The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMPULAN KEMALA:
AWANGKU, ANIQ, ALEEYA, CHRISTIN & ASMIDA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azsisonline, 2023-08-31 11:35:12

TUTORIAL M3 BMMB 3193 (CERPEN 0000000000 KARYA SHAHNON AHMAD)

KUMPULAN KEMALA:
AWANGKU, ANIQ, ALEEYA, CHRISTIN & ASMIDA

TUTORIAL M3 BMMB 3193 : KUMPULAN KEMALA KEMALA


AHLI KUMPULAN KEMALA: 01 02 03 04 05 AWANGKU ARIF SYAMZANI MUHAMMAD ANIQ AQLAN FATHULLAH NUR ALEEYA CHRISTIN HELLEN DAYANG ASMIDA


KEHENDAK TUGASAN : Pilih sebuah cerpen yang dihasilkan oleh seorang Sasterawan Negara atau Penerima SEA Write Award yang diterbitkan oleh DBP. Kemudian, huraikan pemikiran dalam karya yang dipilih dengan menggunakan alat berfikir PMI, struktur karya yang dipilih dan kaitkan pemikiran dan struktur tersebut dalam karya yang dipilih dengan TBI (Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya pemerdayaan kreativiti.


CERPEN 00000000000 KARYA SHAHNON AHMAD


CERPEN 00000000000 Cerpen 00000000000 merupakan salah satu daripada karya penulisan Shahnon Ahmad. Cerpen ini telah dimasukkan dalam antalogi sastera 'Ku bentang sehelai peta' bagi tingkatan 4 & 5. Cerpen ini mengisahkan tentang dua sahabat iaitu 'Aku' , seorang pelukis dan Daiman Kreko, seorang sasterawan yang cuba menterjemahkan hasil seni mereka terhadap seorang lagi artis lain iaitu Dol, seorang penyanyi rock daripada kumpulan Mad Dog. Dol dijadikan model dalam permainan mereka. Aku cuba menggambarkan Dol dalam bentuk lukisan, manakala Daiman Kreko pula cuba menggambarkan Dol dalam bentuk penulisan. Mereka bertiga memainkan peranan masing-masing mengikut kepakaran yang dimiliki, namun Dol didapati oleh Aku dan Daiman Kreko tidak memiliki apa-apa nilai yang hendak dibanggakan. Dol hanya menjadi kegilaan peminat-peminatnya yang kagum dengan penampilan dan gaya yang dibawa oleh Dol. Sungguhpun Dol memiliki peminat yang begitu ramai dan dipuja terutamanya daripada golongan muda-mudi, namun Aku dan Daiman Kreko tidak menemukan apa-apa kelebihan yang ada pada Dol, melainkan kepalsuan nilai yang dibuat.


PEMIKIRAN DALAM CERPEN


JENIS PEMIKIRAN YANG DIKETENGAHKAN DI DALAM CERPEN : PEMIKIRAN KEMASYARAKATAN


PEMIKIRAN KEMASYARAKATAN Pemikiran kemasyarakatan yang diketengahkan dalam cerpen 00000000000 oleh Shahnon Ahmad adalah masyarakat yang hanya mendambakan sesuatu daripada tampak luar atau penampilan semata-mata sedangkan tiada sebarang nilai baik yang terkandung daripada individu tersebut. Perkara ini secara tidak langsung menampakkan pemikiran terhadap masyarakat yang berjati diri lemah kerana tiadanya perihal menelaah makna tersirat daripada suatu perkara dan hanya mengagumi hal terbabit daripada pandangan tersurat semata-mata. Hal ini jelas dinampakkan pengarang pada watak ‘Dol’ yang merupakan penyanyi rock terkenal yang memiliki jutaan peminat namun tiada nilai berharga yang terdapat pada dirinya selain penampilan yang bergayakan barat.


PLUS (POSITIF) MINUS (NEGATIF) INTRESTING (MENARIK) Masyarakat berjati diri lemah akan mengagumi individu yang tiada nilai bermakna pada diri. Perenggan terakhir pada cerpen 00000000000 menjelaskan perkara ini iatu: Dol sebenarnya sedang bertelanjang, Dia tidak ada makna apa-apa pun, baik yang tersurat baik yang tersirat, walaupun peminatnya yang berjuta-juta jumlahnya kerana peminat itu pun berada dalam kosong, kosong, kosong dan 00000000000000 juga. Gaya penampilan barat yang meracuni jiwa serta menghilangkan nilai masyarakat. Segala penampilan kebaratan pada diri Dol dalam cerpen ini digambarkan secara kritikan oleh penulis melalui watak aku. Contohnya , aku mengkritik rantai berbonggol-bonggol yang digunakan oleh Dol seperti kulit katak Puru terkena pijak. Pengarang turut menyatakan bahawa Dol sebenarnya tidak wujud dan yang wujud hanyalah kepura-puraan yang tergambar melalui benda mati iatu perkara yang dikenakannya. Gaya barat pada diri Dol tidak mendatangkan sebarang nilai bermakna. RUNGKAIAN PEMIKIRAN CERPEN MELALUI PMI (PLUS, MINUS, INTRESTING) Golongan bijak pandai yang mahir dalam bidang yang berbeza cuba mentafsir dan melihat perkara tersirat yang terdapat dalam diri individu mengikut bidangnya masingmasing. ‘Aku’ dalam cerpen ini merupakan seorang pelukis manakala Kreko, kawan kepada ‘aku’ merupakan sasterawan yang hebat cuba mentafsir makna daripada ‘Dol’. Aku menterjemahkan nilai tersirat pada ‘Dol’ melalui lakaran dan lukisan manakala Kreko pula melalui bahasa. Hasil yang sama walau dalam bentuk yang berbeza diperolehi oleh golongan bijak pandai yang berbeza bidang apabila mereka menelaah suatu perkara yang sama. Contohnya, walau sejauh manapun aku berusaha mencari makna tersirat dalam diri Dol selain daripada gaya penampilannya namun hasilnya tetap mengecewakan. Setelah meneliti cukup lama, aku hanya melakar angka ‘0’ pada kertas lukisannya. Nyatanya, Kreko turut berbuat sedemikian rupa hanya bezanya apabila Kreko menulis perkataan ‘kosong’. Kreko bahkan ketawa dengan kuat apabila meilhat karya aku bagaikan dapat menangkap makna tersirat daripada karya tersebut. Hal ini menunjukkan kedua-dua ahli ini seolah-olah dapat membaca minda satu sama lain dan berkongsi pemikiran yang sama bahawa tiada hal yang dapat ditafsir daripada ‘Dol’. Perkara ini menampakkan perbezaan cara berfikir orang bijak pandai. .


STRUKTUR KARYA


Dapat dilihat melalui analogi pengarang terhadap perwatakan watak Dol yang digilai oleh jutaan peminat kerana imejnya sebagai penyanyi rock yang berpenampilan gaya Barat, tetapi dia langsung tidak membawa apa-apa nilai kepada masyarakat. TEMA Cerpen “00000000000” karya Shahnon Ahmad bertemakan jati diri manusia yang lemah.


WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Watak Sampingan Watak utama ialah Aku. Merupakan seorang pelukis berbakat seperti yang dinyatakan dalam cerpen tersebut iaitu “aku ini bukan saja pemain garis, pemain warna tapi juga pengukir hati dan perakam jiwa. (m/s 44) Daiman Kreko Dol Seorang sasterawan hebat dan merupakan rakan kepada Aku. Pandai bermain dengan bahasa seperti yang dinyatakan dalam cerpen tersebut iaitu “Barangkali Kreko lebih indah memaknakan lilitan kain merah itu macam lanun...” (m/s 46) Seorang penyanyi rock terkenal kumpulan Mac Dog dan terpengaruh dengan budaya barat. Dol berjiwa kosong dan hidup dalam kepura-puraan seperti yang dinyatakan dalam cerpen iaitu “Dol tak ada apa-apa lagi”. (m/s 48)


LATAR LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yang jujur dalam menyatakan kebenaran. Aku dan Daiman Kreko secara jujur memaparkan karya masing-masing yang Dol sebagai penyanyi rock yang digilai ramai peminat tidak mempunyai apa2 keistimewaan untuk dibanggakan. 2. Masyarakat seniman. “Aku” merupakan seorang penulis. Daiman Kreko pula ialah seorang sasterawan dan Dol ialah seorang penyanyi rock. 3. Masyarakat yang terlalu mengagungkan golongan artis. Golongan remaja begitu meminati Dol sebagai penyanyi rock, dari kumpulan Mad Dog tetapi tiada membawa manfaat kepada mereka. 4. Masyarakat bersifat kanak-kanak. “Aku” bersama kawan-kawan selalu menjolok sarang tupai, murai, lebah, tebuan dan akup-akup di tiang rumah. Tempat Aku dan Kreko menilai Dol. Tempat Aku lahir dan mempunyai banyak kenangan indah. LATAR TEMPAT 1.Studio Aku 2.Kampung Aku Sorotan masa permainan Aku dan Kreko. Contohnya: “Memang Dol bekerjasama dengan kami pagi itu...” (m/s 45) Dalam cerpen dinyatakan “Aku masih kecil waktu itu”. (m/s 45) LATAR MASA 1. Waktu pagi 2. Semasa Aku masih kecil.


GAYA BAHASA Metafora ( Perkataan konkrit dengan perkataan abstrak.) Contohnya: “...pengukir hati dan perakam jiwa.”(m/s 44) Hiperbola ( Menyatakan sesuatu secara berlebihlebihan.) Contohnya: “...warnaku ada semak-semak di leher Dol ..” (m/s 46) "...bulu lengan, bulu ketiak dan bulu dadanya.'' (m/s 48) “... sarang tebuan, sarang lebah, sarang tupai, sarang murai atau sarang akup-akup..” (m/s 45) Anafora (Pengulangan kata di awal baris.) Contohnya: Epifora (Pengulangan kata di akhir baris.) Contohnya: “...melihat karya Kreko yang penuh dengan Kosong. Kosong. Kosong. Kosong dan karyaku yang juga penuh dengan 0000000000 000000000000000...” (m/s 51) Personafikasi (pemberian sifat manusia kepada objek, benda atau konsep tertentu) Contohnya: “...bermain dengan kemanusiaan dan kebinatangan manusia pun.” (m/s 44) "...rambut panjang macam sarang tupai..." (m.s 46) "...bagaikan sarung nangka..." (m.s 48) "...karya lukisanku bagaikan dapat menangkap segala makna..." (m/s 51) Simile ( Menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bagai, macam dan sebagainya.) Contohnya: Bahasa berirama peribahasa (Mengandungi unsur peribahasa) Contohnya: “Seluar yang dipakai adalah jenis sutera warna warni yang ketat dan sendat, bagaikan sarung nangka jenis lonjong bervirus kuman buah.” (m/s 48) Sinkope ( Singkatan perkataan.) Contohnya: “...Dol sebenarnya tak ada apa-apa pun yang menarik perhatianku.” (m/s 45) Pengulangan ( Pengulangan kata dalam baris / ayat tertentu.) Contohnya: “Hari itu Kreko datang ke studioku untuk bermain. Memang sudah kami berjanji untuk sama-sama bermain.Dia bermain dengan bahasa. Aku bermain dengan garis dan warna.” (m/s 44)


PERSOALAN persoalan cara berpakaian artis dalam kalangan masyarakat 1. Cara berpakaian Dol yang lebih kearah barat seperti pemakain ‘rantai’ , berambut ‘gondrong’ dan mengenakan seluar yang koyak merupakan budaya yang berasal daripada Barat. persoalan kekosongan hidup dalam jiwa seorang artis: 1.Perkara ini dapat dibuktikan apabila Daiman Kreko dan Aku yang melihat serta menilai Dol sebagai seorang yang jauh berbeza daripada karier nya iaitu seorang penyanyi dalam sebuah Band MadDog. Lukisan dan karya daripada kedua tersebut jelas membuktikan betapa kosongnya jiwa Dol walaupun dia terlihat baik-baik sahaja di luarnya. Persoalan pertembungan nilai antara golongan cerdik pandai dengan golongan remaja tentang penilaian seorang artis: 1. Pertembungan ini dapat dibuktikan melalui pandangan para peminat Dol yang menyokong Dol sebagai idola mereka kerana melihat luaran Dol yang seperti manusia yang mempunyai keperibadian yang teguh manakala berbeza pula nilainya si Dol apabila dinilai oleh watak Daiman Kreko dan ‘Aku’ yang melihat Dol sebagai seorang yang penuh dengan kekosongan


SUDUT PANDANG Sudut pandangan cerpen ini adalah melalui sudut pandangan orang pertama di mana pengarang memasukkan dirinya sebagai watak ‘Aku’ di dalam cerpen tersebut.


PLOT : Pengarang menggambarkan rambut dol menggerbang, gondrong, panjang, pintal memintal dan kusut-masai. “Aku memulakan permainan itu dari rambut di kepala Dol yang gerbang, gondrong, panjang...”(m/s45) PEMERIAN Pengarang teringat sewaktu kecil, dia dan rakanrakanya nakal dan suka menyolok sarang iaitu tidak kira apa pun sarang tersebut, baik sarang burung mahupun sarang tupai. “...Aku teringat pada asarang tupai di kampungku, entah berapa tahun yang lalu.” (m/s45) IMBAS KEMBALI


PLOT : “Sasterawan daima Kreko pun nampak gelisah seperti Aku juga.” (m/s49) IMBAS MUKA “Tiba-tiba sasterawan Daiman Kreko mengangkat kertasnya tinggi-tinggi..” (m/s49) SASPEN


PERKAITAN ANTARA PEMIKIRAN DAN STRUKTUR KARYA DENGAN TBI


JATI DIRI YANG LEMAH Cara pemakaiannya seperti gaya barat: rambut tidak terurus, baju koyak rabak, rantai penuh di leher Lagu, irama, nada dan lantunan suaranya juga seperti gaya barat: Rock Kasar dan ganas Tingkah laku yang pelik (melompat-lompat ) Suara garau dan sering menjerit Watak : Dol si penyanyi Rock kumpulan MadDog dan peminatnya Perwatakan : Terpengaruh dengan budaya barat dan pengaruh yang dibawa oleh Dol Kesan : Kreativiti pengarang : Pengarang memaparkan sifat lemah jati diri secara tersurat dengan menciptakan watak Dol yang tidak mempunyai identitinya sendiri. Identiti yang Dol miliki hanyalah sekadar ciptaan dan peniruan kesan daripada pengaruh Barat. Pengarang juga memaparkan sifat lemah jati diri secara tersirat dengan menyindir para peminat Dol. Mereka mengidolakan Dol yang tidak memberikan sebarang nilai yang baik kepada mereka. Budaya Barat dan budaya Melayu amat berbeza dari segi kesantunannya. Maka, pengarang amat menekankan betapa pentingnya identiti seseorang melalui cerpen ini dan berharap agar pembaca mengambil iktibar. Perenggan terakhir pada cerpen 00000000000: Dol sebenarnya sedang bertelanjang, Dia tidak ada makna apa-apa pun, baik yang tersurat baik yang tersirat, walaupun peminatnya yang berjutajuta jumlahnya kerana peminat itu pun berada dalam kosong, kosong, kosong dan 00000000000000 juga.


GOLONGAN PEMIKIR Watak : Aku dan Daiman Kreko Perwatakan; Aku (Mahir dalam seni lukisan - garis dan warna) Daiman Kreko - (Mahir seni bahasa - Sasterawan Negara) Kesan; Aku - Melukis perwatakan Dol dari segi analisis luaran Dol Daiman Kreko - Menterjemah perwatakan Dol dalam bentuk penulisan kreatif Karya yang dihasilkan; Aku; Lukisan menggambarkan Dol yang dipenuhi dengan nombor 00000000000 Daiman Kreko - Penulisan kreatif yang dipenuhi perkataan “Kosong. Kosong...” Kreativiti pengarang : Pengarang memasukkan unsur golongan pemikir dengan mewujudkan watak Aku dan Daiman Kreko yang mahir dalam bidang mereka masing-masing. Pengarang mempaparkan sifat golongan pemikir kedua-dua watak dengan cara mereka meneliti dan mendalami watak Dol dari pelbagai aspek. Perkara ini berbeza dengan pemikiran para peminat Dol yang hanya melihat Dol secara luaran sahaja. Oleh itu, dengan menggunakan kemahiran yang Aku dan Kreko miliki, mereka cuba menterjemahkan watak Dol ke dalam bentuk seni lukisan dan seni bahasa. Karya yang dihasilkan oleh Aku dan Kreko merupakan sebuah sindiran dan kritikan kepada Dol secara tersirat. Pengarang ingin menekankan bahawa pentingnya bagi seseorang untuk memahami perkara yang dikaji dengan bersungguh-sungguh agar dapat dijadikan rujukan untuk diri malah orang lain.


KEANEKARAGAMAN KOMUNIKASI SOSIOBUDAYA : PEMBERDAYAAN KREATIVITI Gaya Bahasa : Pengarang menggunakan banyak gaya bahasa untuk berkomunikasi dengan pembaca. Keanekaragaman dapat dibuktikan melalui pengolahan ayat yang pelbagai oleh pengarang untuk menceritakan cerpen tersebut kepada pembaca. contohnya seperti metafora, hiperbola, anafora, epifora, sinkope, simile, pengulangan, personifikasi dan bahasa berirama peribahasa. Pemikiran Kemasyarakatan : Masyarakat yang mengagumi penampilan semata-mata iatu melalui penampilan bergayakan budaya barat yang diatampilkan dalam cerpen tersebut. Pengarang menyifatkan budaya barat yang ditampilkan oleh Dol tidak memiliki sebarang makna dan tidak lebih hanyalah hal yang tidak berguna. Contohnya, gaya rambut Dol disamakan pengarang dengan sarang tupai di rumah Aku tetapi gaya rambut Dol tersebutlah yang menjadi gilaan jutaan peminat Dol.


KEANEKARAGAMAN KOMUNIKASI SOSIOBUDAYA : PEMBERDAYAAN KREATIVITI Watak dan Perwatakan : Pengarang mewujudkan watak dengan perwatakan yang berbeza menunjukkan kreativiti dalam mengolah setiap watak tersebut sehingga mewujudkan satu penceritaan yang menarik Antara watak yang dinyatakan ialah Aku , Daiman Kreko dan Dol. Watak Aku merupakan seorang pelukis, watak Daiman Kreko pula merupakan seorang sasterawan manakala watak Dol pula adalah penyanyi rock. Hal ini memperlihatkan perbezaan dinamik pemikiran dan peribadi antara individu yang berbeza displin ilmu serta latar belakang. Pengarang meletakkan watak Aku dan Daiman Kreko yang merupakan watak golongan pemikir juga menampakkan lagi perbezaan tingkat pemikiran antara orang berilmu dalam cerpen ini.


Terima kasih daun keladi, Ada masa bersua lagi TERIMA KASIH GENERASI KEMALA


Click to View FlipBook Version