The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Kali Ke-41
Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu Kali Ke-40
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Kali Ke-2 Dan
Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris Kali ke-19
SJK (C) Peringkat Daerah Tawau
Tahun 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-24269116, 2024-06-17 12:06:32

KBMCI Tawau 2024

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Kali Ke-41
Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu Kali Ke-40
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Kali Ke-2 Dan
Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris Kali ke-19
SJK (C) Peringkat Daerah Tawau
Tahun 2024

PERATURAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SJK(C) PIALA PERPADUAN PERINGKAT DAERAH TAWAU KALI KEDUA TAHUN 2024 1.0 NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Piala Perpaduan Peringkat Daerah Tawau Kali Kedua Tahun 2024. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan. 2.2 Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri. 2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. 2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan. 2.6 Menggalakkan murid menjana idea spontan berdasarkan bahan rangsangan. 3.0 KELAYAKAN PENYERTAAN 3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia BUKAN bangsa Melayu (Rujuk Sijil Kelahiran) di SJK(Cina) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu yang berada di sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja. 3.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. 3.3 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka dan setiap peserta dibenarkan menyertai satu (1) jenis pertandingan sahaja dalam Pertandingan Pidato atau Bercerita. 3.4 Setiap sekolah layak menghantar Dua (2) ORANG peserta terbaik sahaja untuk menyertai pertandingan ini pada peringkat daerah. Salah seorang daripada dua peserta tersebut mestilah berketurunan kaum Cina. 3.5 Peserta-peserta yang telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan Peringkat Kebangsaan pada tahun-tahun sebelumnya tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini pada semua peringkat. 3.6 Pertukaran peserta tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola pertandingan. 3.7 Setiap peserta dikehendaki menghantar satu (1) salinan sijil lahir kepada pihak pengelola. 4.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA 4.1 Setiap sekolah dikehendaki menghantar Skrip Cerita setiap peserta kepada pihak penganjur seperti format berikut: 4.1.1 Skrip cerita mestilah ditaip dalam format Microsoft Word, Arial 11 dan jarak 1.5. 4.1.2 Skrip cerita yang dihantar mestilah tertera nama penuh peserta dan tajuk cerita. 4.1.3 Skrip cerita simpan dalam bentuk WORDS dinamakan ikut peserta perlu dimuatnaik ke dalam Google Form Pendaftaran. 4.1.4 Skrip cerita yang telah dihantar semasa pendaftaran merupakan skrip MUKTAMAD. 4.2 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan cerita. Penggunaan kostum dan tatarias dibenarkan serta diberi markah. Pakaian seragam sekolah juga dibenarkan. 4.3 Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan. Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. Kedua-dua unsur ini tidak boleh melebihi satu minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut. 4.4 Unsur lakonan dan main peranan tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan adalah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.

4.5 Peserta tidak dibenarkan memperkenalkan diri dan sekolah masing-masing semasa menyampaikan cerita. 4.6 Pengacara majlis tidak dibenarkan memperkenalkan nama sekolah dan nama setiap peserta semasa pertandingan dijalankan. 5.0 FORMAT PERTANDINGAN Pertandingan bercerita dilaksanakan dalam DUA BAHAGIAN. 5.1 Bahagian Pertama 5.1.1 Tajuk bebas yang disediakan oleh pihak sekolah 5.1.2 Tempoh bercerita : 6-7 minit sahaja. 5.1.3 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-6. Pada minit ke-7 loceng akan dibunyikan sebanyak dua (2) kali menandakan masa persembahan telah tamat. 5.1.4 Penyampaian cerita selepas loceng penamat dibunyikan tidak diberikan sebarang markah. 5.2 Bahagian Kedua (spontan) 5.2.1 Selepas selesai Bahagian Pertama, lima (5) orang peserta yang mendapat markah tertinggi dalam pertandingan Bahagian Pertama akan diumumkan selepas penjumlahan markah Bahagian Pertama. 5.2.2 Peserta Bahagian Kedua akan memilih sampul yang berisi gambar sebagai bahan rangsangan daripada jawatankuasa pertandingan kemudian naik ke pentas. 5.2.3 Sebaik sahaja peserta mengeluarkan gambar dari sampul surat. Loceng pertama dibunyikan sekali (1) menandakan tempoh persediaan satu (1) minit diberikan dan loceng kedua dibunyikan dua (2) kali lagi menandakan peserta boleh mula bercerita berdasarkan gambar rangsangan. 5.2.4 Peserta bercerita dalam tempoh tiga (3) minit sahaja 5.2.5 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-2. Pada minit ke-3 loceng akan dibunyikan sebanyak dua (2) kali menandakan masa persembahan telah tamat. 5.3 1 wireless Mic dan stand sahaja disediakan. 6.0 SUMBER BAHAN 6.1 Bahagian Pertama 6.1.1 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium seperti buku cerita yang terdapat dalam pasaran, cerita daripada majalah dan media massa atau hasil karya peserta sendiri. 6.1.2 Kandungan cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, kaum, agama dan tidak menghina mana-mana pemimpin. 6.1.3 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid. 6.2 Bahagian Kedua (spontan) Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan rangsangan. Gambar merupakan subjek penceritaan. 7.0 PROSES PENILAIAN 7.1 Penilaian pada peringkat daerah akan menggunakan sistem juri, Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan. 7.2 Penilaian akan dilaksanakan oleh tiga (3) hakim yang dilantik oleh pihak penganjur. 7.3 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. 8.0 KRITERIA PENILAIAN 8.1 Peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti persembahan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. 8.2 Lima (5) markah maksimum akan ditolak kepada peserta yang menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai

murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif. 8.3 Lima (5) markah maksimum sahaja akan diberikan kepada peserta yang pegang nota atau teks serta cerita tidak menepati tema. 8.4 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria berikut : 8.4.1 .Bahagian Pertama a) Teknik Persembahan 30 markah b) Bahasa dan pertuturan 25 markah c) Penghayatan cerita 20 markah d) Mesej / nilai dalam cerita 10 markah e) Tempo penceritaan / perkembangan cerita 10 markah f) Ketrampilan peserta 5 markah Jumlah 100 markah 8.4.2 .Bahagian Kedua (Spontan) a) Persembahan dan kreativiti 25 markah b) Bahasa dan pertuturan 25 markah c) Penghayatan cerita 20 markah d) Mesej / nilai dalam cerita 15 markah e) Tempo penceritaan / perkembangan cerita 15 markah Jumlah 100 markah 8.5 Pemenang JOHAN dan NAIB JOHAN peringkat daerah akan bertanding ke peringkat negeri pada 10/8/2024 di Daerah Tawau. Pemilihan wakil Daerah Tawau adalah berdasarkan markah Bahagian Pertama yang tertinggi. 8.6 Sekiranya berlaku peserta memperolehi markah sama, pemenang akan dipilih berdasarkan markah Bahagian Pertama. Sekiranya masih berlaku persamaan markah maka akan dipilih berdasarkan kriteria persembahan, diikuti kriteria isi cerita dan nilai cerita, dan seterusnya kriteria bahasa, akhirnya kawalan suara dan konstum. 9.0 HADIAH PERSEORANGAN BAHAGIAN PERTAMA BAHAGIAN KEDUA a) Johan Perseorangan : RM 60.00 + piala + sijil sijil b) Naib Johan Perseorangan : RM 50.00 + piala + sijil sijil c) Tempat Ketiga Perseorangan : RM 40.00 + piala + sijil sijil d) Tempat Keempat Perseorangan : RM 30.00 + piala + sijil sijil e) Tempat Kelima Perseorangan : RM 20.00 + piala + sijil sijil 10.0 JOHAN KESELURUHAN 10.1 Sekolah yang memperoleh jumlah markah yang tertinggi bagi Pertandingan Pidato dan Pertandingan Bercerita akan menjadi Johan Keseluruhan dan akan dihadiahkan “Piala Perpaduan”. Sekiranya markah yang diperoleh adalah sama, Sekolah yang mendapat markah yang lebih tinggi dalam Pertandingan Pidato akan menjadi Johan Keseluruhan. 10.2 Cara Pengiraan Markah: Pidato Jumlah markah pidato X 100% = Markah A 100 markah X 2 Bercerita Jumlah markah bercerita X 100% = Markah B 100 markah X 2 Untuk menentukan Johan Keseluruhan: Markah A + Markah B 10.3 Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat Sijil Penyertaan.

11.0 PESERTA SIMPANAN 11.1 Jika berlaku pertukaran peserta, HANYA peserta simpanan (Kaum Cina) yang telah berdaftar boleh digunakan dan perlu dilapor sebelum tamat sesi mesyuarat pendaftaran peserta. Sijil Sakit / Surat Akuan Guru Besar perlu ditunjukkan. 12.0 TARIKH PERTANDINGAN : 22 JUN 2024 13.0 TEMPAT PERTANDINGAN : Dewan SJK (C) Yuk Chin 14.0 TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : sebelum atau pada 24 Mei 2024 (Jumaat ), jam 0200 Petang. 15.0 AJK PENDAFTARAN : Semua borang penyertaan hendaklah dihantar kepada Urusetia Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri melalui Google Form. Pautan laman web pertandingan : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/2024-kbcmi-tawau/home SJK(C) Chung Hwa Puan Chee Chong Fah Binti Sunkong @ Cuazelin Emel: [email protected] No h/p: 0138603799 / 089912231 16.0 MAKLUMAT TAMBAHAN a) Memuatnaik semua maklumat peserta/guru pengiring ke dalam GF, dokumen disimpan atas nama peserta/guru pengiring Lampiran 1: teks cerita ditaip guna ARIAL 11, simpan dalam bentuk WORDS atas nama peserta Lampiran 2: gambar peserta dan guru pengiring (latar belakang mesti PUTIH), simpan dalam bentuk JPG/JPEG. -Pakaian peserta berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam MuridMurid Sekolah dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan) -Guru pengiring mesti memakai blazer berwarna gelap. Lampiran 3: Surat Lahir peserta mesti disahkan PGB dan simpan dalam bentuk pdf. b) HANYA borang-borang KK01, Perakuan Guru Pengiring, Lepasan Ibubapa dan perakuan Kesihatan yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja DITERIMA. c) Rakaman video dan gambar adalah DILARANGKAN demi tidak menggangu persembahan peserta. Pihak penganjur akan menyediakan FOLDER bahan sepanjang pertandingan, semua sekolah boleh muat turun dari lawan web pertandingan d) Segala pindaan kepada peraturan tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Daerah.

Click to View FlipBook Version