The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM (IDEOLOGI LGBT)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by malifaiman1521, 2023-05-21 04:25:02

TUGASAN 1 MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM (IDEOLOGI LGBT)

TUGASAN 1 MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM (IDEOLOGI LGBT)

1 UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE TUGASAN 1 MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA SEMESTER FEBRUARI 2023 Tajuk: Bincangkan kesan negatif ideologi LGBT dan kemukakan kaedah menanganinya mengikut perspektif Islam. DISEDIAKAN OLEH: Nama No. ID Program MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN KAMARUZAMAN 54214122196 BET MD HUSSIN BIN OMAR 54214122121 BET MD MOHAMAD IRFAN HAKIM BIN JAMALUDIN 54214122190 BET MD ABDUL QAYYUM BIN ABD RAHMAN 54211122102 BETA MEC


2 AHLI KUMPULAN NAMA : MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN KAMARUZAMAN ID PELAJAR : 54214122196 KURSUS : BET MECHANICAL DESIGN NAMA : HUSSIN BIN OMAR ID PELAJAR : 54214122121 KURSUS : BET MECHANICAL DESIGN NAMA : ABDUL QAYYUM BIN ABD RAHMAN ID PELAJAR : 54211122102 KURSUS : BETA MECHANICAL NAMA : MOHAMAD IRFAN HAKIM BIN JAMALUDIN ID PELAJAR : 54214122190 KURSUS : BET MECHANICAL DESIGN


3 Rubrik Penilaian Tugasan MPU3332 Semester Februari 2023 Kriteria Penilaian Format Penulisan (Muka Depan, Isi Kandungan, Muka Surat, nombor muka surat, format APA dan lainlain/ Keselarasan penulisan dalam tugasan Kualiti isi kandungan Rumusan Sumber Rujukan Pemberat 1.5 4 1 1 Lemah 1 Terdapat banyak format yang tidak tepat. Maklumat sedikit dan tidak berkaitan dengan topik utama Rumusan tidak dinyatakan Sebahagian sumber rujukan tidak didokumenkan Sederhana 2 Terdapat sedikit format yang tidak tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama tetapi tidak mempunyai maklumat dan contoh Rumusan dinyatakan dengan ringkas Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan tetapi banyak tidak mengikut format sebenar Baik 3 Kebanyakan format yang digunakan tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama dan mempunyai 1-2 maklumat dan contoh Rumusan yang baik tetapi kurang menyeluruh Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan tetapi sedikit tidak mengikut format sebenar Cemerlang 4 Semua format tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama termasuk beberapa contoh yang menyokong maklumat Rumusan dinyatakan secara menyeluruh dan tepat Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan dan mengikut format sebenar JUMLAH /6 /16 /4 /4 JUMLAH BESAR /30


4 ISI KANDUNGAN AHLI KUMPULAN.................................................................................................................. 2 DEFINISI.................................................................................................................................. 7 PERKEMBANGAN IDEALOGI LGBT DI MALAYSIA..................................................... 8 PERLAKUAN LGBT DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG SYARIAH ............. 12 KESAN TERHADAP UMAT ISLAM.................................................................................. 15 1. Kesan Kepada Individu............................................................................................ 15 2. Kesan Kepada Keluarga.......................................................................................... 15 3. Kesan Kepada Agama............................................................................................. 16 4. Kesan Kepada Masyarakat ..................................................................................... 16 5. Kesan Kepada Negara............................................................................................. 17 ISU YANG TIMBUL DARIPADA GEJALA LGBT .......................................................... 18 CADANGAN MENANGANI IDEALOGI TERSEBUT..................................................... 23 KESIMPULAN IDEOLOGI LGBT...................................................................................... 26 BIBLIOGRAFI....................................................................................................................... 28 1. ARTIKEL AKHBAR................................................................................................... 28 2. LAMAN WEB............................................................................................................. 29


5 PENDAHULUAN Gejala sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia semakin parah dan membimbangkan. Masyarakat saban hari dihimpit dengan pelbagai perkara negatif sehingga menjadikan kehidupan mereka tidak tenteram. Pelbagai gejala sosial yang bersifat negatif semakin mengambil tempat dan menyusup dalam sosio kehidupan masyarakat dalam negara ini dan antara yang paling menonjol ialah LGBT. Dalam erti kata lain Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual atau nama singkatan umumnya LGBT telah mula menerobos ke dalam sosio masyarakat Malaysia sejak sekian lama, sehingga tertubuhnya pelbagai pertubuhan dan organisasi yang menyokong mereka secara tersusun dan terancang. Bukti yang menyatakan bahawa masalah yang berkait dengan LGBT ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat ialah dengan melihat kepada wujudnya hasil kajian yang dibuat oleh beberapa pengkaji sebelum ini. Beberapa kajian telah dijalankan oleh ahli akademik yang menyentuh tentang gejala LGBT ini dari pelbagai sudut. Kebanyakan daripada kajian tersebut memberitahu bahawa LGBT bukanlah suatu budaya atau amalan yang boleh diterima pakai dalam negara ini. Kesan yang dibawa oleh gejala LGBT ini benar-benar mampu merosakkan budaya hidup masyarakat terutamanya dari aspek akhlak dan tingkah laku. Kajian tersebut juga memberi cadangan agar suatu kajian yang memberi fokus terhadap aspek perundangan dengan lebih mendalam dapat dilakukan. Dengan adanya perbincangan berkenaan aspek perundangan akan memberi pendedahan berkaitan akta dan kesalahan-kesalahan yang melibatkan golongan LGBT ini dengan lebih terperinci.


6 Fenomena Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) semakin hari semakin menjadi isu utama yang mendorong wujudnya tingkah laku songsang dalam kalangan masyarakat di Malaysia, terutama dalam kalangan generasi muda. Budaya LGBT sememangnya menyimpang daripada norma masyarakat di Malaysia terutama apabila ia melibatkan isu berkaitan agama dan budaya di negara ini. Kewujudan fenomena ini mencetuskan kontroversi terutamanya apabila ia benar-benar menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar di mana Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berpegang kepada ajaran Islam sebagai agama rasmi. Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh beberapa pengkaji sebelum ini, dapatan kajian mendapati bahawa pada mulanya berita-berita mengenai LGBT di Malaysia tidak diberikan perhatian oleh media di Malaysia secara langsung atau sebaliknnya. Bagaimanapun sedikit demi sedikit akhbar di Malaysia memberikan peluang untuk isu LGBT ditulis dan diterbitkan untuk bacaan umum. Berita-berita itu tidaklah digambarkan secara negatif sepenuhnya tetapi ia juga tidak digambarkan secara positif. Dapatan kajian boleh merumuskan bahawa berita-berita yang ditulis lebih kepada memberikan amaran, pengajaran dan menyatakan pendirian kerajaan, golongan bijak pandai dan NGO terhadap isu golongan ini


7 DEFINISI Secara lahiriahnya LGBT adalah singkatan bagi lesbian, gay, biseksual dan transeksual. Sesetengah pihak merubah akronim ini menjadi LGBTIQ, di mana (I) untuk Intersex dan (Q) untuk Queer. Lesbian pula merujuk kepada wanita yang mempunyai daya tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya atau disebut juga perempuan homoseksual. Gay ditakrifkan sebagai lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya dan dikenali juga dengan istilah lelaki homoseksual. Biseksual pula ialah seseorang yang cenderung untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita. Transeksual atau Mukhannath ialah seseorang lelaki atau perempuan yang berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan. Secara umumnya, semua takrifan mengenai LGBT adalah berkaitan dengan amalan homoseksual. Manakala golongan transeksual perlu dilihat secara berasingan berdasarkan situasi tertentu seperti khunsa, mak nyah, dan pengkid. Sebutan penuh “LGBT” adalah merujuk kepada Gerakan Homoseksual yang mendedahkan mereka kepada masalah pelacuran/homoseksualiti dan jangkitan HIV/AIDS. Terdapat juga kelainan semulajadi yang diciptakan oleh Allah SWT iaitu kepada golongan Khunsa yang mana golongan ini mempunyai kelainan pada anatomi alat kelamin mereka. Kelainan tersebut adalah seperti seorang lelaki mempunyai alat kelamin wanita dan seorang wanita mempunyai alat kelamin seorang lelaki. Terdapat juga kes di mana seseorang khunsa itu mempunyai kedua-dua jenis alat kelamin padanya.


8 PERKEMBANGAN IDEALOGI LGBT DI MALAYSIA Peringkat awal kewujudan golongan LGBT di Malaysia bermula dengan kewujudan pondan dan mak nyah sekitar tahun 1980-an. Persidangan Majlis Raja-Raja kali ke126 pada 13 Disember 1989 telah memfatwakan LGBT sebagai perlakuan yang haram untuk diamalkan sebagai gaya hidup. Rentetan dari pewartaan fatwa ini telah menghalang mana-mana individu membuat permohonan menukar jantina pada dokumen pengenalan diri. Masyarakat Malaysia sangat sensitif dengan gaya hidup yang menyalahi tuntutan agama dan tatasusila budaya timur apatah lagi dengan perlakuan yang menyalahi tabi’i manusia. Oleh itu, golongan LGBT mendapat kecaman hebat di kalangan masyarakat Islam Malaysia. Namun, merujuk kepada statistik tangkapan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama seluruh Malaysia yang semakin meningkat, jelas menunjukkan bahawasanya perlakuan dan gaya hidup LGBT ini tetap berkembang dan menjadi semakin kompleks. Sementara itu gerakan LGBT merupakan gerakan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi. Mereka menggunakan Hak Asasi Manusia (HAM) untuk mempertahankan perbuatan mereka. Tindakan golongan ini bukan sahaja mencerca kesucian agama Islam dan perundangan Malaysia, malah menggugat ketenteraman awam dan keamanan agama. Gerakan LGBT merupakan gerakan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi. Mereka menggunakan Hak Asasi Manusia (HAM) untuk mempertahankan perbuatan mereka. Tindakan golongan ini bukan sahaja mencerca kesucian agama Islam dan perundangan Malaysia, malah menggugat ketenteraman awam dan keamanan agama.6 Malaysia secara konsisten melaporkan isu LGBT dan hak asasi manusia ini kepada Semakan Berkala Sejagat atau Universal Periodic Review (UPR) di Geneva, Switzerland bagi menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya menjaga hak asasi setiap golongan di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang negara dan juga perundangan syariah yang sedang berkuatkuasa.


9 UPR secara dasarnya ialah suatu proses melibatkan semakan terhadap rekod hak asasi manusia dalam kalangan 193 negara ahli Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Ia dijalankan oleh Kumpulan Kerja UPR yang merangkumi 57 negara ahli Majlis Hak Asasi dan negara ahli PBB lain boleh melibatkan diri dalam perbincangan dan dialog berhubung negara yang disemak. Semakan tersebut dibuat berdasarkan tiga sumber, iaitu Laporan Negara, Laporan PBB dan Laporan Masyarakat Madani atau CSO (Civil Society Organizations), seperti COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process). Semua negara telah menjalani Pusingan Pertama UPR. Seterusnya, pusingan Kedua UPR bermula sejak Mei 2012. Delegasi Malaysia adalah terdiri daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) bersama JAKIM, Jabatan Peguam Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan lain-lain agensi berkaitan. Maklum balas terhadap isu-isu yang menyentuh bidang kuasa agensi masing-masing telah diberikan bagi menjelaskan isu yang telah dipersoal diperingkat antarabangsa. Antara isu-isu yang dibangkitkan berkaitan agama ialah isu kalimah Allah, kebebasan beragama, murtad, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender) dan undang-undang keluarga Islam.


10 Selain itu, berlakunya pertembungan antara undang-undang domestik yang digunapakai di Malaysia dengan keputusan undang-undang antarabangsa yang telah diratifikasi oleh Malaysia sejak sekian lama. Kemudian, berlakunya campur tangan oleh mahkamah sivil dalam perkara yang berkait dengan hal-ehwal agama Islam di Malaysia yang menyentuh tentang LGBT. Kesan daripada campur tangan ini telah menyaksikan bagaimana golongan LGBT ini memanipulasi peruntukan undangundang sivil yang ada untuk membenarkan segala perbuatan mereka sehingga mereka bertindak untuk menafikan bidang kuasa mahkamah syariah atau peruntukan undang-undang Islam yang ada di Malaysia pada hari ini melalui permohonan mengishtiharkan ketidaksahan peruntukan undang-undang Islam di Mahkamah Persekutuan seperti dalam kes Juzaili & Anor lwn Majlis Agama Islam Negeri Islam tahun 2012. Berikutan kes pasangan lesbian yang dikenakan hukuman sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu yang lalu, menurut Mufti Negeri Sembilan Datuk Muhamad Yusof Ahmad hanya golongan yang jahil menentang dan tidak menyokong pelaksanaan hukuman tersebut. Beliau menambah, perlakuan LGBT ini sememangnya haram dalam Islam dan seluruh mufti dalam Negara ini sepakat tentang perkara itu dan menyokong hukuman tersebut. Tambahnya lagi, sekiranya terdapat bantahan daripada anggota kabinet atau kerajaan berkenaan dengan hukuman tersebut, perkara tersebut boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.


11 Rentetan daripada kes hukuman sebat pasangan lesbian berkenaan, wujud pelbagai stigma negatif dalam kalangan masyarakat sehingga membawa kepada persepsi negatif kepada institusi perundangan syariah dalam Negara ini. Bekas Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman dalam mengulas perkara tersebut menegaskan bahawa, tindakan Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut adalah menurut lunaslunas peruntukan undangundang sedia ada tanpa melanggar sebarang prosedur yang ditetapkan. Katanya lagi, pandangan yang mengatakan bahawa hukuman sebatan tersebut melanggar hak asasi manusia adalah salah, kerana sememangnya kesalahan yang dilakukan oleh golongan tersebut adalah suatu kesalahan menurut hukum syarak.


12 PERLAKUAN LGBT DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG SYARIAH Berdasarkan undang-undang Islam atau hukum syarak adalah jelas bahawa perbuatan LGBT ini sama sekali diharamkan. Agama Islam melihat bahawa perbuatan melakukan perubahan kepada diri dan tubuh badan sebagai sesuatu yang bercanggah dengan ajarannya. Perbuatan menukar jantina tidak kira daripada lelaki kepada wanita atau wanita kepada lelaki adalah jelas haram dan bercanggah dengan hukum syarak. Hal ini kerana perbuatan seumpama itu adalah semata-mata mengikut hawa nafsu, terpedaya dengan godaan syaitan, tidak bersyukur dengan nikmat kejadian diri dan tergolong di dalam kategori mengubah kejadian Allah. Perlakuan lesbian, gay, biseksual dan transgender merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri, peruntukan kesalahan adalah seperti berikut: (16 1) Liwat, (17 2) Lelaki berlagak seperti perempuan, (18 3) Perempuan berlagak seperti lelaki, (19 4) Musahaqah, (20 5) Perhubungan jenis luar tabi’e, (21 6) Pondan, (22 7) Hubungan jenis antara orang yang sama jantina. Peruntukan-peruntukan di atas adalah merangkumi semua peruntukan yang ada di dalam akta, enakmen dan Ordinan di negeri-negeri seluruh Malaysia. Sebagai contoh peruntukan di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 adalah seperti berikut: Seksyen 25. Liwat. Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Seksyen 26. Musahaqah.


13 Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Seksyen 28. Orang lelaki berlagak seperti perempuan. Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Terdapat beberapa negara yang mengenakan hukuman mati kepada kesalahan homoseksual seperti Iran, Yaman, Arab Saudi, Sudan, Nigeria serta Mauritania dan mereka mengenakan hukuman juvana kepada pesalah bawah umur yang melakukan homeseksual. Larangan Islam terhadap gaya hidup homoseksual menunjukkan bahawa LGBT hakikatnya bukan sekadar masalah moral, sebaliknya dalam neraca Islam sebagai al-Dīn, ia mempunyai kaitan langsung dengan amalan beragama orang Islam. LGBT adalah suatu amalan yang dilarang secara jelas sama ada di dalam alQuran mahupun Hadith. Pengiktirafan kumpulan LGBT dan membenarkan perkahwinan sesama jantina akan menimbulkan kekeliruan dalam kehidupan sosial umat Islam. Apatah lagi kebanyakkan pensyariatan Islam juga mempunyai kaitan dengan fitrah ketetapan jantina manusia seperti aurat, perkahwinan, nasab atau keturunan, farā’id (pembahagaian harta pusaka) dan lain-lain. Perbuatan dan aktiviti LGBT sememangnya menyalahi undang-undang dan kehendak syarak. Jika perbuatan sedemikian gagal untuk dibendung melalui undang-undang secara sah dan dikurangkan oleh pihak berkuasa dan dibenarkan untuk disebarkan, dikhuatiri bahawa ramai pasangan suami isteri yang akan bercerai, sementara ada yang boleh meremehkan perkahwinan mereka hanya kerana mereka menikmati seks


14 yang tidak dibenarkan. Institusi perkahwinan kemudiannya akan runtuh dan masyarakat akan berada dalam keadaan tidak selesa. Sistem perundangan di Malaysia telah meletakkan perundangan Islam yang terdapat disetiap negeri-negeri di Malaysia ini terpakai kepada semua orang yang beragama Islam. Oleh yang demikian, telah dinyatakan secara jelas bahawa perbuatan LGBT ini merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri yang mana peruntukan kesalahannya merangkumi kesalahan seperti liwat, lelaki berlagak seperti perempuan, perempuan berlagak seperti lelaki, musahaqah, perhubungan jenis luar tabi’e, pondan dan hubungan jenis antara orang yang sama jantina. Maka kesemua berikut adalah terkandung sebagai peruntukan kesalahan yang terdapat dalam setiap akta, enakmen dan ordinan negeri-negeri di seluruh Malaysia.


15 KESAN TERHADAP UMAT ISLAM Pengaruh idealogi LGBT terhadap Islam dapat menjadi isu yang kompleks dan kontroversial. Pendekatan terhadap isu ini dapat berbeza antara individu Muslim, tergantung pada pemahaman dan interpretasi masing-masing terhadap ajaran agama Islam. Berikut beberapa kesan yang mungkin muncul sebagai akibat dari perbincangan tentang LGBT dalam konteks Islam: 1. Kesan Kepada Individu Seseorang yang terlibat atau melibatkan diri dalam kancah LGBT ini ibarat terjun ke dalam sebuah kubangan kotor yang sangat dalam dan sukar untuk naik semula. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada mereka yang pandai berlakon atau seorang yang munafik perwatakannya. Waktu siang hari bekerja seperti biasa, dan malam hari mereka "bekerja" sebagai pelayan di kelab-kelab malam terutamanya. Mereka ini cenderung untuk merahsiakan sifat sebenar kerana takut dicerca oleh orang sekeliling. Namun demikian golongan LGBT ini bergiat aktif dalam media sosial dengan memaparkan sisi gelap diri sendiri secara terang terangan tanpa rasa malu. 2. Kesan Kepada Keluarga Jika kita meneliti masalah LGBT di negara-negara barat yang membenarkan perkahwinan sejenis, terdapat masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga. Ini kerana bagi wanita yang berkahwin dengan wanita, mereka tidak boleh melahirkan anak kerana tiada sperma. Bagi lelaki yang berkahwin sesama lelaki juga turut mengalami masalah yang sama kerana tiada telur untuk mengandung.Untuk menyelesaikan masalah mendapatkan anak, mereka memilih untuk mengadakan persemanian beradas untuk mendapatkan anak.Kaedah ini amat bertentangan dengan syariah Islamiah kerana kita tidak dapat menentukan kesahihan nasab keturunan.


16 3. Kesan Kepada Agama Agama adalah panduan hidup bagi penganutnya dan dalam agama mempunyai tatacara hidup yang sempurna dan baik.Yang pasti sama ada lslam, Hindu, Buddha, Sikh dan agama-agama lain turut menolak LGBT ini. Mengapa? Kerana aktiviti LGBT ini amatlah dilarang dalam semua agama, Seperti yang telah diceritakan di awal artikel ini, kisah kaum Nabi Lut yang dibinasakan oleh ALLAH sebagai balasan kerana perbuatan jijik mereka, sudah cukup membuktikan bahawa Islam menentang keras dan melarang umatnya terlibat dengan Idealogi LGBT. 4. Kesan Kepada Masyarakat LGBT bukan lagi menjadi satu rahsia, malahan ianya telah menjadi perbualan hangat di negara kita dan topik perbincangan dalam masyarakat. Mengapa ia menjadi isu hangat? Kerana la memberi kesan yang sangat mendalam kepada institusi kemasyarakatan. Golongan ini ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser. Dalam kehidupan bermasyarakat, seseorang yang tidak mematuhi peraturan masyarakat, ianya akan disingkirkan daripada masyarakat tersebut. Hal ini kerana mereka akan membawa masalah dalam masyarakat. Sebagai contoh, golongan LGBT atau ahli masyarakat yang terlibat dengan LGBT akan diusir oleh masyarakat kerana dikhuatiri akan mempengaruhi individu lain untuk menyertai mereka. Sekiranya ia berlaku, masyarakat yang terlibat akan menanggung malu dan kehormatan masyarakat tersebut akan segelintir masyarakat yang menuduh pihak tersebut akan jatuh. Kritikan penguatkuasa agama dalam mencampuri urusan peribadi dan kebebasan mereka apabila menangkap dan menyiasat golongan LGBT.


17 5. Kesan Kepada Negara Pegawai yang berpengalaman akan bertukar kerja ke bahagian lain kerana memohon kenaikan pangkat atau ditukarkan, menyebabkan segala kemahiran dan pengalaman operasi, penyiasatan dan pengumpulan bukti yang tidak dapat dikembalikan. Ada sesetengah negara menerima ideologi songsang ada yang tidak tetapi sebagai rakyat Malaysia kita haruslah berfikiran rasional dengan tidak melakukan ideologi songsang. Hal ini demikian kerana ianya bukan sahaja dapat menjejaskan maruah seseorang individu malah dapat menjejaskan nama baik dan maruah negara Malaysia yang tercinta ini. Dalam keseluruhan, pengaruh idealogi LGBT terhadap Islam sangat dipengaruhi oleh pandangan, keyakinan, dan interpretasi individu Muslim. Sebagai agama yang luas dan memiliki tradisi pemikiran yang pelbagai, ada berbagai pendapat dan sudut pandang dalam komuniti umat islam yang terkait dengan isu ini.


18 ISU YANG TIMBUL DARIPADA GEJALA LGBT Penularan kes-kes melibatkan LGBT melibatkan generasi muda amat membimbangkan. Banyak kajian kajian lepas yang dilakukan penyelidik barat berkait LGBT hanya berkisar cara hidup dan amalan seks selamat dalam kalangan pengamal LGBT dan kesan persepsi negatif komuniti terhadap anak anak golongan LGBT. Kajian penyelidik lepas turut mendapati remaja yang terlibat dengan LGBT mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan tingkah laku berisiko dan mempunyai masalah kesihatan mental berbanding remaja normal serta berisiko untuk terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Permasalahan berkait dengan penguatkuasaan juga wujud dalam usaha pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka untuk menguatkuasa undang-undang dalam negara ini. Menyentuh tentang tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa negeri bagi menguatkuasakan setiap peruntukan yang berkait dan menyentuh tentang LGBT ini, ianya kerap kali diganggu dan dicabar oleh pertubuhan dan aktivis pro LGBT ini yang sememangnya mempunyai agenda tersendiri. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada badan penguatkuasa undang-undang dalam negara ini dengan menyifatkan bahawa Malaysia tidak mematuhi memorandum berkait dengan hak asasi manusia.


19 Kumpulan yang memperjuangkan hak LGBT mengusulkan supaya Seksyen 377A-D Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi’i dimansuhkan kerana pengharaman tersebut bertentangan dengan prinsip kebebasan manusia yang menjadi tonggak himpunan Seksualiti Merdeka di Malaysia. Pada dasarnya, kelompok LGBT di seluruh dunia menuntut 8 perkara utama iaitu; 1. Aktiviti seks sesama jantina (tidak mengambil kira soal haram atau halal). 2. Pengiktirafan terhadap hubungan sesama sejenis atau berlainan jenis. 3. Perkahwinan sesama jantina. 4. Pengambilan anak angkat. 5. Membenarkan gay dan lesbian untuk berkhidmat dalam tentera. 6. Jantina. 7. Anti diskriminasi berdasarkan orientasi seksual. 8. Memperjuangkan undang-undang untuk identiti gender dan ekspresi Perlakuan LGBT juga telah membawa masalah kepada tahap kesihatan masyarakat dalam negara ini. Melalui aktiviti yang dilakukan oleh golongan LGBT ini, ia telah membawa kepada penyebaran pelbagai penyakit berjangkit antaranya ialah HIV/AIDS. Buktinya adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia telah menyatakan bahawa peningkatan kadar jangkitan HIV di negara ini secara umumnya Journal of Law & Governance Volume 2 disumbang oleh beberapa golongan. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia menunjukkan bahawa jangkitan HIV secara majoritinya disumbangkan oleh golongan heterosexual iaitu sebanyak 42 peratus. Laporan ini juga menunjukkan bahawa golongan homosexual dan bisexual penyumbang kedua kepada jangkitan HIV iaitu sebanyak 36 peratus.


20 Kemudahan dan keterbukaan yang terdapat dalam media sosial sudah tentu menjadi pilihan kumpulan LGBT untuk mempromosikan agenda mereka dan juga membina jaringan. Salzburg Academy on Media and Global Change juga menyatakan bahawa gerakan LGBT dunia menggunakan kemudahan media sosial untuk membentuk penerimaan masyarakat dunia terhadap isu-isu yang berkaitan dengan LGBT. Kebanyakkan laman sosial menepati takrifan media sosial kerana ia digunakan untuk berkongsi maklumat, berkomunikasi atau berinteraksi bersama rakan dari dalam negara mahupun luar negara dan membangun jaringan. Berdasarkan maklumat profil masyarakat Malaysia berdaftar di laman-laman sosial LGBT, penglibatan masyarakat Melayu mencatatkan peratusan yang kedua tertinggi selepas msayarakat Cina. Masyarakat Cina mencatatkan peratusan sebanyak 70% berbanding masyarakat Melayu sebanyak 19% daripada keseluruhan populasi responden. Jika beranggapan bahawa semua Melayu adalah Islam, angka ini sudah cukup merungsingkan kerana LGBT jelas dilarang oleh agama Islam dan norma kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia. Kajian juga mendapati bahawa peningkatan peratusan Melayu adalah disebabkan oleh peratusan tinggi yang dicatatkan di laman www.onelovenet.com. Kajian dari pengkaji terdahulu juga mendapati remaja yang terlibat dengan LGB (Lesbian, Gay & Biseksual) mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan tingkah laku berisiko dan mempunyai masalah kesihatan mental berbanding dengan remaja normal serta berisiko untuk terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Selain itu, mereka juga dilaporkan mempunyai masalah berkaitan dengan sikap. Kesemua masalah ini menyebabkan mereka makin dipinggirkan oleh individu terdekat dengan mereka serta masyarakat sekeling sehingga menghalang kefungsian psikologikal mereka. Akibatnya, muncul bukti yang menyatakan ketidakseimbangan terhadap kehidupan lesbian seperti kemurungan, putus harapan dan bunuh diri.


21 Di Malaysia, kajian yang dilakukan oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendapati sebanyak 21 laporan polis telah dibuat sepanjang tahun 2011 berkenaan pembabitan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kegiatan seks luar tabii yang lebih dikenali sebagai seks sejenis. Presidennya, Azwanuddin Hamzah berkata, statistik bagi seluruh negara amat membimbangkan dan keadaan dijangka menjadi lebih dahsyat sekiranya perjuangan golongan LGBT mendapat tempat di negara ini Di Malaysia, tiada peruntukan perundangan yang spesifik terhadap gerakan LGBT secara khusus. Namun perbuatan homoseksual dan perlakuan seksual di luar tabii adalah merupakan satu kesalahan berdasarkan sistem perundangan di Malaysia. Dengan memansuhkan undang-undang yang mengharamkan perlakuan homoseksual, gejala LGBT akan terus berleluasa tanpa kekangan dan ini akan merosakkan kesejahteraan institusi kekeluargaan selain membawa kesan kesihatan yang merisaukan. Menentang gejala songsang LGBT bukanlah sehingga menidakkan hak asasi mereka sebagai manusia yang harus hidup dengan kehormatan. Hak asasi mereka terhadap pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan masih perlu dihormati dan dipelihara.


22 Negara Malaysia tidak lari daripada cubaan untuk pengiktirafan hak golongan LGBT. Sebagai usaha untuk memberi pengiktirafan dan hak sama rata kepada golongan LGBT, Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) telah menuntut Malaysia menerima syor-syor Journal of Law & Governance Volume 2 mereka dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) tahun 2013 anjuran Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland. Secara ringkas tuntutan Comango berkaitan LGBT adalah seperti berikut: a) Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Pengiktirafan orientasi seksual LGBT sebagai hak-hak asasi manusia sejagat. b) Syor meminda seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Hujahan bahawa jenayah liwat merupakan undang-undang yang tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman (archaic). c) Syor agar Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dimansuhkan dan pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi.” Walau bagaimanapun, syor-syor berkaitan LGBT tidak akan terhenti setakat itu kerana pusingan Semakan Berkala Sejagat untuk Malaysia adalah dijadualkan pada Oktober 2018. Kes LGBT menjadi keutamaan masyarakat dan pihak kerajaan apabila fenomena ini berlaku melibatkan pertentangan agama, nilai-nilai dan sosio budaya masyarakat di Malaysia. Mereka sanggup melakukan apa saja walaupun sanggup memusnahkan diri seperti menjalinkan hubungan dengan rakan sejenis, menyediakan perkhidmatan seks dan menjalani pembedahan perubahan jantina.


23 CADANGAN MENANGANI IDEALOGI TERSEBUT Dalam usaha menangani isu LGBT ini, terdapat beberapa cara yang mampu memberikan impak positif dalam usaha membendung gejala tidak bermoral itu. Langkah-langkah ini bukan sekadar cadangan malahan ada diantaranya telah banyak dipraktikkan oleh pihak kerajaan dan juga NGO swasta dalam usaha mereka untuk memberi kesedaran tentang impak negatif gejala LGBT terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara. Perlu disedari dan diakui bahawa kebebasan mutlak yang tiada pedoman tanpa disulami dengan ajaran agama akan mengancam kemaslahatan umum serta berpotensi menghancurkan sistem sosial dan nilai-nilai dalam masyarakat yang didokong oleh prinsip serta nilai-nilai agama, budaya dan etika. Berikut adalah disertakan cadangan-cadangan perkara yang boleh dilakukan untuk menangani idealogi LGBT : 1. Pendidikan dan Kesedaran : Meningkatkan pemahaman dan kesadaran tentang LGBT melalui pendidikan adalah langkah awal yang penting. Ini dapat melibatkan program-program pendidikan di sekolah, institusi agama, dan masyarakat dalam menerapkan tentang seksualiti dalam agama islam dan identiti gender serta melawan stigma dan diskriminasi dalam masyarakat. 2. Menganjurkan Perbincangan atau Forum Dengan Agamawan : Membuka ruang dialog yang terbuka dan inklusif antara para pemimpin agama, cendekiawan, dan anggota masyarakat yang berbeda pandangan adalah cara lain untuk menangani isu ini. Dialog yang konstruktif dan saling menghormati dapat membantu memahami perspektif yang berbeza dan mencari titik-titik persamaan yang mungkin ada.


24 3. Memberi Khidmat Kaunseling dan Sokongan : Menyediakan khidmat kaunseling dan sokongan psikologi bagi individu LGBT dan keluarga mereka adalah langkah penting. Ini membantu mengatasi masalah psikologi yang berpunca dari emosi atau tekanan dalam hidup yang mungkin mereka hadapi, serta mempromosikan penerimaan diri dan hubungan keluarga yang sihat. 4. Penguatan Nilai-Nilai Positif : Masyarakat dapat mempromosikan nilai-nilai positif seperti saling memahami, empati, dan keberagaman sebagai sebahagian dari budaya yang inklusif. Mengakui dan menghormati keberagaman seksual dan identiti jantina adalah langkah penting dalam mendorong toleransi dan penerimaan. 5. Melakukan Kajian dan Informasi : Melakukan kajian ilmiah yang objektif dan menyebarkan informasi yang tepat tentang LGBT dapat membantu mengatasi stereotype dan prasangka yang salah. Penelitian dan informasi yang didasarkan pada fakta membantu masyarakat memahami secara lebih baik mengenai isu LGBT dan mengatasi ketakutan atau ketidaktahuan yang mungkin ada. Dalam konteks ini juga ia mampu memberi kesedaran tentang perkara negatif yang menanti jika sekiranya seseorang itu terlibat dengan LGBT.


25 Dalam pada itu, tindakan menyekat segala kegiatan dan aktiviti yang mempunyai unsur-unsur LGBT atau mempromosikan LGBT perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Berdasarkan seksyen 15(2)(F), sekiranya program berkaitan dengan aktiviti ataupun bertujuan mempromosikan LGBT, maka pegawai tersebut diberikan kuasa untuk membuat sekatan dengan tidak membenarkan apa jua perlakuan peserta mahupun kandungan program atas faktor sensitiviti budaya dan agama. Namun, sekiranya program tersebut melibatkan orang Islam serta terdapat unsurunsur yang tidak bermoral dan menyalahi perundangan syariah seperti pertandingan ratu cantik maknyah dan sebagainya, pihak berkuasa agama dengan kerjasama polis dan pihak berkuasa tempatan boleh melakukan serbuan dan tangkapan. Pelaku boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Badan legislatif negara perlu mengemukakan suatu peruntukan baru yang bersifat khusus menyentuh tentang kesalahan-kesalahan melibatkan LGBT. Hal ini kerana terdapat banyak kelompongan yang terdapat dalam undang-undang sedia ada dan peruntukan yang ada bersifat samar-samar dan sukar untuk dijadikan sandaran oleh pihak mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. Justeru, Parlimen diperingkat Journal of Law & Governance Volume 2 persekutuan dan dewan undangan negeri diperingkat negeri hendaklah lebih progresif tetapi inklusif dalam merangka, membahas dan meluluskan peruntukan undang-undang yang lebih spesifik tetapi bersifat tegas demi membendung gejala LGBT atau dalam erti kata yang lebih tepat “Menjenayahkan LGBT”. Perlu disedari dan diakui bahawa kebebasan mutlak yang tiada pedoman tanpa disulami dengan ajaran agama akan mengancam kemaslahatan umum serta berpotensi menghancurkan sistem sosial dan nilai-nilai dalam masyarakat yang didokong oleh prinsip serta nilai-nilai agama, budaya dan etika


26 KESIMPULAN IDEOLOGI LGBT Secara dasarnya isu LGBT merupakan salah satu isu utama yang selalu dibangkitkan kerana ideologi ini jauh terpesong daripada landasan ajaran agama islam dan juga bagi agama-agama yang lain. Sudah semestinya perkara seperti ini perlu ditangani dengan lebih agresif berikutan pengikutnya yang kian hari makin berani. Falsafah LGBT membuat kesimpulan bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk mengenal pasti secara sahih dan menyatakan orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Pandangan dunia ini memberikan penekanan yang kuat pada nilai mengiktiraf, menerima dan menghargai kepelbagaian seksual dan jantina dalam masyarakat. Kesimpulan ini adalah berdasarkan idea bahawa orientasi seksual dan identiti jantina seseorang adalah komponen penting tentang siapa mereka dan tidak boleh atau tidak boleh diubah. Ideologi LGBT juga menekankan keperluan untuk memperjuangkan hak asasi manusia yang sama untuk golongan LGBT dan menamatkan stigmatisasi, keganasan, dan prasangka yang mereka hadapi. Dalam dunia kini kita diperlihatkan dengan pelbagai isu negatif yang timbul berikutan wujudnya golongan LGBT bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Pihak kerajaan perlu memperkasakan lagi undang-undang bagi membendung golongan dan ideologi LGBT ini dari terus berkembang-biak dalam masyarakat harmoni. Walaupun kesimpulan ini mencerminkan sudut pandangan yang luas, adalah penting untuk diingat bahawa banyak negara, kepercayaan dan orang masih mempunyai perspektif yang berbeza.


27 Adalah penting untuk diingat bahawa kesimpulan ini mewakili sudut pandangan yang lebih luas dan bahawa negara, agama dan orang lain terus mempunyai pendapat yang berbeza tentang perkara ini. Ideologi LGBT terus menjadi topik perbincangan dan perselisihan faham di banyak peringkat masyarakat dan budaya.


28 BIBLIOGRAFI 1. ARTIKEL AKHBAR - Afiq Mohd. “Hormati Undang-Undang Syariah Islam,” (2018) disiarkan dalam akhbar Utusan Melayu bertarikh 5 september 2018 jam 12.00 pm. - Ahmad et.al,. (2015). “Faktor dan Cara Gaya Hidup Serta Kemungkinan Kembali Pulih Dalam Kalangan Lesbian : Satu Kajian Kes,”. Jurnal of Social Sciences and Humanities, Vol 10, No. 1, 1-15. - Ashgal Ali & Yusuff Jelili. (2018). “LGBT: An Evaluation of Sharia Provisions and The Laws Of Malaysia and Nigeria, GJAT, Vol.8 Issue 1, 15 - Asraf Wajdi Dusuki. “LGBT antara punca lebih 90,000 pasangan bercerai,”. Malay Mail Online. 4 Mac 2016. - Badrul Hafizan, “Bawa Pendirian Tolak LGBT ke Parlimen,”. (2018). disiarkan dalam akhbar Utusan Melayu bertarikh 24 september 2018 jam 12.58 pm. - Farhana Joni. (2012). “18 kes cerai punca hubungan songsang”. Utusan Malaysia, 1 April. http://www.utusan.com.my. - Utusan Malaysia, 15 April 2005: “JAWI dicemuh banteras maksiat. - Zainul Rijal, “LGBT Disisi Undang-undang Negara,” dikeluarkan di Laman Sinar Harian bertarikh 4 Mei 2018


29 2. LAMAN WEB - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lgbt-tak-perlu-paksamalaysia-terima-ideologi-songsang-tun-mahathir-210321 - https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/10/30/malaysias 310000-homosexuals-just-an-early-estimate-jakim-officer-says/1688044 - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/garagara-liwat-murid-bakalguru-dipenjara-14-tahun-enam-sebatan-200325 - https://berita.mediacorp.sg/singapura/ndr2022-apa-itu-377a-asal-usulnyamengapa-dimansuhkan-ini-jawapannya-684356 - https://publika.rmol.id/read/2018/02/06/325739/lgbt-faktor-penyebabdampak-dan-cara-mengatasinya


30 TERIMA KASIH DIATAS KESUDIAN ANDA


Click to View FlipBook Version