KERTAS KERJA
Program ‘Sokongan Profesional Akademik’
(SPA) UPSR)
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Ranau 2019
Unit Pengurusan Akademik,
Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
Beg Berkunci No. 8, 89300 Ranau
1
1.0 PENDAHULUAN
Program Sokongan Profesional Akademik (SPA) UPSR diperkenalkan mulai 10 Julai 2019
sebagai sokongan profesional yang diberikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Ranau kepada
semua sekolah rendah daerah Ranau bagi tahun 2019. Program SPA UPSR diilhamkan pada
awal penghujung bulan Jun 2019 selepas analisis pencapaian peperiksaan pertengahan tahun
murid tahun 6 sekolah-sekolah rendah daerah Ranau dibincangkan. Berdasarkan analisis
tersebut, prestasi murid yang MTM daerah Ranau pada pertengahan tahun murid tahun 6
ialah 29.9%. Justeru itu, terdapat keperluan untuk meningkat pencapaian MTM peringkat
daerah Ranau melalui satu program bersifat sokongan yang terus diberikan kepada sekolah
rendah. Aktiviti ini dinamakan sebagai ‘Program Sokongan Profesional UPSR 1.0’ atau
singkatannya program SPA 1.0 UPSR.
Pelaksanaan program SPA UPSR Sekolah Rendah Daerah Ranau adalah selaras dan
menyokong hasrat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia melalui ‘Naratif Baharu Amalan
Pendidikan’ iaitu dari aspek pembangunan kapasiti guru iaitu i). memformalkan dan
menginstitusikan Sistem Sokongan Profesional, dan sekali gus memperkasa ii). Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC). SPA UPSR Sekolah Rendah Daerah Ranau merupakan
sokongan profesional yang diberikan oleh PPD Ranau kepada semua sekolah-sekolah di
daerah Ranau khususnya dari aspek kurikulum, pentaksiran, pedagogi, intervensi, motivasi
dan apa-apa sokongan lain yang sesuai.
Program SPA UPSR Sekolah-sekolah Rendah Daerah Ranau 2019 dilaksanakan
untuk membantu sekolah agar lebih fokus kepada kemenjadian murid melalui pembudayaan
PLC. Strategi PLC yang digunakan dalam SPA UPSR Sekolah-sekolah Rendah Daerah
Ranau 2019 adalah ‘analisis data’ pencapaian akademik murid-murid tahun 6. Program SPA
UPSR Sekolah-sekolah Rendah Daerah Ranau 2019 bersifat fleksibel dan disesuaikan
dengan keadaan dan persekitaran di sekolah.
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN: TARIKH/ TEMPAT/MASA
Tempoh masa pelaksanaan program SPA 1.0 UPSR adalah selama dua bulan iaitu bulan Julai
dan Ogos 2019 (8 minggu). Lokasi pelaksanaan adalah di semua sekolah rendah daerah
Ranau melalui dua mod pelaksanaan iaitu a) secara terus di sekolah rendah, atau b) secara
2
berpusat dengan menggabungkan beberapa sekolah. Masa pelaksanaan program SPA 1.0
UPSR adalah keperluan dan kesesuaian iaitu sama ada pada waktu persekolahan atau di luar
waktu persekolahan. Takwim atau jadual pelaksanaan program SPA 1.0 UPSR di semua
sekolah rendah bagi tahun 2019 disediakan bagi kelancaran program.
3.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program SPA 1.0 UPSR adalah semua guru tahun enam yang
mengajar mata pelajaran UPSR mengikut sekolah iaitu di sekolah kebangsaan dan sekolah
rendah jenis kebangsaan cina di daerah Ranau.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mengupayakan kualiti dan keberkesanan program intervensi sekolah melalui
perbincangan bersemuka antara pegawai dari PPD Ranau dengan SLT, MLT dan guru
tahun enam mata pelajaran UPSR.
4.2 Meningkatkan kemahiran menganalisis data dalam kalangan SLT, MLT dan guru
tahun enam mata pelajaran UPSR,
4.3 Memantapkan praktis Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebagai sokongan untuk
meningkatkan pencapaian akademik sekolah,
4.4 Menjadikan program SPA 1.0 UPSR sebagai salah satu strategi PLC iaitu analisis
data. Analisis data ditumpukan kepada i). murid potensi cemerlang (6A), ii). murid
potensi MTM (Near Miss 1 atau 2 mata pelajaran), iii). murid risiko BMTM (6E), dan
iv). pengelompokan murid mengikut keperluan isu dan intervensi,
4.5 Memantapkan budaya satu sekolah satu intervensi berimpak tinggi melalui
pelaksanaan aktiviti mengikut kumpulan sasaran yang dijana melalui data prestasi
akademik semasa murid,
4.6 Memberi sokongan dan menggalakkan sekolah mengenal pasti kelemahan/
kekurangan program intervensi dan menentukan tindakan penambahbaikan
mengikut kesegeraan dan keutamaan,
4.7 Memberi pengalaman baharu kepada sekolah melalui perkongsian amalan terbaik
program intervensi berimpak tinggi berasaskan sekolah,
4.8 Memberi sokongan moral secara tidak langsung kepada murid tahun enam di
sekolah melalui perjumpaan bersemuka.
3
5.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)
5.1 Indikator Output:
5.1.1 Mengupayakan sekolah merancang dan melaksanakan sekurang-kurangnya
5.1.2 satu program intervensi kepada murid terutamanya Tahun 6 yang dirancang
dan dilaksanakan berdasarkan analisis data pencapaian akademik semasa
serta disokong oleh data yang pelbagai,
Membekalkan aplikasi ‘mesra pengguna’ untuk membantu pentadbir dan
guru mata pelajaran memahami pola perkembangan pembelajaran murid,
mengenal pasti keperluan penambahbaikan dan menentukan jurang
pencapaian murid mengikut MTM setiap mata pelajaran, Near Miss MTM,
risiko 6E dan potensi 6A.
5.2 Indikator Outcome:
5.2.1 Peningkatan pencapaian akademik sekolah berdasarkan pencapaian murid
secara individu bagi mata pelajaran teras tahap dua iaitu pentaksiran sekolah
dan pentaksiran pusat (UPSR) iaitu pencapaian tahap minimum (% MTM).
6.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA
6.1 Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Pn. Siti Hamni Hashim,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
Setiausaha : Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
En. Juil Gitom,
Timbalan Setiausaha : Ketua Unit, Unit Pengurusan Akademik, PPD Ranau
En. Marcelus Johnny, Pegawai SISC+
Bendahari :
Pn. Venna binti Sarungin
AJK Tertinggi : Dr. Losius Goliong
En. Kamarjain Lo,
En. Linus Madies,
Pn. Rapedah Hassan,
En. Jaminus Agang,
Pn. Wilda Watis
4
6.2 Jawatankuasa Pelaksana
Pegawai Meja : En. Juil Gitom
Penyelaras teknikal : Dr. Losius Goliong
Dokumentasi : En. Linus Madies
Analisis data akademik : En. Juil Gitom
Aplikasi SPA : En. Marcelus Johnny
Ahli : Semua Pegawai SIPartners+ PPD Ranau,
Semua Pegawai SISC+ PPD Ranau
Semua Pegawai UPA PPD Ranau
7.0 PASUKAN PEMBIMBING
Terdiri daripada 9 kumpulan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua orang pegawai
bagi setiap kumpulan.
7.1 Kumpulan 1: En. Juil Gitom dan En. Kamarjain Lo,
7.2 Kumpulan 2: En. Linus Madies dan Pn. Wilda Watis,
7.3 Kumpulan 3: En. Ahsly Kasin dan En. Moktar Maulah,
7.4 Kumpulan 4: Pn. Susan Inow dan Cik Alice Aban,
7.5 Kumpulan 5: Lisah Kilau @ Hamrie, Pn. Shahrul Nadia binti Halid, dan Pn. Rapedah
Hassan,
7.6 Kumpulan 6: En. Nazarius G. Yulip dan En. Asman bin Saman,
7.7 Kumpulan 7: En. Sabin Sinusun dan Dr. Losius Goliong,
7.8 Kumpulan 8: Pn. Barizah Mohd Kahar dan Pn. Roslinah Apin, dan
7.9 Kumpulan 9: En. Saridih Ahmad dan En. Marcelus Johnny
8.0 STRATEGI PELAKSANAAN / JADUAL / PENGISIAN/ TAKLIMAT
8.1 Mod pelaksanaan
8.1.1 secara terus di sekolah rendah
8.1.2 secara berpusat dengan menggabungkan beberapa sekolah
8.2 Jadual Pelaksanaan disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.
8.3 Taklimat pelaksanaan akan diberikan kepada semua Guru Besar terlebih dahulu.
5
8.4 Aktiviti
8.4.1 Sekolah melengkapkan maklumat yang diperlukan ke dalam aplikasi SPA
1.0 UPSR PPD Ranau bagi tahun 2019,
8.4.2 SLT membentangkan analisis data yang dijana melalui aplikasi SPA 1.0
UPSR PPD Ranau dan perkembangan semasa program intervensi sekolah,
8.4.3 MLT dan guru-guru tahun enam mata pelajaran UPSR memberi maklum
balas mengikut keperluan,
8.4.4 SLT membuat rumusan dari aspek keperluan penambahbaikan dan
pelunjuran.
9.0 PERANAN GURU BRSAR SELAKU PEMIMPIN UTAMA SEKOLAH
9.1 Memastikan AJK Akademik/ kurikulum sekolah berfungsi dengan baik,
9.2 Memastikan semua guru terlibat mengikut kepakaran, minat, keperluan dan
kesesuaian,
9.3 Memastikan program intervensi yang dilaksanakan di sekolah ditumpukan
kepada kumpulan sasaran berdasarkan analisis data,
9.4 Menetapkan KPI kurikulum berdasarkan isu yang dihadapi di sekolah,
misalnya dari aspek mata pelajaran kritikal, masalah pembelajaran murid,
kaedah pentaksiran, aktiviti pembelajaran untuk pentaksiran, dan
sebagainya,
9.5 Memastikan pelibatan guru pemulihan atau guru kaunseling dalam program
intervensi sekolah,
9.6 Memastikan fail pengurusan program intervensi dikemas kini, dan boleh
dipersembahkan pada bila-bila masa apabila diminta oleh KPM/JPN/PPD,
9.7 Melaksanakan aktiviti berkaitan akademik sebagai PLC yang menggunakan
pelbagai strategi mengikut keperluan dan kesesuaian,
9.8 Mengetuai dan memantau pelaksanaan program intervensi berasaskan
sekolah,
9.9 Merancang dan mewujudkan jaringan dan jalinan dengan agensi kerajaan/
swasta.
6
10.0 PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN
Penghargaan dan pengiktirafan pencapaian akademik bagi sekolah-sekolah rendah daerah
Ranau bagi tahun 2019 berdasarkan keputusan UPSR tahun 2018.
Bil. Cadangan Anugerah Sumber rujukan
1. Mengatasi MTM Negeri & Daerah Peratus MTM JPN Sabah & PPD Ranau
(UPSR 2019)
2. MTM 100% mengikut Mata Pelajaran Peratus MTM sekolah dan mata pelajaran
dan Sekolah (UPSR 2019)
3. Lonjakan MTM Sekolah Melebihi 15% Peratus MTM sekolah UPSR 2019
4. Lonjakan MTM Mata Pelajaran Peratus MTM mata pelajaran UPSR 2019
Melebihi 15%
5. Mengekalkan MTM 100% dua tahun Peratus MTM UPSR 2016, UPSR 2017,
atau lebih UPSR 2018 dan UPSR 2019
6. 100% MTM Sekolah Peratus MTM UPSR 2019
7. 100% MTM Mata Pelajaran Peratus MTM UPSR 2019
8. Anugerah Khas 1 – 24 orang murid
Melepasi 90% MTM sekolah 25 – 49 orang murid
Melepasi 85% MTM sekolah 50 – 99 orang murid
Melepasi 75% MTM sekolah 100 – 149 orang murid
Melepasi 70% MTM sekolah
11.0 PENUTUP
Kejayaan program SPA 1.0 UPSR bergantung pada komitmen, kerjasama dan penglibatan
berterusan daripada semua pihak termasuk pentadbir, pemimpin pertengahan dan guru di
sekolah rendah, serta pegawai-pegawai daripada PPD Ranau. Cadangan dan sokongan semua
pihak amat dialu-alukan bagi menjayakan program ini. Refleksi dan penambahbaikan
pelaksanaan program SPA 1.0 UPSR akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi
memantapkan lagi pembudayaan program akademik berimpak tinggi berasaskan sekolah di
semua sekolah rendah daerah Ranau.
7
“GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN”
Disediakan oleh,
MARCELUS JOHNNY,
Pegawai SISC+,
PPD Ranau.
Tarikh: 17 Jun 2019
Disemak oleh,
JUIL GITOM,
Ketua Unit,
Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.
Tarikh:
Diperakukan dan diluluskan oleh,
SITI HAMNI HASHIM,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.
Tarikh:
8