The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azawawi2019, 2021-09-30 05:40:19

Tajuk 4 - Kewangan (v2020).pdf (2)

Tajuk 4 - Kewangan (v2020).pdf (2)

Tajuk 4 - Kewangan 65

SUKATAN PELAJARAN

Tajuk Hasil Pembelajaran

4.1 Peranan dan objektif kewangan Pelajar seharusnya dapat:

a) mentakrifkan maksud pengurusan kewangan dan kepentingannya.
b) menjelaskan peranan pengurus kewangan.
c) menjelaskan peranan pengurusan kewangan dan kaitannya dengan bidang-bidang lain

termasuklah pemasaran, pengeluaran, perakaunan dan sumber manusia.
d) menjelaskan objektif kewangan iaitu meningkatkan kekayaan pemegang saham.

4.2 Penyata kewangan Pelajar seharusnya dapat:

a) menjelaskan pihak-pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan.
b) menganalisis penyata kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, kunci kira-

kira dan penyata aliran tunai.
c) menyediakan dan menaksir nisbah kewangan yang merangkumi nisbah kecairan,

nisbah keberuntungan, nisbah penggearan dan nisbah pasaran.

4.3 Sumber (pembiayaan) dan Pelajar seharusnya dapat:
penggunaan dana
a) menjelaskan jenis sumber dana mengikut jangka masa panjang termasuklah bon, ekuiti
dan saham keutamaan.

b) menjelaskan jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek termasuk overdraf,
pemfaktoran, penerimaan jurubank (BA), trust receipt dan pinjaman berjangka.

c) menjelaskan jenis penggunaan dana mengikut keperluan semasa, jangka masa pendek
dan jangka masa panjang.

4.4 Perancangan kewangan (bajet) Pelajar seharusnya dapat:

a) menyediakan bajet tunai.
b) mengaplikasikan bajet tunai kepada peniaga.

4.5 Pengurusan risiko dan insurans Pelajar seharusnya dapat:

a) mentakrif maksud pengurusan risiko dan kepentingannya.
b) menjelaskan prinsip insurans termasuklah ganti rugi (termasuklah subrogasi, caruman

dan limpah), doktrin punca terdekat, kepentingan boleh diinsuranskan dan penuh
percaya mutlak.
c) menjelaskan maksud takaful termasuklah kepatuhan syariah (gharar, maisir, riba,
akad, jual beli), menanggung risiko bersama, tabarru’ (sedekah) dan simpanan atau
pelaburan.

Tajuk 4 - Kewangan 66

4.1 PERANAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

a) Pengurusan kewangan dan kepentingannya

Maksud kewangan  satu fungsi perniagaan yang berkaitan dengan wang
 melibatkan aktiviti menyediakan penyata kewangan, menerima dan membayar

wang, pengurusan harta atau aset dan menguruskan hutang perniagaan

Maksud pengurusan  aktiviti perancangan, penyusunan dan pengawalan dana atau wang perniagaan

kewangan dengan cekap dan berkesan dalam usaha mencapai matlamat kewangan sesebuah

perniagaan

Kepentingan  membuat perancangan kewangan yang cekap dan berkesan
pengurusan  mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan
kewangan  mengawal penggunaan kewangan setiap jabatan supaya digunakan secara cekap dan

berkesan
 mengelakkan berlaku penyelewengan kewangan dalam organisasi
 memastikan objektif kewangan tercapai iaitu memaksimumkan kekayaan pemegang

saham
 memastikan organisasi mempunyai aliran tunai yang mencukupi
 memastikan organisasi tidak mempunyai beban hutang yang terlalu tinggi

b) Peranan pengurus kewangan

Membuat analisis  perlu menganalisis data-data kewangan yang relevan dengan keperluan perniagaan
dan perancangan
kewangan dan pelaburan
 membuat perancangan kewangan berasaskan data-data yang dianalisis
 membuat perancangan kewangan untuk jangka pendek dan jangka panjang
 harus menganggarkan jumlah kewangan atau dana yang diperlukan mengikut jangka

masa atau tempoh tertentu

Menjaga kecairan  perlu menentukan nisbah kecairan yang sesuai untuk syarikat
dan keberuntungan  perlu memastikan syarikat mempunyai kadar kecairan yang mencukupi bagi
syarikat
memastikan kelancaran perjalanan operasi syarikat
 perlu menentukan tingkat keuntungan yang diperlukan supaya dapat mencapai

objektif kewangan syarikat
 juga perlu membuat keputusan tentang kombinasi pelaburan yang terbaik supaya

dapat menjana keuntungan kepada syarikat dalam jangka masa pendek dan masa

panjang

Menilai dan memilih  sumber kewangan boleh diperoleh dengan pembiayaan ekuiti atau pembiayaan
sumber kewangan
terbaik hutang
 sumber kewangan terbaik ialah yang melibatkan kos kewangan paling rendah
 perlu membuat analisis dari segi kos pembiayaan, kesesuaian pembiayaan, masa dan

tempoh yang diperlukan

Mengurus dana  perlu memantau penggunaan dana syarikat
syarikat  memastikan dana yang dibelanjakan akan menghasilkan pulangan yang terbaik

kepada syarikat
 memastikan semua perbelanjaan dilakukan mengikut prosedur supaya

penyelewengan dapat dielakkan
 perlu mengurus struktur aset dan struktur modal syarikat dengan cekap
 juga mengurus perbelanjaan untuk aset bukan semasa dan aset semasa serta kredit

dan pengutipannya

Tajuk 4 - Kewangan 67

c) Perkaitan bidang kewangan dengan bidang-bidang lain

Pemasaran  membantu pengurus pemasaran membuat belanjawan bagi merancang strategi

pemasaran
 membantu pengurus pemasaran menilai aspek kewangan semasa merancang

promosi, pengedaran atau harga produk untuk memastikan sumber kewangan yang

digunakan dapat menjana keuntungan

Pengeluaran  membantu pengurus pengeluaran dalam membuat keputusan pembelian keperluan

pengeluaran seperti bahan mentah atau mesin
 membantu pengurus pengeluaran menginterpretasi analisis hasil dan kos untuk

mencapai keputusan pengeluaran yang tepat
 membantu mendapatkan dana untuk membiayai aktiviti pengeluaran

Sumber manusia  membantu pengurus sumber manusia membuat perancangan dan keputusan

berkaitan pengurusan sumber manusia
 berkaitan aspek gaji dan bonus pekerja, kursus latihan atau seminar, bengkel, dan

kebajikan pekerja
 membantu mendapatkan dana untuk membiayai aktiviti sumber manusia

Perakaunan  membantu pengurus perakaunan menyediakan laporan kewangan tahunan
 membantu pengurus perakaunan dalam penyediaan dokumen untuk tujuan audit

d) Objektif kewangan syarikat

Meningkatkan  pemegang saham merupakan pemilik syarikat yang menlaburkan modal ke dalam
kekayaan pemegang
saham syarikat
 syarikat harus memastikan setiap pelaburan yang dibuat oleh pemegang saham akan

memberi pulangan yang maksimum
 pemegang saham akan merujuk kepada nisbah perolehan sesaham (EPS) untuk

menentukan sama ada pelaburannya mendapat pulangan yang sepatutnya atau pun

tidak
 peningkatan perolehan sesaham bergantung kepada faktor keuntungan syarikat
 jika syarikat memperoleh keuntungan besar, ia boleh meningkatkan nilai EPS dan

seterusnya meningkatkan kekayaan pemegang saham
 pemegang saham juga akan mendapat pulangan yang tinggi dalam bentuk dividen

jika syarikat mendapat keuntungan yang tinggi
 jadi, syarikat harus berhati-hati dalam membuat keputusan perniagaan kerana ia

melibatkan wang pemegang-pemegang saham
 syarikat harus memastikan setiap perbelanjaan dan pelaburan akan menghasilkan

keuntungan yang tinggi kepada syarikat
 kegagalan syarikat meningkatkan kekayaan pemegang saham boleh menyebabkan

pemegang saham menarik balik modal mereka
 jika ini berlaku maka syarikat akan menghadapi masalah kewangan dan sukar

meneruskan operasi

Ulang kaji subtajuk - 4.1 Peranan dan objektif kewangan

Tarikh
ulang kaji

Refleksi /
Catatan

Tajuk 4 - Kewangan 68

4.2 PENYATA KEWANGAN

- penyata kewangan ialah ringkasan laporan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh
tertentu, biasanya setahun

- menunjukkan pendapatan diterima dan perbelanjaan yang dilakukan, kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti
pemilik

- terdapat tiga penyata utama dalam penyata kewangan iaitu penyata pendapatan, kunci kira-kira dan
penyata aliran tunai / dana

a) Pihak-pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan

Lembaga pengarah  menilai prestasi perniagaan dengan membandingkan pencapaian syarikat dari tahun
syarikat
ke tahun
 membuat pertimbangan dalam menentukan ganjaran seperti bonus dan dividen
 membandingkan pencapaian sebenar kewangan dengan bajet

Pengurus-pengurus  menilai kedudukan kewangan syarikat bagi tempoh tertentu
syarikat  membandingkan penggunaan dana bagi setiap jabatan dengan bajet yang dibuat
 membuat perancangan bajet untuk tahun berikutnya

Pemegang saham  melihat tahap keuntungan syarikat
 memastikan wang yang dilaburkan digunakan sebaik mungkin untuk menjana

keuntungan yang banyak

Agensi kerajaan  asas pengiraan cukai yang perlu dibayar kepada pihak kerajaan

Pembekal  menilai kedudukan kewangan syarikat sebelum memberi kemudahan kredit

dagangan
 menilai kemampuan syarikat membayar balik kredit dagangan dalam tempih yang

ditetapkan

Pelabur / Pemodal  mengetahui kedudukan kewangan syarikat
 menentukan potensi syarikat pada masa hadapan
 bagi memastikan pelaburan yang bakal dibuat akan mendapat pulangan yang

sepatutnya

Bank  menilai kedudukan kewangan syarikat sebelum memberi pinjaman
 menilai kemampuan syarikat membayar balik pinjaman dan faedah pinjaman dalam

tempoh yang ditetapkan

Kesatuan sekerja  melihat kedudukan kewangan syarikat sebagai asas tuntutan kenaikan gaji, bonus
dan sebagainya

Tajuk 4 - Kewangan 69

b) Penyata kewangan

Penyata pendapatan  penyata yang menunjukkan ringkasan hasil, belanja dan untung atau rugi sesebuah
syarikat dalam tempoh tertentu

 juga dikenali sebagai Penyata Untung dan Rugi
 kegunaan penyata pendapatan ialah:

 membantu pengurusan syarikat membuat perancangan bagi menentukan

sasaran jualan tahunan, bulanan atau harian

 membantu pengurus merancang kos barang di jual

 menentukan belanja operasi yang rasional

 mempengaruhi keputusan pelabur atau pemberi pinjaman

Tajuk 4 - Kewangan 70

Kunci kira-kira  satu penyata yang menyenaraikan aset, liabiliti dan ekuiti syarikat pada satu tarikh
tertentu

 memberi gambaran kasar mengenai pelaburan syarikat ke atas aset-aset serta sumber
kewangan yang digunakan bagi membiayai aset-aset tersebut

 juga dikenali sebagai Lembaran Imbangan
 kegunaan Kunci Kira-Kira ialah:

 membantu pihak pengurusan mengetahui jumlah aset, liabiliti dan modal
yang dimiliki

 membantu pihak pengurusan menyediakan nisbah-nisbah kewangan
melalui data-data yang ada dalam Kunci Kira-Kira

 membolehkan pihak pengurusan melihat tahap kecairan syarikat bagi
melancarkan operasi perniagaan

Tajuk 4 - Kewangan 71

Penyata aliran tunai  penyata yang menunjukkan punca perolehan dan penggunaan dana atau tunai bagi
/ dana satu tempoh tertentu

 kegunaan penyata aliran tunai / dana ialah:
 menunjukkan keupayaan syarikat menjelaskan liabiliti semasa seperti
bayaran kepada pembekal dan bayaran gaji pekerja
 menunjukkan anggaran perolehan dan pelupusan aset jangka panjang
 menunjukkan sebarang pelaburan lain yang tidak dikira dan tidak
melibatkan tunai
 menunjukkan aktiviti yang merubah modal ekuiti dan struktur pembiayaan
syarikat

Tajuk 4 - Kewangan 72

c) Nisbah kewangan

Nisbah kecairan Nisbah semasa
 nisbah yang  mengukur keupayaan syarikat untuk membayar hutang jangka pendek sekiranya

mengukur tahap aset-aset semasanya ditunaikan
kecairan aset yang  formula:
dimiliki sama ada
perniagaan mampu  x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)
membuat
pembayaran dalam Nisbah cepat
jangka pendek  mengukur kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka pendek dengan
kepada bank dan
pemiutang lain cepat tanpa mengambil kira inventori (stok akhir)
 menunjukkan  formula:
keupayaan syarikat
membayar liabiliti  x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)
semasa apabila
dituntut

Nisbah kecekapan Tempoh purata masa kutipan
 menunjukkan  purata jangka masa yang diambil oleh syarikat untuk mengutip hutang daripada

kecekapan syarikat pelanggan-pelanggan
mengurus aset-  menilai keberkesanan polisi kredit dan polisi pengutipan hutang yang diamalkan
asetnya dalam
usaha menjana oleh syarikat
keuntungan  formula:

 x hari (x - nombor bulat)

Pusing ganti inventori
 mengukur berapa kali inventori diganti dengan inventori yang baharu
 formula:

 x kali setahun (x - 2 titik perpuluhan)

Pusing ganti aset bukan semasa (aset tetap)
 menunjukkan kecekapan syarikat menggunakan aset bukan semasa untuk menjana

jualan
 formula:

 x kali setahun (x - 2 titik perpuluhan)

Pusing ganti jumlah aset
 menunjukkan kecekapan syarikat menggunakan semua aset yang ada untuk menjana

jualan
 formula:

 x kali setahun (x - 2 titik perpuluhan)

Tajuk 4 - Kewangan 73

Nisbah keuntungan Margin untung kasar
 mengukur  peratus keuntungan yang diperoleh melalui jualan setelah ditolak kos barang yang

keupayaan syarikat dijual
menghasilkan  mencerminkan kecekapan syarikat menentukan harga jualan barang dan mengawal
keuntungan dan
pulangan daripada kos bahan mentah
jualan dan  formula:
pelaburan syarikat
 x % (x - 2 titik perpuluhan)

Margin untung bersih
 peratus untung bersih yang diperoleh melalui jualan
 mencerminkan kecekapan syarikat mengawal perbelanjaan operasi

 formula:

 x % (x - 2 titik perpuluhan)

Pulangan atas jumlah aset
 mengukur untung bersih yang dapat dihasilkan bagi setiap ringgit yang dilaburkan

untuk membeli aset-aset
 formula:

 x % (x - 2 titik perpuluhan)

Pulangan atas ekuiti
 mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik atau pemegang saham bagi setiap

ringgit yang dimilikinya dalam syarikat
 formula:

Nisbah penggearan  x % (x - 2 titik perpuluhan)
 menilai keupayaan Nisbah hutang atas aset
 menunjukkan sumbangan hutang dalam membiayai jumlah aset yang ada
syarikat untuk  formula:
menguruskan
hutang-hutangnya  x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)

Nisbah hutang atas ekuiti
 menunjukkan modal syarikat yang disumbangkan oleh hutang-hutang jangka

panjang
 formula:

 x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)

Tajuk 4 - Kewangan 74

Nisbah pasaran Nisbah perolehan sesaham
 memberi gambaran  mengukur pulangan kepada pelabur bagi setiap unit saham yang dimiliki oleh

tentang tanggapan pemegang saham
para pelabur  formula:
terhadap
keupayaan  RMx
pengurusan
syarikat Nisbah harga / perolehan
 mengukur harga pasaran saham berbanding dengan perolehan sesaham syarikat
 membandingkan nilai pasaran kini dengan perolehan sesaham
 formula:

 x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)

Nisbah pasaran / buku
 menunjukkan kesanggupan pelabur membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku

saham syarikat
 formula:

 x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)

Ulang kaji subtajuk - 4.2 Penyata kewangan
Tarikh
ulang kaji

Refleksi /
Catatan

Tajuk 4 - Kewangan 75

4.3 SUMBER (PEMBIAYAAN) DAN PENGGUNAAN DANA

a) Jenis sumber dana mengikut jangka masa panjang

Saham biasa  syer yang diterbitkan oleh syarikat untuk dibeli oleh pelabur-pelabur awam atau

institusi
 akan dijual pada harga melebihi nilai tara
 akan menghasilkan aliran tunai masuk yang meliputi nilai tara saham dan premium
 premium ialah lebihan harga jualan ke atas nilai tara saham
 pemegang saham mempunyai hak tuntutan ke atas syarikat dan boleh mengundi

untuk memilih Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
 pemegang saham akan dibayar dividen oleh syarikat tetapi pembayaran dividen itu

bukan satu kemestian dan bergantung kepada keuntungan syarikat

Saham keutamaan  saham yang menggabungkan sebahagian ciri-ciri saham biasa dan ciri-ciri bon
 pemegang saham keutamaan berhak menerima dividen yang tetap dan tidak

bergantung kepada keuntungan syarikat
 dividen yang diterima adalah tetap dan terjamin serta dibayar terlebih dahulu

sebelum pembayaran dividen kepada pemegang saham biasa
 jika berlaku pembubaran syarikat, pemegang saham keutamaan mendapat

keutamaan ke atas pembahagian aset syarikat selepas semua pembayaran hutang

diselesaikan
 pemegang saham keutamaan tidak berhak mengundi atau campur tangan dalam

urusan syarikat

Pendapatan  keuntungan bersih syarikat yang tidak dibahagikan kepada pemegang-pemegang
tertahan
saham dalam bentuk dividen
 disimpan bagi kegunaan perkembangan perniagaan

Pinjaman tetap atau  pinjaman yang diperoleh daripada bank atau agensi kerajaan

bertempoh  pinjaman yang melebihi tempoh setahun

 jumlah pokok pinjaman dan faedah pinjaman perlu dibayar balik secara ansuran

Bon  satu bentuk sekuriti jangka pangjang yang diterbitkan oleh syarikat untuk

mendapatkan pembiayaan jangka panjang
 individu atau institusi yang membeli bon ialah pihak yang meminjamkan wang

kepada syarikat
 pemilik bon akan mendapat semula wang yang dipinjam apabila tiba tempoh matang
 sementara menunggu tempoh matang. syarikat akan membayar faedah (kupon)

kepada pemilik bon secara berkala mengikut kadar yang ditetapkan

Tajuk 4 - Kewangan 76

b) Jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek

Overdraf  satu jenis kemudahan yang disediakan oleh bank kepada pemegang akaun semasa
 pemegang akaun semasa dibenarkan mengeluarkan wang yang melebihi baki yang

terdapat dalam akaun semasa
 perlu membayar balik lebihan wang tersebut bersama faedahnya

Pemfaktoran  kemudahan pembelian akaun penghutang syarikat oleh institusi kewangan atau

firma pemfaktoran
 akaun penghutang akan dibeli dengan harga diskaun
 syarikat akan memperolehi wang selepas akaun penghutang dibeli oleh firma

pemfaktoran
 selepas itu, tugas pengutipan hutang daripada penghutang akan diuruskan oleh firma

pemfaktoran terbabit

Penerimaan  satu kaedah pembiayaan jangka pendek yang disediakan oleh bank kepada
jurubank
pelanggan yang sering melakukan kegiatan import dan eksport
 satu draf atau bil pertukaran akan dikeluarkan oleh pelanggan kepada pihak bank
 pihak bank mempunyai komitmen untuk membayar jumlah yang dinyatakan dalam

draf berkenaan pada satu tarikh ditetapkan

Trust receipt  satu kemudahan yang disediakan oleh bank untuk membiayai pembelian barang

import
 pengimport boleh memohon trust receipt daripada bank untuk menuntut barang-

barang yang dihantar oleh pengeksport
 pihak bank akan menjelaskan bayaran terlebih dahulu kepada pengeksport
 pengimport dibenarkan menjual barang-barangnya dan hasil jualan akan digunakan

untuk menjelaskan trust receipt kepada pihak bank

Pinjaman berjangka  satu bentuk pinjaman bank kepada perniagaan untuk memperoleh aset tetap
 pembayaran balik pinjaman dilakukan secara ansuran berkala iaitu secara bulanan,

setiap tiga tahun, enam bulan atau tahunan

Kredit dagangan  kemudahan kredit yang disediakan oleh pembekal kepada pelanggannya
 peniaga boleh membeli bahan mentah secara kredit (hutang) daripada pembekal
 bayaran balik kepada pembekal biasanya akan dibuat dalam tempoh 30 hari hingga

60 hari

Kredit pusingan  satu perjanjian antara pihak bank dengan pihak peminjam
 peminjam boleh meminjam sejumlah wang pada bila-bila masa apabila diperlukan

Surat kredit  kemudahan surat kredit yang diberikan oleh bank kepada perniagaan yang

menjalankan perniagaan antarabangsa
 surat ini akan dihantar oleh pengimport kepada pengeksport
 ia merupakan jaminan bahawa semua bayaran akan dijelaskan oleh pemgimport

setelah semua syarat penghantaran barang oleh pengeksport telah dipatuhi
 surat ini amat penting kerana urus niaga perniagaan antarabangsa memelukan

jaminan pembayaran yang kukuh

Tajuk 4 - Kewangan 77

c) Jenis penggunaan dana

Jenis penggunaan  keperluan tunai untuk membiayai urusan harian
dana mengikut  memastikan operasi perniagaan harian berjalan lancar
keperluan semasa  contoh:

 menjelaskan akaun belum bayar iaitu bayaran kepada pemiutang atau

pembekal bahan mentah

 membayar perbelanjaan-perbelanjaan luar jangka

Jenis penggunaan  keperluan pembiayaan perniagaan dalam tempoh kurang setahun
dana mengikut  melibatkan pembiayaan perngurusan modal kerja
keperluan jangka  contoh:
masa pendek
 belanja jualan dan promosi serta komisen juru jual

 belanja am dan pentadbiran seperti bil air, elektrik dan internet

 belanja langsung perkilangan seperti kos bahan mentah dan kos buruh

 belanja langsung perniagaan seperti angkutan masuk, duti kastam, duti

import dan sewa gudang

Jenis penggunaan  keperluan pembiayaan perniagaan yang melebihi tempoh setahun
dana mengikut  melibatkan pembiayaan pelaburan modal
keperluan jangka  contoh:
masa panjang
 membaiki atau menggantikan mesin dan jentera

 membeli kelengkapan pejabat

 membeli aset baharu seperti pembelian tanah, bangunan dan kenderaan

 menambah atau membesarkan ruang perniagaan

Ulang kaji subtajuk - 4.3 Sumber (pembiayaan) dan penggunaan dana
Tarikh
ulang kaji

Refleksi /
Catatan

Tajuk 4 - Kewangan 78

4.4 PERANCANGAN KEWANGAN (BAJET)

Takrif bajet tunai  satu penyata perancangan kewangan yang menunjukkan anggaran pengaliran masuk
Kepentingan bajet
tunai dan keluar tunai ke dalam perniagaan dalam suatu tempoh tertentu
 menentukan sama ada perniagaan mempunyai tunai yang mencukupi untuk
Format bajet tunai
memenuhi keperluan perniagaan

 menunjukkan keupayaan tunai perniagaan bagi menjalankan operasi perniagaan
pada masa akan datang

 merancang serta mengawal pemabayaran dan penerimaan tunai
 menganggarkan penerimaan tunai agar strategi jualan dan polisi pemberian kredit

yang tepat dapat dilaksanakan
 merancang pemebelian aset bukan semasa dan merancang pelaburan jika terdapat

lebihan tunai
 membolehkan tindakan awal dapat diambil untuk menghadapi masalah kekurangan

tunai
 membolehkan pihak bank mendapat panduan untuk mempertimbangkan

permohonan pinjaman
 menunjukkan jangkaan punca penerimaan tunai dan jenis pembayaran tunai

 kebiasaannya sesebuah perniagaan akan menyediakan bajet tunai untuk tempoh tiga

hingga enam bulan akan datang
 sepanjang tempoh tersebut, perniagaan akan menganggarkan jenis dan jumlah

penerimaan tunai dan pembayaran tunai
 anggaran ini dibuat berdasarkan pengalaman dan rekod-rekod perniagaan yang lepas
 bajet tunai merekodkan:

 aliran tunai masuk atau penerimaan tunai

 aliran tunai keluar atau pembayaran tunai

 aliran tunai bersih

 lebihan atau kurangan tunai
 sumber penerimaan tunai adalah daripada semua aktiviti perniagaan yang

menghasilkan tunai seperti:
 jualan tunai

 kutipan daripada penghutang

 jualan aset tetap

 penerimaan faedah, dividen dan sewa

 terbitan saham
 sumber pembayaran tunai adalah terdiri daripada aktiviti pembayaran yang

menggunakan tunai seperti:

 bayaran kepada pemiutang

 belian bahan mentah

 pembayaran dividen

 pembayaran cukai dan insurans

 pembelian aset tetap
 aliran tunai bersih ialah perbezaan antara penerimaan tunai dengan pembayaran

tunai
 jika penerimaan tunai melebihi pembayaran tunai, aliran tunai adalah positif
 manakala jika penerimaan tunai kurang daripada pembayaran tunai, aliran tunai

adalah negatif
 aliran tunai bersih akan ditambah dengan baki awal tunai dari bulan sebelumnya

untuk menentukan sama ada perniagaan mengalami lebihan atau kurangan tunai

Tajuk 4 - Kewangan 79

 contoh bajet tunai:

Cara mengatasi  melakukan jualan secara tunai sahaja
masalah kekurangan
tunai  meningkatkan jualan tunai
 menawarkan diskaun tunai bagi menggalakkan pembelian tanpa hutang
 mempercepatkan tempoh pungutan jualan kredit (hutang)
 memanjangkan tempoh pembayaran balik kepada pemiutang
 membuat pinjaman jangka pendek / overdraf
 mengurangkan perbelanjaan yang kurang penting
 mengetatkan syarat jualan secara kredit
 meningkatkan pembelian bahan mentah secara kredit
 mendapatkan pinjaman tidak formal daripada keluarga atau rakan-rakan

Ulang kaji subtajuk - 4.4 Perancangan kewangan (bajet)

Tarikh
ulang kaji

Refleksi /
Catatan

Tajuk 4 - Kewangan 80

4.5 PENGURUSAN RISIKO DAN INSURANS

a) Pengurusan risiko dan kepentingannya

Maksud risiko  kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini
 contohnya, risiko kemalangan, risiko kecurian, risiko kebakaran dan risiko banjir
Maksud pengurusan
risiko  satu proses yang sistematik bagi mengenal pasti risiko yang berkemungkinan
dihadapi dan menilai tahap risiko serta tindakan yang boleh diambil untuk
menangani risiko yang akan berlaku

Kepentingan Mengelak berlakunya kerugian
pengurusan risiko  mengenal pasti beberapa kemungkinan kejadian atau peristiwa yang boleh

membawa kerugian
 menyediakan pelan tindakan yang sesuai untuk menangani risiko yang boleh berlaku

Memberi perlindungan
 dapat mengenal pasti jenis-jenis risiko yang boleh diinsuranskan
 membolehkan perniagaan mengambil insurans demi melindungi harta dan nyawa

Meningkatkan motivasi dan keyakinan
 dapat mengenal pasti teknik yang sesuai untuk menghadapi sebarang risiko
 pihak perniagaan boleh melihat dengan jelas sebarang kemungkinan yang akan

berlaku
 dapat mengurangkan rasa kebimbangan daripada sebarang kerugian

Melancarkan aktiviti perniagaan
 sebarang kerugian yang disebabkan sesuatu risiko akan mendapat ganti rugi
 kerugian tersebut tidak akan menghalang operasi perniagaan

Merancakkan pertumbuhan ekonomi negara
 wujudnya syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan perlindungan
 akan mewujudkan peluang pekerjaan

 pendapatan negara akan meningkat melalui kutipan cukai daripada syarikat insurans

Jenis-jenis risiko Risiko yang boleh diinsuranskan
 risiko kemungkinan berlakunya kejadian yang tidak diingini boleh ditentukan secara

statistik atau perangkaan
 rekod perangkaan yang ada akan digunakan oleh syarikat insurans
 mengira kekerapan berlaku kejadian risiko dan jumlah kerugian yang dialami
 data itu akan membolehkan syarikat insurans menaksir jumlah premium dan

pampasan dalam memberi perlindungan terhadap jenis risiko tersebut
 contoh risiko ialah kemalangan, kebakaran, kecurian dan kematian

Risiko yang tidak boleh diinsuranskan
 risiko yang kekerapan berlakunya kejadian tidak dapat ditentukan secara perangkaan
 kekerapan berlakunya kejadian risiko serta kerugian tidak dapat ditentukan
 menyebabkan syarikat insurans tidak dapat menaksir jumlah premium dan

pampasan untuk memberi perlindungan terhadap risiko tersebut
 contoh risiko ialah kejadian bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan

letusan gunung berapi, peperangan, kemelesetan ekonomi, perubahan cita rasa

pelanggan dan pencemaran

Tajuk 4 - Kewangan 81

Takrif insurans  satu skim penyatuan risiko yang membolehkan golongan bernasib baik membantu
golongan yang kurang bernasib baik dan risiko dapat disebarkan kepada lebih
Takrif takaful seorang individu pada kos yang lebih rendah

 melibatkan kontrak atau perjanjian antara penginsurans (syarikat insurans) dengan
si diinsurans (orang yang membeli insurans)

 si diinsurans bersetuju membayar sejumlah premium yang telah ditetapkan dan
penginsurans akan melindunginya daripada risiko yang diinsuranskan sebagai
balasan

 kontrak atau perjanjian antara penginsurans dengan si diinsurans dikenali sebagai
polisi insurans

 skim insurans yang berasaskan prinsip al-mudharabah (perjanjian perkongsian) dan
berlandaskan syariah Islam

 syarikat insurans yang memberi perlindungan takaful dikenali sebagai pengusaha
manakala si diinsurans dikenali sebagai peserta

 pengusaha dan peserta-peserta bersetuju saling bantu-membantu peserta yang
menghadapi kesusahan atau kemalangan berkaitan risiko yang diinsuranskan

 premium atau caruman yang dibayar oleh peserta akan dibahagikan kepada dua
akaun iaitu akaun pelaburan (95%) dan akaun tabarru’ (5%)

b) Prinsip insurans  si diinsurans yang mengalami kerugian akan dibayar pampasan setakat kerugian
Prinsip ganti rugi yang dialami untuk memulihkan keadaannya kepada keadaan asal

Prinsip doktrin  tidak ada unsur keuntungan kerana pampasan hanya setakat menggantikan kerugian
punca terdekat yang sebenar dan tidak akan mendatangkan keuntungan kepada si diinsurans

 prinsip ini dikecualikan untuk insurans nyawa dan insurans kemalangan kerana
nyawa manusia tidak boleh dinilai dengan wang ringgit

 contoh kes:
 Ali menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran dengan nilai
lindungan RM200,000. Kebakaran telah berlaku dan kerugian yang
ditanggung oleh Ali berjumlah RM100,000. Maka, Ali hanya akan dibayar
pampasan sebanyak RM100,000 kerana itu kerugian sebenar yang dialami.
Namun, jika kerugian sebenar RM230,000, Ali akan dibayar RM200,000
sahaja kerana jumlah tersebut merupakan jumlah maksimum yang
diiinsuranskan.

 terdapat tiga prinsip tambahan di bawah prinsip ganti rugi iaitu subrogasi, caruman
dan limpah

 pampasan dibayar terhadap kerugian akan dibayar jika punca kerugian berlaku
secara langsung daripada risiko yang diinsuranskan

 kerugian yang berlaku bukan dari risiko yang diinsuranskan tidak akan dibayar
pampasan

 contoh kes:
 Ali menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran dengan nilai
lindungan RM200,000. Banjir besar telah berlaku di kawasan rumahnya
dan menyebabkan kerosakan rumah Ali. Ali menuntut pampasan insurans
ke atas kerosakan yang dialaminya. Syarikat insurans tidak akan
membayar pampasan tersebut kerana banjir bukan risiko yang
diinsuranskan oleh Ali.

Tajuk 4 - Kewangan 82

Prinsip kepentingan  si diinsurans hanya boleh menginsuranskan harta atau nyawa yang mempunyai
yang boleh kepentingan langsung dengan dirinya, iaitu dia akan mengalami kerugian sekiranya
diinsuranskan risiko yang diinsuranskan berlaku

Prinsip penuh  prinsip ini bertujuan untuk mengelakkan seseorang mendapat keuntungan daripada
percaya mutlak harta orang lain akibat tindakan sengaja merosakkan harta tersebut untuk menuntut
pampasan

 contoh kes:
 Ali hanya boleh menginsuranskan rumahnya dengan risiko kebakaran
kerana dia akan mengalami kerugian besar apabila rumahnya terbakar.
Dia tidak boleh menginsuranskan rumah rakannya kerana dia tidak akan
mengalami apa-apa kerugian apabila rumah rakannya terbakar.

 si diinsurans mesti memberikan maklumat yang lengkap ke atas harta dan nyawa
yang diinsuranskan

 syarikat insurans juga mesti mendedahkan segala syarat dalam polisi insurans
dengan jelas

 penyembunyian maklumat dianggap sebagai pelanggaran kontrak insurans
 pemberian maklumat yang palsu oleh si diinsurans akan mengakibatkan polisi

insurans dibatalkan
 contoh kes:

 Ali menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran dengan nilai
lindungan RM200,000. Ali tidak mengisytiharkan kepada syarikat insurans
bahawa rumah mempunyai setor yang menyimpan bahan-bahan mudah
terbakar. Kebakaran telah berlaku dan punca kebakaran adalah dari
bahan-bahan mudah terbakar tersebut. Pampasan tidak akan dibayar
kepada Ali kerana polisi insurans antara Ali dengan syarikat insurans telah
terbatal kerana Ali didapati sengaja tidak mendedahkan maklumat dengan
benar dan jujur

Prinsip tambahan di Subrogasi
bawah prinsip ganti  Syarikat insurans mempunyai kuasa untuk mengambil alih hak milik terhadap harta
rugi
i. Subrogasi yang diinsuranskan setelah pampasan dibayar
ii. Caruman  si dinsurans tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap harta tersebut setelah
iii. Limpah
menerima wang pampasan
 contoh kes:

 Leong telah kehilangan keretanya. Setelah membuat laporan polis dan

tuntutan insurans, beliau telah mendapat ganti rugi daripada syarikat

insurans. Beberapa hari kemudian, pihak polis memaklumkan bahawa

keretanya telah dijumpai. Leong tidak berhak lagi untuk menuntut kereta

tersebut kerana beliau telah dibayar ganti rugi terhadap kerugian yang

dialami. Sekarang syarikat insurans yang mempunyai hak terhadap

kereta berkenaan

Caruman
 sekiranya si dinsurans menginsuranskan hartanya dengan lebih daripada satu

syarikat insurans, setiap syarikat insurans akan berkongsi sama rata untuk

membayar pampasan jika berlaku kerugian
 ia bertujuan untuk menghalang si diinsurans daripada mendapat keuntungan dengan

membuat tuntutan yang berlebihan
 contoh kes:

 Muthu menginsuranskan kedainya yang bernilai RM800,000 daripada

kebakaran. Beliau juga membeli insurans yang sama dengan dua buah

syarikat insurans yang lain. Apabila kebakaran berlaku, Muthu akan

hanya menerima RM800,000 sebagai ganti rugi daripada ketiga-tiga

penginsurans mengikut bahagian masing-masing.

Tajuk 4 - Kewangan 83

Limpah
 si diinsurans tidak boleh menginsuranskan hartanya pada nilai perlindungan yang

melebihi nilai sebenar harta tersebut
 jika berlaku kerugian, si diinsurans hanya akan dibayar pampasan setakat nilai

sebenar harta semasa kerugian berlaku
 contoh kes:

 Farid telah membeli sebuah rumah lima tahun dahulu dengan harga

RM150,000. Walau bagaimanapun, nilai rumah itu sekarang ialah

RM200,000. Memandangkan nilai rumah tersebut meningkat dari semasa

ke semasa, Farid telah menginsuranskan rumahnya terhadap kebakaran

dengan nilai lindungan RM250,000. Apabila rumah Farid terbakar,

penginsurans hanya akan membayar ganti rugi sebanyak RM200,000

sahaja iaitu mengikut nilai semasa rumah tersebut

c) Prinsip takaful

Kepatuhan syariah Gharar
 takaful tidak  ketidakjelasan atau kesamaran dalam perjanjian insurans konvensional
 si diinsurans tidak diberitahu bagaimana wang caruman dilaburkan dan tidak pasti
mempunyai ciri-ciri
yang terdapat dalam mengenai sumber pampasan yang diterima
insurans konvensional  pelaburan yang dibuat dalam insurans konvensional tidak jelas pematuhannya
iaitu gharar, maisir
dan riba terhadap kehendak syariah
 takaful juga perlu  syarat perkongsian untung juga tidak dinyatakan dengan jelas
mempunyai akad dan  dalam takaful, syarat perkongsian untung termasuk bagaimana caruman peserta
jual beli
diuruskan dan cara pelaburan dibuat dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian

Maisir
 bermaksud perjudian
 dalam insurans konvensional, jika si diinsurans tidak mengalami kerugian, wang

yang dicarumkan dianggap hangus dan tidak mendapat sebarang pulangan
 situasi tersebut menyamai konsep perjudian
 dalam takaful, wang yang dicarum peserta akan dilaburkan dan keuntungan yang

diperoleh akan diagihkan kembali kepada peserta

Riba
 faedah yang diberi atau dikenakan kepada seseorang yang terlibat dalam urus niaga

perkhidmatan kewangan
 dalam insurans konvensional, si diinsurans telah dijanjikan satu kadar faedah yang

akan diberikan kepada mereka
 mereka akan tetap menerima pulangan dengan kadar yang tetap tanpa mengambil

kira syarikat insurans mengalami keuntungan atau kerugian
 dalam takaful, konsep pembahagian untung (al-mudharabah) diamalkan
 jika pengusaha takaful memperolehi keuntungan, peserta akan memperolehi

sebahagian untung tersebut mengikut pembahagian yang telah dipersetujui
 jumlah keuntungan tersebut tidak sama pada setiap tempoh pembahagian

Akad
 merujuk kepada satu janji yang mengikat kedua-dua pihak yang ingin membuat satu

urusniaga
 iaitu satu perjanjian yang mengikat antara peserta dengan pengusaha takaful

Jual beli
 wujud satu pertukaran antara pengusaha takaful dengan peserta takaful
 pengusaha takaful bersetuju memberi perlindungan kepada peserta pada satu nilai

yang dipersetujui antara kedua-dua pihak

Tajuk 4 - Kewangan 84

Menanggung risiko  skim takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan
bersama dan saling membantu antara peserta-peserta takaful

Tabarru’ (sedekah)  mereka bersetuju untuk menanggung bersama risiko dan membantu peserta lain

Simpanan atau yang mengalami kerugian akibat risiko kematian, kemalangan dan sebagainya
pelaburan  prinsip ini menggalakkan sikap tolong-menolong dan perpaduan di kalangan peserta

takaful

 semua peserta akan menyumbang dengan ikhlas kepada satu tabung khas untuk
membantu peserta-peserta lain yang mengalami bencana atau kemalangan

 caruman peserta akan dimasukkan sebanyak 5% ke dalam tabung khas (akaun
tabarru’)

 dana di dalam akaun ini akan digunakan untuk membantu peserta lain yang

mengalami kerugian akibat risiko yang diinsuranskan

 caruman yang dibayar peserta akan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan
sebanyak 95%

 dana tersebut akan digunakan oleh pengusaha takaful untuk melakukan pelaburan
 keuntungan hasil pelaburan tersebut akan dibahagikan kepada peserta berdasarkan

prinsip al-mudharabah
 prinsip ini merupakan persetujuan perkongsian keuntungan mengikut jumlah yang

dipersetujui bersama

Ulang kaji subtajuk - 4.5 Pengurusan risiko dan insurans
Tarikh
ulang kaji

Refleksi /
Catatan


Click to View FlipBook Version