The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 3 SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN KUMPULAN P SEMESTER A221

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur.athifah210, 2023-02-03 01:11:49

MAJALAH MARI PEDULI BULI DALAM KALANGAN REMAJA

TUGASAN 3 SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN KUMPULAN P SEMESTER A221

MARI PEDULI BULI JENIS BULI JANUARI 2023 PUNCA BERLAKU BULI R M 6 . 5 0 EDISI 1 KESAN BULI KEPADA MANGSA dalam kalangan remaja


ISI KANDUNGAN Sidang Editor Tinta Editor Jenis-jenis buli Kesan Buli Kepada Mangsa Punca berlaku buli Berita Semasa 01 02 03 04 05 06 07 Ruang iklan 08 Cara elak menjadi mangsa buli 09 Ruang kreatif


KETUA EDITOR NUR AINA BINTI AHMAD RADZI 273823 EDITOR NURUL IZZATI BINTI HARUN 273487 EDITOR AIDA MARDHIAH ARIFAH BINTI ROSTAM 273005 EDITOR NORHAZWANI BINTI MAT WERO 273354 EDITOR NUR ATHIFAH BINTI ZAINAL ABIDIN 273730 SIDANG EDITOR


TINTA EDITOR Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah, rahmat dan kurnianya, majalah ini dapat diterbitkan dalam bentuk e-majalah yang akan menemui para pembaca. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua editor majalah ini dan Dr Marzalina sebagai penasihat majalah ini yang tidak jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk kami menjayakan penerbitan majalah ini. Majalah Mari Peduli Buli dalam kalangan remaja merupakan keluaran bahan bacaan yang memfokuskan terhadap buli yang berlaku di negara kita. Isu buli merupakan isu yang tidak pernah habis dibincangkan sejak zaman dahulu lagi. Majalah ini memberikan pelbagai informasi tentang buli dalam bentuk yang mudah difahami. Terbitan ini diharapkan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai buli dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat bagi membendung isu ini daripada berleluasa. Sekian, Terima Kasih. Oleh: Nur Aina Ahmad Radzi


07 PEDULI ELAK BULI BULI MENURUT PANDANGAN ISLAM Setiap perbuatan dan amalan manusia akan dihitung oleh Allah S.W.T. Daripada Abu Dzar Al-Ghifari R.A dalam satu hadis Qudsi, daripada Nabi S.A.W bahawa Allah S.W.T. berfirman: “ Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diriKu, maka Aku mengharamkannya di kalangan kamu, maka janganlah kamu zalim-menzalimi”. llah melarang hamba-Nya melakukan kezaliman sesama manusia. Menurut pandangan Islam, buli merupakan suatu tingkah laku yang bertentangan dengan naluri dan fitrah kejadian manusia di sisi Allah S.W.T. Tingkah laku yang perlu ditonjolkan oleh setiap insan di dunia adalah tingkah laku positif yang menggambarkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T. yang mana manusia perlu berhubung secara baik antara satu sama lain di dunia ini. Imam al-Ghazali menyatakan, melalui pendidikan, perangai buruk seseorang dapat disemai dengan sifat yang baik. Masalah buli dalam kalangan remaja dapat ditangani dengan cara Islam. Ketegasan dan hikmah dalam memberikan nasihat atau teguran kepada pembuli sangat penting supaya tingkah lakunya dapat diubah. Kita mungkin tidak dapat melahirkan insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah jika tidak mengamalkan moral yang luhur. Oleh itu, amalan buli haruslah dihapuskan sejak kecil lagi dengan menanam sifat ketakwaan kepada Allah S.W.T. A


uli merupakan satu tindakan buruk terhadap orang lain dengan niat untuk menyakiti orang itu sama ada secara emosi mahupun fizikal. Seseorang yang menjadi mangsa tindakan buli akan mengalami tekanan yang boleh memberi kesan terhadap kehidupan. Buli juga dikenali sebagai penderaan rakan sebaya iaitu 'peer abuse'. Isu buli dilihat sebagai satu masalah tingkah laku buruk yang berlaku dalam kalangan remaja. Isu buli ini semakin hari semakin meningkat tambahan pula kecanggihan teknologi yang berkonsepkan langit terbuka sentiasa menyadurkan maklumat dari pelbagai pelosok dunia termasuklah isu buli dalam kalangan remaja di sekolah. Menurut Ngo Yew Yung et al.,(2019) buli ditakrifkan sebagai satu tingkah laku buruk yang dilakukan secara sedar kepada individu lain. Kajian dari Nachiapan et al (2018) menunjukkan bahawa kebanyakan kes buli di Malaysia berpunca daripada perasan tidak berpuas hati dengan orang lain. Masalah buli melibatkan remaja Malaysia mula meningkat dari 3011 kes ke 3488 pada tahun 2015 dan 2016 (Yaakob,2018) Kejadian buli di Sarawak melibatkan lima orang pelajar sekolah membuli secara fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun. (Sidi,2019) Hasil kajian oleh Norjihan Abd Aziz et al, (2020) menunjukkan bahawa faktor buli berlaku adalah berpunca daripada ejekan terhadap fizikal, nama, atau bangsa seseorang. APA ANDA PERLU TAHU? uli siber merupakan satu bentuk buli yang menggunakan laman media sosial sebagai medium untuk mengkritik, mengutuk dan menghina seseorang. Laman sosial media yang sering menjadi platform untuk masyarakat membuli dengan hanya menggunakan hujung jari adalah seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi. Mangsa buli siber tidak mengenali individu yang membuli kerana konsep tanpa nama (anonymity) telah disediakan melalui internet. Berdasarkan laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2020, Malaysia berada pada kedudukan kedua di Asia bagi kes buli siber selepas India. (Berita Harian 2022) B DUNIATANPASEMPADAN BULI SIBER B PENGENALAN BULI ndividu yang menjadi mangsa buli sosial sering kali akan dipaksa atau diugut untuk melakukan sesuatu yang berbahaya atau memalukan di hadapan remaja lain. Mangsa juga akan digesa untuk membuat beberapa perkara negatif atau memalukan jika tidak ingin dibuli lagi. Buli sosial juga merupakan perbuatan memulaukan seseorang kerana tidak pandai bergaul, Mangsa akan diabaikan oleh remaja lain kerana bimbang akan diganggu juga oleh pembuli. Pembuli sosial akan membuli secara berkumpulan terhadap seorang individu. Ini membuatkan individu yang dibuli dilihat lemah dan rasa terancam. I "NAKKAWAN?BUATMACAMNIDULU" BULI SOSIAL J E N I S - J E N I S B U L I Di sekolah, buli sosial banyak berlaku dan tidak disedari oleh pihak pentadbiran sekolah. Hal ini kerana, pelajar yang dibuli dengan cara ini tidak dapat dilihat kesannya secara fizikal terhadap tubuh badan mereka seperti lebam atau luka. Buli sosial dilakukan secara gangguan lisan dan tidak menyentuh tubuh badan mangsa. Antara contoh tindakan buli sosial adalah seperti diugut, dihina ciri fizikal serta barang milik mangsa disembunyikan, dirosakkan atau dibuang oleh pembuli.


"Kejadian buli mewujudkan gejala samseng atau gengsterisme dalam kalangan remaja" Datuk Aidi Ismail, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman. (Sinar Harian,2022) CEDERA PARAH AKIBAT DIBULI JANGAN SAMPAI REMAJA JADI PEMBUNUH ! Perbuatan buli melibatkan anggota tubuh badan sepeti pukul-memukul, menampar, menendang, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan atau kematian. Buli secara fizikal secara amnya akan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tubuh badan seperti lebam dan luka. Kecederaan yang lebih parah seperti patah bahagian anggota badan tertentu, koyakkan pada bahagian kulit serta pendarahan. Semasa zaman sekolah saya sering diperas ugut oleh pembuli, setiap hari kena bagi mereka duit, kalau tidak saya akan dipukul di tandas sekolah. Sehingga kini saya trauma dan sebab itu saya tidak mempunyai banyak kawan, bimbang jika terlampau dekat, saya akan menghadapi situasi sama, jadi lebih baik saya bersendiri,” - Mangsa buli fizikal, 30 tahun, Sarawak Terdapat isu buli yang menyebabkan mangsa menemui ajal. Antara kes buli di Malaysia yang menyebabkan kematian adalah kes kematian pegawai kadet laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun 2017 yang maut akibat dibuli secara brutal oleh rakan-rakannya. Kes pada tahun 2010 pula melibatkan seorang remaja 16 tahun yang maut akibat ditendang di bahagian kepala oleh sekumpulan pelajar senior. BULI, SAMPAI BILA? SAMBUNGAN... J E N I S - J E N I S B U L I BULI FIZIKAL


PEMBELAJARAN DAN PERSEKOLAHAN 02 PSIKOLOGIKAL FIZIKAL 01 03 Buli akan memberikan kesan yang mudarat kepada fungsi psikologikal mangsa. Mangsa buli akan mengalami perasaan untuk menentang, kesunyian, rasa terpinggir dan perasaan ingin membunuh diri. Mangsa buli juga cenderung untuk mencederakan diri sendiri, mengalami simptom kemurungan, kecemasan dan lainlain kecelaruan psikotik. Mangsa buli sering merasakan mereka merupakan punca kepada situasi buli yang dihadapinya dan seterusnya akan memberikan impak kepada harga diri mereka. Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosi sehingga menjejaskan hubungannya dengan keluarga dan orang sekeliling. 06 PEDULI ELAK BULI kkeessaann bbuullii kkeeppaaddaa mmaannggssaa Kesan terhadap fizikal akan menyebabkan pelbagai kesukaran yang dihadapi oleh mangsa buli. Mangsa buli akan menghadapi masalah seperti pening kepala, sakit perut, sakit badan dan lambat pulih daripada kesakitan. Kesan ini bukan sahaja memberi kesan kepada biologi atau tubuh badan individu, namun turut memberi kesan kepada bagaimana mangsa buli akan berfungsi dalam mansyarakat. Mangsa buli akan berasa takut dan bimbang semasa berada di sekolah. Perkara ini akan menyebabkan mangsa buli sukar untuk fokus dan melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga cenderung untuk ponteng sekolah bagi mengelakkan diri daripada dibuli. Prestasi akademik juga akan mengalami kemerosotan kerana buli telah memberikan kesan yang mendalam kepada dirinya. Mangsa buli juga akan mempunyai masalah perhubungan dengan rakanrakan, guru serta pihak sekolah. Kesan buli pada jangka masa panjang dapat dilihat apabila mereka mencapai usia dewasa. Oleh: Norhazwani binti Mat Wero


10 CARA MENGELAKAN DIRI DARI DIBULI 3 Perkara Boleh Ibu Bapa Lakukan Untuk Elak Anak Dibuli! Mencegah dan menghentikan buli melibatkan ibu bapa untuk mewujudkan persekitaran yang selamat di mana kanak-kanak boleh berkembang maju, dari segi sosial dan akademik dan tanpa rasa takut. PERHATIKAN ANAK ANDA UNTUK TANDA-TANDA MEREKA MUNGKIN DIBULI Kanak-kanak mungkin tidak selalu bersuara tentang dibuli. Tanda-tanda termasuk: pakaian koyak, teragak-agak untuk pergi ke sekolah, selera makan menurun, mimpi buruk, menangis, atau kemurungan dan kebimbangan umum. Jika anda mendapati anak anda dibuli, jangan beritahu mereka untuk "melepaskannya" . Sebaliknya, lakukan perbualan terbuka di mana anda boleh mempelajari perkara yang sebenarnya berlaku di sekolah supaya anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk membetulkan keadaan. Paling penting, beritahu anak anda bahawa anda akan membantu mereka dan mereka harus cuba untuk tidak melawan AJAR ANAK ANDA CARA MENANGANI DIBULI Amalkan senario di rumah di mana anak anda belajar cara mengabaikan pembuli dan/atau membangunkan strategi tegas untuk menangani buli. Bantu anak anda mengenal pasti guru dan rakan yang boleh membantu mereka jika mereka bimbang dibuli. . TETAPKAN SEMPADAN DENGAN TEKNOLOGI Didik anak anda dan diri anda tentang buli siber dan ajar anak anda untuk tidak membalas atau memajukan e-mel yang mengancam. "Rakan" anak anda di Facebook dan platform media sosial lain dan sediakan penapis yang betul pada komputer anak anda. Jadikan komputer keluarga satu-satunya komputer untuk kanak-kanak, dan letakkan di tempat awam di rumah yang boleh dilihat dan boleh dipantau. Jika anda memutuskan untuk memberi anak anda telefon bimbit fikirkan dengan teliti sebelum membenarkan mereka mempunyai pilihan kamera. Beritahu mereka bahawa anda akan memantau mesej teks mereka. Sebagai ibu bapa, anda boleh menegaskan bahawa telefon disimpan di kawasan awam, seperti dapur, pada waktu tertentu pada waktu malam untuk menghapuskan buli pada waktu malam dan pemesejan yang tidak sesuai. Ibu bapa harus melaporkan buli kepada sekolah, dan membuat susulan dengan surat yang disalin kepada pengawas sekolah jika siasatan awal mereka tidak mendapat jawapan.


Pantun Buli Siber Bunga seroja berbau setanggi, Diapit dahlia juga akasia, Ilmu di dada sudahkah tinggi? Mula menyoal kejadian manusia. Penat berbalah habis disebat, Melayan rajuk hingga ke Sabah, Tiadalah salah diri sahabat, Di lahir begitu apa merubah. Membeli jamu bersama si nyonya, Singgah sekejap membeli ikan, Jika mindamu tiada sucinya, Gadis berjilbab juga kau bogelkan. Duduk di pangkin melayan ajuk, Berteman puyuh juga kenari, Jangan jari tegak menunjuk, Jika matamu galak mencari. Terbang berbega burung merpati, Berehat sebentar di atas dahan, Tiada artinya sajian bukti, Pantas jari mencari bahan. Berlayar pemudi bersama pertapa, Menuntu ilmu di alam fana, Guru mendidik khilafnya apa? Tular di maya dicerca dihina. Mengintai kartika dibalik suluhan, Berteman si sunti wajah nan indah, Jangan asyik mencari bahan, Terkena sendiri meroyan tak sudah. Duduk Jauhari nikmati kuaci, Sambil menilai emas berlian, Tiada faedah pahlawan kekunci, Puas sebentar, rosak kendian. RUANG KREATIF NUKILAN OLEH: Min Haziqah binti Mahat


TAIPING: Tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama penuh di sini menjadi mangsa buli dua pelajar senior Khamis, susulan kekalahan pasukan mereka dalam perlawanan persahabatan bola sepak sekolah. Aktivis masyarakat, Mona Din, 56, yang juga ibu saudara kepada seorang dari mangsa itu, berkata insiden bermula kira-kira jam 11 malam Khamis lalu, membabitkan tiga mangsa yang dipukul dua pelajar Tingkatan Lima. Beliau berkata, kejadian berlaku di dalam dorm yang disaksikan pelajar lain. "Ketiga-tiga mangsa dipukul kerana pelajar senior tidak puas hati pasukan bola sepak diwakili mangsa kalah dalam perlawanan persahabatan, termasuk kerana menjaringkan gol di gawang sendiri dan culas menghadiri latihan. "Tiada kecederaan serius dialami semua pelajar yang dipukul, " katanya. Mona berkata, pertemuan di antara waris dan pentadbiran sekolah dibuat hari ini bagi mencari penyelesaian, tanpa perlu membuat laporan polis. "Pihak sekolah berjanji akan menangani kes ini sewajarnya sementara menunggu hasil siasatan dan tindakan lanjut. "Pentadbiran sekolah mengatakan pelaku boleh dibuang sekolah, " katanya. BERITA SEMASA Pelajar dibuli kerana kalah bola Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri Julai 12, 2022


IPOH - Seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 cedera akibat dipukul sekumpulan pelajar senior yang turut menggunakan seterika panas dalam kejadian buli di sebuah sekolah di Teluk Intan, Khamis lepas. Kejadian sekitar jam 12.30 malam itu dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu selepas mangsa berbual dengan seorang pelajar wanita. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah dicederakan oleh 10 pelajar senior berusia antara 16 hingga 17 tahun semasa berada di asrama sekolah. Menurutnya, seorang daripada suspek telah membawa mangsa ke bilik asrama dan kemudiannya memukul mangsa secara beramairamai termasuk mencederakannya menggunakan seterika panas pada badan. "Mangsa kemudiannya menghubungi ibunya sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan. "Mangsa yang mengadu sakit di bahagian pinggang masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan kini berada dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu. Beliau berkata, soal siasat dijalankan mendapati, pergaduhan berpunca perasaan cemburu kerana mangsa berbual dengan seorang pelajar yang juga merupakan teman wanita kepada seorang suspek yang membulinya. Katanya, semua suspek terlibat telah ditahan pada hari sama dan direman selama empat hari sehingga Isnin ini. "Kes kini disiasat di bawah Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan." "Polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelak kegusaran masyarakat yang boleh mengganggu siasatan," katanya. Oleh: Normawati Adnan Jun 25, 2022 BERITA SEMASA PELAJAR DIBULI 10 SENIOR, BADAN DITEKAP SETERIKA


Kemurungan melampau dan tekanan dialami akibat dibuli dan didera secara mental menyebabkan bekas doktor pelatih, Muhammad Farhan Mohamed, dua kali nekad cuba menamatkan riwayat hidup. Ketika berkongsi pengalaman sukar itu, jelas riak wajah dan nada suaranya masih terlalu kecewa serta sedih diperlakukan sebegitu. "Pernah ada ketika saya beli motor besar dan menunggang selaju yang mungkin. Saya dah tak berfikir, kalau mati, biarlah. Cuma saya tidak berfikir untuk membunuh diri dengan terjun bangunan. "Saya hanya terfikir nak bunuh diri ketika sedang memandu. Apabila bekerja, keinginan untuk bunuh diri itu tiada. Ramai cakap suruh membaca al-Quran dan sebagainya, namun apabila kita berada dalam situasi itu, kita tidak sedar kita dalam kemurungan," Muhammad Farhan berkata: "Jangan pendam dan segera lapor kejadian buli kepada pihak berkuasa." Tegasnya, jika masalah itu berlarutan, individu dibuli bakal menerima kesan lebih teruk sehingga memiliki keinginan untuk membunuh diri seperti yang pernah dilaluinya. "Nasihat kepada yang kena buli, satu sahaja, cuba dapatkan bantuan daripada pihak di luar hospital sebab pihak pengurusan hospital akan cuba melindungi sesama sendiri. "Laporkan masalah kepada pihak yang lebih tinggi, seperti kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan," katanya. Beliau juga meminta pihak berkuasa supaya mengambil serius setiap aduan dilaporkan doktor pelatih kerana bantuan awal yang diberikan mampu menyelamatkan mereka. "Kepada pembuli, jangan lupa, apabila anda ada anak, nanti anak anda pula dibuli, kejadian buli sama ada secara mental atau fizikal perlu dihentikan. "Jangan jadikan buli ini sebagai budaya. Jangan lupa apabila kita ada anak atau cucu, mereka pula akan dibuli atau menjadi pembuli," katanya. Ditanya mengenai pendedahan insiden buli membabitkan doktor pelatih dan usaha kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani gejala itu, beliau berharap inisiatif terbabit dapat membantu menghentikan kejadian buli. "Perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku. Tolonglah bantu selesaikannya, jangan sekadar sekerat jalan atau ketika kes tengah 'panas' dan selepas itu senyap," katanya.


RUANG IKLAN


RUANG IKLAN


Click to View FlipBook Version