BAB 2 : PENGURUSAN PROJEK 2.1 PENGURUSAN PROJEK REKA BENTUK DISEDIAKAN OLEH : MAZLINA BINTI YUSOFF
PENGURUSAN PROJEK REKA BENTUK Seorang ketua projek perlu bijak menguruskan sumber, pengetahuan, kemahiran, dan teknik dalam pelbagai bentuk aktiviti. Dalam pengurusan sumber terdapat tiga komponen besar iaitu : Skop kerja Tempoh masa Kos projek
2.1.1 Definisi Pengurusan Projek Reka Bentuk Pengurusan projek reka bentuk merupakan aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, iaitu; A. Skop kerja, B. tempoh masa, dan C. kos projek.
A. Skop Kerja Terdiri daripada skop produk dan skop projek. Skop produk – kualiti, ciri, dan fungsi reka bentuk yang dikehendaki. Skop projek – kepimpinan dan pengurusan terhadap masa, bahan, maklumat, ruang, dan ahli kumpulan
B. Tempoh masa Tempoh yang ditetapkan untuk menyempurnakan sesuatu projek. Projek yang disiapkan dalam masa ditetapkan menggambarkan pengurusan projek itu sangat baik dan cekap
C. Kos Projek Peruntukan kewangan untuk melaksanakan projek. Antara kos yang terlibat ialah pembayaran upah, pembelian bahan, insurans dan perbelanjaan mengurus projek.
2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah. Antaranya melalui pembacaan, pengalaman diri sendiri dan orang lain, dan pemerhatian
2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah (sambungan) Penjanaan reka bentuk dapat dijana melalui langkah berikut: A. Meniru apa yang terdapat dipersekitaran B. Menterbalikkan fungsi sesuatu alat C. Menukar saiz objek D. Menterbalikkan kedudukan
2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah (sambungan) A. Meniru apa yang terdapat dipersekitaran dan menjadikannya produk
2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah (sambungan) B. Menterbalikkan fungsi sesuatu alat
2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah (sambungan) C. Menukar saiz objek
2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah (sambungan) D. Menterbalikkan kedudukan
2.1.3 Langkah Pengurusan Pelaksanaan Projek Pengurusan pelaksanaan projek melibatkan langkah kerja untuk memperoleh peralatan, bahan, dan kemahiran supaya projek dapat disiapkan. Pasukan projek perlu memiliki kepakaran, pengetahuan dan pengalaman dengan sesuatu projek Organisasi projek perlu dibentuk dalam pengurusan pelaksanaan projek bagi memudahkan pelaksanaanya. Jadual perancangan juga perlu disediakan supaya pelaksanaan projek berjalan lancar dan sempurna.
2.1.3 Langkah Pengurusan Pelaksanaan Projek Pasukan projek di peringkat sekolah boleh dibentuk mengikut kesesuaian projek. Pasukan ini boleh terdiri daripada pengurus, setiausaha, bendahari, pereka bentuk dan pembangun mock up / model Pengurus Projek Bendahari Pereka bentuk Pembangun mock Setiausaha
2.1.4 Merangka Perancangan Projek PERANCANGAN PENJADUALAN PENGAWALAN Sebelum projek dijalankan perancangan hendaklah dibuat untuk menentukan kos, bahan, skop kerja, tempoh masa dan upah buruh Penjadualan masa perlu disediakan supaya pelaksanaan projek berjalan lancar dan sempurna Kerja-kerja mengawal sumber-sumber seperti kos, bahan, skop kerja, buruh dan tempoh masa siap projek.
A. Perancangan Perancangan projek ialah peringkat pengurusan projek yang paling utama dan menjadi penentu objektif sesuatu projek Perancangan projek yang baik dapat memastikan objektif tercapai, mengelakkan pembaziran sumber, dan mencegah gangguan.
A. Perancangan (Peringkat perancangan) Penentuan utama Menetapkan tujuan projek dan objektif yang hendak dicapai. Penentuan subutama Merancang tentang pengeluaran dan pemasaran produk. Perancangan perlu lebih terperinci. Pengelolaan aktiviti Pembuatan atau pembangunan produk (penyediaan brief reka bentuk, bahan, dan aliran wang tunai) Matris organisasi atau pasukan Menjalankan sesuatu tugas khas. Ahli terdiri daripada yang berpengetahuan dan berpengalaman untuk melaksanakan projek
B. Penjadualan Penjadualan masa disediakan untuk menunjukkan anggaran jangka masa yang ditetapkan bagi menyiapkan projek. Mengelakkan kerugian masa dan kos Mengelakkan pembaziran atau pemborosan Mengawal sumber tenaga pekerja Mengurus bahan mentah secara sistematik Tujuan Penjadualan
B. Penjadualan Penjadualan boleh dibuat dengan menggunakan blok hubungan aktiviti melalui rangkaian, dan Carta gantt atau carta bar Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Perbincangan konsep Membuat model Lakaran idea Milestone
C. Pengawalan Pengawalan dilakukan sepanjang proses projek dan merangkumi pengawalan sumber, kos, kualiti, pematuhan penjadualan dan sebagainya. Semua aktiviti dikenal pasti dilakukan secara optimum Semua aktiviti dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan Perubahan penjadualan dibuat sekiraya berlaku perubahan terhadap projek Sumber-sumber yang diperlukan dikenal pasti Tujuan Pengawalan
2.1.5 Analisis Perancangan Projek dan Jadual Kerja Bermaksud mengenal pasti segala aktiviti yang terlibat dalam pembangunan projek. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan menyediakan jadual kerja. Garis panduan penjadualan projek: 1. Menentukan aktiviti jadual 2. Menyusun aktiviti mengikut keperluan 3. Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk aktiviti 4. Menganggarkan tempoh masa untuk sesuatu aktiviti 5. Membangunkan jadual 6. Menganggarkan kos dan menyediakan bajet
1. Tentukan aktiviti jadual Skop kerja yang terlibat ditentukan mengikut Struktur Pecahan Kerja. Contohnya sebagai pembangun mock up/ model, aktiviti jadual kerjanya termasuklah mendapatkan lakaran bersaiz, mengukur, menanda, memotong, dan mencantum.
2. Susunan aktiviti Menyusun aktiviti yang perlu dibuat secara berturutan agar aktiviti tersebut tidak menganggu perjalanan projek. Contohnya sediakan lakaran sebelum menyediakan bahan.
3. Anggaran sumber diperlukan untuk sesuatu aktiviti Menganggarkan sumber (manusia, bahan, dan peralatan) yang diperlukan untuk menyempurnakan aktiviti
4. Anggaran tempoh masa untuk sesuatu aktiviti Anggaran tempoh masa bergantung pada mudah atau kompleks sesuatu tugasan itu untuk diselesaikan.
5. Pembangunan jadual Aktiviti atau proses kerja yang akan dilakukan untuk menghasilkan produk disenaraikan dalam jadual kerja. Jadual kerja akan disertakan bersama tempoh masa dalam bentuk mingguan atau bulanan. Aktiviti disusun mengikut keutamaan. Jadual kerja akan digunakan untuk mengawal pelaksanaan projek
6. Anggaran kos dan penyediaan bajet Pengiraan kos modal untuk melaksanakan projek. Kos modal merangkumi kos bahan, alatan, upah dan kos overhed. Bajet disediakan mengikut kos modal dan kuantiti produk yang ingin dihasilkan
2.1.6 Penyediaan anggaran kos Dua kaedah dalam penyediaan anggaran kos, iaitu 1. Kaedah unit/kuantiti Anggaran kos disediakan berdasarkan bilangan unit Anggaran kos = kos penyediaan x kuantiti 2. Konsep SMART (Specify, Measurable, Attainable, Realistic, dan Time-Bound). S • Penetapan tujuan atau objektif projek M • Pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang terlibat A • Projek dilaksanakan mengikut keupayaan kewangan dan tenaga kerja R • Mengikut kesesuaian dan kehendak pengguna T •Masa dan sumber kewangan mencukupi
2.1.7 Pembentukan kumpulan kerja berdasarkan tugas dan peranan Kumpulan kerja bermaksud beberapa individu yang bekerjasama melakukan tugas dan peranan tertentu. Setiap individu mempunyai matlamat yang sama dan saling berkomunikasi. Perkara berikut perlu diberi perhatian. 1. Tugasan yang mencabar - Menentukan tugasan yang selaras dengan kemampuan 2. Proses pembentukan individu - Memilih individu yang berkemahiran dan ada interpersonal - Memberi latihan yang bersesuaian - Memberi ganjaran dalam bentuk pengiktirafan
Kelebihan pembentukan kumpulan kerja individu - Kurang tekanan - Tanggungjawab mengikut kepakaran - Ahli pasukan berkeupayaan mempengaruhi ahli lain - Pengalaman dan pengetahuan ahli boleh dikongsi bersama-sama pasukan - Memperoleh hasil yang optimum - Komunikasi berlaku secara terbuka - Penglibatan yang menyeluruh - Pengumpulan sumber secara maksimum - Peningkatan motivasi staf
SEKIAN, TERIMA KASIH Rujukan : Buku Teks RBT Tingkatan 1