The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 204175, 2023-05-24 11:26:25

Pertanian-Tingkatan 5

Pertanian

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 193 50460 Kuala Lumpur 6hb Mei 2017 Gambar foto 2.75 Borang pesanan Gambar foto 2.76 Nota serahan Gambar foto 2.77 Invois Kajang 43000, Selangor Tarikh: 8hb Mei 2017 Pengurus Jualan


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 194 Gambar foto 2.79 Nota debit Gambar foto 2.78 Nota kredit Nota kredit dihantar oleh penjual kepada pembeli kerana terdapat kerosakan pada satu unit takung yang dihantar melalui nota serahan (Gambar foto 2.76). Nota kredit ditunjukkan dalam Gambar foto 2.78. Nota debit dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila bayaran yang dikenakan dalam invois terkurang dalam invois (Gambar foto 2.77) kerana tidak dimasukkan kos angkutan. Gambar foto 2.79 menunjukkan nota debit. Akaun tuan didebitkan dengan butir-butir berikut: Nota Debit 10hb Mei 2017 : Invois 2032 Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja RM 50.00 Butir Pembelian bertarikh 8hb Mei 2017 (Invois 2032) tidak disertakan dengan kos penghantaran sebanyak RM50.00. ASAL Akaun tuan dikreditkan dengan butir-butir berikut: Nota Kredit 9hb Mei 2017 : Invois 2032 Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja RM 50.00 Butir 1 Set DIY B (takung 8 luang) yang berharga RM50.00 dikembalikan kerana didapati telah rosak. ASAL


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 195 Polibeg Dulang Semaian‘Plug’ Cocopeat (Sabut kelapa) Dokumen Selepas Urus niaga Gambar foto 2.80 Bil tunai Jenis Dokumen Huraian Bil Tunai • Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli bagi pembayaran untuk belian barang niaga dengan wang tunai atau cek. • Bukti bagi aset yang dibeli secara tunai atau perkhidmatan yang dibuat secara tunai. Resit • Dikeluarkan oleh penjual apabila menerima bayaran daripada pembeli. • Bukti penerimaan dan pembayaran yang telah dibuat. Penyata Akaun • Dihantar oleh penjual kepada pembeli. • Nota makluman dan peringatan kepada penghutang yang dihantar setiap akhir bulan. • Maklumat terdiri daripada baki hutang pada awal bulan, jumlah jualan, pulangan bayaran dan baki hutang akhir bulan yang perlu dijelaskan.


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 196 No. Akaun Pelanggan: BE03/2017 Ringgit Malaysia:Dua Ratus Tiga Puluh sahaja 15.2.2017 18.2.2017 03.1.2017 Fax: 03-2447 7732 Tarikh: 10hb Mei 2017 Gambar foto 2.81 Resit rasmi Gambar foto 2.82 Penyata akaun


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 197 Pengiraan Kos Projek Tanaman Pengiraan kos projek tanaman adalah berbeza mengikut jenis projek iaitu hidroponik, fertigasi atau aeroponik. Pengurus perlu menyediakan belanjawan bagi projek yang akan dilaksanakan. Format belanjawan yang berikut boleh digunakan untuk mengira kos projek tersebut. Format Belanjawan: Contoh Pengiraan Kos Projek Tanaman Fertigasi Pengiraan kos projek tanaman fertigasi berikut dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi dari dokumen seorang pengusaha ladang. Andaikan kos pembinaan sistem fertigasi ialah RM25,000.00. i) Kos Bahan Berubah Unit Kos (RM) / Unit Jumlah Kos (RM) Benih Cili Kulai F1 568 5 paket 30.00 150.00 Polibeg (Beg Politena) 5000 helai 0.40 2,000.00 Dulang semaian 50 biji 10.00 500.00 Peat moss (50L/bag) 50 bag 10.00 500.00 Cocopeat (sabut kelapa) 1000 guni 2.00 2,000.00 Serkam bakar 1000 guni 2.00 2,000.00 Baja set A dan set B 100 set 120.00 12,000.00 Racun kimia 20 botol 75.00 1,500.00 Jumlah 20,650.00 ii) Kos Tetap 25,000.00 iii) Jumlah Kos 45,650.00 iv) Kos Luar Jangka 10% 4,565.00 v) Jumlah Perbelanjaan (RM 45,650.00 + RM 4,565.00) 50,215.00 Anggaran Pendapatan = Anggaran Kuantiti Hasil x Harga Seunit Hasil Anggaran Kos = Kos Berubah + Kos Tetap Anggaran Kos Luar Jangka = 10 Peratus x Anggaran Kos Anggaran Perbelanjaan = Anggaran Kos + Anggaran Kos Luar Jangka Anggaran Keuntungan = Anggaran Pendapatan – Anggaran Perbelanjaan Pulangan Modal (PM) = Jumlah Pendapatan Jumlah Perbelanjaan Titik Pulangan Modal (TPM) = Jumlah Perbelanjaan Jumlah Kuantiti Hasil


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 198 2.5.3 Hasil Pendapatan Projek Tanaman Hasil pendapatan bermaksud wang yang diterima atau wang yang akan diterima oleh peniaga pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga yang dilakukan. Pengusaha projek tanaman hidroponik, fertigasi atau aeroponik akan mengira hasil pendapatan daripada jualan hasil tanaman mereka bagi tujuan rekod serta prestasi projek yang dilaksanakan. Pengusaha akan mengira anggaran pendapatan berdasarkan harga seunit hasil di pasaran semasa seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.39. Harga pasaran terkini dapat dirujuk di laman sesawang Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia kerana secara purata harga di ladang adalah berdasarkan harga musim penanaman biasa (tanaman secara konvensional). Contoh Hasil Pendapatan Dan Kos Pengeluaran Tanaman Sistem Fertigasi Jadual 2.39 Anggaran hasil pendapatan tanaman secara fertigasi bagi 2000 polibeg Tanaman Jangka Masa (Bulan) Anggaran Hasil/ Pokok/ Beg (kg) Purata Harga/kg (RM) Jumlah Hasil Kasar (RM) Anggaran Kos Operasi/ 2000 Beg (RM) Hasil Bersih/ Beg (RM) Pendapatan Bersih / Bulan (RM) Tomato 4 3.0 2.50 12,000.00 4,200.00 4.88 1,950.00 Cili 5 3.0 3.00 14,400.00 10,380.00 2.51 804.00 Kubis 3 1.3 2.00 4,160.00 2,850.00 0.82 436.67 Salad 2 0.5 3.00 2,400.00 750.00 1.03 825.00 Sawi 1 0.5 2.00 1,600.00 750.00 0.53 850.00 Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Nota:Pengiraan pendapatan berdasarkan 1600 polibeg (80% Jualan)


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 199 SPH diperlukan dalam sistem fertigasi untuk mengawal kelembapan berlebihan terutama semasa hujan lebat. Bumbung yang dibina haruslah membenarkan cahaya matahari menembusinya kerana tanaman memerlukan cahaya yang cukup. Berikut adalah contoh kos pembangunan teknologi sistem fertigasi sebagai panduan: Tanaman fertigasi juga boleh tidak menggunakan SPH. Penggunaan SPH merupakan pilihan kepada petani. Oleh itu, tanaman fertigasi dilakukan secara terbuka. Petani masih boleh mendapat kuantiti dan hasil tanaman yang baik. Contoh Pengiraan Hasil Pendapatan Tanaman Anggaran Pendapatan Anggaran pendapatan adalah pendapatan yang dijangka akan diperolehi oleh pengusaha bagi satu jangka masa pengeluaran. Anggaran pendapatan penting dihitung untuk menjangka pulangan bidang yang diusahakan. Berikut ialah contoh pengiraan hasil pendapatan tanaman Cili Kulai F1568 untuk projek penanaman secara fertigasi. Anggaran Pendapatan = Anggaran Kuantiti Hasil x Harga Seunit Contoh pengiraan anggaran pendapatan: Bidang Usaha: Cili (fertigasi) Bilangan Pokok: 1 000 Anggaran Hasil Semusim: 5kg/ pokok x 1 000 = 5 000kg Anggaran Harga: RM 8.00/kg Anggaran Pendapatan: 5 000 x RM 8.00 = RM 40,000.00 Bil Keperluan Asas Unit Harga Unit (RM) Jumlah (RM) 1. Struktur Pelindung Hujan 20 unit - 25,605.00 2. Sistem Pengairan - - 10,013.00 3. Bangsal Teduhan Rangka (12’ X 24’) 1 unit 5,000.00 5,000.00 4. Keuntungan (22%) - - 8,935.96 Jumlah Kos Struktur 49,553.96 Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Terengganu Maklumat Harga Bulanan dan Indeks Harga Purata Runcit Bagi Komoditi Agromakanan Terpilih Di Malaysia Laman ICT


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 200 Kos Tetap Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM) Sewa tanah (4 bulan) 1 ekar 500/bulan 2,000.00 Susut nilai sistem pengairan 5,000 x 10% 500.00 Jumlah RM 2,500.00 Anggaran Perbelanjaan Anggaran perbelanjaan adalah kos yang dijangka dikeluarkan untuk membiayai sesuatu bidang usaha. Anggaran perbelanjaan meliputi kos tetap dan kos berubah. Kos Berubah Bil Perkara Kos Belanja 1 musim (RM) 1. Benih cili 50.00 2. Polibeg 400.00 3. Dulang semaian 100.00 4. Cocopeat 400.00 5. Baja fertigasi (Set A dan Set B) 2,400.00 6. Racun kimia 300.00 7. Sekam bakar 400.00 8. Bil air JBA 100.00 9. Bil elektrik 250.00 10. Bil telefon/faksimile 50.00 11. Buruh (Seorang) 4,000.00 12. Lain-lain keperluan 500.00 Jumlah kos RM 8,950.00 Anggaran Kos = Kos Tetap + Kos Berubah = RM 2,500.00 + RM 8,950.00 = RM 11,450.00 Kos Luar Jangka (10%) = RM 1,145.00 Anggaran Perbelanjaan = RM 12,595.00


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 201 2.5.4 Penyata Untung Rugi Projek Tanaman Penyata untung rugi adalah suatu penyata yang menunjukkan segala ringkasan hasil dan perbelanjaan perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan. Penyata ini digunakan untuk menilai prestasi sesuatu perniagaan tersebut. Kepentingan penyediaan penyata untung rugi adalah untuk: • Mengetahui keuntungan atau kerugian bagi sesuatu bidang usaha. • Memudahkan pengusaha mengkaji prestasi atau kecekapan pengurusan mereka. • Membantu bakal-bakal pelabur atau rakan kongsi mengetahui keupayaan dan keuntungan perniagaan. • Kegunaan pihak luar seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pemiutang. Pendapatan ialah wang yang diperolehi oleh pengusaha bagi satu jangka masa pengeluaran. Perbelanjaan ialah kos yang dikeluarkan untuk membiayai sesuatu bidang usaha. Perbelanjaan meliputi kos tetap dan kos berubah. Keuntungan ialah pendapatan yang diperolehi setelah ditolak dengan jumlah perbelanjaan. Keuntungan yang diperolehi dalam satu bidang usaha akan digunakan sebagai pengiraan cukai pendapatan individu atau perniagaan syarikat. Format Penyata Untung Rugi berikut hanya menunjukkan jumlah untuk tahun semasa sahaja dan tidak dikumpul atau dibawa untuk tahun berikutnya. Pendapatan diperolehi apabila kuantiti hasil per unit didarab dengan harga per unit. Jumlah perbelanjaan diperolehi daripada jumlah kos berubah dan kos tetap. Manakala, keuntungan diperolehi apabila jumlah pendapatan ditolak dengan jumlah perbelanjaan. Format Penyata Untung Rugi Dua jenis keuntungan dalam perniagaan iaitu keuntungan kasar dan keuntungan bersih. • Keuntungan Kasar - keuntungan perniagaan yang diperolehi selepas menolak kos yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualan produk. • Keuntungan Bersih - diperolehi apabila jumlah jualan yang tinggal selepas semua perbelanjaan operasi, faedah, cukai dan dividen saham utama telah ditolak daripada jumlah pendapatan perniagaan. Info Tambahan Perkara A Kuantiti / Unit B Harga RM Jumlah (RM) i. Pendapatan A x B ii. Perbelanjaan a) Kos Berubah b) Kos Tetap Jumlah Perbelanjaan ( a + b ) iii. Keuntungan ( i - ii )


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 202 Perkara Kuantiti / Unit Kos ( RM ) Benih 2.5 kg @RM 23.00 57.50 Baja kimia 500 kg@RM 1.26 630.00 Baja tahi ayam 3 guni @RM 250.00 750.00 Racun kimia 36 L @RM 6.00 216.00 Membaja Kontrak 150.00 Merumput Kontrak 450.00 Memungut hasil Kontrak 2,000.00 Membuat tapak semaian Kontrak 180.00 Penyediaan tanah dan batas Kontrak 600.00 Pengangkutan ke setor 10 kali @RM 35.00 350.00 Lain-lain keperluan 300.00 Sewa tanah 3,000.00 Insurans 300.00 Tajuk: Pengiraan Untung Rugi Projek Tanaman. Hasil Pembelajaran: Menghitung: i. Pendapatan projek tanaman. ii. Kos tetap projek tanaman. iii. Kos berubah projek tanaman. iv. Jumlah perbelanjaan projek tanaman. v. Keuntungan projek tanaman. Arahan: Berikut adalah maklumat bidang usaha projek tanaman timun. Sediakan penyata untung rugi projek tanaman mengikut format yang betul. Nama Tanaman : Timun Keluasan Tanaman : 1 hektar Bilangan Pokok : 10 000 pokok/hektar Jangkamasa Memungut Hasil : 8 minggu Berat Hasil : 16 000 kg Harga/Kg : RM 1.35


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 203 2.5.5 Menghitung Pulangan Modal dan Titik Pulangan Modal Pulangan Modal (PM) Pulangan modal (PM) adalah pendapatan yang diperolehi daripada setiap ringgit (RM) yang dilaburkan. Bidang usaha yang memberikan pulangan setiap ringgit dilabur tertinggi menunjukkan bahawa bidang usaha lebih berdaya saing dan menguntungkan. Pengiraan PM adalah menggunakan persamaan berikut: Titik Pulangan Modal (TPM) Titik pulangan modal adalah harga minimum bagi setiap kuantiti hasil yang akan dijual. Apabila pengusaha memperuntukkan sejumlah wang yang dilaburkan untuk menjalankan sesuatu bidang usaha, pelaburan tersebut akan memberi pulangan dalam bentuk keuntungan. Pada titik ini, perniagaan tidak akan mendapat untung atau mengalami kerugian dan ini bermakna untung perniagaan ialah sifar. Kaedah yang digunakan untuk menghitung TPM adalah menggunakan kaedah margin caruman iaitu melibatkan penggunaan formula seperti berikut: Kegunaan Titik Pulang Modal Titik pulangan modal digunakan untuk: • Menentukan jumlah tahap jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelak kerugian. • Mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian pada tahap pengeluaran tertentu. • Merancang pengeluaran bagi memperoleh untung yang disasarkan. • Merancang pengeluaran dan jualan dengan mengkaji kesan ke atas titik pulang modal jika perubahan dibuat ke atas kos tetap, kos berubah seunit atau harga jualan seunit. Contoh pengiraan PM Bidang usaha : Tanaman petola Pendapatan : RM 9,000.00 Perbelanjaan : RM 5,659.50 Contoh pengiraan : RM 9,000.00 RM 5,659.50 = 1.59 Jumlah Pendapatan Jumlah Perbelanjaan 1.59 bermaksud setiap ringgit modal mendapat pendapatan RM1.59 dengan keuntungan RM0.59 Contoh pengiraan TPM Bidang usaha : Tanaman petola Perbelanjaan : RM 5,659.50 Bilangan pokok : 300 pokok Anggaran hasil : 6kg/pokok Kuantiti hasil : 1 800 kg Contoh pengiraan : RM 5,659.50 1 800kg = RM 3.14/kg Jumlah Perbelanjaan Jumlah Kuantiti Hasil


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 204 Contoh, penyata untung rugi, pulangan modal (PM) dan titik pulangan modal (TPM) projek tanaman cili fertigasi di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) a) Penyata Untung Rugi. Jenis Tanaman : Cili Merah (30 unit/hektar) Bilangan Musim/Tahun : 1 musim (4 bulan) Bilangan Pokok/SPH : 240 pokok Hasil : 2.5 kg/pokok/musim Jumlah Hasil : 240 x 2.5 x 1 x 30 = 18 000kg Harga Jualan Ladang : RM 5.00/kg Pendapatan Kasar Berat Hasil (kg) Harga/kg Pendapatan (RM) 18 000 5.00 90,000.00 Perbelanjaan Kuantiti/unit Harga (RM)/unit Nilai kos (RM) I Kos Berubah Benih cili 5 paket 100.00 500.00 Polibeg (16 inci x 16 inci) 2 000 helai 1.00 2,000.00 Dulang semaian 50 buah 10.00 500.00 Peat moss 50 beg 10.00 500.00 Cocopeat 50 beg 60.00 3,000.00 Sekam bakar 50 beg 80.00 4,000.00 Baja fertigasi (Set A dan Set B) 100 set 100.00 10,000.00 Racun kimia 10 botol 150.00 1,500.00 Lain-lain keperluan 1,000.00 1,000.00 Penyediaan tapak Kontrak 2,500.00 Memungut hasil Kontrak 2,500.00 Jumlah Kos Berubah 28,000.00 II Kos Tetap Sewa tanah 1 musim 5,000.00 5,000.00 Susut nilai alatan pengairan 20%/tahun 5,000.00 5,000.00 Insurans 1 tahun 100.00 Jumlah Kos Tetap 10,100.00 III Jumlah Perbelanjaan (RM 28,000.00 + RM 10,100.00) 38,100.00 IV Keuntungan (RM 90,000.00 – RM 38,100.00) 51,900.00


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 205 b) Pulangan Modal (PM) Pulangan Modal (PM) = RM 90,000.00 RM 38,100.00 = *2.36 (*2.36 bermaksud setiap ringgit modal mendapat pendapatan RM 2.36 dengan keuntungan RM 1.36) c) Titik Pulangan Modal (TPM) Titik Pulangan Modal (TPM) = RM 38,100.00 18,000kg = **RM 2.12/kg (**RM 2.12/kg bermaksud jualan hasil pada harga RM 2.12 sekilogram akan mendapat pulangan modal) Kaedah menentukan titik pulangan modal Satu lagi cara menentukan titik pulangan modal perniagaan adalah melalui kaedah graf. Titik pulangan modal diketahui dengan melihat pada titik persilangan antara keluk jumlah kos dengan keluk jumlah hasil. Pada titik persilangan itu jumlah kos adalah menyamai hasil jualan. Pada tingkat output di kawasan bawah titik pulangan modal, kerugian akan ditanggung. Manakala, tingkat output di kawasan atas titik pulangan modal akan memperoleh keuntungan. Info Tambahan Keluaran (unit) Kos (RM) Kos tetap Jumlah kos Titik Pulangan Modal Jumlah hasil


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 206 Projek Tanaman Fertigasi Jenis Tanaman: Tomato Keluasan: 1 unit rumah tanaman berukuran 10m x 20m Tempoh Tanaman: 4 musim/tahun Harga Pasaran: RM 2.50/kg Anggaran Berat Hasil: 1 050kg/musim Kos-Kos Pengeluaran Tomato/Hektar Bil Perkara Kos ( RM ) 1. Benih 150.00 2. Baja fertigasi 350.00 3. Polibeg 100.00 4. Sekam bakar 200.00 5. Dulang semaian 100.00 6. Racun kimia 100.00 7. Sistem pengairan 600.00 8. Sewa tapak 200.00 9. Insurans 60.00 10. Bil elekrik 200.00 11. Bil air 100.00 12. Susut nilai peralatan 250.00 13. Belanja am 200.00 14. Upah memungut hasil 500.00 Tajuk: Penyata Untung Rugi, Pulangan Modal (PM) dan Titik Pulangan Modal (TPM). Hasil Pembelajaran: Menghitung: i. Pendapatan ii. Kos berubah iii. Kos tetap iv. Jumlah perbelanjaan v. Keuntungan vi. Pulangan Modal (PM) vii. Titik Pulangan Modal (TPM) Tugasan: Berdasarkan maklumat projek tanaman fertigasi berikut, sediakan penyata untung rugi, hitungkan pulangan modal dan titik pulangan modal projek tersebut.


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 207 2.5.6 Membuat Keputusan Memilih Bidang Usaha Pemilihan bidang usaha penting dilakukan untuk menentukan bidang usaha yang bakal diceburi. Dalam proses pemilihan tersebut, pengusaha akan dapat mengenal bidang usaha tersebut dan menilai kemampuan diri untuk mengelolakannya. Untuk menentukan bidang usaha yang akan diceburi, pengusaha perlu mengenal pasti faktor-faktor berikut (Rajah 2.40). Minat dan Bakat Minat boleh mendorong seseorang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburinya. Bakat diperolehi secara semula jadi, namun ada juga bakat yang dibentuk melalui pelbagai kursus berkaitan yang diceburi. Dengan adanya minat dan bakat, seseorang pengusaha akan dapat memberi tumpuan serta meningkatkan bidang usaha yang diceburi. Modal Modal adalah wang tunai atau gabungan wang tunai dan aset tetap untuk membiayai urus niaga atau perladangan. Modal boleh dibahagikan kepada modal fizikal dan modal kerja. Modal fizikal seperti jentera, bangunan pentadbiran ladang, tanah dan kilang tempat memproses. Modal kerja pula meliputi wang, bahan mentah dan stok. Pulangan Modal Pengusaha perlu menghitung pulangan atas setiap ringgit modal yang dilaburkan. Pulangan modal lebih dari 1.00 menunjukkan ada keuntungan. Pulangan modal 1.00 menunjukkan pendapatan yang diperolehi sama dengan modal yang dilabur. Pulangan modal kurang daripada 1.00 menunjukkan bidang usaha itu mengalami kerugian. Rajah 2.40 Faktor pemilihan bidang usaha Minat dan Bakat Modal Pulangan Modal Pengalaman Waktu / Masa Faktor Memilih Bidang Usaha Keuntungan


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 208 Keuntungan Seseorang pengusaha perlu mempertimbangkan keuntungan yang ingin diperolehi. Keuntungan perlu dianggarkan semasa membuat perancangan kewangan projek. Pengusaha juga perlu memastikan jangka waktu untuk memperoleh keuntungan. Pengusaha yang bijak akan memastikan pulangan modal terlebih dahulu sebelum menikmati keuntungan. Waktu Pengusaha perlu menentukan masa dan matlamat yang perlu dicapai dalam bidang usaha yang dilakukannya. Tentukan matlamat keuntungan. Terdapat bidang usaha yang memperoleh keuntungan dalam masa singkat, sederhana atau dalam jangka panjang. Contohnya, bidang usaha pertanian seperti pengeluaran tanaman makanan atau komoditi makanan perlukan masa sekurangkurangnya empat musim (1 tahun) untuk mencapai keuntungan maksimum. Ada juga bidang usaha yang memerlukan masa antara 1 tahun hingga 3 tahun seperti bidang usaha pemprosesan makanan dan masa lebih daripada 3 tahun untuk bidang usaha tanaman komoditi seperti kelapa sawit, koko dan lada hitam. Pengalaman Pengalaman boleh secara pengalaman peribadi ataupun diperolehi dari pengalaman orang lain. Pengalaman peribadi dapat diperolehi dengan cara mengikuti kursus-kursus atau latihan secara praktikal. Manakala, pengalaman dari orang lain yang sudah berjaya dapat diperolehi melalui pembacaan atau penerokaan profil usahawan-usahawan berjaya. Menganalisis Keputusan Penentuan bidang usaha juga boleh dilakukan dengan menggunakan analisis SWOT. Kaedah ini sangat popular di kalangan usahawan untuk menilai suatu bidang usaha itu secara lebih tepat. Rajah 2.41 menunjukkan maksud analisis SWOT. Rajah 2.41 Maksud Analisis SWOT Faktor Dalaman Kekuatan (S) Kelemahan (W) • Mempunyai kepakaran tertentu. • Mudah mendapat sumber. • Produk atau perkhidmatan baru dan inovatif. • Proses dan prosedur berkualiti. • Reputasi yang baik. • Kekurangan kepakaran di pasaran. • Produk yang serupa dengan pesaing. • Pesaing mempunyai akses lebih baik. • Proses dan prosedur tidak berkualiti. • Reputasi yang tidak baik. Faktor Luaran Kekuatan (O) Kelemahan (T) • Peluang pasaran yang berkembang. • Boleh berubah ke pasaran yang lebih baik. mempunyai pasaran lebih luas di luar negara. • Pesaing baru yang sedia ada. • Pesaing lebih inovatif. • Persaingan harga. • Cukai produk dan perkhidmatan meningkat.


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 209 Masa Hadapan Bidang usaha Berpandukan analisis faktor dalaman dan luaran yang telah dilakukan, pengusaha boleh membuat keputusan dengan meneruskan memilih bidang usaha yang dirancang. Rajah 2.42 menunjukkan langkah membuat keputusan seterusnya. Sekiranya pengusaha mengambil keputusan untuk tidak memilih bidang usaha tersebut kerana keputusan yang tidak meyakinkan, ia perlu mengubahsuai kepada bidang usaha yang lain. Meneruskan Bidang Usaha Sekiranya suatu bidang usaha yang memberi keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang dilaburnya adalah tinggi, pengusaha perlu meneruskannya. Pengusaha boleh meneruskan bidang usaha tersebut dengan kapasiti sedia ada atau boleh membesarkan lagi bidang usaha tersebut. Mengubahsuai Pengurusan Bidang Usaha Pengurusan yang tidak cekap boleh menyebabkan kerugian. Sekiranya pihak pengurusan telah mengenal pasti penyebab kepada kerugian bidang usahanya, tindakan menukar pengurusan perlu dilakukan segera. Pengurusan adalah melibatkan pengurus, juruteknik, mandur dan pekerja. Namun menukar pengurusan bukan bermaksud menukar keseluruhan pekerja. Mungkin pengurus sahaja yang dikenal pasti menyebabkan kerugian tersebut. Menggantikan Dengan Bidang Usaha Lain Jika bidang usaha tidak menguntungkan, pengusaha perlu menggantikannya dengan bidang usaha lain. Perkara ini juga boleh dibuat sekiranya pengusaha mengalami persaingan yang sangat sengit, sukar mendapatkan bekalan input, sukar memasarkan hasil atau harga yang terlalu rendah. Membubarkan Bidang Usaha Bidang usaha yang mengalami kerugian perlu dihentikan supaya risiko kerugian tidak ditanggung secara berpanjangan. Selepas itu, pengusaha boleh memilih untuk menutup terus ladang atau menggantikan dengan bidang usaha lain. Jika tindakan menutup ladang dibuat, pengusaha boleh menjual segala aset yang dimiliki untuk mendapatkan kembali modalnya. Rajah 2.42 Langkah membuat keputusan suatu bidang usaha YA Meneruskan bidang usaha TIDAK • Mengubahsuai pengurusan bidang • Menggantikan dengan bidang usaha yang lain • Membubarkan bidang usaha Masa Hadapan Bidang Usaha Keputusan


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 210 • Modal Permulaan merupakan sumber kewangan atau aset yang membantu dalam proses pengeluaran. • Modal Akhir diperolehi apabila modal awal ditambah dengan keuntungan dan ditolak dengan ambilan. • Kos Tetap adalah bayaran untuk input tetap. • Kos Berubah adalah kos yang berubah secara langsung dengan tingkat output. • Ambilan adalah penggunaan tunai atau aset perniagaan oleh pemilik perniagaan untuk kegunaan peribadi. • Jenis dokumen terbahagi kepada sebelum urus niaga, semasa urus niaga dan selepas urus niaga. • Dokumen sebelum urus niaga adalah surat tanya, katalog, senarai harga dan sebut harga. • Dokumen semasa urus niaga adalah borang pesanan, nota serahan, invois, nota kredit dan nota debit. • Dokumen selepas urus niaga adalah resit, bil tunai dan penyata akaun. • Anggaran pendapatan ialah pendapatan yang dijangka akan diperolehi oleh pengusaha. • Anggaran perbelanjaan ialah kos yang dikeluarkan untuk membiayai suatu bidang usaha. • Penyata untung rugi adalah suatu penyata yang menunjukkan ringkasan hasil dan perbelanjaan bidang usaha dalam satu tempoh perakaunan. • Pulangan modal (PM) adalah pendapatan yang diperolehi daripada setiap ringgit yang dilabur. • Titik pulangan modal (TPM) adalah harga minimum bagi setiap hasil yang akan dijual. • Faktor memilih bidang usaha ialah minat dan bakat, modal, pulangan modal, keuntungan, waktu dan pengalaman. Modal Permulaan dan Modal Akhir Dokumen Hasil Pendapatan Projek Tanaman Penyata Untung Rugi Projek Tanaman Pulangan Modal (PM) dan Titik Pulangan Modal (TPM) Membuat Keputusan PENGURUSAN KEWANGAN


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 211 Jawab Semua Soalan 1. Encik Baharom ingin memulakan projek tanaman fertigasi secara besar-besaran tetapi kekurangan modal. Nyatakan dua cara bagaimanakah beliau dapat menyelesaikan masalah tersebut? i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... 2. Ketika menyediakan belanjawan projek tanaman cili merah, Encik Tahar telah memasukkan pengiraan kos luar jangka. Nyatakan tiga situasi yang melibatkan kos luar jangka. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)...................................................................................................................................... 3. Setelah membuat pengiraan, didapati modal akhir projek tanaman fertigasi cili merah adalah kurang 50% daripada modal permulaan. Nyatakan bagaimana keadaan ini berlaku. .......................................................................................................................................... 4. Nyatakan tiga maklumat yang terdapat dalam sebut harga. i)....................................................................................................................................... ii)...................................................................................................................................... iii)...................................................................................................................................... 5. Syarikat anda menjalankan urusniaga dengan seorang pengusaha projek tanaman aeroponik. Anda telah menghantar katalog berserta borang pesanan kepada pengusaha tersebut. Nyatakan apakah tindakan seterusnya yang perlu dilakukan oleh pengusaha itu? .......................................................................................................................................... 6. Ketika menghantar pesanan set fertigasi kepada pembeli, Syarikat Tiara telah menyerahkan satu dokumen. Nyatakan nama dokumen itu dan tujuan menyerahkannya. .......................................................................................................................................... 7. Syarikat Muara telah menghantar 5 guni baja NPK yang dipesan kepada pembeli. Setelah menyerahkan invois didapati harga yang tertulis di dalamnya kurang daripada harga yang sepatutnya. a) Nyatakan apakah yang perlu dilakukan oleh Syarikat Muara? ..........................................................................................................................................


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 212 Bidang Usaha Pendapatan (RM) Perbelanjaan (RM) Pulangan Modal Petola 9,500.00 5,759.50 1.65 Bendi 18,000.00 9,947.00 1.81 Cili 33,000.00 12,839.60 2.57 Kacang panjang 8,600.00 4,950.00 1.74 b) Nyatakan apakah tujuannya? .......................................................................................................................................... 8. En. Rustam telah mendapat diskaun tunai ke atas pembelian baja daripada Pembekal Tekun. Nyatakan jenis urus niaga yang berlaku dan namakan dokumen yang terlibat. ......................................................................................................................................... 9. Kumpulan projek tanaman fertigasi anda telah menentukan kos luar jangka sebanyak 5% daripada kos bahan. Kos bahan adalah sebanyak RM 5,000.00. Hitungkan modal permulaan projek sekiranya kos pembinaan sistem adalah RM 3,000.00. ......................................................................................................................................... 10. Nyatakan apakah yang boleh dilakukan oleh seorang pengurus ladang untuk meningkatkan modal akhir dalam sesuatu projek tanamannya? ....................................................................................................................................... 11. Syarikat Gurun telah menentukan Titik Pulangan Modal untuk projek tanaman hidroponiknya adalah sebanyak RM 2.50. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan nilai itu dari segi untung dan rugi projek tanamannya? ....................................................................................................................................... 12. Anda ingin mengusahakan satu projek tanaman secara hidroponik. Nyatakan tiga faktor yang perlu anda beri perhatian sebelum membuat keputusan untuk memilih bidang usaha itu. i)...................................................................................................................................... ii)..................................................................................................................................... iii).................................................................................................................................... Jadual 1 13. Jadual 1 menunjukkan prestasi sebuah ladang. a) Terangkan tentang bidang usaha dari segi pulangan setiap ringgit yang dilaburkan. ....................................................................................................................................... b) Nyatakan dua bidang usaha yang boleh diteruskan. .......................................................................................................................................


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 213 GLOSARI Antagonis Agen mikrob yang mampu bertindak membunuh dan merencat pertumbuhan mikrob penyebab penyakit tanaman. Asid amino Sebatian organik yang terdiri daripada kumpulan amino (NH2 ) dan asid karboksilik (COOH), yang apabila bergabung dengan rantaian tertentu, maka wujudlah struktur yang dinamakan sebagai protein. Aksil Tunas yang keluar pada batang tumbuhan. Benah Serangga dalam Order Hemiptera (Kepinding) yang mempunyai mulut jenis menyucuk-menghisap. Ekosistem bumi Sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik antara maklum hidup dan persekitarannya. Enzim Bio molekul berupa protein yang mempercepatkan proses perubahan menjadi molekul lain atau tindak balas biologi. Debunga Butiran dalam anter yang merupakan benih jantan tumbuhan. Fumigan Bahan wasap. Gutasi Pembentukan titis air pada tumbuhan daripada lembapan udara. K.&K. di K. Kesilapan dan kesalahan dikecualikan. Kalibrasi Penentuan ukuran rawatan bagi rawatan bandingan. Karotena Pigmen berwarna merah-jingga yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Resistan Keupayaan sesuatu tanaman menahan daripada dijangkiti atau diserang serangga perosak tanaman atau patogen. Kuarantin Pendekatan melalui kuasa undang-undang dalam membendung perebakan perosak dan penyakit. Komoditi Barang yang diperdagangkan terutamanya keluaran ladang, bahan mentah dan bahan galian. Mikroorganisma Organisma yang sangat kecil dan dapat dilihat hanya dengan menggunakan mikroskop. Multisel Organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel. Musuh semulajadi Organisma yang secara semulajadi menyerang perosak tanaman sebagai sumber makanannya lantas membantu mengawal serangga perosak tanaman. Nutrien Zat makanan yang diperlukan oleh organisma untuk hidup. Osmosis Pergerakan molekul pelarut daripada larutan kurang pekat kepada larutan lebih pekat melalui membran separa telap. Parasitoid Serangga yang bertindak memparasit ke atas serangga perosak untuk tumbesarannya justeru akhirnya membunuh dan merencat pembiakan perosak. Patogen Organisma mikrob seperti kulat, bakteria dan virus sebagai penyebab penyakit.


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 214 Pemangsa Haiwan yang menangkap, memakan dan membunuh mangsanya. Pengawalan perosak Tindakan dan langkah-langkah yang diambil untuk membunuh dan mengawal bilangan perosak apabila mencapai aras ambang ekonomi agar bilangan perosak dihindari daripada meningkat mencapai aras kecederaan ekonomi. Perosak Agen yang sama ada mencederakan, menyebabkan penyakit mahupun bersaing untuk tumbuh dan mendapatkan air, nutrien, ruang dan sinaran matahari. Perumah Tanaman yang dijadikan sumber makanan mahupun teduhan oleh agen perosak. Pigmen Bahan berwarna yang terdapat dalam tisu tumbuhan atau haiwan. Rentan Tidak berupaya menahan serangan perosak atau penyakit. Residu kimia Sisa atau baki bahan kimia. Spesies Kumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan boleh membiak dalam kalangan mereka. Spora Biji benih bagi tumbuhan tidak berbunga. Tanaman industri Tanaman seperti getah dan kelapa sawit yang menghasilkan bahan mentah untuk industri pembuatan dan pemprosesan. Tanaman makanan Tanaman yang digolongkan sebagai sumber makanan. Vegetatif Tumbesaran yang berbentuk tunas bawah tanah dan bukan organ pembiakan. Vektor Agen seperti serangga sebagai pembawa dan penyebar penyakit. Zat organik Sebatian organik yang terdapat secara semula jadi pada tumbuhan.


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 215 INDEKS O Order 6 Osmosis 44,45,51 P Palmae 9 Parenkima 47,50 Pengehad 53 Pigmen 17,40 Pinat 19 Plasmolisis 45,46 R Radikal 37 Rhizom 47 S Sistem Tatanama Binomial 6 Sklerenkima 50 Sintetik 36 Solanaceae 71 Spora 13,32 Stolon 23 Sukrosa 47 T Testa 36 U Umbisi 9 V Vermiculite 94 X Xantofil 17 Glukosa 39,41,43 Granum 41 H Hamama 127,155 Hipertonik 45,46 Hipogel 37,61 Hipokotil 8 I Isotonik 46 K Kalibrasi 120 Karotena 17,72 Kapilari Kandungan kelembapan 155 Kelembapan bandingan 153 Kelompokan 155 Kitaran Calvin 40 Kitaran kreb 43 Klorosis 89,90 Kolenkima 50 Krista 43 K.&K.di K 192 L Larutan organik 25 Lenggai 128,142,143 M Malvaceae 71,75 Margin 161,163 Meristem 24,32,38 Mesofil 41,43,51 Mesokarpa 75 Monopodial 23 Multisel 4,21,36 N National Biodiversity Centre 5 Nukleus 24 A Adventitius 27 Aerob 42 Afid 125,126 Anaerob 42 Angiosperma 6 Antosianin 17 Aksil 17 Araceae 72 Asid amino 47 Atmosfera 48, 60 B Benah perang 126 Beras bario 169 Beri 144,145 Biokimia 6,40,42 Biologi 6 Brassicaceae 72 C Convolvulaceae 72 Cucurbitaceae 71 D Dikotomus 23 Dwilapisan 44 E Ekosistem bumi 5,33 Eksokarpa 75 Embrio 8,36,55 Endodermis 21,29 Enzim 43,53,55 Epigeal 37,61 Epikotil 8 F Fermentasi 150 G Gas metana 46 Gas nadir 4 Genus 6 Genetik 6,36


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 216 BIBLIOGRAFI Abd Aziz, O., dan Rohaniah, M. N. (2014). Hortikultur landskap. Putrajaya: Jabatan Pengajian Politeknik. Eldra, P. S., Linda, R. B., dan Diana, W. M. (2011). Biology (9 edition). Florida: Life Sciences. Gan, W. Y., Manoharan, A/L. S., dan Azmah, R. (2011). Biologi Tingkatan 4. Petaling Jaya: Bakaprep Sdn. Bhd. Hassan, A., Amutha, V. P., dan Anuar, M. I. (2016). Pertanian Tingkatan 4. Petaling Jaya: Multi Educational Book Enterprise Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Modul Pembelajaran Tanaman Makanan Tingkatan 5. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohammad Jaafar, S. (2010). Sains Pertanian Tingkatan 5. Bukit Katil, Melaka: Percetakan Surya Sdn. Bhd. Ng Chee, K., Fadhilah, M., dan Rose Lee, S. H. (2012). Sains Tingkatan 2. Cheras: Percetakan Rina Sdn. Bhd. Radcliffe, E. B. dan Hutchison, W. D. (2008). Integrated Pest Management. London: Cambridge University Press. Robi, S., dan Zaleha, U., (2011). Pengeluaran Kangkung Dan Bayam. Serdang: Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia. Wan Abdullah,W. Y., dan Illani Zuraihah, I. (2015). Penanaman Sayuran Secara Organik Di Malaysia. Serdang: MARDI. Yusof, I. (2012). Serangga dan Kerosakan Tanaman di Malaysia. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press. Yusof, I., dan Ridzwan, C. R. (2013). Modul Kursus VEA3036 Tanaman Industri. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zaleha, U., dan Robi, S. (2010). Pengeluaran Sawi. Serdang: Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia. Zulhazmi, S., Hanim, A., dan Ab. Kahar, S. (2016). Inovasi Pertanian Bandar. Serdang: MARDI.


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 217 Rujukan Laman ICT/QR Code Bil. Tajuk Muka Surat 1. Bilangan pokok di dunia (How many trees in the world) https://youtu.be/jqdokXQngw8 5 2. Bagaimana pokok membersihkan udara (How trees clean the air) https://youtu.be/XVUAgcSCP_U 5 3. Teknik mengenal tumbuhan (Technique in plant ID) https://youtu.be/93gjF1IRhDW 12 4. Struktur tumbuhan dan fungsi (Plant structure and function) http://youtu.be/J9fm9RbL_Sw 12 5. Bahagian dan fungsi tumbuhan (Plant parts and functions) https://youtu.be/uaZjDUiANcs 27 6. Anatomi tumbuhan (Plant anatomy) https://youtu.be/ebQdr-UnV6E 27 7. Struktur tumbuhan (Plant structure) https://youtu.be/zHp_voyo7MY 27 8. Pertumbuhan primer (primary growth) https://youtu.be/qlxPTNzQB5U 38 9. Pertumbuhan sekunder (secondary growth) https://youtu.be/i_ly3DblRew 38 10. Fotosintesis (light reaction) https://youtu.be/hj_WKgnL6MI 40 11. Makanan dan pengangkutan tumbuhan (Plant nutrition and transport) https://youtu.be/bsY8j8f54I0 40 12. Xilem dan fleom berfungsi (Xylem and phloem works) https://youtu.be/u_8fOz_R-I0 47 13. Struktur sel tumbuhan (Plant cell structure) https://youtu.be/IWU6ma5405U 47 14. Fotosintesis dan respirasi (Photosynthesis and respiration) https://youtu.be/0IJMRsTcwcg 50 15. Faktor mempengaruhi fotosintesis (Factors affecting the rate of photosynthesis) https://youtu.be/PQ1zZ9G5d7m 56 16. Kesan perubahan cuaca pada tanaman (Effect of climate change on crops) https://youtu.be/JaUItiaeLBU 56 17. Kesan cahaya pada fotosintesis (Effect of light on photosynthesis) https://youtu.be/s2vOJmljGkM 57 18. Keperluan cahaya pada fotosintesis (Sunlight is necessary for photosynthesis - experimental) https://youtu.be/j6Le0S52wt0 57 19. Maklumat GAP https://m.youtube.com/watch?v=jNDR6QFE-I0&feature=youtu.be- 121


KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 218 Bil. Tajuk Muka Surat 20. Maklumat MyGAP http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/373?mid=68 121 21. Maklumat SALM http://www.moa.gov.my/web/guest/salm 122 22. Maklumat SOM http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/377?mid=70 122 23. Penyakit lenggai (Buah) hitam pada buah koko http://croped.koko.my/index.php?option=com_content&view=article&i d=23:penyakit-buah-hitam&catid=9:penyakit-buah&Itemid=6 128 24. GAP Tanaman Padi http://www.doa.gov.my/index/resources/aktiviti_sumber/sumber_awam/ maklumat_biosekuriti/perosak_tanaman_padi.pdf 129 25. GAP Tanaman Koko https://www.scribd.com/mobile/ document/239390707/11-Keselamatan-Koko-Amalan-Pertanian-Baik 128 26. Program Rakan Alam Sekitar https://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaran_add.php 132 27. Indeks kematangan jagung http://www.fama.gov.my/ documents/10157/852829b9-8e82-429c-8172-83ac880fb023 141 28. Indeks kematangan sayur-sayuran http://www.fama.gov.my/spesifikasi-gred-dan-piawaian#. WW8ox4oRXCS 142 29. Penanaman padi di Sekinchan https://www.youtube.com/watch?v=iiJlomK5-yk 149 30. Sistem pengeringan dan pengilangan padi secara komersial http://www.bernas.com.my/index.php/drying-milling-process 149 31. Teknologi penuaian pemprosesan biji koko https://m.youtube.com/watch?v=1NXYxqhCY0A 150 32. Maklumat pemasaran pertanian oleh FAMA http://www.fama.gov.my/pasar-tani#.WW8psIoRXCS 167 33. Laman Agro MAEPS https://youtu.be/iOjj81TY8Og 167 34. Dasar keselamatan makanan kebangsaan http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/dasar-keselamatan-makanan-kebangsaan/ 172 35. Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan http://fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/ MKMPK/Pelan%20Tindakan%20Keselamatan%20Makanan%202010- 2020.pdf 172 36. Laporan analisis harga http://www.fama.gov.my/harga-pasaran-terkini2#.WW8qM4oRXCR 174 37. Maklumat Harga Bulanan dan Indeks Harga Purata Runcit Bagi Komoditi Agromakanan Terpilih Di Malaysia http://www.moa.gov.my/laporan-bulanan-indeks-harga-purata-runcit 199


Click to View FlipBook Version