The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azsisonline, 2023-09-06 12:11:28

EP M4 BMMB 3193 (KAJIAN KESAMARATAAN GENDER DALAM NOVEL MELALUI PENEROKAAN MAKLUMAT JURNAL)

KUMPULAN KEMALA:
AWANG, ANIQ, ALEEYA, CHRISTIN & ASMIDA

EP M4: BMMB 3193 K E M A L A


AHLI KUMPULAN: AWANGKU ARIF SYAMZANI MUHAMMAD ANIQ AQLAN FATHULLAH NUR ALEEYA CHRISTIN HELLEN DAYANG ASMIDA


KEHENDAK TUGASAN Pelajar meneroka maklumat (jurnal/prosiding) dalam talian tentang kajian kesamarataan gender dalam prosa moden (cerpen/novel/drama) dan membuat ulasan.


PROSA MODEN PILIHAN: NOVEL


KESAMARATAAN GENDER DALAM CERPEN


Novel Matriark karya Samsiah Mohd Nor (2018 http://journalarticle.ukm.my/16335/1/44407-142680-1-SM.pdf Matriark memaparkan kepimpinan wanita dalam menangani sebuah penempatan anak-anak yatim, miskin dan gelandangan. Aisyah, pemilik Teratak Aisyah, bukan sahaja menyediakan rumah tumpangan percuma, malahan turut memberi makanan dan mendidik anak-anak yang malang itu dengan nilai-nilai agama dan sahsiah sebagai bekalan hidup. Usahanya mendapat tentangan daripada syarikat pemaju yang mahu merampas kembali tanah yang menempatkan Teratak Aisyah, kononnya dikatakan hak kerajaan. Rykal, pemuda yang menyertai kumpulan bantuan gelandangan turut membantu Aisyah mempertahankan Teratak Aisyah. Dalam usaha bantuan itu, satu rahsia telah terbongkar. Aisyah dan Rykal mempunyai hubungan darah. Berjayakah mereka mempertahankan Teratak Aisyah? Apakah hubungan antara Aisyah dengan Rykal?


Citra seorang wanita sebagai pemimpin KARISMA Perwatakan: Aisyah sanggup berkorban dan berani mengambil risiko secara peribadi dengan mengeluarkan perbelanjaan yang berpatutan demi mencapai matlamatnya untuk menjadikan Teratak Aisyah sebagai sebuah madrasah yang gemilang agar dapat memberikan perlindungan kepada anak-anak gelandangan. Keberanian Aisyah menjelaskan bahawa dia berani mengambil tindakan demi kesejahteraan anak-anak teratak. Contoh dalam novel: Aisyah cuba untuk bertindak tanpa menunggu Wan Abuh pulang. Baginya, biarlah suaminya mencari punca pendapatan di kedai untuk menyara anakanak teratak. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan anak-anak teratak. Kesamarataan gender: Walaupun Aisyah bukanlah seorang lelaki yang sewajarnya menjadi pemilik sesebuah harta namun dia dipertanggungjawabkan untuk menjadi pemilik Teratak Aisyah. Dia juga berjaya membuat keputusan yang sangat berani tanpa suaminya di sisi pada waktu genting yang melanda teratak itu.


Citra seorang wanita sebagai pemimpin RANGSANGAN INTELEK Watak dan perwatakan: Aisyah seorang yang berpendirian teguh dengan caranya membela nasib penduduk Kampung Sempadan. Dia menggunakan kebijaksanaan akalnya untuk menyelesaikan masalah sehingga pihak kompeni bandar terpaksa berundur. Contoh dalam novel: Tindakan Aisyah yang tidak terus tunduk dan akur dengan arahan pihak kompeni bandar mendakwa bahawa tanah yang diduduki orang Kampung Sempadan adalah kepunyaan mereka. Aisyah berkeras meminta bukti kukuh daripada pihak kompeni bandar. Kesamarataan gender: Aisyah berjaya menunjukkan contoh wanita yang intelek dengan mempengaruhi para pengikutnya iaitu penduduk Kampung Sempadan agar terus bertahan dan sedaya upaya mengatasi konflik dengan cara yang kreatif. Kebijaksanaan Aisyah telah menunjukkan bahawa untuk menjadi seorang pemimpin, kebijaksanaan akal adalah lebih antara ciri utama berbanding gender, ras dan usia.


Citra seorang wanita sebagai pemimpin MOTIVASI BERINSPIRASI Watak dan perwatakan: Aisyah berjaya menonjolkan perwatakan seorang mentor, pelindung, pendidik dan pendorong kepada anak-anak muda agar mereka bersemangat untuk melakukan kebaikan. Contoh dalam novel: Aisyah berkongsi kisahnya dengan anak-anak muda kumpulan RICHOUT, iaitu sukarelawan yang membantu anak-anak gelandangan. Aisyah telah menjadikan kisah hidupnya sebagai pembakar semangat kepada mereka agar tidak mudah menyerah walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan dalam kehidupan. Kesamarataan gender: Pengarang berjaa menonjolkan cintra Asiyah sebagai seorang yang penyayang di samping seorang pemimpin yang berwibawa. Walaupun Aisyah sibuk menguruskan Teratak Asyah, namun sifat keibuannya masih ada. Sifat ini telah mendorong anak muda untuk mempunyai motivasi hidup dengan menginspirasikan Aisyah sebagai contoh yang baik.


Citra seorang wanita sebagai pemimpin PERTIMBANGAN INDIVIDUAL Watak dan perwatakan: Bagi Aisyah, anak-anak terbiar tersebut perlu diberikan sokongan dan bantuan kerana mereka juga mempunyai hak untuk menikmati kualiti hidup yang baik dalam masyarakat. Contoh dalam novel: Dengan keikhlasan yang Aisyah miliki, dia bertanggungjawab menyediakan kemudahan yang terbaik buat anak-anak gelandangan semasa berada di Teratak Aisyah termasuklah kemudahan makan, minum, tempat tidur dan sebagainya. Aisyah membiayai segalanya tanpa satu sen duit atau peruntukan daripada kerajaan. Kesamarataan gender: Pengarang berjaya menciptakan watak yang berperikemanusiaan iaitu berdasarkan keihklasan yang dimiliki oleh watak Aisyah. Aisyah amat prihatin dengan kebajikan anak-anak gelandangan tanpa melihat pada gender mereka. Watak Aisyah juga berjaya memberikan contoh yang baik untuk para pembaca agar sentiasa bersifat ekuiti sekali gus membina sebuah masyarakat yang bersatu padu.


Kesamarataan gender dalam novel Mencari Azizah karya Khadijah Hashim.


Asmida Aleeya Christin Aniq Awey Novel: Mencari Azizah karya Khadijah Hashim Novel yang mengisahkan tentang Azizah yang sentiasa dibayangi dengan kehidupan rumahtangganya yang kecundang. Pergolakan tersebut bermula apabila dia mmendapat tahu bahawa suaminya telah berkahwin lain tanpa sepengetahuannya Perkara tersebut telah menyebabkan Azizah memutuskan untuk membina semula identiti dan kekuatan dirinya dengan menyambung pelajaran di perantauan. Perjuangan wanita dalam mencari identiti dan kekuatan diri


Asmida Aleeya Christin Aniq Awey Novel: Mencari Azizah karya Khadijah Hashim Novel mencari azizah ini juga turut menceritakan tentang usaha Azizah dalam usahanya mencari ayahnya apabila dia melanjutkan pelajarannya di Amerika. Berkat daripada ketidakputusasaannya, usahanya dalam mencari ayahnya telah membuahkan hasil. Pertemuan tersebut sekaligus telah merubah keseluruhan hidup Azizah sehingga dia malah menjadi pujaan dan harapan keluarganya untuk menyelamatkan perniagaan mereka dan maruah keluarga mereka. Wanita yang tidak mengenal erti putus asa.


Kesamarataan gender dalam novel Langit Petang (1987) karya A.Samad Said http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70977/1/FBMK%202015%2082%20IR.pdf


Dalam kajian tersebut, Nik Safiah Karim (2004), menyatakan golongan wanita sering ditindas daripada segala aspek sama ada dalam bidang profesional mahupun sosial. Beliau turut menegaskan lagi dalam kehidupan masyarakat, tugas, peranan, dan fungsi yang dimainkan oleh golongan lelaki lebih tinggi. Ketidaksamarataan antara gender sering berlaku dalam novel. Contohnya dalam novel A. Samad Said yang bertajuk “Langit Petang” . Sebagai contoh, watak yang dibawa oleh Zakiah merupakan watak yang menjadi mangsa kekuasaan lelaki yang menyebabkannya menjadi pelacur. Walau bagaimanapun, novel “Langit Petang” menunjukkan kesamarataan gender iaitu watak yang dimainkan oleh Zakiah bukan sahaja menjadi mangsa kekuasaan lelaki, namun dia juga memperjuangkan pembebasan wanita. A. Samad Said telah menghidupkan watak seorang wanita bernama Zakiah yang mampu berdiri di kakinya sendiri tanpa mempedulikan sesiapa dalam membuat keputusan dan mengatur gerak hidupnya. Zakiah memilih untuk menjadi perempuan simpanan demi melunaskan dendam peribadi setelah dikecewakan lelaki dan melihat sendiri bagaimana kegagalan rumah tangga di sekelililing yang melibatkan adik-adik perempuannya. KETIDAKSAMRATAAN GENDER KESAMARATAAN GENDER DALAM NOVEL KARYA A.SAMAD SAID


KESAMARATAAN GENDER DALAM NOVEL Meneliti kesamarataan gender yang terdapat dalam novel sastera Tamil melalui novel-novel terpilih Ramani Chandran. Sumber Jurnal: P Pama, P. (2014). Stereotaip gender dalam novel terpilih Ramani Chandran/P. Pama A/P Periasamy (Doctoral dissertation, University of Malaya).


KESAMARATAAN GENDER DALAM KESUSTERAAN TAMIL 01 02 Isu-isu gender telah banyak dibincangkan dan diperdebatkan dalam kesusteraan Tamil. Kebanyakkan hasil kesusteraan ini membincangkan kesamaan hak antara lelaki dan wanita serta mengutarakan kemajuan dan kebangkitan kaum wanita menentang ketidakadilan yang wujud dalam masyarakat Tamil (Prema. R, 1998). Dalam masyarakat India, wanita digambarkan sebagai seorang yang bergantung dengan lelaki. Dalam adat resam India peranan dan pelakuan wanita sering menjadi perhatian masyarakat. Wanita sebagai ibu, saudari, isteri dan anak dihendaki menghormati lelaki. Penghormatan terhadap lelaki ditunjukkan dengan cara wanita berdiri apabila berada di hadapan lelaki, atau berhenti bercakap dan menunduk kepala ketika lelaki sedang bercakap 03 04 Menurut Gate Millard (1995), budaya dan adat resam masyarakat menggariskan fitur-fitur wanita sebagai pendiam, menjaga kehormatan diri dan bagai katak di bawah tempurung. Dengan demikian, wanita ditempatkan di rumah dan ruang lingkupnya hanya berlegar di sekitar rumah sahaja. Dalam masyarakat Tamil, lelaki digambarkan sebagai seorang ‘wira’. Dalam adat resam Tamil peranan dan pelakuan lelaki sering menjadi perhatian masyarakat. Lelaki sebagai bapa, suami, saudara dan anak sentiasa dihormati kaum wanita. Penghormatan kepada lelaki ditunjukkan melalui tuturkata dan perlakuan. Sebagai contohnya, jika seorang lelaki sedang bercakap maka wanita dilarang mencelah dan dikehendaki menuruti katakata lelaki; jika lelaki sedang duduk wanita harus berdiri sebagai tanda menghormatinya.


Unsur-unsur gender yang dikenal pasti dalam novel-novel Ramani Chandran Dalam novel Avanum Avalum (Dia dan Dia), penulis menstereotaipkan watak wanita desa sebagao seorang yang menanggung segala kerja-kerja rumahnya. Watak ini terlalu lembut sikapnya dan terpaksa membuat segala kerja di rumahnya. Dalam sistem kekeluargaan India, wanitalah yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan segala kerja rumah. Lelaki tidak dibebankan dengan kerja-kerja tersebut. Dalam novel ini, Meera sebagai seorang gadis desa bukan sahaj dipertanggungjawapkan untuk membuat segala kerja rumah, malah dipertanggungjawabkan juga untuk memelihara adik-adik tirinya. Perkara ini dapat dilihat dalam sedutan yang berikut: PATUH KEPADA KELUARGA


Unsur-unsur gender yang dikenal pasti dalam novel-novel Ramani Chandran Dalam novel Sorkattile Mudivanatu (Ditentukan di syurga), watak wanita yang diberi nama Manjari, ialah seorang pelajar, yang sedang meneruskan pendidikan di kolej. Dia digambarkan sebagai seorang gadis yang sama sekali tidak boleh mengingkari perintah atau membantah sesuatu keputusan yang dibuat oleh ibunya, walaupun keputusan itu didapati salah. Dia tidak dapat melarang ibunya menjual tanah dan rumah milik mendiang ayahnya. Manjari amat menyayangi rumah tersbut yang dikelilingi pokok-pokok indah peliharaan mendiang ayahnya. Walaupun Manjari merupakan seorang gadis berpindidikan tetapi dia tidak berani untuk memberitahu ibunya bahawa keputusan untuk menjual harta warisan ayahnya itu adalah salah. Ini adalah kerana amalan budaya masyarakat India yang melarang anak perempuan untuk menegur atau menentang pendapat ibu bapanya. Amalan budaya ini ditekankan bagi golongan wanita. Ibu bapa selalu dianggap membuat keputusan yang betul dan adalah dosa untuk menentang dan mengingkari mereka. Oleh itu, stereotaip seorang anak perempuan yang berdiam diri menerima apa saja keputusan ibu jelas ditonjolkan melalui watak Manjari dalam novel ini. PATUH KEPADA IBU BAPA


Unsur-unsur gender yang dikenal pasti dalam novel-novel Ramani Chandran Watak wanita yang terdapat dalam novel ‘Adivaalai’ (Perdu Pisang) adalah seorang yang berpelajaran. Walaupun perbuatan suami menyeksanya di hadapan ahli-ahli keluarga merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh Abaranji, namun dia tetap berdiam dan mengikut kehendak suaminya kerana stereotaip wanita India sejak turun temurun adalah menerima apa saja yang dilakukan suami terhadapnya walaupun diseksa dikhalayak ramai. Suami distereotaipakn sebagai seorang yang patutu disanjungi dan dipatuhi. Ini dapat dilihat dalam petikan di sebelah: Suami Abiranji menyeksanya dan Abiranji terpaksa tidak melawan suaminya kerana dia sangat patuh kepada suaminya. Apabila suaminya marah kerana didapati kain-kainnya tidak dibasuh dan melempar kain-kain tersebut pada Abiranji di hadapan ibu mertuanya, dia tidak marah tetapi menjelaskan keadaan sebenar suaminya kepada ibu mertuanya. PATUH KEPADA SUAMI


RUMUSAN : Melalui penelitian terhadap novel-novel karya Rahani Chandran ini, boleh disimpulkan bahwa kebanyakkan novel sastera Tamil tidak menyertakan unsur kesamarataan gender antara lelaki dan perempuan. Hal ini besar dipengaruhi oleh cara layanan dan streotaip masyarakat India terhadap kaum wanita. Hierarki gender yang meletakkan golongan wanita pada kasta yang rendah menjadi pegangan yang kuat oleh masyarakat India menyebabkan penulisan-penulisan novel yang dihasilkan turut memperlihatkan perkara ini dalam karya. Seperti contoh dalam novel yang telah dinyatakan, walaupun golongan wanita ini berpendidikan namun mereka masih ditindas oleh hierarki gender dalam kehidupan kekelurgaan dan berumah tangga sehingga mereka dipaksa untuk tunduk pada hal-hal yang kejam dan dianggap salah seperti menerima kekerasaan daripada suami kerana menganggap perkara tersebut sebagai sikap patuh terhadap suami. Walaupun karya-karya ini memperlihatkan wanita yang berpendidikan namun hal ini tidak dapat mencapai tahap kesamarataan gender dalam novel kerana terdapatnya watak lain iatu lelaki yang lebih mendominasi dan menindas hak wanita akibat pengaruh budaya dan streotaip masyarakat. Namun pengarang juga menggunakan platform penulisan novel ini untuk menyuarakan ketidakadilan hierarki gender dalam kehidupan masyarakat dengan menjadikan watak wanita dalam novel mendapat hak sepertimana yang seharusnya. Seperti contoh novel Sorkkatil Mudivanathu (Ditentu Di Syurga) yang menceritakan bagaimana Manjari berjaya memperjuangkan keputusannya untuk menolak penjodohan ibunya dengan lelaki yang bernilai negatif.


Kesamarataan Gender dalam Novel Asam Pedas Untuk Dia http://studentsrepo.um.edu.my/12046/1/Sarojini.pdf Asam Pedas Untuk Dia ialah novel 2012 oleh penulis novel Malaysia, Nureen Mirza. Novel ini diterbitkan pada 15 November 2012 oleh Alaf 21. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri dramaoleh TV3 pada 2015.


Kesamarataan Gender Dalam Novel Menurut Sarojini A/P Karuppiah (2018), Novel Asam Pedas untuk Diamengandungi ciri-ciri dan unsur yang bertepatan dengan Teori Feminise iaituKritik Feminis yang dipelopori oleh Elaine Showalter. Teori ini bertujuan bagi menjamin pembebasan perempuan dari rasisme,stereotaip, dan penindasan perempuan. Novel ini menekankan perihal kebebasan bagi wanita untuk memiliki hak merekatersendiri


Wanita yang mempunyai hak Dalam novel ini jelas menunjukkan bahawa Ainin Sofia mempunyai hak untuk menikahi anak majikannya tanpa bantahan dari sesiapa . Ainin juga mempunyai hak untuk mencari rezeki dengan bekerja mengemas rumah , memasak dan melakukan kerja kerja di rumah majikannya Dia juga mempunyai hak sebagai seorang isteri yang sah bagi Ziyad Dia mempunyai hak untuk dipuji oleh anak majikannya kerana masakannya yang sedap


TERIMA KASIH K E M A L A


Click to View FlipBook Version