The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SGDQ 2123 CHILDREN AND ADOLESCENT PSYCHOLOGY IN SCHOOL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur.athifah210, 2022-07-08 04:58:36

ISU BULI DALAM KALANGAN REMAJA

SGDQ 2123 CHILDREN AND ADOLESCENT PSYCHOLOGY IN SCHOOL

Keywords: BULI

ISU BULI DI SEKOLAH DALAM
KALANGAN REMAJA

Pengenalan Isu buli dilihat sebagai satu masalah tingkah laku
buruk yang berlaku dalam kalangan remaja. Isu buli
ini semakin hari semakin meningkat tambahan pula
kecanggihan teknologi yang berkonsepkan langit
terbuka sentiasa menyadurkan maklumat dari
pelbagai pelosok dunia termasuklah isu buli dalam
kalangan remaja di sekolah. Menurut Ngo Yew Yung et
al.,(2019) buli ditakrifkan sebagai satu tingkah laku
buruk yang dilakukan secara sedar kepada individu
lain. Buli boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk
sama ada secara fizikal ataupun psikologi.

TEORI PEMBELAJARAN
SOSIAL BANDURA

Teori Pembelajaran Sosial yang diperkenalkan oleh Albert
Bandura (1977) telah menerangkan konsep
pembelajaran kanak-kanak melalui peniruan. Menurut
Renfrew (1997), kanak-kanak mempelajari tingkah laku
agresif dalam dua bentuk, sama ada secara langsung
atau melalui tontonan filem ganas. Isu buli yang jelas
melibatkan tingkah laku agresif secara khususnya dapat
dikaitkan dengan teori ini dimana remaja yang melihat
tingkah laku ganas sama ada melalui sifat ibu bapa,
persekitaran atau filem akan bertindak melakukan aksi
ganas tersebut kepada individu lain yang dilihat lemah.

TEORI HIRARKI

KEPERLUAN MASLOW

Teori hierarki keperluan maslow dibangunkan oleh Abraham
Maslow. Maslow menunjukkan lima keperluan tingkah laku yang
mempengaruhi dan membimbing tingkah laku manusia.
Kesempurnaan diri, harga diri, kasih sayang, keselamatan, dan
keperluan fisiologi (asas) disenaraikan dalam susunan tersebut.
Seseorang memerlukan hubungan dengan orang lain untuk
mengalami cinta manusia sejati. Kerana kita semua pada
dasarnya, kita memerlukan kasih sayang orang lain. Akibatnya,
majoriti kejadian buli ini berlaku kerana ibu bapa pembuli tidak
menyayangi mereka. Pelajar yang membuli akan melepaskan
rasa marah dan kecewa terhadap mangsa buli. Ini akan
memberikan mereka kepuasan yang mereka cari selepas
terlibat dalam tingkah laku agresif tersebut.

Kajian Literatur

Kajian dari Nachiapan et al (2018) menunjukkan
bahawa kebanyakan kes buli di Malaysia berpunca
daripada perasan tidak berpuas hati dengan orang
lain. Masalah buli melibatkan remaja Malaysia mula
meningkat dari 3011 kes ke 3488 pada tahun 2015 dan
2016 (Yaakob,2018) Kejadian buli di Sarawak
melibatkan lima orang pelajar sekolah membuli
secara fizikal terhadap seorang remaja perempuan
berusia 13 tahun. (Sidi,2019) Hasil kajian oleh Norjihan
Abd Aziz et al, (2020) menunjukkan bahawa faktor
buli berlaku adalah berpunca daripada ejekan
terhadap fizikal, nama, atau bangsa seseorang.

Menurut kajian dari Mahadi bin Hj. Khalid (2007) terdapat
tiga jenis tingkah laku buli yang terdapat dalam kalangan
pembuli iaitu fizikal, verbal dan antisosial. Tingkah laku buli
fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku buli secara
langsung. Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk
kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. buli
adalah salah laku yang dilakukan secara sedar sama ada
berbentuk fizikal atau psikologikal ke atas mangsa yang
lebih lemah bertujuan mendatangkan kemudaratan fizikal
atau psikologi (Ngo Yew Yung et al.,2019). Ini kerana
Pembuli akan bertindak menguasai orang lain bagi
membolehkan diri mereka berasa berkuasa dan dihargai
(Ghazali Darusalam, 2016).

JENIS - JENIS
BULI

Buli Buli Perbuatan memulaukan
Siber Sosial seseorang kerana tidak

Perbuatan yang pandai bergaul,
mengancam individu diabaikan rakan-rakan,
digesa untuk melakukan
secara atas talian tingkah laku negatif jika
(emel,mesej, sosial media ingin mendapatkan rakan

seperti Tiktok, Twitter,
Facebook, Instagram)

JENIS - JENIS
BULI

Buli Buli
Lisan FIzikal

Perbuatan buli melibatkan Perbuatan buli melibatkan
percakapan seperti mengusik anggota tubuh badan sepeti
atau menghina, menyebarkan pukul-memukul, menampar,

khabar angin (fitnah), menendang, menolak,
mengancam, dan mengejek mencubit, atau sepak terajang

orang lain. hingga menyebabkan
kecederaan atau kematian





Faktor FAKTOR ISU Faktor
Dalaman BULI Luaran

Pengalaman BERLAKU Keadaan
masa lalu keluarga

pernah dibuli Kurang didikan
agama dan
Memiliki
Gangguan pengaruh media
personaliti
Peraturan
Mempunyai sekolah yang
sikap suka
membuli longgar

Rasa seronok atau Pengaruh
puas dengan rakan sebaya
membuli

Ketidakhadiran
Penurunan
Berfikir untuk bunuh

ke sekolah
prestasi
diri atau cuba

yang kronik, akademik membunuh diri

Mempunyai
KESAN Merasa tertekan,

harga diri
kesunyian dan

yang rendah Peningkatan
cemas
perasaan untuk


menentang

Berkomunikasi PERANAN
dengan anak-
anak mengenai Memerhati dan
sekolah, rakan- mengenalpasti
tingkah laku anak
rakan
yang pelik

IBU BAPA

Mengenalpasti dengan
siapa anak-anak berkawan

di sekolah

Peka dan ambil GURU DAN Memberi peringatan
perhatian yang serius KOMUNITI tentang keburukan
apabila mengesan kes
buli berlaku di sekolah. amalan buli
terhadap diri sendiri

dan pihak lain.

Melaksanakan
Program Intervensi
dan Pencegahan Buli

YouTube

LINK SESI TEMU BUAL

https://youtu.be/7DVQCsFu-ZU

POSTER PROGRAM TEMU BUAL


Click to View FlipBook Version