The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bmp2008007, 2021-04-20 23:53:59

ASSIGMENT USULFIQH

ASSIGMENT USULFIQH

Usul Fiqh 1053

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

PENGHARAMAN KULIT DAN BULU BABI DALAM INDUSTRI HALAL DAN
KAITANNYA DENGAN USUL FIQH

TUGASAN USUL FIQH (ISL1053)

Khairul Anas Bin Khairul Anuar BMH21-01-006
Majdah Binti Termizi BMH21-01-007
Nur Hanees Humaiera Binti Rahimi BMH21-01-013

Arief Hafizudin Bin Azmi Tarmizi BMH21-01-002

NAMA PENSYARAH: PUAN HAZWANI ADHILAH BINTI MOHD ZAKI
KELAS:DHI1A

1

Usul Fiqh 1053

ISI KANDUNGAN

INDEKS MUKA SURAT

Pendahuluan 3
Laporan 4-7
Penutup 8
Rujukan
Gambar 9

10

2

Usul Fiqh 1053

PENDAHULUAN

Masyarakat Islam hari ini melihat penggunaan logo halal sebagai penanda aras yang sangat
penting. Malangnya kebanyakan pengguna tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk
membuat keputusan terhadap sesuatu pembelian barangan. Maka tidak hairanlah masyarakat
awam sentiasa dalam keadaan ragu-ragu ketika menggunakan barangan sungguhpun terpapar
perkataan halal dari pihak berkuasa tempatan mahupun luar negara. Pada masa yang sama berlaku
peningkatan permintaan pasaran global dan peluang perniagaan produk halal tanpa mengira agama
dan budaya. Sedangkan syariat Islam yang menjadi sandaran kepada prinsip halal memberi
tawaran yang sangat istimewa terhadap kepentingan manusia sejagat. Sebenarnya di sinilah
tersembunyi rahsia kekuatan maksud halal yang dapat memenuhi keperluan fitrah manusia. Naluri
murni manusia sangat cenderung kepada kesucian, kebersihan, keselamatan, kualiti dan kesan
positif terhadap pembentukan insan. Malahan menolak segala sumber dan menutup segala ruang
yang boleh mendatangkan penyakit dengan berkonsepkan pengawalan lebih baik dari pengubatan.
Konsep halal tidak terbatas kepada aspek pemakanan semata-mata, malahan ia melibatkan segala
aspek kehidupan manusia yang selari dengan paksi al-Qur’an dan al-Sunnah.Dimasa kini terdapat
pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada
kulit babi.Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari
kulit binatang lain.Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah
atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea
mahu pun USA.Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli
sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.Hukum pemakanan Islam memberikan satu
set peraturan yang menentukan makanan yang halal dimakan oleh Muslim.Setiap bahan dan
sumbernya perlulah 100% Halal malah suci dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau
keraguan mengenai status Halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang haram akan menjadi
darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.
Penggunaan kulit dan bulu haiwan dalam penghasilan pakaian atau barangan yang dijual kepada
umat Islam perlu selaras tuntutan agama itu.Menurut portal rasmi Fatwa Malaysia, satu garis
panduan membabitkan isu ini sudah dikeluarkan bagi membantu Jabatan Kemajuan Islam
(JAKIM) membuat pengesahan halal terhadap produk berasaskan kulit dan bulu haiwan.

3

Usul Fiqh 1053

LAPORAN
Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi iaitu
lihat dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi
adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk
dikenalpasti.Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 titik dalam satu
tompokan titik-titik membentuk segitiga. Kedua, harga barangan kulit babi ini biasanya lebih
murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain dan ketiga ialahbiasanya
kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi
biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

Seperti yang sudah dimaklumi bahawa anjing dan babi itu keduanya adalah najis mughallazah
(najis berat). Selain ditegah memakan daging babi dan anjing, ditegah juga memanfaatkan segala
anggota binatang itu seperti kulit, bulu dan sebagainya, kerana babi dan anjing itu sendiri adalah
najis al-‘ain.) Ada juga sebahagian ulama seperti al-Awza’ie dan ulama yang sependapat dengan
beliau mengatakan bahawa binatang buas seperti harimau, serigala dan sebagainya, adalah ditegah
menggunakannnya. Mereka berhujah dengan hadis daripada Usamah yang maksudnya :

“Bahawa Rasulullah melarang daripada menggunakan kulit-kulit binatang buas. “

1) Hadis riwayat Abu Daud

Dalam riwayat yang lain, daripada Usamah yang maksudnya :
“Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang daripada menggunakan kulit-kulit
binatang buas untuk dihamparkan sebagai alas.”

2) Hadis riwayat At-Taarmidzi
Namun menurut ashab asy-Syafi’e, semua kulit bangkai itu termasuk kulit binatang buas adalah
suci setelah disamak, melainkan kulit anjing dan babi. Mereka berhujah dengan beberapa dalil
daripada hadis, di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata yang
maksudnya :

4

Usul Fiqh 1053

“Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Jika kulit disamak maka ia menjadi bersih.”

3) Hadis riwayat Muslim
Dalam hadith yang lain, daripada ‘Aisyah Radiallahuanha yang maksudnya :

“Sesungguhnya Rasulullah mengizinkan untuk menggunakan kulit-kulit bangkai jika telah
disaman.”

4) Hadis riwayat An-Nasa’i

Hadith di atas menunjukkan bahawa kulit bangkai binatang adalah suci setelah disamak. Kulit
bangkai di sini adalah umum termasuklah juga kulit binatang buas melainkan apa yang telah
disepakati akan larangannya iaitu anjing dan babi.

Adapun hujjah daripada hadis yang dikemukakan oleh Al-Awza’ie sebelum ini boleh dimaksudkan
kepada kulit binatang buas yang masih berbulu, kerana pada kebiasaanya kulit binatang buas itu
digunakan dalam keadaannya yang masih berbulu. Oleh itu, kulit binatang buas itu tidaklah najis,
namun yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah bulu yang ada pada kulit tersebut. Ini kerana kulit
bangkai yang masih nyata berbulu tidak akan suci walaupun setelah disamak, kerana samak itu
tidak akan memberi kesan kepada bulu.[5]

Oleh itu, kulit yang telah disamak dan suci, harus digunakan samada untuk dijadikan pakaian,
tempat menyimpan barang yang basah atau kering, dijual beli dan boleh dibawa ketika
sembahyang. Adapun memakan kulit bangkai yang disamak, menurut qaul qadim dan pendapat
yang ashah adalah haram sama ada ia binatang ma’kul (yang boleh dimakan) atau ghair al-ma’kul
(tidak boleh dimakan).

Memandangkan kepentingan penggunaan barangan yang diperbuat daripada kulit di mana
setengahnya dianggap sebagai keperluan seharian, tidak hairanlah ia menjadi sumber ekonomi
bagi sesetengah pihak. Banyak barang-barang yang diperbuat daripada kulit yang boleh kita lihat
di pasaran seperti kasut, beg, dompet, baju, tali pinggang dan sebagainya dengan pelbagai jenama
dan kualiti yang berbeza-beza. Sudah tentu juga ia diperbuat daripada kulit binatang yang berbeza.
Malahan terdapat sesetengahnya diperbuat daripada kulit yang najis iaitu kulit anjing dan babi.

5

Usul Fiqh 1053

Kosmetik adalah salah satu bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk
dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk
kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku, maskap muka, celak dan
seumpamanya.
Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh
digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat
daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.
Sesetengah barang kosmetik ada juga yang menggunakan bulu babi seperti berus alat solek iaitu
berus pipi merah dan berus-berus yang digunakan untuk bersolek.
Selain itu, bahan pakaian dan alatan juga adalah satu perkara yang boleh diperbuat daripada kulit
atau bulu babi. Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh
digunakan.Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan
kecuali bulu babi dan anjing. Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang,
tanduk,kerang-kerangan, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan
mengikut hukum syarak boleh digunakan.Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit
haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan. Hasil dari pemeriksaan
JAKIM didapati beberapa industri mengunakan kulit babi. Antaranya kasut kulit,tali
pinggang,dompet dan sandal lelaki. Penggunaan kulit binatang yang telah disamak adalah
diharuskan dalam Islam sama ada dijadikan kasut, pakaian atau sebagainya. Walau bagaimanapun
perlu diingat bahawa kulit anjing dan babi adalah tidak harus dimanfaatkan walaupun sesudah
disamak.
Kaedah fiqh
Darurat Mengharuskan Perkara Yang Terlarang:
‫الضروات تبيح المحذورات‬
Maksudnya:Sesungguhnya Allah hanya menharamkan kepada kamu memakan bangkai dan
darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa
terpaksa(memakanya dalam darurat) sedang ia tidak menginginkan dan tidak pula melampaui
batas (kadar yang dimakan) maka ia tidaklah berdosa. Sesungguhnya Allah maha
pengampun,lagi maha Mengasihani (Al-Baqarah:173)

6

Usul Fiqh 1053

Pembahagian Kulit Binatang

1. Kulit dari binatang yang haram dimakan
❖ Kulit binatang yang haram dimakan seperti buaya , singa dan monyet dan
sebagainya adalah bangkai,samada ia diambil semasa ia diambil semasa ia dihidup
atau setelah mati (samada is disembelih mengikut hukum syarak atau tidak).
Namun kulit bunatang yang tidak halal di makan boleh disucikan dan boleh
dimanfaatkan setelah di samak , kecuali kulit babi , anjing dan keturunan dari
keduanya .

2. Kulit dari binatang dalam kategori najis mughallazah. Kulit dari binatang dalam kategori
najis mughallazah iaitu babi, anjing dan keturunan dari keduanya adalah najis walaupun
disamak dan ia tidak boleh dimanfaatkan.

Pembahagian Bulu Binatang

1. Bulu dari binatang yang haram dimakan
● Bulu dari binatang yang haram dimakan seperti singa, monyet dan sebagainya
adalah tidak suci, walaupun disamak, samada ia diambil semasa hidup atau setelah
mati.Sama Sda ia disembelih mengikut hukum syarak atau tidak.

2. Bulu dari binatang dalam kategori najis mughallazah
● Bulu dari binatang dalam kategori najis mughallazah adalah tidak suci walaupun
disamak dan ia tidak boleh dimanfaatkan

7

Usul Fiqh 1053

PENUTUP

Islam mempunyai garis panduan dan peraturan dalam semua aspek kehidupan termasuklah perkara
yang berkaitan dengan pemakanan halal dan haram. Semua garis panduan itu telah dijelaskan di
dalam al-Quran dan as-Sunnah dan diperincikan dengan pandangan-pandangan ulama dan
cendikiawan. Namun begitu masih terdapat ramai dikalangan masyarakat dan pengusaha Muslim
yang mengambil mudah dan tidak mengambil berat tentang soal halal haram ini. Sebagaimana
hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari; dari Abu Hurairah katanya: Rasullullah S.A.W
bersabda: “ Pada suatu masa akan tiba yang mana manusia-manusianya tidak lagi memperdulikan
dari mana memperoleh sumber kehidupannya, apakah dari sumber halal atau dari sumber haram”.
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa adakah kita sebagai salah seorang usahawan dan pelanggan
Muslim termasuk dalam golongan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yang tidak
mengendahkan hukum syarak dalam urusan pemakanan dan pembelian sesuatu produk.Dalam hal
ini, kita sebagai usahawan dan pelanggan Muslim haruslah bersama membendung masalah halal
haram di Malaysia, disarankan agar semua pengusaha Muslim diberikan kesedaran betapa
pentingnya memahami konsep halal haram dalam urusan perniagaan terutama dalam sektor
Industri Kecil Sederhana samada yang melibatkan pemakanan, minuman dan barang gunaan Islam.
Keperihatinan semua pihak dalam perkara ini akan dapat menyelamatkan umat Islam daripada
terjerumus dengan sumber makanan yang tidak dihalalkan oleh Islam, ini dikuatkan lagi dengan
hadis dari Jabir katanya: “ Rasulullah S.A.W bersabda: “ Tidak akan masuk syurga daging yang
tumbuh dari hasil yang haram, setiap daging yang tumbuh dari hasil yang haram, maka api
nerakalah yang sesuai menjadi tempat tinggalnya”.Sebagai umat islam kita perlulah menitik berat
hal hal yang dianggap remeh sedangkan ini adalah hal yang paling penting dalam kehidupan
seorang umat islam seperti membeli barangan iaitu baju, berus alat solek yang diperbuat dari bulu
haiwan tanpa memeriksa sumber atau bahan yang digunakan pada barangan tersebut. Oleh itu,
sebagai umat islam kita perlulah menyelidik dan memeriksa asal usul bahan yang digunakan
sebelum membeli supaya tidak tersalah pilih.

8

Usul Fiqh 1053

RUJUKAN

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2974-al-kafi-1018-benarkah-kulit-khinzir-
boleh-dipakaiKAN

http://studentsrepo.um.edu.my/5203/5/5BAB_3_Makanan_Halal.pdf

https://www.yadim.com.my/v2/soal-jawab/barangan-dari-kulit-khinzir/

https://hafizamri.com/cara-mengenal-barangan-kulit-babi-kulit-khinzir/

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69839/1/IPPH%202016%2010%20-%20IR.pd

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_pemakanan_Islam

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2017/03/256796/produk-kulit-bulu-haiwan-perlu-
disahkan-halal

http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/assets/files/old-
site/garis_panduan_penggunaan_kulit_dan_bulu_untuk_dijadikan_pakaian_atau_barangan.pdf

https://m.malaysiakini.com/news/371910

9

Usul Fiqh 1053

GAMBAR

10


Click to View FlipBook Version