The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdafiqimran12, 2022-05-23 19:46:04

FUNGSI DAN KESAN AR RAHNU

FUNGSI DAN KESAN AR RAHNU

MPU 23012- PENGAJIAN ISLAM

USTAZAH

RASIDAH BINTI MD NOR

MUHAMAD AFIQ IMRAN BIN MOHD

SHARKAN ( 04DAT21F1107 )

MUHAMMAD ARIF NAIM BIN

ABDULLAH ( 04DAT21F1101 )

MUHAMMAD ABDUL SALAM BIN

ROSDI ( 04DAT21F1095 )

ii

PENGENALAN:

• Saya percaya, ramai yang pernah dengar

akan Ar-Rahnu ini. Tapi tahukah anda maksud
sebenar dan konsep di sebalik Ar-Rahnu ini?

• Ar-Rahnu adalah satu skim pajak gadai Islam

yang berlandaskan Syariah.

• Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan

pembiayaan peribadi, iaitu untuk
mendapatkan wang tunai tetapi dengan
mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya
peminjam tidak perlu terbeban jika tidak
mampu membayar semula pembiayaan
kerana telah dicagarkan dengan emas.

iii

• Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (

YaPEIM ) adalah pencetus idea dalam
memperkenalkan Ar-Rahnu di
MALAYSIA. MAIDAM telah mengambil
langkah proaktif dengan menubuhkan
Muassasah Gadaian Islam Terengganu
(MGIT) pada 23 Januari 1992 iaitu pajak
gadai Islam pertama diwujudkan di Malaysia.

iv

KANDUNGAN:

• Muka depan……………………….……. i

• Tajuk………………………………...……ii

• Pengenalan……………………….....iii-iv

• Maksud Ar-Rahnu………………………1

• Konsep Ar-Rahnu…………………….2-4

• 4 sebab kita perlu pilih Ar-Rahnu…..5-7

• Kelebihan Ar-Rahnu…………………8-9

• Kesan Ar-Rahnu terhadap

golongan muslim …….……..10

• Fungsi Ar-Rahnu……………….….11-13

• Kesimpulan…………………….….14-15

• Rujukan………………………………..16

PAJAK GADAI ISLAM

• Apa Itu Ar-Rahnu?
• Ar-Rahnu adalah satu Skim

Pajak Gadai Islam yang
berlandaskan shariah. Perkataan
Ar-Rahnu adalah berasal daripada
bahasa Arab (Rahn) yang
membawa maksud gadai.

1

KONSEP AR-RAHNU

• Pelaksanaan Ar-Rahnu adalah

berdasarkan kepada 3 kontrak iaitu:
Qardhul hasan
Wadiah yad-dhamanah
Al ujrah

2

QARDHUL HASAN

• Dalam Bahasa melayu adalah

pembiayaan yang tidak mengenakan
apa-apa caj selain daripada pembiayaan
yang telah diberikan. Tiada keuntungan
yang boleh diambil oleh pembiaya
terhadap peminjam.

WADIAH YAD-
DHAMANAH

• Pembiaya bertanggungjawab menjaga
emas yang dipajakkan. Jika berlaku
sebarang kehilangan, pembiaya akan
bertanggungjawab untuk menggantikan
semula emas tersebut.

3

AL UJRAH

• Di dalam kontrak ujrah, pembiaya

dibenarkan mengenakan sedikit caj
sebagai upah menjaga emas yang
dicagarkan. Dalam konteks Ar-Rahnu,
ujrah adalah upah simpan yang
digunakan untuk perlindungan takaful,
gaji pelerja, kos pentadbiran dan
keuntungan kepada institusi pembiaya.

4

4 SEBAB KITA PERLU PILIH
AR-RAHNU:

1. Proses yang mudah dan cepat:
Tiada dokumen seperti penyata bank atau
slip gaji diperlukan. Wang tunai boleh
diberikan segera dan amat sesuai jika
berlakunya kecemasan.

2. Kurang risiko ‘ non performing loan ‘: 5
Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan
untuk menebus Kembali emas yang
dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam
boleh memanjangkan lagi tempoh 3-6 bulan.
Jika masih tidak mampu, pembiaya akan
melelong emas tersebut.Itupun setelah diberi
3 kali notis.

Pembiaya akan mengambil jumlah pinjaman
dan upah simpan daripada hasil lelongan
tersebut. Sebarang lebihan, akan dikembalikan
kepada peminjam. Ini dapat kurangkan risiko
kepada pembiaya dan peminjam pula tiada
risiko dikenakan hukuman jika tidak mampu
membayar.

3. Pembayaran yang fleksibel:
Apa yang menariknya dengan Ar-Rahnu, adalah
pinjaman boleh dibayar secara ansuran sama
ada mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran
dilunaskan sehingga tempoh penebusan.
Ini memberi kelebihan terutamanya kepada
peniaga kecil yang memperolehi keuntungan
secara harian.

6

4. Kadar upah simpan yang sangat minimum:

Jika anda ragu-ragu, boleh buat contoh

perbandingan dengan pajak gadai

konvensional. Sebagai contoh, Ar-Rahnu

bank rakyat menawarkan RM0.65 bagi setiap

RM 100 nilai marhun (emas) sebulan.

7

KELEBIHAN
MENGGUNAKAN AR-

RAHNU

• Tidak mengenakan kadar faedah(riba): 8

Dalam Ar-Rahnu, kadar faedah ataupun riba
tidak dikenakan dan diharamkan dalam Islam
berbanding pajak gadai konvensional yang
menggunakan faedah sebagai sumber hasil.

• Nilai gadaian tidak merosot:

Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus
semula tidak merosot dan tidak berubah serta
tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku
sebarang masalah di mana barang kemas
seperti rantai emas apabila ditebus didapati
kurang berat atau pendek sedikit daripada
sebelum digadai.

• Barang kemas yang disimpan selamat:

Semua barang kemas yang disimpan dalam
skim tersebut adalah selamat. Di mana,
penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan
dan bertanggungjawab ke atas barangan
kemas yang diberi oleh pemberi gadaian.

• Caj perkhidmatan Yang Rendah :

Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang

rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn

melibatkan kos dan risiko yang rendah jika

dibandingkan dengan Pajak Gadai

Konvensional. Pajak Gadai Konvisional

menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan

ada juga sebilangan pemegang atau tauke

Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau

meminta wang pendahuluan dari penggadai

walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

9

KESAN -KESAN AR-
RAHNU TERHADAP
GOLONGAN PENIAGA

MUSLIM

• Memudahkan peniaga muslim mendapatkan

hutang modal bagi memulakan perniagaan.

• Dapat memberi peluang kepada peniaga

beragama Islam mengembangkan ekonomi

negara.

• Dapat memberi kemudahan kepada peniaga

muslim yang memerlukan bantuan.

• Dapat memberi jaminan kepada orang yang

memberi hutang.

• Dapat melahirkan sifat kerjasama dan

perasaan kasih sayang antara sesama

manusia.

• Memberi kemudahan untuk peniaga muslim

menghindari riba.

• Mengelakkan daripada terjebak mengikut 10

skim yang berunsurkan penipuan.

1.Memberi kesedaran kepada
penggadai bahawa Skim Ar-
Rahnu ini mengenakan upah
simpan yang minimum iaitu
separuh daripada kadar yang
dikenakan oleh kedai pajak
konversional iaitu 24 peratus

11

2.menyediakan kemudahan
kredit macro kepada ummah
khususnya kepada mereka

yang memerlukan wang
segera untuk pelbagai tujuan

3.memberi kesedaran
kepada umum bahawa
mereka terdedah kepada
unsur-unsur penyelewengan
apabila mereka melakukan
gadaian di kedai-kedai pajak

gadai konversiona.

12

4.menggalakkan umat islam
melakukan gandaian mengikut
syari'ah islam dan membebaskan

mereka daripada berurusan
dengan sistem yang mengandungi

unsur-unsur riba gharar dan
terjamin dari segi kebajikan sosial

penggadai.

5.Merupakan
pembiayaan yang
berlandaskan Syariah

Islam

13

KESIMPULAN:

• Sistem Ar-Rahnu dalam ekonomi Islam di

Malaysia lebih bersifat adil berbanding
konvensional. Oleh itu kami menyarankan
konsep Ar-Rahnu dalam Islam diperluaskan
kerana konsep Ar-Rahnu menggalakkan
pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang
memerlukan, ia bagi membantu masyarakat kita
tanpa mengira agama dan keturunan. Islam
menggalakkan dan menghalalkan sistem
gadaian kerana ia dapat meningkatkan taraf
sosial dan keadilan dalam masyarakat. Selain
daripada itu, ia dapat mengembangkan potensi
perniagaan serta menggalakan mereka mencari
rezeki yang halal lagi berkat.

14

• Konsep ini dapat membantu meringankan

beban seseorang yang dalam kesusahan
mahupun dalam keadaan terdesak. Ia juga
bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan
sosial dalam institusi masyarakat seperti
meminjam daripada along dan lintah darat.
Sistem ini adalah dihalalkan dan tidak akan
berlaku sebarang masalah penipuan. Skim Ar-
Rahnu ini juga mempunyai manfaat, jika
dibandingkan dengan transaksi
konvensional. Oleh itu, kita perlulah
menggunakan Ar-Rahnu ini, agar ekonomi kita
dapat dijalankan dengan berteras Al-Quran
dan As-sunnah serta terus berkembang dan
membangun sejajar dengan arus
pembangunan negara.

15

RUJUKAN:

SUMBER INTERNET

• https://anyflip.com/ejvjr/dbxk/basic
• https://raudatulmustaffa.blogspot.c

om/2014/02/sistem-ar-rahnu.html

16


Click to View FlipBook Version