The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyafina8, 2022-08-26 10:07:43

Kesan & Cabaran Dunia Siber Dalam Pembentukan Akhlak Masyarakat

e-majalah

KESAN &
CABARAN

DUNIA SIBER
DALAM
PEMBENTUKAN
AKHLAK

MASYARAKAT

Dunia Siber ialah dunia tanpa

sempadan ... 26 August 2022

e-MAJALAH

SIDANG
EDITORIAL

Nama Pensyarah : Ustazah Rahimah Bt Halim
Jabatan : Jabatan Pengajian Am

PENULIS

Nurul Syafina Binti Jamal (17DDT20F2035)
Nurul Nabihah Binti Idris (17DDT20F2030)

EDITOR

Nurul Syafina Binti Jamal (17DDT20F2035)
Nurul Nabihah Binti Idris (17DDT20F2030)
Izzah Atikah Munirah Bt Izzuddin (17DDT20F2007)
Muhammad Adli B. Abdul Jalil (17DDT20F2001)

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menggunakan isi kandungan dan
konsep buku ini dalam apa jua bentuk, cetakan dan elektronik, termasuk
televisyen, radio dan segala jenis platform tanpa izin daripada pihak
Politeknik Sultan Idris Shah.

Pada era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati
kehidupan selepas arus paskal pemodenan. Perubahan terhadap gaya hidup
berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan
menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang
bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Perubahan
dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari
pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat
telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia
berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar
memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan.

Kertas kerja ini mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa cabaran
dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni
agama serta akhlak masyarakat dan pengaruh negatif yang merubah minda
serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradigma tauhid, syariah
dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai keinsanan. Justeru itu, suatu
pendekatan dan tindakan yang menggunakan metodologi Islam perlu
dilaksanakan bagi tujuan mengawal, mendidik dan menjamin agar pengaruh
buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada.
Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal individu
daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan.

Kertas kerja saya dalam tugasan ini akan menerangkan sedikit sebanyak
tentang cabaran dan kesan dunia siber dalam perkembangan akhlak
masyarakat. Ia dilihat dari aspek kesan dan cabaran itu sendiri kepada
golongan masyarakat. Setiap sesuatu itu ada pro dan kontranya dan tulisan kali
ini akan menerangkan dari sudut kedua-dua aspek.

K A N D U N G AI SNI

01 PENGENALAN
02 KESAN DUNIA SIBER

DALAM PEMBENTUKAN
AKHLAK MASYARAKAT

03 CABARAN DUNIA SIBER
DALAM PEMBENTUKAN
AKHLAK MASYARAKAT

04 PENUTUP

PPEENNGGEENNAALLAANN

Apa itu Dunia Siber?

PENGENALAN

Dunia siber kini menjadi sebahagian kehidupan

manusia moden yang memainkan peranan

penting dan banyak mengubah perbagai aspek

kehidupan manusia. Walaubagaimanapun,

dunia siber bukan hanya memberi kesan yang

positif, malah boleh menggunakan kesan yang

negatif kepada masyarakat pengguna

golongan remaja yang mudah terdedah

kepada perlakuan jenayah. Kajian yang

dijalankan oleh David S. Wall mencari

hubungan yang signifikan di antara

penggunaan internet dengan jenayah yang

berlaku dewasa ini. Antara perlakuan jenayah

dan juga masalah sosial remaja adalah seperti

pornografi, penipuan, pelacuran,

penyeludupan, peras ugut, haram, aktiviti seks

bebas, rogol, mencabul kehormatan,

penyalahgunaan dadah dan sebagainya.



KESAN POSITIF

PERKEMBANGAN DUNIA SIBER

PENGENALAN E-LEARNING MELAHIRKAN MASYARAKAT
KEPADA MASYARAKAT YANG KREATIF DAN INOVATIF

-Disebabkan kes COVID-19 kerajaan -Melalui perkembangan internet

mula meneruskan proses
banyak laman web carian.

pembelajaran -Contoh, aplikasi perniagaan iaitu

secara atas talian. Lazada dan Shopee.

-Contohnya, aplikasi Microsoft -Terbukti, masyarakat menjadi

teams. Dengan ini, masyarakat kreatif kerana dapat mencipta

pelajar dapat terus menambahkan aplikasi berguna.
ilmu pengetahuan.

MEMUDAHKAN PENCARIAN DAPAT MELAHIRKAN
MAKLUMAT MASYARAKAT YANG
BERJIWA KEUASAHAWANAN

-Masyarakat boleh membuat carian di -Perkembangan dunia siber tiada
Google dengan menaip sahaja carian sempadan had antara negara.
yang diingini. -Contohnya, masyarakat Malaysia
-Perkembangan dunia siber pelbagai boleh membeli barangan daripada
maklumat kita boleh dapati. negara china, begitu juga sebaliknya
-Boleh membaca artikel, berita, dan menerusi aplikasi Shopee.
mengetahui perkembangan semasa -Ini membolehkan masyarakat
menerusi dunia siber ini. memperoleh keuntungan

KESAN NEGATIF

PERKEMBANGAN DUNIA SIBER

Pada zaman pemodenan ini dunia siber adalah penting bagi setiap masyarakat dan amat
terknal dari golongan kecil hingga dewasa. Tetapi haruslah kita ingat bahawa jika terlalu
khusyuk akan dunia siber in akan memberikan kesan yang tidak baik bagi setiap masyarakat.

Antara kesan-kesannya adalah :

1. Terjebak dengan aktivit yang
tidak bermoral.

Dik kerana terlalu fokus akan dunia siber ianya mengakibatkan remaja sekarang lalai
akan dunia sebenar. Mereka lebih tertumpu kepada aktiviri yang tidak bermoral seperti
contoh, permainan video game, melayari web-wweb yang tidak sepatutnya dan sebagainya.
Perbuatan seperti ini haruslah diambil pantau oleh ibu bapa zaman sekarang agar anak-anak

mereka tidak lalai dengan dunia siber.

2. Terpengaruh dengan budaya barat.



Dengan pelbagai benda yang ada di dalam dunia siber ini mengakibatkan remaja zaman
sekarang terpengaruh akan dengan budaya barat. Sebagai contoh, dari segi pemakaian, cara
pergaulan, cara percakapan dan sebagainya. Perkara ini amatlah tidak sesuai dan tidak patut
dipengaruhi. Dari segi contoh pemakaian, remaja sekarang lebih suka berpakaian terdedah
dan menjolok mata dik kerana terikut-rikut akan budaya barat. Selain itu, dari segi pergaulan,
mereka tidak menjaga ikthilat akan kerana merasakan perkara tersebut adalah benda yang
tidak remeh ini boleh mengakibatkan seks bebas berlaku dan banyak lagi. Tidak dengan itu
juga, dari cara percakapan, remaja zaman sekarang lebih senang menggunakan
perkataanperkataan yang kasar dan tidak lagi menjaga cara percakapan mereka dengan orang
yang ;ebih tua.

3. Komunikasi antara masyarakat berkurangan.



Semakin moden negara semakin banyak perkara yang menarik berleluasa di dalam dunia
siber. Perkara ini mengakibatkan masyarakat kita lebih tertarik akan untuk melayari dunia
siber berbanding bergaul dengan masyarakat luar. Kesan ini mengakibatkan kekurangan
komunikasi antara sesama masyarakat. Seperti contoh dalam sesebuah kekeluarga, jika
diantara mereka terlalu fokus akan dunia siber ianya mengakibatkan sesebuah keluarga itu
runtuh dik kerana kekurangan komunikasi di antara mereka. Selain itu juga dari sifat
kejiranan, ini boleh mengakibatkan hilangnya semangat kejiranan di antara sesama
masyarakat. Perkara seperti ini harus dijauhi kerana ianya akan memberikan impak yang
tidak baik pada masa yang akan datang. Sesungguhnya kita haruslah mengurangkan diri
daripada dunia siber.

4. Keruntuhan akhlak



Terdapat kesan yang lain juga iaitu apabila remaja zaman sekarang terlalu taksub akan
dunia siber ini mengakibatkan keruntuhan akhlak dalam diri mereka. Perkara ini haruslah
dititikberatkan oleh ibu bapa sebelum perkara menjadi lebih serius. Contoh keruntuhan

akhlak berlaku apabila sering melayari web-web lucah, menonton filem-filem yang
berunsurkan keganasan dan banyak lagi. Sebagai masyarakat yang bijak kita haruslah bijak

mengendalikan perkara ini untuk masa depan yang lebih baik.

PMEDAMUSBNYCEIAANAARBDTKSAAAUHIKRKLLBAAAAAEMNNKTR

C APMBESAAMI BRSBEYAERANNARDTKDAAUHUKKLLNAAAAI MANKT

Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh
golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang
melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus
semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan
hubungan sosial seperti menerusi laman web Facebook, Twitter dan lain-lain
lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan
menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk
menyertainya.

Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegini
mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta
membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu juga
keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman-laman
web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi
remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak
menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka, ataupun
gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak
dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber
seperti terlibat dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan
pemerdagangan manusia.

1. Penyebaran gosip & fitnah

Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu
dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebara
n fitnah dan gosip oleh satu pihak bagi tujuan
memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web
internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila
hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang
sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta
keluarganya.
Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”

2. Permasalahan remaja

Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka
menghabiskan masa di cyber cafe, internet cafe dan telefon pintar. Program seperti chatting, permainan
video dan berbagai aktiviti melaluinya akan membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak
remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah,
menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri.
Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.
Hal ini demikian kerana mereka banyak terpengaruh dari rakan mereka sendiri sehingga mereka terjebak
dalam kes jenayah. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan
keluarga dan berkembang biaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja.

3. Kesahihan maklumat

Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu
dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebara
n fitnah dan gosip oleh satu pihak bagi tujuan
memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web
internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila
hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang
sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta
keluarganya.
Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”

4. Pelayaran Web Negatif

Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak
berfaedah memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia.
Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai
kepribadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan,
perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.
Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-
anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap
perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang
boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa
daripada menghindari perbuatan tercela.
Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud
“Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji ‘.

Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling.
Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi
dan ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual.
Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup
insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat
dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah
pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi
amalanamalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Impak kepada gejala ini
maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti perzinaan,
pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan Lesbian, penyakit kelamin, curang
dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja.

PPEENNUUTTUUPP

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah
melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi
melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai
agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam
penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam
itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial,
ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin
agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan
diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang
seikhlas-ikhlasnya. Ia juga menjadi harapan besar negara dengan adanya
ketelusan dan ketulusan dalam zaman siber ini maka masyarakat akan lebih
beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang yang boleh rosak dan
menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan maya yang
akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan
dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh
yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda. Ianya telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat
penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan
pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat
dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau
mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama
dan budaya masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif
masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan
peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita,
khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang
akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa
yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurang
kan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan
dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT
ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara
bangsa Malaysia.

RUJUKAN

Malek, Mohd Dahlan A., and Ida Shafinaz Mohamed Kamil.
"Jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja: cabaran dan
realiti dunia siber." (2010).

nti Mohd, Rusyda Helma Bi. "Fitnah siber: Satu tinjauan dari
sudut Islam, perlembagaan dan undang-undang."

Fuad, Nur Sarida Mohd, Mohd Daud, and Ahmad Rizal Mohd
Yusof. "MEMAHAMI JENAYAH SIBER DAN KESELAMATAN SIBER
DI MALAYSIA: SUATU PEMERHATIAN TERHADAP PANDANGAN
SARJANA DAN INTELEKTUAL: UNDERSTANDING CYBERCRIME
AND CYBERSECURITY IN MALAYSIA: AN OBSERVATION FROM
THE PERSPECTIVE OF SCHOLARS AND INTELLECTUALS." ASIAN
JOURNAL OF ENVIRONMENT, HISTORY AND HERITAGE 6.1
(2022).

Zur Raffar, I. N. A., & Kontemporari, A. P. I. PENDIDIKAN
KEIBUBAPAAN TERHADAP REMAJA: PENGGUNAAN TEKNOLOGI
DAN MEDIA SIBER. S ROSIDING, 101.

Tunggak, Buerah, Shanah Ngadi, and Hamimah Abu Naim.
"Delinkuen pelajar dan cadangan penyelesaiannya menerusi
model pembangunan sahsiah remaja/pelajar muslim
bersepadu." Jurnal Hadhari 7.2 (2015): 11-30.


Click to View FlipBook Version