The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hazimi Samsol, 2023-11-28 10:00:25

Dato Maharaja Lela

Dato Maharaja Lela

BAB 7: PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN ( Dato'Maharaja Lela)


KANDUNGAN i-Pengenalan 1) Biodata 2) Latar Belakang 3) Faktor Penentangan 4) Peristiwa Penentangan 5) Kesan Penentangan 6) Iktibar 7) Rujukan 8) Disediakan oleh..


Pengenalan Campur tangan kuasa Barat di negara kita membawa perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan. Perubahan tersebut menyebabkan masyarakat tempatan tidak berpuas hati kerana kehilangan hak dan kedudukan mereka. Oleh itu, mereka bangkit menentang kuasa British di negara kita melalui penentangan bersenjata, mencabar perjanjian dan sistem perundangan.


1) Biodata


Biodata Dato' Maharaja Lela Dato'Maharaja Lela adalah Orang Besar Berlapan Perak yang merupakan pejuang bangsa Melayu ketika itu yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya Nama sebenar: Pandak Lam Keturunan: Daeng Selili, anak Raja Bugis Berasal dari: Daerah Luwuk, Sulawesi Meninggal dunia pada: 20 Januari 1877, di Taiping Punca kematian: Dihukum gantung sampai mati Nama bapa: Tuk Maulud bin Maharaja Lela Nakhoda Zainal


2) Latar Belakang


Latar Belakang Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak. Pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak


3) Faktor Penentangan


Faktor Penentangan Dato' Maharaja Lela bangkit menentang British kerana Residen British mengambil alih kuasa Sultan, pengambilan hak mengutip cukai dan Residen British yang mancabuli adat resam orang Melayu. 1) MENGAMBIL HAK CUKAI Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai serta mengugut sultan Abdullah akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. 2) MEMPERKENALKAN CUKAI BARU Seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin. 3) MENCABULI ADAT RESAM Birch dibenci oleh Sultan dan pembesarpembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat Resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya.


4) Peristiwa Penentangan


Peristiwa Ma R h a a j r a a A ja b L d e u l l a la t h e , l R a a h ja be Is r m m a e i s l y d u a a n r D a a t t d o i ’ Penentangan Durian Sebatang. Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong. Tempat Birch dibunuh Ahli-ahli mesyuarat untuk menghapuskan J.W.W Birch


5) Kesan Penentangan


Kesan Penentangan Pada tahun 1877 Dato'Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum di hukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim di buang negeri ke Pulau Seychelles di lautan Hindi. Raja Ismail di buang negeri ke Johor. British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai penjajah. Dato' Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu


6) Iktibar


Iktibar yang diperoleh daripada pejuangan Dato'Maharaja Lela adalah : 1) Kita haruslah berkerja keras mempertahankan kemerdekaan negara sebagai tanda penghargaan terhadap perjuangan pemimpin tempatan. 2) Kita haruslah cekal menghadapi cabaran. 3) Kita haruslah bijaksana mengatur strategi. 4) Kita haruslah memiliki sikap berani menentang musuh.


7)Rujukan 1- Buku teks 2- Internet 3- Rakan


DISEDIAKAN OLEH : NURUL FATIHAH NUR SHAFINA


TERIMA KASIH Borcelle Sandra Haro


Click to View FlipBook Version