The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat dimana negara kita diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan bebas daripada cengkaman penjajah. Selepas bertahun-tahun bumi bertuah ini dijajah, kemerdekaan yang diperolehi adalah sangat manis. Tidak sesekali kita akan lupa sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang berusaha keras untuk mendapatkan kemerdekaan yang dirasai pada hari ini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uzhmaiffah, 2022-09-10 03:30:10

Tokoh Kemerdekaan

31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat dimana negara kita diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan bebas daripada cengkaman penjajah. Selepas bertahun-tahun bumi bertuah ini dijajah, kemerdekaan yang diperolehi adalah sangat manis. Tidak sesekali kita akan lupa sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang berusaha keras untuk mendapatkan kemerdekaan yang dirasai pada hari ini.

TOKOH
KEMERDEKAAN

DISEDIAKAN OLEH:
‘IFFAH ‘UZHMA BINTI SAIDI
3 KAA

1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Beliau adalah orang yang bertanggung jawab
dalam mendapatkan kemerdekaan di Malaysia.
Digelar sebagai Bapa Kemerdekaan, Tunku
Abdul Rahman berulang-aling dari Malaysia ke
London untuk mengadakan perbincangan bagi
mendapatkan kemerdekaan. Akhirnya, Malaysia
dibebaskan dari cengkaman British dan beliau
diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia
yang pertama.

Selain memerdekakan Malaysia, beliau juga
bertanggung jawab dalam membawa kesepaduan
bagi penduduk Malaysia yang berbilang kaum.
Pada masa tersebut, kaum Melayu, Cina & India
tidak bersatu-padu dan saling membenci di
antara satu sama lain. Terima kasih kepada
usaha Tunku Abdul Rahman, pada hari ini kita
semua hidup aman dan makmur.

2. Tun Dr Ismail Dato Haji Abdul Rahman

Namanya mungkin tidak begitu dikenali pada
hari ini. Beliau adalah orang kanan Tunku
Abdul Rahman dalam proses pembentukan
Malaysia dan selepas kemerdekaan Malaysia.
Beliau ada bersama Tunku Abdul Rahman
dalam proses menuntut kemerdekaan dari
British. Selepas kemerdekaan, beliau
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
yang kedua. Beliau banyak menyumbang
dalam bidang perhubungan antarabangsa dan
hal ehwal dalam negeri.

3. Tun Sir Henry H S Lee

Anda biasa lalu di Jalan H S Lee? Jalan
tersebut diberikan sempena nama seorang
pejuang kemerdekaan yang berani
menentang pihak komunis semasa zaman
darurat dan begitu lantang dalam menuntut
kemerdekaan dari pihak British. Beliau
adalah di antara orang penting yang
menubuhkan MCA dan merupakan perancang
utama perikatan UMNO-MCA. Selepas
kemerdekaan, beliau telah dilantik sebagai
Menteri Kewangan Malaysia. Sesungguhnya,
jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi
salah satu kebanggaan negara. Walau pun
namanya tidak begitu disebut-sebut pada
hari ini, namun sumbangan beliau kepada
negara tidak pernah dilupakan.

4. Tun V T Sambanthan

Jalan Tun Sambathan adalah satu lagi jalan
yang popular di Kuala Lumpur. Beliau juga
adalah seorang pejuang dan antara
tokoh-tokoh kemerdekaan dari bangsa india
yang sangat lantang dalam menentang
penjajahan British. Beliau mengetuai orang
india di Tanah Melayu mengadakan tunjuk
perasaan dan menentang para tentera
British yang menceroboh tanah air. Daripada
Presiden Kongres India Malaya, beliau
kemudiannya dilantik sebagai menteri penuh
dalam pelbagai kementerian.

5. Tun Tan Cheng Lock

Beliau adalah presiden MCA yang
pertama. Beliau juga adalah di antara
individu yang bertanggung jawab dalam
hubungan di antara UMNO dan MCA
dengan harapan untuk mendapatkan
perpaduan kaum. Beliau menyumbang
kepada perpaduan kaum dan kestabilan
politik di Malaysia.

6. Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah

Masih ingat subjek sejarah semasa
sekolah menengah dahulu? Pastinya
nama Temenggung Jugah tidak asing
bagi kita. Beliau yang berketurunan
iban adalah sahabat karib Tunku Abdul
Rahman dan merupakan satu-satunya
pejuang kemerdekaan dari Sarawak
yang bersama-sama Tunku Abdul
Rahman dalam proses menuntut
kemerdekaan dari British. Beliau juga
menyertai rombongan Tunku Abdul
Rahman ke London untuk rundingan
kemerdekaan.

7. Rentap

Rentap adalah pahlawan iban yang
sangat digeruni oleh tentera British
semasa penjajahan di Sarawak. Rentap
mengetuai suku kaumnya berperang
dengan tentera inggeris dan tanpa
sebarang gentar akan memenggal
kepala tentera yang berhadapan
dengannya. Rentap adalah pejuang
kemerdekaan yang bertanggung jawab
menjatuhkan Rajah Brooke atau Raja
Putih di Sarawak.

8. Mat Salleh

Mat Salleh adalah pejuang
kemerdekaan di Sabah yang menentang
penjajah inggeris sehingga ke titisan
darah yang terakhir. Beliau meninggal
dunia semasa bertempur dengan askar
British. Semasa hayatnya, beliau begitu
berani menentang Kompeni Hindia
Timur British yang merampas hak orang
tempatan dan menindas tanpa sebarang
belas kasihan.

9. Tok Janggut

Tokoh kemerdekaan yang seterusnya
adalah wira kebanggan rakyat Kelantan.
Tok Janggut mengetuai rakyat
Kelantan menentang British setelah
British mengenakan cukai yang
menindas rakyat. Kemarahan rakyat
semakin memuncak apabila pihak
British tidak endah akan tentangan
yang dilakukan. Tok Janggut bukan
sahaja seorang wira yang menuntut
kemerdekaan, malah beliau juga adalah
seorang guru agama yang disegani
kerana ketinggian ilmu agamanya.

10. Tok Gajah

Tok Gajah adalah pahlawan Pahang yang
mengetuai pasukan tentera negeri
Pahang semasa peperangan melawan
inggeris di negeri Pahang. Beliau bukan
sahaja mendapat kepercayaan sultan
untuk menjadi ketua tentera, malah
dilantik sebagai penasihat utama
sultan. Keberanian Tok Gajah dalam
medan perang sangat digeruni oleh
pihak inggeris.

11. Mat Kilau

Mat Kilau adalah anak kepada Tok
Gajah. Seperti ayahnya, Mat Kilau juga
tidak kurang hebatnya dalam berjuang
menentang penjajahan inggeris. Mat
Kilau mengetuai masyarakat setempat
dalam melawan inggeris dan sentiasa
menjadi contoh supaya tidak mudah
tunduk kepada arahan orang inggeris.
Mat Kilau berjuang bersama ayahnya
Tok Gajah dalam menuntut ke-
merdekaan.

12. Datok Bahaman

Datok Bahaman adalah seorang lagi
wira dari negeri Pahang yang berjuang
untuk kemerdekaan Malaysia. Beliau
yang kebal adalah di antara mereka
yang berada di barisan hadapan dalam
pertempuran melawan tentera British.
Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai
salah seorang Orang Besar Berlapan
dan dianugerahkan dengan gelaran
Dato’ Setia Perkasa Pahlawan
Semantan.

13. Dol Said

Dol Said adalah penghulu Naning yang
berjuang untuk menuntut kebebasan
dari cengkaman British di Melaka.
Kebangkitan Dol Said membangkitkan
kemarahan British kerana mereka
adalah pihak yang melantik beliau
sebagai penghulu di Naning.

14. Rosli Dhobby

Rosli Dhobi adalah pejuang dan antara
tokoh-tokoh kemerdekaan di Sarawak.
Beliau sabngat lantang menuntut
kemerdekaan dan kemuncaknya adalah
apabila beliau telah menikam gabenor
British di Sarawak lalu menyebabkan
kematiannya. Rosli Dhoby dihukum
bunuh diatas peristiwa tersebut.

15. Ibu Zain

Ibu Zain adalah tokoh kemerdekaan
wanita yang fokus kepada pendidikan
dan pembangunan kaum wanita selepas
negara mendapat kemerdekaan. Beliau
memberikan sumbangan yang besar
dalam pemulihan akhlak wanita yang
terpesong semasa zaman penjajahan
Jepun dan British.


Click to View FlipBook Version