TUGASAN 1 FEBRUARY 2023 INTEGRITI DAN ANTI- RASUAH (MPU 34102) Di Sediakan Oleh: NAMA ID PROGRAM HUSSIN BIN OMAR 54214122121 BET MD MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN KAMARUZAMAN 54214122196 BET MD MUHAMMAD ARASYH BIN AMER 54215122026 BET AE AHMAD AIMAN WAFI BIN AHMAD AZHAR 54215122021 BET AE MUHAMAD FAKHRUL SYAKIRIN BIN MAGRUL SUHAINI 54215122043 BET AE DARWISY FIZRI BIN MAZLAN 54213122032 BETA MANUFACTURING IQBAL NURHAKIM BIN TALIB 54211122187 BETA MECHANICAL MUHAMMAD ATIIF AMZAR BIN MUHAMAD 54220223103 BEME PENSYARAH: USTAZ ABD RASHID BIN ABDUL HALIM @ JAAFAR
2 MAKLUMAT PELAJAR NAMA: HUSSIN BIN OMAR ID PELAJAR: 54214122121 KHURSUS: BET MECHANICAL DESIGN NAMA: MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN KAMARUZAMAN ID PELAJAR: 54214122196 KHURSUS: BET MECHANICAL DESIGN NAMA: MUHAMMAD ARASYH BIN AMER ID PELAJAR: 54215122026 KHURSUS: BET APPLIED ELECTRONICS NAMA: AHMAD AIMAN WAFI BIN AHMAD AZHAR ID PELAJAR: 54215122021 KHURSUS: BET APPLIED ELECTRONICS
3 NAMA: MUHAMAD FAKHRUL SYAKIRIN BIN MAGRUL SUHAINI ID PELAJAR: 54215122043 KHURSUS: BET APPLIED ELECTRONICS NAMA: IQBAL NURHAKIM BIN TALIB ID PELAJAR: 542111122187 KHURSUS: BETA MECHANICAL NAMA: DARWISY FIZRI BIN MAZLAN ID PELAJAR: 54413122032 KHURSUS: BETA MANUFACTURING NAMA: MUHAMAD ATIF AMZAR BIN TALIB ID PELAJAR: 54220223103 KHURSUS: BETA MECHANICAL ENGINEERING
4 Rubrik Penilaian Tugasan MPU34102 Semester Februari 2023 Kriteria Penilaian Format Penulisan (Muka Depan, Isi Kandungan, Muka Surat, nombor muka surat, format APA dan lainlain/ Keselarasan penulisan dalam tugasan Kualiti isi kandungan Rumusan Sumber Rujukan Pemberat 1.5 4 1 1 Lemah 1 Terdapat banyak format yang tidak tepat. Maklumat sedikit dan tidak berkaitan dengan topik utama Rumusan tidak dinyatakan Sebahagian sumber rujukan tidak didokumenkan Sederhana 2 Terdapat sedikit format yang tidak tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama tetapi tidak mempunyai maklumat dan contoh Rumusan dinyatakan dengan ringkas Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan tetapi banyak tidak mengikut format sebenar Baik 3 Kebanyakan format yang digunakan tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama dan mempunyai 1-2 maklumat dan contoh Rumusan yang baik tetapi kurang menyeluruh Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan tetapi sedikit tidak mengikut format sebenar Cemerlang 4 Semua format tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama termasuk beberapa contoh yang menyokong maklumat Rumusan dinyatakan secara menyeluruh dan tepat Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan dan mengikut format sebenar JUMLAH /6 /16 /4 /4 JUMLAH BESAR /30
5 ISI KANDUNGAN MAKLUMAT PELAJAR.................................................... 2 ISI KANDUNGAN ............................................................. 5 PENDAHULUAN .............................................................. 6 DEFINISI RASUAH........................................................... 9 LATAR BELAKANG PIHAK YANG TERLIBAT ............ 13 FAKTA DAN HURAIAN KES ......................................... 15 KOMEN DAN ULASAN KES.......................................... 19 Kesan Rasuah ............................................................... 22 1. Kesan Terhadap Individu:...................................... 22 2. Kesan Terhadap Masyarakat: ............................... 22 3. Kesan Terhadap Negara: ...................................... 23 KESIMPULAN ................................................................ 24 BIBLIOGRAFI................................................................. 26 RUJUKAN BUKU......................................................... 26 ARTIKEL ONLINE........................................................ 26
6 PENDAHULUAN Gejala rasuah merupakan musuh pembangunan dan merupakan satu jenayah atau kesalahanundangundang yang amat serius sejak akhir-akhir ini. Perbuatan memberi rasuah telah wujud sejak berkurun lamanya dan berada dimana-mana di serata dunia. Ia memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan dan perjalanan ekonomi serta merencatkan perkembangan politik dan sosial di seluruh negara. Rasuah adalah satu ungkapan bagi perbuatan jenayah yang mudah menular ke dalam sistem kehidupan masyarakat sehingga boleh membinasakan sesebuah kerajaan, negara mahupun tamadun. Perbuatan rasuah melibatkan penyalahgunaan atau penyelewengan sumber, sama ada sumber kewangan, politik atau sebaliknya ini boleh dalam bentuk rasuah, penyelewengan, penipuan, nepotisme, pilih kasih, peras ugut atau aktiviti terlarang yang lain. Mereka yang terlibat dengan rasuah selalunya mengutamakan kepentingan mereka sendiri daripada kebajikan orang ramai atau organisasi yang mereka berkhidmat. Rasuah mempunyai akibat yang meluas dan boleh menjejaskan fungsi institusi, menghakis kepercayaan awam, memesongkan sistem ekonomi, menghalang pembangunan, dan mengekalkan ketidaksamaan. Ia boleh menghalang penyampaian perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur, yang membawa kepada rasa tidak puas hati yang meluas dan pergolakan sosial. Lebih-lebih lagi, rasuah boleh mewujudkan medan permainan yang tidak sekata untuk perniagaan, menyekat persaingan dan menghalang pertumbuhan ekonomi.
7 Usaha memerangi rasuah melibatkan pelaksanaan rangka kerja undang-undang yang mantap, menggalakkan ketelusan, mengukuhkan mekanisme akauntabiliti dan memupuk budaya integriti. Ini termasuk langkah-langkah seperti menguatkuasakan undang-undang antirasuah, meningkatkan sistem kewangan dan kawal selia, menyokong badan penyiasat, melindungi pemberi maklumat, dan mempromosikan media yang bebas dan bebas. Organisasi antarabangsa, kerajaan, masyarakat sivil, dan individu semuanya mempunyai peranan dalam menangani rasuah. Dengan bekerjasama untuk mendedahkan dan memerangi amalan rasuah, masyarakat boleh berusaha untuk mencapai ketelusan, akauntabiliti dan keadilan yang lebih tinggi, yang membawa kepada komuniti yang lebih inklusif dan makmur. Di Malaysia terdapat satu badan khusus yang ditubuhkan bagi membanteras gejala rasuah iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Musuh utama wabak rasuah menular di Malaysia ialah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau nama singkatannya SPRM adalah sebuah badan tunggal dan bebas yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan rasuah serta merupakan tunggak utama dalam inisiatif anti-rasuah di Malaysia. SPRM telah ditubuhkan pada Januari 2009,
8 menggantikan agensi sebelumnya iaitu Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengikut akta yang baru digubal iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Peranan SPRM adalah untuk membasmi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Malaysia dengan fungsi yang berdasarkan kepada prinsip Bebas, Telus dan Profesional dalam melaksanakan tugasnya. Akta SPRM terpakai kepada kedua-dua perniagaan swasta dan badan awam serta pekerja mereka. Akta SPRM tidak membezakan antara rasuah pegawai awam dan rasuah dalam sektor swasta. Musuh utama wabak rasuah menular di Malaysia ialah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM), yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah pihak berkuasa berkaitan yang bertanggungjawab ke atas SPRM. Akta SPRM terpakai kepada kedua-dua perniagaan swasta dan badan awam serta pekerja mereka. Akta SPRM tidak membezakan antara rasuah pegawai awam dan rasuah dalam sektor swasta.
9 DEFINISI RASUAH Rasuah boleh ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Malahan rasuah ataupun ‘corruption’ dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di dalam undang-undang Malaysia tetapi ditakrikan sebagai suapan. Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan “Giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward” (John B). Saunders pula menulis dalam kamus 'Mozley and Whiteleys Law Dictionary' memberi definisi 'Corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty'. Manakala Rasuah dalam bahasa Latin pula bermaksud corruptio daripada kata kerja corrumpere yang bererti busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, dan menyogok.
10 Dari segi Bahasa, rasuah merujuk kepada tindakan penyalahgunaan kuasa, kedudukan, atau kepercayaan untuk mendapatkan manfaat peribadi secara tidak jujur atau melanggar undang-undang. Ia melibatkan pemberian atau penerimaan suapan, hadiah, atau ganjaran kepada individu atau pihak yang berkuasa dengan tujuan mempengaruhi atau memperoleh kelebihan yang tidak sepatutnya. Pengertian rasuah juga adalah seperti berikut: - Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama yang lain. - Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat. - Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya. - Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan. - Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga. - Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi
11 Dalam dunia hari ini rasuah diberi pelbagai nama agar ianya tidak nampak sebagai rasuah. Ada yang disebut sebagai sogokan, suapan, tumbuk rusuk, makan suap, wang saku, duit kopi, bawah meja dan sebagainya. Semuanya itu tidak lain dari membawa maksud kepada pemnberian rasuah. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: Meminta atau menerima rasuah Menawar atau memberi rasuah Membuat tuntutan palsu Menyalahgunakan jawatan atau kedudukan Akta Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694) adalah seperti berikut: 1. Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009] 2. Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009] 3. Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009] 4. Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23Akta SPRM 2009]
12 Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk di sektor awam dan swasta. Contohnya termasuk memberikan wang tunai, hadiah, percutian mewah, akses kepada peluang perniagaan, atau keistimewaan khusus kepada individu yang memegang jawatan penting atau berkuasa. Rasuah juga boleh melibatkan pemalsuan dokumen, penyelewengan dana, manipulasi tender, atau pengambilan keputusan yang tidak adil dalam proses perlesenan atau pemilihan. Rasuah berpotensi untuk merosakkan integriti dan keadilan dalam sistem sosial, politik, dan ekonomi. Ia akan merugikan masyarakat secara keseluruhan kerana mempengaruhi peruntukan sumber, pembangunan projek, dan pengambilan keputusan yang sepatutnya dilakukan secara objektif dan adil. Malahan, rasuah juga boleh menghakis kepercayaan awam terhadap institusi, memperburuk ketidakadilan, dan menghalang pertumbuhan dan kemajuan yang mampan.
13 LATAR BELAKANG PIHAK YANG TERLIBAT Salah satu scandal rasuah berprofil tinggi adalah diantara syarikat Alcatel Network (M) Sdn Bhd (Alcatel Malaysia) dan Telekom Malaysia Berhad(TM). Siasatan SPRM bermula apabila Alcatel Amerika Syarikat membuat pengakuan bahawa Alcatel Malaysia telah memberi rasuah kepada pegawai Telekom Malaysia. Alcatel-Lucent adalah syarikat telekomunikasi antarabangsa yang berpangkalan di Perancis. Syarikat ini didakwa melakukan dua kesalahan rasuah di bawah Foreign Corrupt Practices Act 1977. Pembayaran rasuah dibuat kepada pegawai kerajaan Costa Rica, Honduras, Taiwan dan Malaysia yang bertujuan untuk mendapatkan dan mengekalkan kontrak kerajaan bernilai jutaan dollar (US Dollar). Alcatel merupakan jenama telefon bimbit Perancis yang dimiliki oleh syarikat elektronik pengguna Finland Nokia dan digunakan di bawah lesen oleh syarikat elektronik China TCL Corporation. Jenama Alcatel dilesenkan pada tahun 2005 oleh bekas syarikat elektronik dan telekomunikasi Perancis AlcatelLucent kepada TCL untuk telefon bimbit dan peranti, dan lesen semasa tamat pada akhir tahun 2024. Nokia memperoleh aset Alcatel-Lucent pada tahun 2016 dan dengan itu mewarisi perjanjian pelesenan untuk jenama Alcatel.
14 Antara faktor utama suapan yang diberikan kepada Telekom Malaysia Berhad(TM) adalah kerana Telekom Malaysia Berhad (TM) merupakan syarikat telekomunikasi Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri yang diberi nama TM Touch. Sementara itu, Radziah Ani, 51, menyatakan suapan tersebut hanyalah sebagai upah bagi pembekalan maklumat tender ‘Wideband Code Division Multiple Access (WDCMA) Mobile Communication System and The Provision of Works Phase II’. Siasatan membawa kepada pertuduhan terhadap seorang pegawai Alcatel Telecommunications Networks (M) Sdn. Bhd. (Alcatel Malaysia) Radziah Ani, 51, kerana kesalahan memberi suapan berjumlah RM25,000 kepada pegawai Telekom Malaysia, Mohd Asri Idris, 42, sekitar tahun 2006.
15 FAKTA DAN HURAIAN KES Skandal rasuah melibatkan Alcatel-Lucent menyaksikan seorang bekas pekerjanya didakwa memberi sogokan RM25,000 kepada seorang pegawai Telekom Malaysia Berhad (TM) lima tahun lalu. Radziah Ani, 51, Bekas Ketua Akaun Pelanggan Serantau Alcatel Network Systems (M) Sdn Bhd, dijatuhkan pertuduhan menyogok penolong pengurus TM Mohd Asri Idris, 42, pada 17 Februari 2006 untuk mendapatkan maklumat mengenai tender perkhidmatan mudah alih 3G Celcom Malaysia. Walaubagaimanapun Radziah Ani, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. Dalam pada itu Alcatel-Lucent juga mengaku telah membuat bayaran bagi mendapatkan maklumat “Marketing Report and Studies” dan “Strategic Intelligence Report On Celcom’s Positioning In The cellular industry”. Maklumat Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat ketika itu juga menunjukkan dua perunding dari Malaysia telah dibayar AS$700,000 (RM2.1 juta) bagi mendapatkan “maklumat bukan awam” berhubung aspek harga dan bidaan pesaing-pesaing.
16 Sumber syarikat memberitahu, Alcatel memperoleh kontrak untuk membekalkan kelengkapan perkhidmatan 3G meskipun ia tiada pengalaman dalam sektor tersebut. Namun kontrak tersebut kemudiannya dibatalkan berikutan berlaku tentangan dari pelbagai pihak.Difahamkan, ada banyak lagi kes pelanggaran peraturan dalam TM membabitkan pemerolehan daripada Alcatel yang tidak disiasat oleh SEC. Radziah, 51, yang pada masa itu merupakan timbalan pengurus negara bagi ZTE Corporation, dituduh di bawah Seksyen 10(a)(b)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Dia dituduh memberi suapan dalam bentuk sekeping cek bernilai RM25,000 kepada penolong pengurus Bahagian Perolehan itu. Katanya lagi suapan tersebut hanyalah sebagai upah bagi pembekalan maklumat tender “Wideband Code Division Multiple Access (WDCMA) Mobile Communication System and The Provision of Works Phase II”. Radziah Ani, 51, didakwa melakukan perbuatan itu pada 17 Februari 2006 antara pukul 1 tengah hari dan 2.30 petang di Hotel Shangri-La di sini. Kes itu telah disebut semula pada 12 Ogos dan juga 17 hingga 27 Oktober sebagai tarikh perbicaraan. Pertuduhan dilakukan di hadapan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah manakala tertuduh diwakili Datuk Salehuddin Saidin. Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut ke atas Radziah Ani, 51, mengikut Seksyen 10(a)(b)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Rozilah turut mengarahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
17 Hakim Rozilah Salleh membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM12,000 kepada RM15,000 dengan dua penjamin. Beliau turut membenarkan tertuduh menjelaskan denda tersebut sehingga 8 Mac 2013 dan turut menetapkan hari yang sama sebagai tarikh sebutan semula kes. Dalam penghakimannya, Rozilah berkata mahkamah mendapati pembelaan yang dikemukakan hanya bersifat penafian semata-mata, tidak konsisten dan tidak munasabah. Beliau berpendapat bahawa hujah pihak pembelaan bahawa saksi Roslan Aziz saksi Mohd Asri telah berkonspirasi adalah tidak berasas dan mahkamah berpendapat ianya tidak munasabah. Mahkamah kemudiannya tidak menerima pembelaan Radziah Ani bahawa beliau adalah mangsa dan turut meletakkan kesalahan kepada majikannya, Syarikat Telekomunikasi Alcatel serta amalan pemberian rasuah yang diamalkan oleh syarikat tersebut adalah tidak relevan. Malah menurut Rozilah lagi ianya menguatkan lagi pendakwaan bahawa Alcatel membayar rasuah kepada pegawai TM tersebut. Secara keseluruhan seramai sembilan saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan itu.
18 Pada akhirnya bekas eksekutif akaun pelanggan Alcatel Network Systems (M) Sdn Bhd tersebut dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda sebanyak RM125,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi suapan kepada Penolong Pengurus Perolehan, Telekom Malaysia Berhad. Radziah Ani, 51, diiringi ketika meninggalkan kawasan Mahkamah Seksyen
19 KOMEN DAN ULASAN KES Berdasarkan artikel laman web, petikan akhbar dan petikan dari buku serta majalah dapat kita lihat sejauh mana kebenaran tentang kes rasuah Alcatel Malaysia ini. Ketamakan seseorang manusia untuk memperoleh sesuatu kelebihan atau benda mendorong mereka yang hanyut dengan pujukan nafsu untuk melakukan rasuah demi mendapatkan sesuatu yang sebenarnya bukan hak mereka. Dalam konteks ini kita dapat lihat bekas eksekutif akaun pelanggan Alcatel Network Systems (M) Sdn Bhd, Radziah Ani yang sanggup menggadaikan kedudukannya dengan melakukan rasuah hanya untuk memerangkap dirinya sendiri kedalam kancah negatif yang lebih dalam. Akibatnya beliau telah dijatuhi hukuman dua tahun penjara dan denda sebanyak RM125,000 setelah didapati bersalah melakukan kegiatan rasuah tersebut. Berikutan itu imejnya sebagai seseorang yang berpangkat dan berpengaruh sudah tiada guna kerana bak kata pepatah ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’ yang membawa maksud keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula. Lumrah di dunia apabila kita melakukan kesilapan walaupun hanya sekali kesilapan itu tetap akan diingati oleh orang lain meskipun kita sudah insaf dan telah menjalani hukuman yang setimpal.
20 Demikian itu masyarakat seharusnya tahu akibat daripada melakukan kegiatan rasuah ini boleh memberi impak negatif berikutan seseorang individu yang didapati bersalah akan mempunyai rekod jenayah yang kekal dan berkemungkinan untuk disenarai hitam dari diambil bekerja berikutan rekod kesalahan rasuah tersebut. Hal ini akan menyukarkan seseorang individu itu untuk menyara hidupnya sendiri kerana tiada pekerjaan dan terpaksa menganggur atau bekerja sendiri. Dari sini kita dapat mengambil iktibar untuk sama-sama menjauhi dan membanteras gejala rasuah walaupun sekecil mana sekalipun bentuk rasuah itu. Janganlah kita menghalalkan yang haram kerana hukum perbuatan memberi rasuah ini sudah jelas dinyatakan haram dan umat islam ditegah sama sekali dari melakukannya dalam ayat al quran berikutan ianya adalah perbuatan mengambil sesuatu yang bukan hak kita sendiri yang mungkin menjejaskan kehidupan orang lain. Allah SWT melaknat Allah SWT telah berfirman dalam surah AlBaqarah ayat 188 Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( AlBaqarah : 188 )
21 Turut disebutkan dalam hadis: Ertinya : "Rasulullah SAW telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)". (HR. At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmizi berkata : Hadis Hasan Sohih) Kesan mengambil rasuah ini seseorang itu akan dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram (seperti rasuah), Neraka lebih utama untuknya. Dengan rasuah akan hilang keberkatan dalam kehidupan. Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi terdorong ke arah kemaksiatan dan kejahatan. Akibat rasuah kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan yang hasil daripada rasuah ia tidak akan mendapat keberkatan dan tidak akan berkekalan lama, di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya ia tidak bertaubat, atau bertaubat tetapi tidak diterima oleh Allah taubatnya.
22 Seterusnya, perbuatan rasuah juga akan menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka panjang dimana orang yang dianianya akan turut melakukan rasuah pada lain waktu, agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya. Rasuah juga akan menyemarakkan lagi perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah. Oleh itu, tidak akan wujudnya keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara. Kesan Rasuah 1. Kesan Terhadap Individu: (i) Kehilangan pekerjaan. (ii) Kejatuhan moral atau maruah. (iii) Menerima hukuman. (iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga. (v) Keluarga terabai. 2. Kesan Terhadap Masyarakat: (i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu. (ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah. (iii) Membebankan golongan orang susah. (iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumbersumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.
23 3. Kesan Terhadap Negara: (i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran. (ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan. (iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang. (iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan. (v) Mengurangkan pendapatan negara. (vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.
24 KESIMPULAN Sebagai natijahnya, hasil daripada kajian kes yang telah dibuat kami telah berjaya mencapai semua objektif bagi tugasan ini. Dalam pada itu ianya sudah terang lagi bersuluh bahawa perbuatan rasuah adalah suatu perbuatan yang ternyata salah dan batil. Jika dilihat dari sudut maknanya sendiri sudah cukup untuk mengambarkan ia merupakan suatu perbuatan yang salah. Pelbagai pendapat dapat dilihat dalam memahami apa yang dimaksudkan dengan rasuah. Tidak cukup dengan itu, ciri-ciri rasuah juga diperbahaskan oleh ramai cendiakiawan secara panjang lebar dan terang. Hal ini bagi memberikan penjelasan yang benar-benar difahami oleh masyarakat agar masyarakat tidak keliru dengan setiap perbuatan yang dilakukan dalam urusan seharian mereka. Rasuah tidak hanya merangkumi satu perkara, malahan ianya boleh dibahagikan kepada beberapa jenis rasuah. Perkara ini berlaku bagi membezakan sesautu perbuatan yang dikatakan rasuah dengan perbuatan lain yang pada dasarnya tidak dikatakan rasuah, tetapi pada hakikatnya merupakan suatu perbuatan rasuah juga.
25 Disebabkan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini, amalan memberi hadiah merupakan suatu amalan yang menjadi kebiasaan maka perkara tersebut telah diperhalusi dan diberikan suatu tatacara atau pekeliling yang perlu diikuti oleh mana-mana pihak yang perlu bagi memastikan apa yang diterima oleh mereka sebagai hadiah itu tidak termasuk dalam kategori rasuah. Allah SWT telah menerangkan didalam Al-Quran berkenaan dengan mengambil sesuatu harta secara batil sama ada melalui perbuatan yang secara zahirnya salah mahupun perbuatan yang apabila diteliti merupakan ia merupakan suatu kesalahan dan dilarang sama sekali. Pengharaman perbuatan rasuah telah dizahirkan melalui hadith nabi yang mana menunjukkan bahawa Rasulullah melarang perbuatan rasuah. Malah para Ulama’ juga telah membicarakan berkenaan dengan haramnya rasuah melalui sirah para khulafa’ dan para sahabat nabi. Oleh itu, adalah jelas bahawa perbuatan rasuah adalah haram dan sangat dilarang oleh syarak, maka ianya perlu dijauhi dan dibanteras dengan secukupnya agar ia tidak menular dalam kalangan masyarakat.
26 BIBLIOGRAFI RUJUKAN BUKU AKHBAR SATAR (2016). RASUAH JENAYAH DAN MALAYSIA. BATU PAHAT: AKHBAR AND ASSOCIATES. KHADIJAH MOHAMED (2022). MENYINGKAP KONSEP RASUAH. SINTOK : PRODUK SKU.SDN.BHD. ARTIKEL ONLINE MALAYSIAKINI (2011). BEKAS PEGAWAI ALCATEL DIDAKWA BERI SUAPAN. PETALING JAYA :KOPETRO RETAIL SDN. BHD MSTAR (2013). BEKAS EKSEKUTIF AKAUN PELANGGAN ALCATEL DIPENJARA DAN DIDENDA. PETALING JAYA: STAR MEDIA GROUP BERHAD https://www.studocu.com/my/document/universitiutara-malaysia/principles-of-management/sprmassignments/42705148 https://dialograkyat.blogspot.com/2011/07/bekas-stafalcatel-didakwa-sogok.html https://www.yumpu.com/id/document/view/48990849/ bekas-ketua-akaun-alcatel-terima-hukuman-penjaradua-tahun- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekaseksekutif-akaun-pelanggan-dipenjara-dan-didenda8782 https://ms.wikipedia.org/wiki/Alcatel_Mobile https://ms.wikipedia.org/wiki/Rasuah http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2010/02/rasu ah.html#
27