The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Folio Sains Sukan: Kecergasan Fizikal Tingkatan 6 Atas UTM Semester 2 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wawaazzwa91, 2024-05-08 11:28:56

FOLIO SAINS SUKAN AZZWA IZZWANI BINTI MOHD AZIZUAN

Folio Sains Sukan: Kecergasan Fizikal Tingkatan 6 Atas UTM Semester 2 2024

Keywords: Kecergasan Fizikal

SAINS SUKAN STPM SEMESTEr 2 NAMA : AZZWA IZZWANI BINTI MOHD AZIZUAN KELAS : 6A UTM NAMA GUrU : PUAN WINNIE EGING


1 ISI KANDUNGAN BILANGAN TAJUK MUKA SURAT Isi Kandungan 1-2 1 Komponen Kecergasan Fizikal 3 2 Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan 4 3 Kecergasan Fizikal Berasaskan Lakuan Motor 5 4 Prosedur Memanaskan Badan 6 5 Prosedur Menyejukkan Badan 6 6 Piramid Aktiviti Fizikal 7 7 Daya Tahan Kardiovaskular 8 8 Denyutan Nadi 9 9 Ujian Daya Tahan Kardiovaskular 11-12 10 Daya Tahan Otot 13 10.1 Ujian Daya Tahan Otot 14 10.2 Kekuatan Otot 18


2 ISI KANDUNGAN BILANGAN TAJUK MUKA SURAT 10.3 Ujian Kekuatan Otot 19 10.4 Komponen Kecergasan Fizikal 20 11 Komposisi Badan 21-23 12 Komponen Kesihatan Fizikal: Kemahiran Motor 24 12.1 Ketangkasan 24-25 12.2 Kuasa 26-27 12.3 Imbangan 28-29 12.4 Masa Reaksi 30-31 12.5 Kelajuan 32-33 12.6 Koordinasi 34-35


3 1. KECERGASAN FIZIKAL Keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan dalam menghadapi kerja fizikal harian dengan tanpa merasa letih dan menggunakan masa lapang dengan efektif disamping mempunyai lebihan tenaga untuk kecemasan. Kecergasan Fizikal : Berasaskan Kesihatan • Komposisi badan • Daya tahan kardiovaskular • Fleksibiliti / kelenturan • Kekuatan otot • Daya tahan otot Berasaskan lakuan motor • Kelajuan • Ketangkasan • Kuasa • Imbangan • Masa reaksi • Koordinasi


4 2. Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Komponen ini berkait rapat dengan Kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit hipokinetik. Komposisi Badan : Kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu cergas mempunyai peritus kandungan lemak yang rendah. Daya Tahan Kardiovaskular : Keupayaan sistem kardiorespiratori melakukan kerja dalam jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Fleksibiliti : Keupayaan menggerakkan sendi – sendi pada julat pergerakan yang maksima dengan licin dan rintangan yang minima. Kekuatan otot : Keupayaan otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya. Daya Tahan Otot : Keupayaan otot melakukan aktiviti fizikal berulang-ulang atau berterusan dalam jangka masa tertentu dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.


5 3. Kecergasan Fizikal Berasaskan Lakuan Motor Komponen ini membolehkan individu terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti sukan terutama sukan kompetetif. 1. Kelajuan : Keupayaan melakukan pergerakan dari satu titik ke satu titik yang lain dalam jangka masa yang singkat. 2. Ketangkasan : Keupayaan menukar arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat. 3. Kuasa : Keupayaan memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif . Merujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan. 4. Imbangan : Keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan sama ada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau pegun (statik). 5. Masa reaksi : Masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah mendapat rangsangan. 6. Koordinasi : Keupayaan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu dengan tepat.


6 4. Prosedur Memanaskan Badan ➢ Menyediakan tubuh secara fisiologi dan psikologi bagi aktiviti yang lebih intensif. ➢ Masa : 10 – 30 minit. ➢ Prosedur : 1. Melakukan pergerakan aktif secara progresif – meningkatkan suhu tubuh. 2. Melakukan regangan otot & kelonggaran sendi mengikut tertib – regangan umum seterusnya spesifik – bagi mengurangkan risiko kecederaan. 3. Membuat pergerakan lebih aktif sehingga kadar nadi mencapai 120. 5. Prosedur Menyejukkan Badan ➢ Menurunkan suhu tubuh secara progresif. ➢ Mengurangkan risiko kejang otot akibat pengumpulan asid laktik dalam darah. ➢ Masa : 10-20 minit. ➢ Prosedur : 1. Melakukan pergerakan ringan (berlari anak / berjalan). 2. Regangan statik perlahan.


7 6. Piramid Aktiviti Fizikal a. Aras aktiviti dalam piramid aktiviti fizikal b. Pemboleh ubah dalam aktiviti fizikal ( FITT ) i. F – Frequency : Kekerapan menjalankan latihan dalam seminggu. Sekurang – kurang 3 kali seminggu bergantung kepada keperluan . 1 hari boleh buat beberapa sesi latihan. ii. I – Intencity : Tahap kelasakan aktiviti. Latihan menggunakan sistem tenaga: aerobik – intensiti rendah anaerobik – intensiti tinggi iii. T – Time : Tempoh masa latihan. sistem tenaga : aerobik – sesi latihan lama anaerobik – sesi latihan singkat iv. T – T ype : Jenis latihan . aerobik : LSD, Fertlek , Jeda jarak jauh anaerobik : Bebanan, Plyometrik, Litar, Jeda jarak dekat, Pecutan berulang


8 7.Daya Tahan Kardiovaskular Kepentingan Daya tahan kardiovaskular : boleh berlatih atau bertanding dalam jangka masa yang lama dengan efisien dan lancar. Contoh , pertandingan merentas desa, pertandingan bola sepak. Konsep senaman : i. kaedah : berbasikal, berenang, berjalan laju, joging, fartlek, Jeda Jarak Jauh ii. Intensiti berdasarkan kadar nadi maksimum (KNM ) . Contoh pengiraan kadar nadi latihan, KNM = 220 – umur( mengikut tahun ) 220 – 18 tahun 202 KNR = 70 KNL pada intensiti 70 % = 202 – 70 x 0.8 + 70 = 176 denyutan seminit iii. Tempoh : Jangka masa latihan bagi setiap sesi lebih panjang ialah lebih 30 minit iv. Kekerapan latihan : sekurang – kurang 3 kali seminggu


9 8. Kadar Denyutan Nadi Kekerapan penguncupan jantung seminit. Dikawal oleh sistem saraf autonomik. Berbeza antara individu dipengaruhi oleh : Umur , tahap kecergasan & jantina KNR rendah : golongan remaja & dewasa, cergas, lelaki KNR tinggi : bayi, kanak-kanak , orang tua, tidak cergas, wanita • KNR rendah menunjukkan tahap kecergasan yang baik • Tempat mengambil Kadar Nadi : Arteri Kerotid , Arteri Radius , Arteri Tempotal • Kepentingan kadar nadi : 1. mengenal pasti tahap kecergasan 2. mengawal Latihan


10 • Mengambil bacaan kadar nadi : KNR – semasa rehat KNL – semasa Latihan • Teknik Mengambil Bacaan : Guna jari telunjuk & tengah , Tekapkan sama ada pada arteri radial @ arteri kerotid. • Pastikan denyutan nadi dapat dikesan kira denyutan mula dari 0 dalam tempoh 6 saat darabkan jumlah denyutan dengan 10 • Kadar Nadi Seminit = Jumlah Kadar Nadi 10 saat X 6 = Jumlah Kadar Nadi 15 saat X 4 • Contoh mengawal kadar latihan dengan menggunakan kadar nadi maksimum. Intensiti latihan pada tahap 60% - 70% Umur atlet 20 tahun KNR = 60 denyutan seminit KNL 60% = 200 – 60 X 0.6 + 60 = 144 denyutan seminit KNL 70% = 200 – 60 X 0.7 + 60 = 158 denyutan seminit KNL pada intensiti 60% - 70% = 144 – 158 denyutan seminit


11 9.Ujian Daya Tahan Kardiovaskular - Menilai kecergasan daya tahan kardiovaskular seseorang. a) Larian 2.414 km • Berlari sejauh 2.414 km mengikut tahap keupayaan sendiri. Catatan masa dikira sebagai tahap keupayaan kecergasan kardiovaskular. • Alatan : jam randik, trek olahraga, borang catatan dan pembantu pencatat. Prosedur : 1. Memanaskan badan sebelum berlari 2. Bersedia di garisan permulaan 3. Mula berlari apabila mendapat isyarat mula 4. Penguji membaca masa catatan sebaik sahaja peserta sampai di garisan penamat. 5. Pembantu merekod dalam borang catatan


12 B) Ujian Bleep -Ujian kecergasan aerobic yang popular didunia. - dikenali sebagai “ujian bleep” atau “ujian beep”. • Lari ulang alik 20 meter mengikut tahap intensiti. Intensiti akan meningkat pada setiap tahap secara progresif. • Peserta berlari mengikut isyarat bleep. Larian dihentikan apabila peserta gagal melepasi kedua dua garisan dalam masa antara isyarat bleep. Alatan : Pita audio isyarat bunyi, radio kaset, borang rekod, kon/penanda, pita ukur, kawasan rata 20 meter dan pencatat. Prosedur : 1. Berdiri di belakang garisan. 2. Mula berlari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat ‘beep’ 3. Masa antara isyarat akan berkurang, peserta perlu tingkatkan kelajuan. 4. Perlu berlari sehingga mencapai tahap lesu 5. Tamat ujian sekiranya peserta tidak dapat melepasi garisan kedua-dua hujung dua kali berturut-turut


13 10. Daya Tahan Otot -Keupayaan otot menguncup secara berulang-ulang dan berterusan dalam jangka masa yang lama. -Kepentingan : membolehkan individu melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dalam jangka masa yang lama dengan efesien. = Konsep senaman i. Kekerapan : 3 kali seminggu ii. Intensiti : Intensiti latihan rendah. Dalam lingkungan 30% - 60% RM. ( l.bebanan ) iii. Ulangan : Ulangan tinggi. 15 – 50 ulangan iv. Set : 2 – 4 set contoh latihan : 40% X 25 ulangan X 3 set = Senaman untuk meningkatkan daya tahan otot : tekan tubi, bangkit tubi, biceps curl, leg fleksi , half squat. = Menentukan 1 RM: Contoh, Atlet A : 1RM biceps curl 30 kg 40 % intensiti = 12 kg 40 % ( 12 kg ) x 25 ulangan x 3 set = Ujian daya tahan otot : bangkit tubi 1 minit, tekan tubi 1 minit


14 10.1 Ujian Daya Tahan Otot a. Ujian Bangkit Tubi 1 minit -Menilai daya tahan otot rectus abdomenis Alatan : pembaris, tilam dan pembantu Prosedur : 1. Baring diatas tilam dan lutut bengkok 90o 2. Tangan disilangkan pada dada dan tapak tangan mendakap bahu bertentangan. 3. Mula setelah menerima isyarat semula, bangkit dari kedudukan baring sehingga siku mencecah paha dan Kembali pada posisi asal. 4. Kembali pada kedudukan baring dengan skapula sentuh lantai sebelum bangkit semula. 5. Kiraan satu ulangan lengkap.


15 Rajah : Prosedur melakukan Ujian Bangkit Tubi


16 b. Ujian Tekan Tubi tanpa henti -Menilai daya tahan otot trisep dan otot deltoid -Lakukan tekan tubi sehingga peserta sendiri berhenti Alatan : Kawasan Lapang Prosedur : a. Lelaki i. Kedudukan meniarap, tangan lurus dan badan diluruskan. ii. Turunkan badan dengan bengkokkan tangan sehingga dada hamper mencecah tapak tangan pembantu. Kembali posisi asal . Rajah : Prosedur Ujian Tekan Tubi (Lelaki)


17 Perempuan i. Kedudukan meniarap, tangan lurus, lutut dibengkokkan dan badan diluruskan. ii. Turunkan badan dengan bengkokkan tangan sehingga dada hampir mencecah tapak tangan pembantu. Kembali kepada posisi asal. - Satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan mula, turun kebawah dan naik semula kepada kedudukan asal. - Ujian tamat apabila peserta berhenti atau rehat seketika. - Ulangan tidak dikira jika tidak turun sehingga dada mencecah lantai.


18 10.2 Kekuatan Otot -Keupayaan otot menghasilkan daya bagi mengatasi rintangan. -Kepentingan : mengurangkan risiko kecederaan dan membantu dalam melaksanakan sesuatu aktiviti fizikal dengan efisien. -Konsep senaman Kekerapan : 3 kali seminggu Intensiti : Intensiti tinggi . 85%-90% Ulangan : Ulangan rendah . 4-7 ulangan Set : 3-4 set Contoh Latihan : 90% intensiti x 5 ulangan x 3 set. -senaman untuk meningkatkan kekuatan otot : Latihan bebanan dengan bebanan berat dan ulangan sedikit. -menentukan 1 RM : Contoh, Atlet A : 1RM biceps curl 30kg 90% intensiti = 27kg 90% (27kg) x 5 ulangan x 3 set -Ujian kekuatan otot : grip tangan, bangkit tubi pelbagai tahap, leg press


19 10.3 Ujian Kekuatan Otot a) Ujian bangkit tubi pelbagai tahap - Merangkumi 7 tahap - Mengukur kekuatan otot rectus abdominis. Ujian Bangkit Tubi dilakukan melalui pelbagai tahap. Alatan : Pembaris pendek, Beban (5lbs & 10lbs), tilam dan karpet. Prosedur : • Mula dalam kedudukan baring dengan lutut dibengkokkan 900 . • Kaki peserta tidak disokong atau dipegang oleh penyokong.


20 10.4 Fleksibiliti Definisi : Keupayaan menggerakkan sendi pada julat pergerakan yang maksima. Kepentingan : Meningkatkan lakuan Kemahiran sukan, mengurangkan risiko kecederaan. Senaman meningkatkan fleksibiliti : Regangan dinamik dan statik Ujian fleksibiliti : Ujian duduk dan jangkau Objektif : Mengukur kelenturan bahagian belakang dan bahagian posterior peha Alat : i. Bangku ii. Pembaris meter Prosedur : i. Duduk melunjur atas lantai ii. Tangan & kaki lurus dibuka seluas bahu iii. Tumit diletak pada tanda 25cm pita pengukur iv. Tapak tangan hala ke bawah dan bertindih v. Lunjurkan tangan sejauh mungkin vi. Kekalkan posisi selama 2 saat vii. 3 kali percubaan & pilih yang terbaik


21 11. KOMPOSISI BADAN DEFINISI : Peratusan lemak badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan yang lain. TUJUAN :Mengukur komposisi badan menggunakan Body Mass Index ( BMI),ukur lilit perut,ukuran lipatan kulit,nisbah pinggang-pinggul KEPENTINGAN 1. Menentukan tahap kecergasan individu. 2. Meningkatkan tahap kesihatan individu. 3. Meningkatkan keaktifan invidu dalam kegiatan fizikal. 4. Membantu mengawal kadar pengambilan kalori dan kadar pembakaran kalori. UJIAN Antara ujian yang menentukan komposisi badan seperti : ➢ Ujian lipatan kulit ➢ Ujian Indeks Jisim Tubuh ( BMI ) ➢ Ujian Nisbah Pinggang - Pinggul ➢ Ujian Ukur Lilit Perut ➢ Dual - Energy X-ray


22 ➢ Absorptiometry ( DEXA - Scan ) ➢ Whole body ➢ Plethysmography ( Bod Pod ) ➢ Hydrostatic Weighing ➢ Bioelectric Impenda PERALATAN Contoh Ujian : Lipatan Kulit 1. Kaliper lipatan kulit 2. Pen, pensel penanda khas 3. Pita pengukur 4. Borang skor 5. Kalkulator PROSEDUR PENGUKURAN LIPATAN KULIT : • Ambil semua pengukuran pada bahagian kanan badan. • Kenalpasti dan tanda lokasi yang akan diukur. • Lapisan kulit dicubit menggunakan jari. • Tarik lipatan tersebut 1cm dari lokasi yang akan diukur. • Biarkan lipatan tersebut terangkat semasa mengambil ukuran. • Letakkan rahang kaliper tepat dengan patan kira-kira 1cm di hujung jari yang mencubit. • Biarkan rahang kaliper mengepit perlahan-anan • Ambil ukuran lipatan • Buka rahang kaliper dan ali dari lokasi,


23 PROSEDUR


24 12. KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL : KEMAHIRAN MOTOR 12.1 KETANGKASAN DEFINISI : Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan tepat dan pantas.Kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan sepantas yang boleh. Kebolehan menukar kedudukan diruang tertentu secara kemas dan mudah. TUJUAN ➢ Menilai kepantasan individu untuk menukar arah pergerakan dengan cepat dan efisien. KEPENTINGAN ➢ Membolehkan individu bergerak laju dan tangkas semasa melakukan kemahiran senaman ➢ Mengawal kedudukan badan supaya sentiasa berada dalam keseimbangan ➢ Penting dalam menghadapi situasi kecemasan ➢ Boleh diaplikasikan ketangkasan dalam pelbagai jenis sukan dan permainan UJIAN Antara ujian yang menguji ketangkasan : ➢ Lari ulang-alik 4 X 10 meter ➢ Lompstan kuadran ➢ Ujian ketangkasan Ilinois


25 PERALATAN Contoh Ujian : Lompatan kuadran 1. Pita penanda 2. Jam randik PROSEDUR 1. Subjek berdiri dibelakang garisan kecil permulaan yang disediakan. 2. Petak kuadran ditandakan dengan nombor 1,2,3,4. 3. Subjek dikehendaki melompat dengan kedua belah kaki ke dalam petak mengikut urutan 1,2,3,4 dalam masa 10 saat. 4. Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan kepada subjek untuk melompat dengan kedua-dua belah kaki ke dalam petak kuadran 1,2,3,4 dan balik semula ke petak pertama. 5. Kekalkan corak lompatan begini sehingga arahan ‘berhenti’ diberikan. 6. Dua percubaan diberikan dengan rehat antara percubaan.


26 12.2 KUASA DEFINISI : Keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif dan merujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot. Kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat dan merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot. TUJUAN ➢ Menguji keupayaan individu untuk memindahkan daya dalam masa yang singkat ➢ Megukur tahap kuasa dan indeks kelesuan atlet dalam acara sukan KEPENTINGAN ➢ Berupaya menjana kuasa eksplosif otot ketika melakukan sesuatu kemahiran sukan. UJIAN Antara ujian yang menguji kuasa : ➢ Lompatan menegak ➢ Lompatan jauh berdiri ➢ Lontaran bola keranjang ➢ Overhead medicine ball throw ➢ Magraria kalamen PERALATAN Contoh ujian : Lompatan menegak 1. Kapur atau penanda 2. Pita pengukur


27 PROSEDUR 1. Peserta berada dalam posisi mula, berdiri sisi selari dengan dinding. 2. Kedua - dua belah kaki dibuka selua bahu, jarak bahu dengan dinding membolehkan tangan diayun. 3. Jangkauan sambil berdiri setinggi yang mungkin dan tandakan 4. Bengkokkan lutut, ayunkan tangan, lompat setinggi mungkin dan tandakan. 5. Tidak dibenarkan melangkah atau berjalan semasa hendak membuat lompatan. 6. Dua percubaan diberi dan percubaan yang terbaik sahaja dikira sebagai skor ujian.


28 12.3 IMBANGAN DEFINISI : Keupayaan mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada semasa pegun (statik) atau pun semasa melakukan pergerakan (dinamik). Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah. TUJUAN ➢ Mengukur kebolehan individu mengekalkan imbangan semasa bergerak daripada satu tempat kepada satu tempat yang lain. KEPENTINGAN ➢ Dapat membantu individu menningkatkan prestasi dalam sukan mahupun dalam aktiviti harian ➢ Menguatkan otot-otot tertentu ➢ Meningkatkan keyakinan diri semasa melakukan aktiviti ➢ Melindungi otot dan tendon semasa melakukan aktiviti lasak ➢ Mengekalkan postur badan ➢ Memastikan setiap pergerakan seimbang UJIAN Antara ujian yang menguji imbangan : ➢ Ujian imbangan statik ➢ Ujian imbangan dinamik PERALATAN Contoh ujian : dirian imbangan statik 1. Jam randik


29 PROSEDUR 1. Pelaku berdiri dengan sebelah kaki dan mengangkat sebelah kaki yang lain 2. Masa akan diambil menggunakan jam randik dan dicatat 3. Masa akan diberhentikan setelah pelaku tidak mampu untuk mengimbangi badan


30 12.4 MASA REAKSI DEFINISI : Masa yang diambil oleh individu untuk bertindak setelah menerima rangsangan atau mendapat isyarat TUJUAN ➢ Mengukur masa reaksi yang diambil mengunakan sama ada tangan atau kaki KEPENTNGAN ➢ Membantu atlet meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam acara sukan ➢ Membantu seseorang individu bertindak balas dengan cepat dan rangsangan daripada penglihatan dan pendengaran UJIAN Antara ujian yang menguji masa reaksi : ➢ Ujian masa reaksi Nelson untuk kaki ➢ Ujian masa reaksi Nelson untuk tangan PERALATAN Contoh ujian : Ujian masa reaksi untuk kaki ➢ Pita pengukur ➢ Kapur atau pita penanda ➢ Kawasan rata ➢ Jam randik


31


32 12.5 KELAJUAN DEFINISI : Kemampuan untuk menggerakkan seluruh badan dengan cepat dari satu tempat ke satu tempat dalam satu arah tertentu TUJUAN ➢ Menguji keupayaan individu untuk melakukan pergerakan yang cepat dalam masa yang singkat. KEPENTINGAN ➢ Meningkatkan dan mengekarkan daya tahan kardiovaskular pemain ➢ Membina daya tahan otot serta meningkatkan keupayaan untuk melakukan aktiviti pada tahap yang tinggi ➢ Membina dan meningkatkan kepantasan, kekuatan dan kelenturan ➢ Berupaya menghindarkan kelesuan serta kebosanan semasa latihan ➢ Membentuk disiplin kendiri ketika melakukan latihan UJIAN Antara ujian yang menguji kelajuan : ➢ Larian pecut 20 meter ➢ Larian pecut 40 meter PERALATAN Contoh ujian : Larian pecut 20 meter 1. Pita pengukur atau trek ditanda 2. Jam randik 3. Timing gates 4. Kon 5. Permukaan rata dan jelas sekurang-kurangnya 40 meter


33 PROSEDUR 1. Peserta memulakan larian dengan posisi berdiri standing start dalam keadaan sebelah kaki dominan berada di belakang garisan permulaan. (Dibantu oleh seorang pembantu pelepas) 2. Pelepas berdiri 5 meter di hadapan garisan permulaan. Pelepas akan memberi isyarat ‘sedia’ dengan mengangkat tangan lurus dengan bendera pada paras bahu. 3. Catatan masa mula diambil (oleh penjaga masa) sebaik sahaja pelepas menjatuhkan bendera ke bawah. 4. Masa akan diberhentikan selepas torso murid melepasi ‘timing gate’. 5. Murid hendaklah memakai kasut sukan (wajib) semasa ujian dijalankan dan kasut spike tidak dibenarkan. 6. Setiap murid diberi dua percubaan.


34 12.6 KOORDINASI DEFINISI : Keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan individu TUJUAN ➢ Memahami koordinasi badan ➢ Menganalisis koordinasi di antara sistem saraf dan sistem endokrin ➢ Memahami sistem saraf manusia KEPENTINGAN ➢ Mengelakkan kita daripada kecederaan dan bahaya ➢ Membolehkan kita menyesuaikan diri terhadap perubahan di sekeliling kita ➢ Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan atlet dalam semua acara sama ada perseorangan atau berperpasukan ➢ Mengawal koordinasi antara rangsangan dan gerak balas UJIAN ➢ Ujian lompatan heksagon ➢ Menggelecek bola keranjang ➢ Menggelecek bola sepak PERALATAN Contoh ujian : lompatan heksagon 1. Pita pelekat 2. Jam randik 3. Borang skor


35


Click to View FlipBook Version