BUKU PENGURUSAN SK KAMPUNG SHAFIE, 2019
FORMAT LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI:
a) Sukan MSSM: Olahraga, Bola Sepak, Bola Baling, Badminton, Pelayaran, Akuatik & Ping Pong dll
b) Penyertaan Murid: Persatuan / Kelab / Unit / Panitia (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,
Mate, Pend.Islam, MTQ, Kem Bestari Solat, KCJ, PSS) Unit Uniform / Kejohanan Sukan / Sukan
Mini / Perkhemahan / Hari Guru /Program Ihya’ Ramadan / Program Motivasi / Program LADAP /
Hari Anugerah Cemerlang
c) Semua aktiviti yang melibatkan penyertaan murid, guru & PIBG secara rasmi pada waktu
persekolahan
d) Serahkan laporan kepada GPK yang berkaitan, TIGA HARI selepas acara / aktiviti dijalankan.
LAPORAN PROGRAM:
MAKLUMAT AKTIVITI (LAMPIRKAN TENTATIF JIKA ADA)
1. Nama Acara:
2. Tarikh:
3. Hari:
4. Masa:
5. Lokasi Acara:
6. Bilangan Murid: (lampirkan senarai nama murid terlibat)
7. Bilangan Guru : (lampirkan senarai nama guru terlibat)
8. Bil.Tetamu / Ibu Bapa: (nyatakan bilangan jika melibatkan komuniti)
9. Pengangkutan: (nyatakan jenis & bil kenderaan yang digunakan)
10. Sesi Latihan: (berapa kali latihan / raptai persediaan, jika berkaitan)
11. Kewangan / Kos: (pengurusan program /makan/minum & pengangkutan)
PELAKSANAAN
1. Perjalanan waktu pergi dan sampai di lokasi / aktiviti pembukaan
2. Nyatakan acara / jadual aktiviti disertai /dijalankan
3. Prestasi dan pencapaian (lampirkan keputusan)
4. Ulasan sikap dan disiplin murid (jika berkaitan)
5. Nyatakan tugas-tugas guru untuk acara tersebut (contoh sebagai hakim, pengadil, urus setia)
6. Waktu bertolak pulang dan sampai ke sekolah / aktiviti penutup
ULASAN KESELURUHAN
1. Impak / hasil / refleksi
2. Ulas kelemahan dan kekuatan (perkara positif / negatif)
3. Nyatakan masalah dan kekangan (contohnya peralatan, faktor masa)
4. Beri komen / kritikan / cadangan untuk penambahbaikan
5. Lampirkan beberapa keping gambar / keputusan / buku program /sijil penyertaan (jika ada)
DISEDIAKAN OLEH:
(Setiausaha Program/Ketua Panitia/Jurulatih/Penyelaras/Guru Penasihat/Guru Pengiring/AJK Unit)
Tandatangan:
Nama:
Tarikh:
********************************************************************
ULASAN GPK:
Cap & Tandatangan
********************************************************************
ULASAN Guru Besar:
Cap & Tandatangan
100
BUKU PENGURUSAN SK KAMPUNG SHAFIE, 2019
TIGA BELAS MOTIVASI UNTUK PARA GURU
MOTIVASI PERTAMA Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana
kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi
Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.
MOTIVASI KEDUA Terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada
mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada
memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan
HARAPAN mereka.
MOTIVASI KETIGA Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan
kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati
mereka.
MOTIVASI KEEMPAT Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk
ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai
kepuncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.
MOTIVASI KELIMA Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan
yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang berterusan,
meskipun sudah berada didalam tanah.
MOTIVASI KEENAM Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama
kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
MOTIVASI KETUJUH Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum
selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.
MOTIVASI KELAPAN Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada
anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan
amanah".
MOTIVASI KESEMBILAN Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan
kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan
cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
MOTIVASI KESEPULUH Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar
dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan
baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula. Balasan untukmu sepadan dengan
amal perbuatanmu.
MOTIVASI KESEBELAS Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan
kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua
kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.
MOTIVASI KEDUA BELAS Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para
guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.
MOTIVASI KETIGA BELAS Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan
amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah
manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
* TERIMA KASIH kepada para Guru, kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS SABAR ISTIQAMAH
101
BUKU PENGURUSAN SK KAMPUNG SHAFIE, 2019
PENUTUP
SELAMAT MENJALANKAN
TUGAS
2019
KEPADA SEMUA GURU
DAN STAF
SK KAMPUNG SHAFIE
102