The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d087570, 2021-12-23 22:18:10

D087570- BMP INDIVIDU

D087570- BMP INDIVIDU

BMP3073:
KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

KUMPULAN B

TAJUK:
ANALISIS BAHASA FIGURATIF DAN GAYA BAHASA
DALAM KUMPULAN PUISI BUNGA-BUNGA RUMPUT

NUKILAN ABD. GHAFAR BAHARI

NAMA IZZUDDIN BIN ZAINOL
NO. MATRIK D20191087570
KOD/ PROGRAM AT01/ ISMP KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER SEMESTER 5

PENSYARAH: DR. MD ZAHRIL NIZAM MD YUSOFF

1.0 PENDAHULUAN

Kesusasteraan merupakan suatu ilmu yang berestetika yang menyentuh kepada keindahan
bahasa. Menurut Ariff Mohammad (2018), kesusasteraan adalah suatu bidang ilmu yang
terangkum dengan pelbagai unsur antaranya, falsafah, gambaran kehidupan, nilai-nilai
pendidikan, nasihat-nasihat bahkan juga berfungsi sebagai alat hiburan. Kesusasteraan ini
membawa kepada gambaran peradaban, keilmuan dan kehidupan masyarakatnya. Terdapat tiga
jenis atau bentuk kesusasteraan yang didapati iaitu kesusasteraan melayu tradisional,
kesusasteraan melayu klasik dan kesusasteraan melayu moden. Ketiga-tiga kesusasteraan ini
terbentuk selaras dengan perkembangan dan kemajuan bahasa yang dikecapi seiring dengan
peredaran masa yang berlaku.

Tafsiran kesusasteraan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), adalah sebagai hasil
seni atau karya tulisan yang berbentuk prosa atau puisi yang memilki ciri-ciri dan keistimewaan
yang tertentu. Kedua-dua bentuk ini memiliki ciri-ciri tersendiri dan memiliki genre yang
berlainan. Genre bagi prosa adalah seperti mitos, lagenda, cerita rakyat, hikayat, panji dan epik.
Manakala genre bagi puisi ialah sajak, pantu, syair, seloka, gurindam, mantera, teromba dan
rejang. Kesemua genre ini memiliki penerapan seni bahasa yang menarik disamping membawa
mesej, nilai, idea dan pemikiran yang pelbagai mengikut kesesuaian genre masing-masing.

Tujuan penulisan esei ini adalah untuk melihat kepada seni bahasa terhadap genre yang
dipilih iaitu sajak yang berupa puisi moden. Penggunaan bahasa-bahasa yang menarik seperti
kiasan, perlambangan, perbandingan, dan penggunaaan imaginasi, perasaan, pesepsi dan emosi
akan diteliti. Pengkhususan diletakkan kepada analisis bahasa figuratif dan gaya bahasa bagi
menjalankan penulisan ini. Teks karya yang dipilih adalah daripada Kumpulan Puisi Bunga-
Bunga Rumput yang ditulis oleh Abd. Ghafar Bahari.

2.0 LATAR BELAKANG TEKS

Kumpulan Puisi Bunga-Bunga Rumput merupakan teks yang dijadikan pilihan sebagai rujukan
utama bagi dapatan esei ini. Puisi ini merupakan hasil nukilan Abd. Ghafar Bahari atau lebih
mesra disapa sebagai Gopa yang dihasilkan pada tahun 20007 dibawah terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka. Gopa merupakan anak kelahiran Padang Pauh Kangar, Perlis dan merupakan
seorang penulis puisi, penulis skrip komik, deklamator, pelakon teater bahkan juga pelakon
drama televisyen dan filem. Penghasilan Kumpulan Puisi Bunga-Bunga Rumput ini merupakan

salah satu kejayaan dan pencapaian beliau. Kumpulan puisi ini merupakan himpunan 94 puisi-
puisi karya Gopa sendiri yang dihasilkan sejak tahun 1980-an lagi dan pernah tersiar dalam
pelbagai majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, akhbar, majalah dan sebagainya.
Terdapat sebanyak lima puisi pilihan telah diambil sebagai sumber penulisan esei ini.

3.0 TAKRIFAN PUISI PILIHAN

I. Puisi Kuntum Harapan
Sebuah puisi yang membawa kepada gambaran dan penceritaan akan keadaan dan
halangan-halangan yang dihadapi dalam meraih harapan. Harapan yang diinginkan
bukanlah suatu perkara yang datang dengan mudah dan senang. Suatu bayaran dan
pengorbanan yang setanding perlu dipersiapkan bagi memastikan harapan tercapai.
Puisi dimulakan dengan keadaan diri yang ditimpa ujian sehingga meruntun emosi
dan jiwa lalu menyebabkan diri berasa jatuh dan tertekan. Nilai seperti kesetiaan,
kesabaran, keberanian dan kegigihan dimasukkan dalam puisi ini melalui penerapan
metafora. Pengakhiran puisi dikaitkan dengan suatu harapan yang dipasang, suatu
kerinduan dan satu penantian bagi memastikan kuntum harapan menjadi kenyataan.

II. Puisi Aku Dihanyutkan
Sebuah puisi yang mengingatkan akan peristiwa yang pilu yang pernah dilalui oleh
penulis. Ingatan terhadap peristwa-peristiwa tersebut telah menyebabkan diri
penulis lemas dan terperangkap dalam fikiran dan perasaannya sendiri. Bait-bait
puisi memperlihatkan penulis berada dalam kesengsaraan dan terbawa-bawa
dengan peristiwa tersebut sehingga memasukkan bait “batu yang menjadi barah”
iaitu merujuk kepada peristiwa hitam tersebut. Ingatan tersebut terus
menghanyutkan penulis dan pada akhir baris puisi ini ingatan yang dimasukkan
tersebut diberi gambaran sebagai suatu perkara yang penulis tidak akan ketemu lagi
dan dia telah hanyut dalam keadaan itu.

III. Puisi Sanggupkah Kau Membiarkan
Sebuah puisi yang menceritakan akan rintangan dalam menjalinkan sebuah
perhubungan. Terdapat bait puisi yang menyentuh perihal hati dan perasaan yang
dimainkan. Suatu peringatan telah diberikan dalam puisi ini supaya menjaga
perasan dan kepercayaan yang diletakkan. Hal ini kerana suatu yang tidak terduga
akan berlaku sekiranya suatu hubungan dipermainkan selaras dengan bait puisi “
menduga dalamnya hutan, menjenguk api dalam dada”. Pengakhiran puisi
memperlihatkan keadan-keadaan yang akan diterima sekiranya kepercayaan dan
hubungan itu tidak dijaga. Diri akan tersiksa dan akhirnya sakit terluka akibat
kehilangan.

IV. Puisi Tunggul
Tunggul melalui puisi ini merupakan suatu simbollik yang merujuk kepada seorang
perempuan. Kelakuan dan tindakan perempuan ini diceritakan bersifat tunggul
kepada seorang lelaki. Segala pertanyaan dan perkara yang dilakukan oleh lelaki
tidak dilayan lagi oleh si perempuan. Keadaan si lelaki digambarkan seperti telah
dipermainkan oleh perempuan apabila sebelum ini dia telah melakukan pelbagai
perkara kepada si perempuan dan sekarang dia ditinggalkan membisu. Keadaan ini
dapat dibuktikan melalui tiga baris terakhir puisi iaitu “alangkah angkuhnya tunggul
itu, membariskan aku antara lelaki, yang pernah lalu lalang di depan mu”.

V. Puisi Calar Bulan
Permulaan puisi menggambarkan penulis menghitung sisa-sisa kehidupan yang
dimilikinya. Penulis merasakan bahawa kehidupannya makin berada kepada
pengakhiran dan sering bertanya sama ada dia sudah bersedia ataupun belum untuk
menghadapinya. Hal ini kerana penulis merasakan terdapat banyak kesalahan yang
telah dilakukan dan sekiranya diberi kesempatan penulis sanggup membayarnya
dan rela berhadapan dengan balasan lain sebagai pengganti. Namun begitu, itu
semua hanyalah khayalan dan mimpi semata-mata kerana dia sememangya di
penhujung usia. Khayalan penulis itu adalah semasa memandang dada bulan yang
dilihat calar berkabus di malam hari.

4.0 ANALISIS BAHASA FIGURATIF
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), figuratif merujuk kepada penggunaan kata,
frasa dan ayat yang bersifat lebih abstrak dan imaginatif daripada makna biasa iaitu bersifat
kiasan atau perlambangan. Penggunaan figuratif ini sudah tentunya bertujuan untuk
mempelbagaikan lagi penggunaan seni bahasa dan memberi gambaran yang tesurat dan
tersirat yang disentuh secara halus dan berestetika. Keadaan ini selaras dengan pernyataann
Ariff Mohamad (2018), yang menjelaskan bahasa figuratif itu ialah bahasa kiasan yang
digunakan untuk menambahkan kesan dan makna tertentu dengan cara membandingkan
sesuatu perkara yang lain. Terdapat empat bahasa figuratif yang dikenalpasti iaitu
metafora, personifikasi, hiperbola dan simile. Analisis berkaitan keempat-empat bahasa
figuratif ini akan diperincikan melalui penulisan esei ini.

I. Metafora
Metafora merujuk kepada perbandingan dua hal iaitu perkara yang bersifat abstrak
dan konkrit yang dibandingkan secara langsung. Perbandingan abstrak yang
dimaksudkan adalah berkaitan dengan perkara yang tidak kelihatan manakala
perbandingan konkrit ialah suatu perkara yang boleh dilihat, disentuh dan dirasa.
Metafora ialah satu-satunya seni bahasa yang tidak menggunakan bahasa kiasan.
Berikut merupakan antara metafora yang ditemui menerusi puisi-puisi pilihan.

Kuntum harapan sentiasa menanti
Puisi Kuntum Harapan

Pulau impian itu
Puisi Aku Dihanyutkan

Inikah yan kaukatakan padang cabaran
Puisi Sanggupkah Kau Membiarkan

Seribu sangka di belakangmu
Jarum-jarum muslihat

Puisi Tunggul

Pada contoh yang pertama metafora yang dimaksudkan ialah kuntum harapan.
Kuntum merupakan suatu yang boleh disentuh dan harapan adalah suatu yang
diinginkan dan merupakan gambaran minda. Kuntum harapan yang dimaksudkan

ialah harapan yang tinggi dipasang seakan sekuntum bunga yang mekar. Penulis
mempunyai keinginan agar harapannya akan tercapai. Metafora kedua ialah pulau
impian yang bermaksud impian yang besar seakan gambaran pulau yang sifatnya
indah, menarik dan menyereronokkan dan keadaan tersebut dibandingkan dengan
sebuah impian.

Seterusnya ialah metafora padang cabaran. Gambaran kepada padang ialah
suatu yang luas dan besar dan keadaan ini dikaitkan dengan cabaran pada puisi yang
dihasilkan. Akhir sekali, metafora jarum-jarum muslihat. Maksud bagi metafora
ini ialah menyifatkan muslihat yang sama tajamnya (halus) dengan jarum yang
boleh mencederakan (menyusahkan) seseorang. Maka, menerusi contoh yang diberi
ini jelas menggambarkan gambaran abstrak dan konkrit yang dikaitkan
sememangnya membawa makna yang lebih indah dan pemakaian bahasa yang baik.

II. Personifikasi
Gaya bahasa personifikasi merupakan seni bahasa perbandingan yang meletakkan
atau memberikan sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang
abstrak untuk mendapatkan kesan seni dan estetika (Nazri Atoh & Saipolbarin
Ramli, 2019). Personifikasi ini selalunya memerihalkan dan berlakunya kiasan
terhadap perlakuan, perbuatan dan sifat yang ingin dibawa oleh penulis.Tambahan
pula, menurut Ariff Mohamad (2018), gaya bahasa personifikasi ini merupakan satu
corak khusus dari metafora yang menghiaskan benda-benda mati untuk bertindak,
berbuat dan berbicara seperti manusia.

Kasih lemas di rimba meronta
Puisi Kuntum Harapan

Apakah hari ini aku lebih sedia
menterjemah nista

Puisi Calar Bulan
Terumbang ambing dilambung kenangan

Puisi Sanggupkah Kau Membiarkan

Berdasarkan contoh di atas, maka dapat dilihat penggunaan gaya bahasa
personifikasi telah digunakan. Sebagai contoh, antara bait puisi yang boleh diambil
sebagai penerangan ialah pada puisi Calar Biru yang berbunyi “ apakah hari ini aku
lebih sedia menterjemah usia. Usia yang merupakan suatu bukan hidup telah
diberikan sifat atau perlakuan iaitu “menterjemah”. “Menterjemah” pada bait pusi
ini boleh difahamkan sebagai mengenang akan kesilapan dan kesalahan diri iaitu
dengan menterjemah.

Bait puisi “terumbang ambing dilambung kenangan”membawa kepada
kiasan kenangan yang diberi sifat dan perlakuan yang member gambaran terhadap
meningati atau imbas kebali kepada sesebuah kenangan yang dilalui. Pemilihan
diksi menarik inilah yang membawa kepada keindahan bahasa gaya bahasa
perbandingan.

III. Hiperbola
Hiperbola ialah gaya bahasa perbandingan yang membawa kepada suatu penyataan
yang berlebihan dengan membesar-besarkan sesuatu hal itu. Jenis gaya bahasa ini
selalunya digunakan bagi menyatakan sesuatu perasaan dan tanggapan secara
melampau. Kehadiran hiperbola ini berupaya dalam memberikan penekanan
terhadap mesej sesuatu penulisan yang dihasilkan. Berikut merupakan contoh
hiperbola yang diperoleh menerusi pemilihan puisi pilihan.

Apakah aku akan terus dihanyutkan
Sehingga dunia ini menjadi segi tiga

Puisi Aku Dihanyutkan

Berdasarkan contoh bait di atas jelas menunjukkan gambaran dan keadaan
yang melampau berlaku. Suatu pemikiran yang terlalu mengusarkan sehingga
membawa kepada pembawaan imaginasi yang melampau. Hiperbola telah
dimasukkan dalam memberi penekanan ini sehingga menyifatkan keadaan dunia
iaitu bumi yang sememangya berbentuk sfera sehingga bertukar menjadi segi tiga.
Keadaan ini merupakan satu penyataan yang melampau dan disifatkan sebagai
hiperbola.

Seterusnya, gambaran hiperbola juga dapat dilihat pada puisi berikut yang
menceritakan suatu perasaan yang telah dipermainkan sehinga mencetus kepada

kemarahan dengan memberi kiasan bahawa pagi akan tiba tanpa matahari sekiranya
kemarahan itu meletus. Keadaan ini terlampau berlebihan kerana kehadiran pagi
smeemangnya memerlukan matahari dan perkara yang sebaliknya hanyalah ketika
berlakunya tanda- tanda kiamat nanti. Berikut merupakan contoh bait puisi tersebut.

Kau ingin mempermainkan hati dan perasaan
Siapa yang kau sendakan
Hingga hilang segala keindahan
Kau akan melihat pagi tanpa matahari

Puisi Sanggupkah Kau Membiarkan

IV. Simile

Gaya bahasa simile merupakan seni bahasa perbandingan yang bersifat eksplisit

yang menyatakan sesuatu sama dengan hal lain yang menggunakan kata-kata

seperti,sama, sebagai,bagaikan, laksana dan sebagainya. Simile ini kehadirannya

lebih jelas dengan kehadiran kata-kata yang menggambarkannya seperti yang

dinyatakan di atas. Bait puisi yang menggunakan smile di dalam puisi pilihan adalah

seperti berikut.

Aku menghitung pesisir usia Puisi Calar Bulan
Seperti menghuraikan Puisi Tunggul
Rangkap rasa-rasa tercerna

Penyiksaan dan sindiran
Aku bagai insan terhalau
Datang berlutut hina

Kata “seperti” yang hadir merupakan simile yang dimasukkan bertujuan sebagai
perumpamaan. Usia yang dihitung diumpamakan sebagai suatu perkara yang masih
tinggal dan berbaki dalam kehidupan. Kata ini menjelaskan lagi makna dan mesej
yang ingin disampaikan penulis. Seterusnyaa, kata “bagai” juga memainkan
peranan yang sama. Bagi konteks puisi tunggal, kata “bagai” diumpamakan sebagai
diri yang disiksa sehingga melakukan sesuatu yang memalukan diri. Kata-kata
smile inilah yang menjadi gaya bahasa perbandingan.

5.0 ANALISIS GAYA BAHASA

Menurut sasterawan negara, Keris Mas (1990:13-16) gaya bahasa ditakrifkan sebagai cara atau
ragam bahasa yang digunakan khususnya dalam tulisan atau karangan untuk maksud-maksud
tertentu seperti menghuraikan ilmu pengetahuan, berucap di hadapan khalayak dan sebagainya
iaitu merujuk kepada cara seseorang penulis itu dalam menggunakan bahasa. Penulis memiliki
kebebasan dalam mengindahkan seni bahasa sama ada dalam memanipulasikan diksi, struktur
ayat, pembinaan frasa dan maksud yang ingin dibawakan. Terdapat beberapa variasi dan jenis
gaya bahasa yang boleh didapati bergantung kepada kreativiti pengarang semasa
menggarapkan pengggunaaan bahasa dalam kesusasteraan iaitu jenis gaya bahasa
pengulangan, gaya bahasa pertentangan, gaya bahasa penyirnaan dan gaya bahasa pertautan
(Ariff Mohamad, 2018).

I. GAYA BAHASA PENGULANGAN

Gaya bahasa pengulangan merupakan gaya bahasa yang bertujuan untuk memberikan kesan
dan penekanan terhadap sesbuah konteks yang ingin disampaikan iaitu sama ada pengulangan
dari segi bunyi, suku kata, kata, farasa atau bahagian ayat yang dianggap penting. Gaya bahasa
pengulangan yang didapati menerusi teks kajian ini adalah seperti asonansi, aliterasi, repetisi
dan responsi.

a. Asonansi
Asonansi merupakan gaya bahasa yang wujud pengulangan bunyi vokal yang sama
iaitu (a,e,i,o,u). Kehadirannya adalah bertujuan sebagai unsur penekanan dan
keindahan dalam sesbuah karya yang dihasilkan.
➢ Dalam kesabaran kami
Puisi Kuntum Harapan
➢ Pulau-pulau impian
Puisi Aku Dihanyutkan

Menerusi contoh pertama asonansi yang berlaku adalah pada pengulangan bunyi vokal a iaitu
sebanyak enam kali. Sementara pada contoh kedua pengulangan bunyi vokal u hadir sebanyak
empat kali.

b. Aliterasi
Aliterasi ialah gaya bahasa yang wujud pengulangan bunyi konsonan yang sama di
dalamnya dan selalu dijumpai pada puisi dan prosa. Kehadirannya bertujuan sebagai
penekanan.
➢ Rangkap rasa-rasa tercerna
Puisi Calar Bulan
➢ Hingga hilang segala keindahan
Puisi Sanggupkah Kau Membiarkan

Menerusi contoh pertama aliterasi yang berlaku adalah pada pengulangan bunyi konsonan r
iaitu sebanyak lima kali. Sementara pada contoh kedua berlakunya pengulangan bunyi
konsonan g sebanyak empat kali.

c. Repetisi
Gaya bahasa repetisi merupakan seni bahasa yang membawa kepada pengulangan kata
yang berlaku di dalam sesuatu ayat. Pengulangan yang berlaku adalah bertujuan untuk
memberi penekanan terhadap makna perkataan yang diulang bagi menguatkan lagi
mesej yang ingin dibawakan. Menerusi contoh di bawah perkataan bagi”kita” telah
diulang bagi mengatakan “kita” yang bergerak sebagai pelaku.

➢ Kita juga yang melemparkan nama-nama kita

Puisi Calar Bulan

d. Responsi
Responsi ialah gaya bahasa yang berlaku pengulangan kata atau ungkapan pada
pertengahan baris. Responsi yang dijumpai pada puisi pilihan ini ialah perkataan
‘dalam’ yang merujuk kepada penekanan terhadap perasaan yang kuat. Buktinya dapat
dilihat pada contoh berikut.
➢ Menduga dalamnya lautan
Menjenguk api dalam dada

Puisi Sanggupkah Kau Membiarkan

II. GAYA BAHASA PERTENTANGAN

Gaya bahasa pertentangan secara mudahnya difahamkan sebagai suatu gaya bahasa yang
bertentangan dengan makna sebenar suatu penyataan yang hendak disampaikan. Kesan
daripada kehadirannya akan merangsang pembaca untuk terus mengikuti penulisan karya
seterusnya membuatkan pembaca berfikir akan maksud sebenar puisi yang dihasilkan. Dalam
gaya bahasa ini terdapat dua seni bahasa iaitu inversi dan paradoks. Menerusi analisis puisi
pilihan maka gaya bahasa paradoks telah ditemui.

a. Paradoks
Paradoks ialah gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-
fakta yang ada. Maksud yang dibawa oleh paradoks jelas sekali berlawanan dan
menolak dengan sifat asal perkataan mahupun ayat yang dibina. Kewujudannya jelas
sekali memperlihatkan akan permainan bahasa dan sebenarnya mendukung makna
implisit di sebaliknya. Sebagai contoh, adalah seperti bait puisi berikut.

➢ Jangan libatkan sengketa
Dalam kesabaran kami
Sakit dalam sunyi
Parah pertemuan ini

Puisi Kuntum Harapan

Bait “sakit dalam sunyi” telah dipilih sebagai paradoks. Hal ini kerana pada
keseluruhan puisi ini penulis digambarkan dalam kesakitan dan kesengsaraan. Maksud
“kesakitan” tersebut bukanlah bersifat sesuatu yang dipendam bahkan kesakitan itu
sebenarnya parah dan tidak terkawal dan hal ini sememangnya bertentangan dengan
pembawaan perkataan “sunyi” yang dimaksudkan. Oleh itu, paradoks telah berlaku
kerana berlawanan dengan keadaan asalnya.

III. GAYA BAHASA PENYIRNAAN
Penyirnaan adalah asal kata dari perkataan sirna yang bermaksud tersembunyi atau
hilang. Dalam penulisan puisi terdapat kata yang diolah dan mengikut kebiasaan
masyarakat. Ciri penulisan seni bahasa ini bersifat unik dan istimewa kerana tidak
mengikuti tatabahasa penulisan yang seharusnya. Gaya bahasa penyirnaan ini
adalah bentuk bahasa yang mengalami penggguran unsur bunyi, suku kata, frasa
atau bahagian ayatnya. Jenis gaya bahasa bagi kumpulan ini dikenali sebagai
sinkope iaitu bahasa singkatan. Contoh bagi sinkope ini adalah seperti ku (aku), tak
(tidak), kau (engkau) dan saja (sahaja) ( Ariff Mohamad, 2018).

➢ Aku hanyutkan ingataku pada

Puisi Aku Dihanyutkan

➢ Siapa yang kausendakan
➢ Sanggupkah kaubiarkan

Puisi Sanggupkah Kau Membiarkan
➢ Seribu sangka dibelakangmu
➢ Kau masih membisu

Puisi tunggul

Berdasarkan contoh bait puisi berikut jelas mendapati unsur seni bahasa sinkope
telah dimasukkan iaitu ku (aku), kau (engkau) dan mu (kamu). Penerapan singkatan
bahasa ini adalah bertujuan untuk memperlihatkan hasil penulisan yang mesra dan
tidak terlalu menggunakan istilah yang formal sehingga menjejaskan pembawaan
mesej puisi yang dihasilkan.

6.0 PENUTUP

Karya yang baik ialah karya yang berjaya membawa kepada penerapan bahasa yang indah dan
memberi makna kepada para pembaca. Kehadiran bahasa figuratif dan gaya bahasa yang
dianalisis jelas membawa kepada nilai estetika yang baik terhadap karya tersebut. Kehadiran-
kehadiran unsur inilah yang membawa kepada warna dan keunikan di dalam penyampaian
mesej yang dibawakan. Kebijaksanaan dan kepandaian penulis dalam menerapkan unsur
figuratif dan gaya bahasa ini adalah sangat penting.Setiap daripada unsur ini memiliki kekuatan
dan cirinya yang harus difahamkan. Pemahaman terhadap pembawaan unsur-unsur ini juga
haruslah diketahui dan difahami bagi mendaatkan penghasilan karya ang baik.

Sebagai tambahan juga, karya yang baik bukan saja mampu memperlihatkan permainan
seni bahasa yang pelbagai bahkan turut juga berkemampuan membawa makna dan mesej yang
baik dan berguna menerusi mesej yang ingin disampaikan. Sememangnya kesusasteraan
merupaakan eleman yang sungguh menjaga tutur kata dan bahasanya. Segala pemilihan diksi
membawa makna dan menggalas tugas dalam pembawaan mesej. Setiap rangkap dalam puisi
saling berkaitan demi menjalinkan pautan dan pembawaan makna yang kuat. Kejayaan dan
keberhasilan dalam menerapkan unsur seni bahasa dan mesej yang baik ini sememangnya
diperlukan dalam penghasilan karya. Lantaran itu, dirasakan bahawa teks puisi yang dipilih ini
iaitu Kumpulan Puisi Bunga-Bunga Rumput oleh Abd. Gahfar Bahari dapat diangkat sebagai
suatu karya yang baik kerana berjaya menerapkan kedua-dua unsur ini. Karya sastera seperti
ini perlulah dipergiatkan dan penekanan terhadap seni bahasa yang baik perlulah sentiasa
ditambah baik dan berkembang keseniannya dalam dunia kesusasteraan.

7.0 RUJUKAN

Abd. Ghafar Bahari. (2007). Kumpulan Puisi Bunga-Bunga Rumput.Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

Ariff Mohamad. (2018). Kesususasteraan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Tanjung Malim
Perak, Muhibah Poduction.

Atoh Nazri & Saipobarin Ramli. (2019). Personifikasi dalam ‘Wasf Al-Layl’ Puisi Imru’u Al-
Qays dan ‘Duhai Malam’ Lirik Ciptaan Ad Samad. Jurnal Gedang Alam.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Keris Mas. (1990). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala

Lumpur

8.0 LAMPIRAN

Muka Hadapan Puisi Muka Belakang Puisi


Click to View FlipBook Version