The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUTORIAL M6 BMMB 3193 (AWANG, ANIQ, ALEEYA, CHRISTIN & ASMIDA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azsisonline, 2023-09-24 11:12:00

TUTORIAL M6 BMMB 3193 (MERUNGKAI SYAIR SITI SIANAH KARYA RAJA ALI HAJI)

TUTORIAL M6 BMMB 3193 (AWANG, ANIQ, ALEEYA, CHRISTIN & ASMIDA)

TUTORIALM6BMMB3193 K E M A L A


AHLI KUMPULAN KEMALA AWANGKU ARIF SYAMZANIE MUHAMMAD ANIQ AQLAN FATHULLAH NUR ALEEYA CHRISTIN HELEN DAYANG ASMIDA


Pilih SYAIR yang terdiri daripada 10 atau lebih rangkapnya. Rumuskan pemikiran dalam puisi yang dipilih dengan menggunakan alat berfikir PMI dan huraikan nilai dalam puisi tersebut. Kaitkan pemikiran yang dirumus dengan TBI (Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya pemberdayaan kreativiti). 1. 2. 3. KEHENDAKTUGASAN


SYAIR: SITI SIANAH karya Raja Ali Haji


SYAIRSITISIANAH


KEAGAMAAN SOSIOBUDAYA KEMANUSIAAN PEMIKIRAN-PEMIKIRANYANGTERDAPAT DALAMSYAIR:


PEMIKIRAN DALAM SYAIR(RUNGKAIAN PMI)


KELEBIHAN (PLUS) Pemikiran yang paling ditonjolkan dalam syair Siti Sianah karya Raja Ali Haji ini adalah pemikiran keagamaan. Syair ini menyindir golongan wanita yang bersifat melampau dalam hiasan untuk urusan mempercantikkan diri dan berperilaku demi mendapatkan perhatian golongan lelaki. Perkara ini bersesuaian dengan konsep Tabarruj dalam Islam iatu berlebihan menampakkan kecantikkan dan perhiasan sehingga menarik perhatian ajnabi atau golongan bukan Mahram. Hal ini jelas menjejaskan maruah seseorang wanita kerana di dalam Islam telah ditegaskan bahawa maruah wanita diukur daripada sifat malunya dalam menjaga perilaku dan juga penampilan yang sederhana. Konsep Tabarruj seringkali dinormalisasikan di dalam masyarakat kerana ramai pihak tidak menganggap berhias dengan berlebihan sebagai perkara yang dilarang dalam agama. Penyair berjaya menyampaikan mesej tersebut dengan jelas di dalam syair walaupun bersifat tersirat iatu tidak menyatakan langsung konsep tabaruj KEAGAMAAN Perkara ini dijelaskan oleh pengarang dalam rangkap kedua: Mengagak mengilai terlalu suka, Melihat laki-laki ditampakkan muka, Supaya laki-laki boleh menyangka, Ianya elok tiada berhingga. dan rangkap keenam iatu: Terkadang muka dibubuh pupuri, Kaki dan tangan, lengan dan jari, Jadilah rupanya putih berseri , Pekerjaan tipu sangat digemari. Kedua-dua rangkap menyindir golongan wanita yang tidak menjaga perilaku kerana ketawa secara mengilai-gilai manakala rangkap keenam pula menyindir wanita yang berlebihan dalam menggunakan perhiasan dan mendandan diri.


KELEBIHAN (PLUS) Terdapat perkaitan antara pemikiran keagamaan dan sosiobudaya dalam syair ini. Hal ini kerana syair Siti Sianah menyindir wanita yang terlalu berlebihan dalam berhiasan dan berperilaku. Selain seiring dengan konsep Tabarruj, hal ini juga seiring dengan pegangan perwatakan wanita Nusantara atau lebih jelasnya wanita Melayu yang ayu, anggun dan jelita secara natural. Wanita dalam masyarakat Melayu digambarkan sebagai seorang yang sopan santu, lemah lembut, menjaga kata dan bersifat sederhana. Konsep anak dara yang menjaga maruah diri dan membatasi diri daripada pergaulan lelaki dalam masyarakat Melayu digambarkan secara tersirat di dalam syairini. SOSIOBUDAYA Penyair memperlihatakn aspek ini dalam rangkap pertama syair iatu: Setengahnya perempuan terlalu janggalnya. Roma di muka pula dicukurnya, Seperti taji berandam di keningnya, Kemudian memakai dengan selengkapnya. dan rangkap ketujuh iatu: Setengah perempuan yang makan angkat, Memakai gelang bertingkat-tingkat, Memandang laki-laki matanya lekat, Dengan jantan suka berdekat. Kedua-dua rangkap ini jelas menyindir wanita yang tidak lagi seperti pegangan perwatakan wanita dalam masyarakat Melayu iatu lemah lembut, bersederhana dan menjaga pergaulan.


KELEMAHAN (MINUS) Dalam syair ini terdapatnya pengabaian terhadap pemikiran kemanusiaan. Hal ini kerana sifat manusia sentiasa ingin menampilkan yang terbaik dalam diri termasuklah daripada aspek penampilan. Penggunaan alat solek dan pakaian yang elok tidaklah menyalahi norma jika di atas tujuan yang betul iatu salah satunya untuk berasa yakin pada diri sendiri dalam masyarakat. Namun, penyair di dalam syair ini seolah-olah menganggap kegiatan mengurus diri sebagai suatu yang berlebihan. KEMANUSIAN Aspek ini diperlihatkan dalam rangkap ketiga iatu: Setengah perempuan sangat pesolek, Berhias berdandan berpakai molek, Di dalam cermin muka ditelek, Kana dan kiri dibelek-belek. Penyair seolah menyifatkan kelakuan bercermin, bersolek dan berpakaian elok sebagai sesuatu yang berlebihan,


KEAGAMAAN INTRESTING(MENARIK) Pemikiran keagamaan merupakan pemikiran yang menarik dalam syair. Hal ini kerana penyair tidak hanya menyindir golongan wanita yang berlebihan dalam berhias dan berperilaku tidak sopan namun juga mengingati agar wanita ini sentiasa mencari perlindungan kepada Tuhan yang Esa agar dijauhi daripada perbuatan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa penyair tidak hanya bersifat menghakimi namun juga prihatin terhadap golongan melalui nasihat yang diberikan. Contohnya pada rangkap kesembilan iatu Berlindunglah kita kepada Allah, Daripada perbuatan yang amat salah, Mudah-mudahan dilepaskanlah, Jangan menjadi betina sempolah. KEMASYARAKATAN Pemikiran kemasyarakatan turut menjadi pemikiran yang menarik dalam syair ini. Ini kerana, walaupun hampir keseluruhan isi syair menceritakan bagaimana perhiasan dan perilaku wanita yang melampau, penyair tidak lupa memasukkan rangkap yang menegur masyarakat yang gemar berjudi sehingga sanggup bergadai harta benda kerana perkara tersebut sudah sebati dalam diri. Aktivit berjudi sudah menjadi kegiatan masyarakat kini hari. Perkara ini jdijelaskan oleh penyair dalam rangkap yang terakhiriatu: Sesetengahnya suka bermain judi, Inilah perangai banyak terjadi, Habislah tergadai intan serudi, Kerana perangai sudah membadi.


NILAIDALAMSYAIR


NILAIKESYUKURAN Rangkap 1 dan 6 dalam syair tersebut memperlihatkan penyair menyelitkan nilai kesyukuran yang harus diamalkan oleh para wanita iaitu wanita perlu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Tuhan dan tidak perlu mengubah diri mereka hanya kerana percintaan. Hal ini kerana rupa paras seseorang bukan menjadi jaminan kepada kebahagian dalam perhubungan kerana kecantikan tidak akan kekal selama-lamanya


NILAI KEPATUHAN Rangkap 8 dan 9 memperlihatkan terdapat sesetengah wanita yang sengaja mendedahkan aurat mereka supaya digilai lelaki kerana ketiadaan iman dalam diri. Dalam hal ini, penyair menyeru agar para wanita harus menjaga maruah diri dan berpegang teguh kepada agama iaitu dengan memohon perlindungan daripada Allah agar dijauhi kemungkaran dan dilindungi daripada segala perbuatan yang tidak berakhlak.


NILAIKESEDERHANAAN Pengarang mengkritik nilai keserdahanaan perlu diterapkan oleh wanita dalam rangkap1 . Pengarang menekankan bahawa segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya. Disini pengarang ingin menyatakan bahawa kita perlu bersederhana dalam banyak hal dan tidak berlebih lebihan


NILAI KEINSAFAN Pengarang cuba membangkitkan nilai keinsafan dalam diri pembaca dengan menyelitkan perangai yang perlu diperbetulkan iaitu berjudi . Hal ini jelas dalam rangkap ke 10 yang membawa erti sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.


PERKAITAN PEMIKIRAN DENGAN TBI (KEANEKARAGAMAN KOMUNIKASISOSIOBUDAYA PEMBERDAYAAN KREATIVITI)


Perkara ini dapat dilihat pada rangkap ke-7 syair tersebut apabila sebilangan wanita sanggup memakai perhiasan dengan banyak supaya para lelaki meliriknya. Selain itu, mereka juga tidak menjaga batas dengan lawan jantina. Kreativiti pengarang dapat dilhat kerana segala yang ditulis oleh pengarang tersebut masih berlaku sehingga ke hari ini. Hal ini jelas kerana pada era ini, ramai golongan wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian lawan jenis mereka sehingga tidak menjaga ikhtilat antara satu sama lain. Kreativiti pengarang ini menyebabkan syair Siati Sianah ini masih relevan untuk digunakan pada masa ini. 1.GOLONGAN YANGTIDAK MENJAGABATASPERGAULAN.


2.MASYARAKATYANGINSAF Perkara ini dapat dilihat pada rangkap ke-9 dimana pengarang memberi nasihat supaya sentiasa meminta perlindungan daripada Allah SWT dan berusaha untuk menjauhkan diri daripda menjadi wanita yang tiada harga diri. Kreativiti pengarang disini dapat dilihat apabila pengarang sempat memasuki unsur nasihat di dalam syairnya iaitu menjadi wanita yang mempunyai harga diri yang tinggi dan tidak mudah bergantung dengan lelaki.


Perkara ini dapat kita telusuri pada rangkap ke-10 kerana sesetengah golongan yang sanggup melanggar hukum agama iaitu seperti berjudi. Perkara ini terus meleret sehingga habis segala harta benda digadaikan demi untuk memuaskan nafsu berjudi. Kreativiti pengarang dapat kita lihat bagaimana pengarang menjelaskan bagaimana perbuatan berjudi tersebut merosakkan institusi keluarga ataupun hidup seseorang itu. Pengarang juga menjelaskan akibat daripada berjudi tersebut, penjudi tersebut akan papan kedana kerana tertagih daripada berjudi sehingga dia sanggup menggadai segalanya 3.GOLONGAN YANG MELANGGARHUKUMAGAMA.


PERIBADISESETENGAH GOLONGANWANITA Kreativiti pengarang: Pengarang cuba untuk menunjukkan sikap wanita yang sentiasa menjaga penampilan diri di dalam beberapa rangkap syairnya. Sikap suka berhias golongan wanita berdasarkan syair terlalu berlebihan iaitu “tabarruj”, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pengarang sebenarnya ingin menyindir perilaku para wanita yang seakan-akan tidak elok jika terlalu mengubah ciptaan seadanya mereka. Para wanita jika dipandang dari sudut agama, tidak seharusnya berhias berlebihan kecuali untuk tontonan suami sahaja. Namun begitu, pada zaman yang semakin moden ini, penampilan merupakan identiti seseorang. Oleh itu, pengarang cuba untuk menyampaikan nasihatnya secara tersirat bahawa berhias boleh, namun tidaklah terlalu keterlaluan.


Kreativiti pengarang: Pengarang cuba untuk mengetengahkan bahawa sesetengah perkara sungguh tidak elok dilakukan oleh para wanita namun biasa untuk kaum lelaki. Wanita sangat sinonim dengan perkataan lemah lembut bersopan santun. Namun begitu, di dalam syair Siti Sainah ini jelas menunjukkan bahawa wanita yang ketawanya mengilai dapat merosakkan imej wanita kerana dapat mengundang para lelaki agar datang kepada mereka. Pengarang juga turut menegur sikap wanita yang terlalu berani kerana tidak menjaga pandangan dan penampilan mereka sebagai seorang wanita. Laki-laki mahupun wanita hendaklah menundukkan pandangan kerana perkara tersebut boleh mendatangkan fitnah dan bahaya kepada diri masing-masing. PATUHADABTANPA MENGIRAJANTINA


TERIMAKASIH


Click to View FlipBook Version