Terima kasih Sdra/ Sdri Pengacara Majlis,
ALU-ALUAN:
1. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
keupayaannya.” (Q.S. Al-Baqarah: 286).
2. YBrs Ketua-ketua Sektor, Ketua-ketua PPD atau wakil, Ketua-ketua
Unit, Pegawai dan kakitangan JPNS, PPD & Wakil Sekolah yang hadir
pada pagi ini. Dialu-alukan juga Penceramah kita __, terima kasih
kerana sudi hadir memberi perkongsian.
3. Tahniah atas pengelolaan Perhimpunan Bulanan Jan 2019 kepada
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) bersama 5
Unit dibawahnya: 1) Sukan, 2) Ko-kurikulum, 3) Hal Ehwal Murid
(HEM), 4) Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), 5) Pusat
Kokurikulum (PUSAKO).
4. Tema Perhimpunan Bulanan Jan 2019: Psikometrik Teras
Perkembangan Potensi dan Personaliti Insan Terdidik.
5. Sebagai permulaan, Terima kasih atas komitmen tinggi semua Warga
Pendidikan JPN/ PPD & Pentadbir Sekolah sepanjang tahun 2018.
1 | P e r h p B l n a n J P N N S _ J a n 2 0 1 9
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK:
1. Pentaksiran Psikometrik adalah Pentaksiran peringkat sekolah utuk
mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti
murid.
2. Psikometrik ini selaras dengan Falsafah Pendidikan iaitu suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu.
3. Justeru berupaya mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.
4. Usaha ini bertujuan melahirkan rakyat Negeri Sembilan dan Malaysia
amnya yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
5. Tagline kita, bermula tahun lepas akan kita pergiatkan secara
komprehensif dengan melibatkan semua peringkat bermula dari JPN,
PPD, Pentadbir sekolah, Guru, PIBK, Jab. kerajaan & swasta yang
2 | P e r h p B l n a n J P N N S _ J a n 2 0 1 9
bersesuaian untuk merealisasikan kejayaan, Jom Poie Nolong
Sekolah (JPNS).
PENGHARGAAN ATAS KEJAYAAN 2018:
1. Dalam konteks Pengurusan Kemanusiaan, kita telah berada atas
landasan kerja yang baik hanya terus dan pertingkatkan komitmen kita
semua sahaja.
2. Kita bukan sahaja mengukir nama di persada kebangsaan malahan
jua di peringkat antarabangsa dengan 38 acara tahap Johan dalam
Ko-kurikulum, manakala 4 acara peringkat Kebangsaan dalam HEM,
10 acara peringkat kebangsaan dan 1 acara peringkat antarabangsa
dalam Sukan. 6 acara emas peringkat Kebangsaan dalam PUSAKO.
Manakala dalam PPDa, JPN N9 terendah terlibat positif Dadah.
3. Rangkuman ini semua akan menjadi pelengkap kepada anak murid
kita kerana mana mungkin kecemerlangan akademik dapat diraih
tanpa keseimbangan komponen peribadi murid iaitu JERI seiring
keperluan semasa iaitu Sosial, Inshallah akan tampil menjadi ANAK
yang BAIK lagi CERDIK (ABC).
3 | P e r h p B l n a n J P N N S _ J a n 2 0 1 9
RUMUSAN PERKONGSIAN:
1. Sebagai penutup, saya rumusan bicara dengan membaca semula
Kalam Allah “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
keupayaannya” (Q.S. Al-Baqarah: 286) – Saya sebagai Ketua
Jabatan, diawal tahun ini mengingatkan bahawa semua yang kita
lakukan adalah Amanah Allah. Maka lakukanlah dengan cemerlang
dan yakinlah segala cabaran dalam kerja buat kita adalah bersesuaian
dengan keupayaan dan kebolehan kita.
2. Harapan saya, kerja buat kita akan mampu meningkatkan KUALITI
SEKOLAH yang akhirnya akan membawa kepada peningkatan
KUALITI KEMENJADIAN MURID, Inshaallah.
Bunga peria di atas sampan,
Dahan gendangsa bersilang-silang,
Di tangan tuan/puan terletak harapan,
Membawa murid ke mercu gemilang.
Sekian bual bicara saya,
Wabillahi taufik Wal hidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
4 | P e r h p B l n a n J P N N S _ J a n 2 0 1 9