The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Muqry, 2023-11-11 20:59:06

Perbezaan Individu dan Pembelajaran

Perbezaan Individu dan Pembelajaran

muq,mus,amin,am,amirul,faiz


1 2 3 4 aspek perbezaan individu kecerdasan (teori Howard Gardner) gaya kognitif dan gaya pembelajaran implikasi


Fizikal Kognitif / Mental Emosi 1 2 3 Tingkah laku 4 5 6 Sosia l Rohani / agama


Pandangan masyarakat : Lelaki merupakan harapan keluarga, bakal menjadi ketua keluarga dan menggalas tugas yang besar.Perempuan perlu menguasai kemahiran rumah tangga. •Mackoby& Jacklin(1974), Aspek IQ kanak-kanak perempuan lebih cenderung aspek lisan dan bahasa, lelaki lebih cenderung kepada kecerdasan ruang.(kemahiran selesai masalah) •Perkembangan kanak-kanak lelaki kebiasaannya lambat dua tahun daripada perempuan disebabkan proses akil baligh yang lewat.


Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Kita dapat memerhatikan perbezaan individu dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron. Contoh: boleh dilihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah. Sheldon (1942) mengategorikan temperamen kepada tiga kategori iaitu Endomorf (bertubuh bulat) dengan suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. Mesomorf (tubuh badan otot yang kuat) menujukkan bersifat agresif, bertenaga dan kuat bersukan. Manakala Ektomort (kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang, suka bersendirian dan seorang pendiam. Walaupun pembawaan in diwarisi, namun ia juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran.


Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagi matapelajaran Matematik, Sains dan sukan. Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan.


Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahirankemahiran sosial yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi ialah ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelaiaran dengan mengikut personaliti murid-murid supava dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan.


Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi, alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Mok Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Contohnya, jika terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. Contoh dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa dan kebudayaan.


Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsif. Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi individu. Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain. Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosio-ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di dalam kelas, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.


Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing. Aspek rohani dalah lebih universal dengan hubungan tubuh badanminda-jiwa. Murid-murid dibesar mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa. Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-nilai rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.


Individu yang boleh berfikir dan mampu menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan. Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan gambaran mental dan berupaya mengamati dunia melalui visual.


Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Berkebolehan menggunakan sebahagian atau seluruh anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.


Cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, ertikehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Keupayaan mengenal pasti bentuk, pola dan corak semulajadi alam sekitar.


gaya kognitif gaya pembelajaran Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat.ia juga merupakan cara individu mengingat,membuat persepsi dan menerangkan bagaimana seseorang indi idu memperoleh pengetahuan (kognisi) dan bagaimana mereka memproses pengetahuan tersebut (konseptual) Gaya pembelajaran merujuk kepada pelbagai pendekatan atau cara pembelajaran dalam memperolehi pengetahuan.ia juga merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar. Gaya kognitif dan gaya pembelajaran adalah dua konsep yang dianggap oleh ramai orangsebagai sama. Woolfolk (1998) mengatakan gaya kognitif ialah cara indi idu mempersepsi dan menyusunmaklumat mengenai persekitarannya sementara gaya pembelajaran pula ialah pendekatan cara belajar indi idu. apa itu gaya kognitif? apa itu gaya pembelajaran


Field Dependence Field Independence ❖Mempersepsikan secara global ❖Mengkategorikan konsep secara umum ❖Berorientasikan sosial ❖Lebih dipengaruh ioleh kritikan ❖Memerlukan penentuan matlamat dan pengukuhan luaran. •Mempersepsikan secara analitikal. •Mengkategorikan konsep secara khusus •Orientasi yang tidak bersifat peribadi •Kurang dipengaruhi oleh kritikan •Mempunyai matlamat dan pengukuhan yang ditentukan sendiri. Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat.


Field Dependence Field Independence •Sediakan satu persekitaran pembelajaran sosial di mana murid-murid berpeluang untuk berinteraksi dengan orang lain. •Bekalkan bahan sokongan seperti advance organizers. •Pastikan arahan diberi jelas dan bersifat eksplisit(tepat) •Gunakan banyak contoh dan ilustrasi •Utamakan kaedah berpusatkan murid dengan penekanan kepada pengukuhan positif •Menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang berdikari dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan. •Bekalkan murid-murid dengan bahan rujukan •Beri bimbingan yang minimum.


gaya pembelajaran merujuk kepada pelbagai pendekatan atau cara pembelajaran dalam memperolehi pengetahuan.ia juga merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar. Gaya pembelajaran auditori Gaya pembelajaran global Murid sentiasaberinisiatif mencari pelbagai cara dan jalan penyelesaian untuk sesuatu perkara. Jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan. Gaya pembelajaran kinestetik Pembelajaran melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi kedalam otaknya. gaya pembelajaran visual Orang yang gemar mempelajari huruf, gambar atau gambar rajah, teks, dan benda-benda maujud.


Gaya pembelajaran konkrit Gaya pembelajaran konvergen Gaya yang cekap menyelesaikan masalah terutamanya yang berkaitan dengan tugasan teknikal. Gaya yang memerlukan pengalaman atau bahan yang konkrit untuk menyokong proses pembelajaran. Gaya pembelajaran divergen Murid yang mempunyaigayapembelajaran divergen berupaya mengasimilasikan pelbagai maklumat untuk dijadikan satu entiti yang bersepadu Gaya pembelajaran aktif Murid yang berjenis gaya pembelajaran aktif akan menggunakan pengalaman lepas dan menggabungkannya dengan maklumat-maklumat baru dalam proses penyelesaian masalah. Gaya pembelajaran abstrak Transformasi maklumat menerusi pemerhatian reflektif atau pengkajian aktif. Pembelajaran yang menggunakan pengalaman melalui membuat refleksi.Setiap pembelajaran yang dilakukan akan diimbas kembali dan membuat kesimpulan pada akhirnya. Gaya pembelajaran pemerhatian reflektif


Perbezaan individu memberi kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah Menentukan hasil pembelajaran yang sesuai Mempelbagaikan strategi dan kaedah PdP • Hasil pembelajaran perlu berasaskan keupayaan murid • Terdapat murid yang cerdas dan mudah memahami isi pembelajaran • Terdapat juga kumpulan sederhana • Guru juga akan berdepan dengan murid yang tidak berminat terhadap sesi pengajaran • Guru yang kreatif sentiasa menyediakan pelbagai strategi dan kaedah PdP bagi memastikan semua murid mencapai hasil pembelajaran masing-masing


Mempelbagaikan bahan bantuan mengajar Penyampaian guru • Guru boleh mendorong pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang menarik • Sediakan aktiviti lakonan dengan merakamkan lakonan dan nyanyian murid • Guru juga boleh mewujudkan pusat pembelajaran di luar bilik darjah • Dalam mata pelajaran sastera dan bahasa, guru harus mengasah bakat untuk bercerita dan berpantun • Dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, guru harus mampu menjadi seorang magician dan saintis • Sekiranya guru mampu mempelbagaikan penyampaiannya, murid-murid akan mendapat manfaat walaupun wujud perbezaan antara murid


Perbezaan gaya berfikir Objektif pengajaran dan pembelajaran Kesedian belajar • Merujuk kepada gaya kognitif dan gaya murid belajar, ada dikalangan murid yang selesa belajar menggunakan kemudahan audio dan ada yang selesa dengan alat visual • Objektif pembelajaran perlu ditentukan mengikut kemampuan murid. • Obejektif pembelajaran perlu mengikut aras sebagaimana aras yang dicadangkan oleh taksonomi bloom • Murid-murid yang pintar selalunya bersedia awal untuk belajar berbanding dengan murid lembam yang memerlukan rangsangan yang lebih awal untuk menggerakkan mereka.


Gangguan pengajaran dan pembelajaran Perbezaan sosial dan emosi • Murid-murid yang bersedia untuk belajar akan memberi kerjasama kepada guru ketika sesi pembelajaran, namun bagi murid yang malas ,nakal, meminta perhatian berlebihan akan menganggu pembelajaran • Murid yang bersifat extrovert (aktif) lebih tinggi pemahamannya berbanding dengan murid yang introvert (pasif) ketika belajar • Emosi yang stabil menjadikan tumpuan murid terhadap pelajaran baik manakala emosi yang tidak stabil mengurangkan tumpuan murid terhadap pelajaran


Click to View FlipBook Version