberi
iii. pasca pemerhatian perkongsian, namun TSS akan
menjadi lebih berkesan
Sekumpulan guru merancang melaksanakan sekiranya guru yang membuat
perkongsian (misalnya sebulan sekali) perkongsian telah ditetapkan
mengikut kesesuaian (misalnya mengikut lebih awal.
kumpulan panitia mata pelajaran) untuk
berkongsi amalan pengajaran terbaik,
pengalaman melaksanakan aktiviti PAK21,
inovasi bahan pembelajaran, inovasi teknik
pengajaran, hasil kerja murid yang kreatif
10
Jenis Tindakan dalam konteks Prelude Catatan
Strategi Berjalan di sekeliling sekolah dan Pendekatan ini kerap digunakan
memerhatikan pengajaran guru lain dan oleh para pentadbir di sekolah
Learning aktiviti yang dilaksanakan di bilik darjah rendah daerah Ranau, namun
Walk dengan menggunakan protokol atau fokus tidak berpandukan kepada
(Jelajah yang spesifik. Konsep pengurusan melalui peringkat utama Learning Walk,
Pembelajaran) pemerhatian. sehingga dapatan pemerhatian
tidak dapat dilaporkan melalui
Peringkat: mesyuarat dalaman di sekolah.
i. Perbincangan pra pemerhatian,
ii. Lawatan ke bilik darjah,
iii.Perbincangan pasca pemerhatian
Book Club Sekumpulan guru membaca dalam tempoh Pendekatan ini jarang digunakan
(Kelab Buku) sebulan dan pada akhir bulan suatu oleh guru-guru di sekolah rendah
perkongsian akan dibuat untuk daerah Ranau.
membincangkan artikel atau buku yang
dibaca.
Video Menggunakan rakaman video untuk Pelbagai aspek dapat
Critique membuat analisis dan memberi pendapat dibincangkan berdasarkan video
(Kritikan yang bernas bagi meningkatkan kefahaman yang diperhatikan. Standard 4
Video) atau membantu rakan guru dalam panitia SKPMg2 boleh dijadikan
dalam pembelajaran murid. sebagai rujukan perbincangan.
Data Analysis Analisis data dibuat bagi membantu guru
(Analisis mengenal pasti aspek penambahbaikan
Data) PdPc dan juga jenis intervensi yang
diperlukan oleh murid. Analisis data
berkesan adalah berdasarkan konsep PILL
(Perancangan Intervensi Lima Langkah),
iaitu:
i. mengenal pasti masalah
ii. memahami punca masalah
iii.menyenaraikan cadangan intervensi
iv. membuat prioriti intervensi
v. menyediakan pelan tindakan
11
11.0 CADANGAN AGIHAN TUGAS
Bil. Tugas Peranan
1. Fasilitator 1 ✓ Mengendalikan sesi perbincangan selepas pelaksanaan dan
(Pemudah cara/ pemerhatian PdPc di bilik darjah,
Moderator) ✓ Memberi peluang kepada guru/ guru-guru yang melaksanakan
PdPc di bilik darjah untuk membuat refleksi,
✓ Memberi peluang kepada guru-guru lain yang membuat
pemerhatian untuk memberi maklum balas, sama ada aspek
yang dirancang, berjaya dilaksanakan mengikut ketetapan
kurikulum dan masa yang diperuntukkan,
✓ Mengendalikan perbincangan berkaitan dengan amalan PdPc
terbaik, kekuatan serta penambahbaikan,
2. Fasilitator 2 ✓ Memastikan RPH dan sumber pendidikan
(Pegawai (BBB/ABM/BBM/TMK) disediakan secara kolektif oleh
perhubungan) semua ahli yang terlibat,
- memantau ✓ Memastikan penubuhan Ahli Jawatankuasa PLC peringkat
persediaan awal sekolah dan peringkat jaringan antara sekolah,
sekolah ✓ Menyemak takwim atau aktiviti yang dirancang oleh AJK PLC
sekolah sepanjang tahun 2018.
✓ Mengenal pasti amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh
guru semasa PdPc di bilik darjah.
3. Fasilitator 3 ✓ Mengenal pasti penerapan KBAT, penggunaan sumber
(semasa PdPc)
pendidikan, pentaksiran bilik darjah (PBD) serta aspek-aspek
lain mengikut kesesuaian, yang telah dilaksanakan oleh guru
semasa PdPc di bilik darjah.
✓ Mengenal pasti aspek yang memerlukan penambahbaikan PdPc
guru
4. Fasilitator 4 ✓ Memastikan kehadiran guru direkodkan dalam borang khas
(dokumentasi)
yang telah disediakan bagi tujuan pendaftaran SPLG,
✓ Memastikan pengisian borang 1 – 6,
✓ Memastikan penghantaran laporan dalam tempoh 14 hari
bekerja selepas PLC,
✓ Membuat rumusan berkaitan dengan dapatan keseluruhan
12
11.0 KOLOKIUM PRELUDE PLC 2.0
Acara kemuncak majlis penutupan program Prelude PLC 2.0 adalah penganjuran Kolokium
PLC 2.0 bagi tahun 2019 yang bertujuan untuk menghimpunkan dapatan amalan-amalan
terbaik yang telah dikenal pasti sepanjang pelaksanaan Prelude PLC 2.0 Kumpulan A dan
Kumpulan B. Sekolah yang terpilih akan menghantar wakil untuk memberikan perkongsian
amalan terbaik dari aspek pedagogi, pentaksiran dan sebagainya.
Cadangan tarikh pelaksanaan Kolokium Prelude PLC 2.0 adalah pada 23 Mac 2019
bersamaan dengan hari Sabtu. Kehadiran peserta adalah terbuka kepada semua guru yang
bertugas di daerah Ranau. Bilangan peserta yang disasarkan adalah 120 orang guru yang belum
berada di mana-mana kumpulan PLC (guru yang mengajar pra sekolah, pemulihan, kelas Tahun
5 atau Tahun 6). Lokasi pelaksanaan kolokium adalah sama ada di Kem BTN Kundasang atau
Dewan Kompleks Sukan, Ranau.
12.0 PENUTUP
Kejayaan program Prelude PLC 2.0 pada komitmen, kerjasama dan penglibatan berterusan
daripada semua pihak termasuk guru dan pentadbir di sekolah rendah, serta pegawai-pegawai
daripada PPD Ranau diamanahkan (oleh pihak kementerian/jabatan) untuk memperkasakan
PLC di semua sekolah. Cadangan dan sokongan semua pihak amat dialu-alukan bagi
menjayakan PLC. Refleksi dan penambahbaikan pelaksanaan PLC akan dilaksanakan dari
semasa ke semasa bagi memantapkan lagi pembudayaan PLC di semua sekolah rendah daerah
Ranau.
“GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN”
Disediakan oleh,
(MARCELUS JOHNNY),
Pegawai SISC+ PPD Ranau.
Tarikh: 5 April 2018
13
Disemak dan diluluskan oleh,
(SITI HAMNI HASHIM),
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.
Tarikh:
14
Lampiran 1:
JADUAL PELAKSANAAN PRELUDE PLC 2.0 BAGI TAHUN 2018/2019
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RANAU
Bil. TARIKH HARI TEMPAT PASUKAN PPD
1. 4 Julai 2018 Rabu SK Lohan, Ranau Kumpulan 1
2. 11 Julai 2018 (pagi) (PdPc Tahun 4) Kumpulan 2
3. 18 Julai 2018 Kumpulan 3
4. 25 Julai 2018 Rabu SK Lohan, Ranau Kumpulan 4
(petang) (PdPc Tahun 1) Kumpulan 5
5. 1 Ogos 2018 Kumpulan 6
6. 26 September 2018 Rabu SJK (C) Pai Wen, Ranau Kumpulan 1
(pagi) (PdPc Tahun 1) Kumpulan 4
Kumpulan 3
Rabu SJK (C) Pai Wen, Ranau Kumpulan 2
(petang) (PdPc Tahun 4) Kumpulan 5
Kumpulan 6
Rabu SK Badukan, Ranau Kumpulan 1
SK Kandawayon, Ranau Kumpulan 2
Rabu SK Kituntul, Ranau Kumpulan 3
(Pagi) SK Kinapulidan, Ranau Kumpulan 4
Rabu SK Marakau, Ranau Kumpulan 5
(Petang) SK Kampong Libang, Ranau Kumpulan 6
Rabu Kumpulan 1
(Pagi) SK Pekan, Ranau
Rabu (PdPc Tahun 4) Kumpulan 4
(Petang) SK Pekan, Ranau
Rabu (PdPc Tahun 1) Kumpulan 6
(Pagi) SK St Benedict, Ranau
Rabu (PdPc Tahun 4) Kumpulan 2
(Petang) SK St Benedict, Ranau
Rabu (PdPc Tahun 1) Kumpulan 3
SK Kundasang, Ranau
Rabu (PdPc Tahun 4) Kumpulan 5
SK Kundasang, Ranau
(PdPc Tahun 1) Kumpulan 1
SK Tarawas, Ranau Kumpulan 4
SK Langsat, Ranau Kumpulan 6
SK Kirokot, Ranau Kumpulan 2
SK Perancangan, Ranau Kumpulan 3
SK Narawang, Ranau Kumpulan 5
SK Sagiban, Ranau Kumpulan 2
SK Malinsau, Ranau Kumpulan 1
SK Pinawantai, Ranau Kumpulan 5
SK Tibabar, Ranau Kumpulan 6
SK Togop Darat, Ranau Kumpulan 3
SK Naradan, Ranau Kumpulan 4
SK Timbua, Ranau
15
7. 3 Oktober 2018 Rabu SK Gusi, Ranau Kumpulan 3
8. 8 Oktober 2018 Isnin SK Karagasan, Ranau Kumpulan 4
9. 10 Oktober 2018 Rabu SK Kawiyan Sugut, Ranau Kumpulan 6
10. 21 Januari 2019 Isnin SK Kaingaran, Ranau Kumpulan 5
11. 23 Januari 2019 Rabu SK Mangkapoh, Ranau Kumpulan 2
12. 28 Januari 2019 Isnin SK Sri Gabungan, Ranau Kumpulan 1
13. 30 Januari 2019 Rabu SK Miruru, Ranau Kumpulan 6
14. 4 Februari 2019 Isnin SK Seri Nukakatan, Ranau Kumpulan 4
SK Tinanom, Ranau Kumpulan 2
SK Paus, Ranau Kumpulan 5
SK Tampios, Ranau Kumpulan 1
SK Nunuk Ragang, Ranau Kumpulan 3
SK Kimondou, Ranau Kumpulan 6
SK Lipasu, Ranau Kumpulan 5
SK Kilimu, Ranau Kumpulan 4
SK Bongkud, Ranau Kumpulan 3
SK Poring, Ranau Kumpulan 2
SK Napong, Ranau Kumpulan 1
SK Gana-gana, Ranau Kumpulan 4
SK Nampasan, Ranau Kumpulan 3
SK Kepangian, Ranau Kumpulan 2
SK Mohimboyon, Ranau Kumpulan 1
SK Kinirasan, Ranau Kumpulan 6
SK Waang, Ranau Kumpulan 5
SK Randagong, Ranau Kumpulan 5
SK Kananapon, Ranau Kumpulan 2
SK Kinasaraban, Ranau Kumpulan 3
SK Mesilou, Ranau Kumpulan 4
SK Kauluan, Ranau Kumpulan 1
SK Pinausuk, Ranau Kumpulan 6
SK Matupang, Ranau Kumpulan 1
SK Paginatan, Ranau Kumpulan 6
SK Tudan, Ranau Kumpulan 3
SK Toboh, Ranau Kumpulan 4
SK Tiang, Ranau Kumpulan 5
SK Longut, Ranau Kumpulan 2
SK Ratau, Ranau Kumpulan 1
SK Nalapak, Ranau Kumpulan 3
SK Sagindai, Ranau Kumpulan 5
SK Tarawas, Ranau Kumpulan 2
SK Tagudon Lama, Ranau Kumpulan 4
SK Keranaan, Ranau Kumpulan 6
SK Kemburongoh, Ranau Kumpulan 4
SK Maukab, Ranau Kumpulan 3
SK Tungou, Ranau Kumpulan 6
SK Pahu Himbaan, Ranau Kumpulan 1
SRK Don Bosco, Ranau Kumpulan 2
SK Bundu Tuhan, Ranau Kumpulan 5
16