PEMBIASAN GELOMBANG AIR
• Pembiasan gelombang merupakan satu
fenomena di mana apabila gelombang
air bergerak dalam dua kawasan air
yang berbeza kedalaman menyebabkan
laju ,panjang gelombang dan arah
berubah.
Fenomena pembiasan gelombang air
dalam kehidupan seharian.
• Gelombang air laut yang bergerak menghampiri
akan mempunyai bentuk yang hampir sama
dengan pantai.
• SEBAB gelombang bergerak dari kawasan air
dalam ke kawasan air cetek. Laju dan panjang
gelombang berkurangan. Pembiasan mendekati
normal terjadi.
• Air di kawasan teluk adalah lebih
tenang berbanding air di kawasan
tanjung.
• SEBAB; perubahan kedalam air di
kawasasan teluk berlaku secara
perlahan-lahan. Kadar pembiasan di
kawasan teluk adalah kecil. Tenaga
dari gelombang air mencapah
apabila tiba di kawasaan teluk.
Pembiasan gelombang bunyi
• Pembiasan gelombang bunyi terjadi apabila
gelombang bunyi melalui udara (gas) yang berlainan
suhu (ketumpatan).
• Apabila jam randik dihidupkan , SATU TEMPAT
SAHAJA bunyi paling kuat didengari.
• SEBAB belon yang berisi dengan gas karbon dioksida
(lebih tumpat daripada udara) bertindak seperti
KANTA CEMBUNG akan menyebabkan pembiasan
mendekati normal dan menumpukan gelombang
bunyi ke satu titik fokas di belakang belon itu.
Kesan pembiasan gelombang bunyi
dalam kehidupan seharian.
• Bunyi akan kedengaran lebih jelas pada waktu
malam berbanding pada waktu siang.
• Pada malam hari , ketumpatan udara di bahagian
bawah lebih sejuk daripada bahagian atas.
• Gelombang bunyi akan bergerak dari udara yang
lebih tumpat ke kurang tumpat.
• Pembiasan menjauhi normal berlaku..
•