The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ilham Fardhuha, 2023-11-30 12:53:52

ETNIK JAWA

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN.

1 MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK TUGASAN ETNIK JAWA NAMA PENSYARAH ABDUL RAHMAN BIN ABDUL GAPAR NAMA PELAJAR NAMA NOMBOR MATRIK ILHAM FARDHUHA BIN MOHD JASNI 14DGU23F1012 MOHD. HAZLAN BIN HASIM 14DGU22F2003 NUR AFIQ HAZIQ BIN MOHAMMAD NASIR 14DGU23F1023 MUHAMMAD NAUFAL MUKHRIZ BIN SHAHIZAN 14DGU23F1007 AHMAD AFIQ BIN SHAMSUNI 14DGU23F1013 HAZZIM KADIR BIN ZULHATTA 14DGU23F1015


2 ISI KANDUNGAN UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGHARGAAN 1 2.0 PENGENALAN 2 3.0 OBJEKTIF 3 4.0 SEJARAH ETNIK JAWA 4 4.1 BAHASA ETNIK JAWA 5-7 4.2 ADAT RESAM ETNIK JAWA 8-10 4.3 KEBUDAYAAN ETNIK JAWA 11 4.4 PEMAKAIAN ETNIK JAWA 12 5.0 KESIMPULAN 13 6.0 LAMPIRAN 14 7.0 RUJUKAN 15


3 1.0 PENGHARGAAN Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyclesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Tuan Abdul Rahman, Pensyarah Matapclajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU 21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung. Sclain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kash kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses mercalisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan olch rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. 1


4 2.0 PENGENALAN Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini. Pada masa ini, petempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semanjung Malaysia terutamanya di barat Johor, Selangor dan Perak. Orang Jawa Malaysia ialah orang keturunan Jawa penuh atau separa yang dilahirkan atau berhijrah ke Malaysia. Mereka membentuk sebahagian besar penduduk Malaysia dan undang-undang Malaysia menganggap kebanyakan mereka ialah Melayu. Malaysia ialah rumah bagi penduduk Jawa terbesar di luar Indonesia. Majoriti orang Jawa Malaysia berasal dari Jawa Tengah, gelombang pertama berasal dari era Sailendra pada abad 6-9, kemudian pada era Singhasari dan Majapahit pada tahun 12- Pada abad ke-14, ada juga pendatang dari Hindia Belanda yang mencari peluang baru di British Malaya. Walaupun banyak dari mereka tiba melalui era penjajahan, ada juga yang sampai melalui Perang Dunia II ke Tanah Melayu Britain yang dijajah Jepun dan Borneo sebagai kerja paksa. Pada masa sekarang, mereka tinggal di Malaysia Barat di negeri Johor, Perak dan Selangor dengan minoriti yang banyak terdapat di Malaysia Timur terutama di negeri Sabah dan Sarawak. 2


5 3.0 OBJEKTIF TUGASAN Mengenal pasti Sejarah Etnik Jawa Mengenal pasti Bahasa Etnik Jawa Mengenali adat resam Etnik Jawa Mempelajari tentang kebudayaan Etnik Jawa Mengetahui petempatan Etnik Jawa 3


6 4.0 SEJARAH ETNIK JAWA Orang Jawa dari segi zahirnya, berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini. Pada masa ini, penempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama di barat Johor, Selangor dan Perak. Dipercayai, tempat yang mula- mula diduduki adalah di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong - lombong bijih timah. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk bekerja di ladang tetapi juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik dan sosial. Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur seperti dari kawasan Madiun,Ponogoro, Kudrejo, Lebumin, Demek dan Magelan. Sejarah mengatakan bahawa,imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura dan Palembang. Etnik Jawa era 60-an menggunakan nama yang agak unik seperti Suparji, Wagiman, Supendi, Masjoyo, Mulio, Karto, dan Toliban untuk kaum lelaki dan nama seperti Supinah,Tukijah, Jumiton, dan Tukiyem untuk kaum perempuan. Mereka juga sering menggunakan nama gelaran seperti Man Ganden, Amat Ireng, Leman Gundol, Mbah Lanang dan Nyai Cilik. Namun nama dan gelaran itu kini tidak digunapakai lagi seiring dengan peredaran zaman. 4


7 4.1 BAHASA ETNIK JAWA PROSES PEMBENTUKAN BAHASA. Sebagaimana yang biasa dijelaskan bahawa budaya merupakan pembentuk bahasa maka bahasa yang terbentuk ini pun sebenarnya juga merupakan kesepakatan atau konvensi yang mengakar budaya pada suatu komunii yang lebih kecil (mikrosistem). Jika bahasa yang digunakan mikrosistem ini eksis, berkembang dan menyebar maka dapat diterima oleh makrosistem. Sebagai contoh, bahasa Melayu (Riau & Kepulauan Sumatera) yang merupakan dasar pembentukan bahasa Indonesia dapat berkembang karena menjadi lingua franca atau bahasa pergaulan, seperti dalam perdagangan, penaklukan suatu kerajaan (politik), pendidikan dan perkawinan. Bahasa Melayu sudah lama digunakan dalam budaya Melayu di wilayah Nusantara, antaranya di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand Selatan (Pattani), Filipina, Vietnam, Kemboja, Kepulauan Pasifik, Sri Lanka, Cape Town, Papua dan Timor Leste. Oleh kerana itu, terdapat lebih dari 300 juta orang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kehidupan sehari-hari. Bahkan bahasa Melayu dikenal sebagai bahasa terbesar keempat di dunia setelah bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Hindi/ Urdu (Asmah, 1998). Kemudian bahasa Melayu ini berkembang sesuai dengan kondisi sejarah, demografi, pendidikan dan politik di setiap wilayah yang menggunakannya (Zack, 2007). Dalam bahasa Indonesia sendiri telah mempunyai kesepakatan untuk membakukan bahasa verbal dalam bentuk tulisan (simbol) dan ucapan. Kesepakatan budaya ini yang telah dibakukan dalam Ejaan Yang Disempurnakan (EYD). 5


8 BAHASA DALAM LINTAS BUDAYA Kita tidak dapat menafikan bahawa bahasa sangat terpengaruh oleh budaya. Oleh kerana zaman globalisasi ini maka memungkinkan budaya saling bersinggungan. Persinggungan dan pertemuan budaya inilah yang memungkinkan manusia memasuki alam lintas budaya. Menurut catatan Burgon & Huffner (2002), beberapa perbezaan bahasa dalam lintas budaya dapat terlihat dari; a. Perbedaan bahasa non verbal à contoh: ‘anggukan’ dalam konteks budaya Indonesia dengan India, cipika-cipiki (touching) dalam konteks budaya timur dengan barat. b. Perbezaan intonasi à contoh: intonasi yang meninggi di Jawa Timur akan dirasa ‘mendikte’ oleh orang yang mempunyai orientasi budaya Jawa Tengah atau Yogyakarta. c. Perbedaan pemaknaan bahasa/ kata à contoh: kata ‘butuh’ dalam konteks budaya Indonesia dimaknai sebagai keperluan dan dalam konteks budaya Malaysia dimaknai sebagai alat kelamin. d. Perbedaan diksi. Misalnya konteks budaya Jawa Timur cenderung lebih asertif dalam menyampaikan pendapat daripada konteks budaya Jawa Tengah yang cenderung ‘unggah-ungguh’ sehingga diksinya pun berbeza. Contoh: leveling diksi penyebutan ‘kamu’ dalam konteks budaya Jawa Tengah yang berjenjang, iaitu ‘kowe’, ‘sampeyan’, ‘panjenengan’, ‘pangandika’ 6


9 Hal-hal yang Berkaitan dengan Penggunaan Bahasa. a. Dalam kaitannya dengan lintas budaya, seseorang dapat mengalami cultural shock jika tidak mampu menyesuaikan diri dalam proses komunikasi lintas budaya. Hal ini merupakan hasil penelitian dari Furnham & Bochner (1986). b. Komunikasi dengan bahasa non verbal membantu penegasan komunikasi verbal lintas budaya (Hammer, 1989). Hal ini disebabkan kerana bahasa non verbal lebih universal daripada bahasa verbal. c. Dalam era globalisasi ini maka memungkinan terjadinya persinggungan budaya dan bahasa. Bahkan memungkinkan terjadinya ‘penjajahan bahasa’ baik melalui penjajahan fisik,pendidikan/ scholarship, bisnis, agama dan lain sebagainya. Dikatakan sebagai ‘penjajahan bahasa’ kerana dalam bahasa itu juga termasuk di dalamnya budaya asal dari bahasa tersebut. Bahasa / Dialek Jawa di Malaysia. Mangan/madang - makan Medang - minum ringan-ringan Warek - kenyang Turu - tidur Ngorok - dengkur Jokok - ambil Jangan - lauk Mampir - singgah Monggo-monggo - jemput masuk Nguyuh - buang air kecil Ngeseng - buang air besar Ngompol - kencing kat tilam. hehe Iwak - Ikan/lauk berdaging dan banyak lagi. 7


10 4.2 ADAT RESAM ETNIK JAWA Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan dan cara hidup. Ianya dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang dilakukan akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun- temurun. Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Adat dan budaya merupakan suatu konsep yang saling bergantung. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat pelaksanaannya, misalnya adat bersanding, adat meminang dan sebagainya, ia sudah menjadi suatu budaya. Ia membawa maksud budaya merupakan suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat. Budaya bersifat tidak tetap dan boleh berubah mengikut peredaran masa dan kesesuaian . Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah. Oleh hal yang demikian bolehlah dikatakan bahawa adat ialah budaya yang asal.Resam pula ialah lembaga, peraturan, hukum , norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Adat resam merupakan suatu peraturan yang sudah diamalkan sejak turun – temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi. Adat resam merupakan suatu cara hidup yang diwarisi. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, mengamalkan adat resam mereka yang tersendiri. Adat ini merangkumi semua aspek kehidupan bermula daripada kelahiran, kehidupan sehinggalah kematian. Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik. Bermula dari dalam kandungan , mereka mengamalkan adat yang tersendiri. Untuk memahami secara lebih mendalam adat resam masyarakat Jawa, adalah lebih mudah sekiranya kita membicarakannya satu persatu.Antara adat resam yang masih diamalkan ialah: -Lenggang perut -Jagongan -Bengkongan 8


11 Adat lenggang perut juga dikenali sebagai tingkepan atau mitoni. Ia dijalankan khusus untuk seseorang wanita yang hamil buat kali pertama. Upacara ini dijalankan ketika kehamilannya memasuki tujuh bulan . Tujuan upacara ini dijalankan ialah untuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan. Masyarakat Jawa percaya janin yang berusia tujuh bulan mempunyai roh yang perlu dijaga dan diraikan. Anak pertama dikatakan membawa tuah bukan sahaja kepada keluarga malah kepada adik – adiknya yang bakal dilahirkan kemudian. Upacara ini dikendalikan oleh Mak Bidan yang bakal menyambut kelahiran bayi tersebut. Bakal ibu terpaksa melalui beberapa peringkat upacara. Bakal ibu yang sedang hamil akan dimandikan dengan air pelbagai jenis bunga diiringi dengan doa yang dibacakan oleh Mak Bidan. Seterusnya si suami akan memasukkan sebutir telur ayam kampung ke dalam kain isterinya. Telur tersebut dibiarkan jatuh dan pecah. Ia merupakan simbolik tanda bayi akan lahir dengan lancar tanpa sebarang halangan. Ada juga sesetengah masyarakat jawa yang mengkehendaki si suami membelah buah kelapa muda. Sekiranya belahan buah kelapa betul – betul di tengah , mereka akan mendapat anak lelaki. Sebaliknya sekiranya belahan buah kelapa tersebut senget maka mereka dikatakan bakal menerima anak perempuan. Para tetamu upacara lenggang perut biasanya dihidangkan dengan nasi ambeng. Ketika penyediaan dijalankan, peladen atau pelayan dimestikan mengambil dulang yang berisi nasi ambeng secara satu arah. Mereka ditegah berjalan bolak- balik melawan arah. Ia untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan keluar secara songsang. Jagongan Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. Adat jagongan mudah dimengertikan sebagai ziarah sambil duduk – duduk. Ada juga yang mengenali adat ini dengan nama “muyi”. Pada hari pertama hingga ke tujuh kelahiran, jiran tetangga dan saudara – mara akan datang menziarahi keluarga bayi. Biasanya kaum perempuan akan datang berziarah pada siang hari manakala bagi kaum lelaki, mereka akan datang pada waktu malam. Ketika berziarah mereka akan dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan rengginang. Tujuan mereka berziarah ialah menemani si ibu dan bayinya. Pada pandangan masyarakat Jawa, si ibu yang baru melahirkan lemah semangatnya manakala si bayi mudah disampuk oleh sesuatu kuasa jahat. 9


12 Bengkungan Bengkung ialah sejenis tali pinggang yang dipakai selepas melahirkan bayi. Bengkung diperbuat daripada kain yang lembut sepanjang 6 hingga 7 meter. Untuk memudahkan cara pemakaiannya, kain bengkung biasanya akan diikatkan pada sesuatu seperti tiang. Si pemakai akan melilitkan bengkung tersebut pada bahagian bawah dada sehingga paha agar rahim mudah sembuh, perut tidak menggelebeh dan ponggong tidak jatuh. Pada masa kini walaupun terdapat bengkung moden yang lebih mudah dan murah namun masih ada lagi sebilangan kaum perempuan yang menggunakan kaedah tradisional demi mengekalkan adat dan budaya. Puputan / Potong Jambul Upacara potong jambul biasanya dijalankan selepas 40 hari bayi dilahirkan atau selepas si ibu habis tempoh berpantang. Jiran tetangga dan saudara – mara dijemput untuk majlis doa selamat. Ketika ini mereka akan membaca berzanji beramai-ramai. Selesai bacaan berzanji bayi akan dibawa keluar. Beberapa orang tetamu yang terdiri daripada Pak Imam dan mereka yang dikenali sebagai orang alim akan memotong sedikit jambul sambil membaca sedikit doa agar bayi tersebut membesar penuh keberkatan. Ada juga kalangan bayi yang dicukur sehingga botak licin. Rambut tersebut akan dimasukkan di dalam kelapa lalu ditanam di sekitar rumah. Pada ketika ini , tuan rumah biasanya akan mengagihkan bunga telur dan bunga rampai kepada para tetamu. Supaya lebih tahan lama telur tersebut biasanya dimasak pindang. Ada juga yang menabur beras berserta sejumlah duit syiling di ruang tamu sebaik sahaja majlis potong jambul tersebut selesai sebagai simbol apabila dewasa nati anak tersebut dimurahkan rezeki dan mudah mendapat makanan(beras) dan kaya (duit). 10


13 4.3 KEBUDAYAAN ETNIK JAWA Etnik Jawa mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Antara kebudayaan yang menjadi kebanggaan mereka ialah kuda kepang, wayang kulit, barongan, reoq dan ludrok. Kebanyakan kebudayaan ini berasal Indonesia dan terdapat juga pengaruh Hindu. Kuda kepang berasal dari Indonesia. Ia dipercayai dibawa oleh kumpulan Wali Songo ketika menyebarkan agama Islam. Mereka bermain kuda kepang untuk menarik minat orang ramai mendekati Islam. Masyarakat Jawa mempersembahkan kuda kepang ketika majlis keramaian. Kuda kepang popular di Batu Pahat meliputi kawasan Parit Raja, Seri Medan dan Senggarang. Barongan juga merupakan seni masyarakat Jawa . Ia mengisahkan zaman Nabi Sulaiman AS yang boleh bertutur dengan haiwan. Antara kumpulan barongan yang masih aktif ialah Kumpulan Barongan Seri Wahyuni yang berasal dari Parit Bingan , Parit Raja. Ia dipercayai dibawa oleh hamba abdi yang da[potang dari Riau Lingga. Wayang kulit Jawa merupakan persembahan kebudayaan yang semakin terpinggir. Kini hanya tinggal beberapa buah kumpulan sahaja masih memperjuangkan kesenian ini. Reoq merupakan kesenian pecahan daripada Persembahan Barongan. Antara kumpulan yang masih aktif menampilkan persembahan ini ialah Kumpulan Setia Budi, Parit Nipah, Parit Raja. 11


14 4.4 PEMAKAIAN ETNIK JAWA 4.4.1 BAJU KEBAYA Baju Kebaya ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Malaysia dan Indonesia. Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni. Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni. Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara. 4.4.2 SONGKOK Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu.Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci. 12


15 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya,kita dapat menganalisis sejarah pengaruh etnik dan tradisi budaya Jawa terhadap pembentukan kesedaran politik, budaya politik, dan pandangan dunia Indonesia dalam bidang dasar dalam dan luar negeri. 13


16 6.0 LAMPIRAN 14


17 7.0 RUJUKAN 1. https://hissham66.blogspot.com/2012/08/kajian-etnik-jawa-di-malaysia.html 2. http://rostamhamzah68.blogspot.com/2013/04/etnik-jawa.html 3. https://www.slideshare.net/naznurfyusof/sejarah-etnik-jawa 15


Click to View FlipBook Version