The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM040824 Muhammad Arif Bin Norazhan, 2023-09-17 11:18:44

e-protfolio SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL

Keywords: BMMB1074

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2023/2028 SEMESTER 1 TUGASAN 2 : E-PORTFOLIO KOD SUBJEK : BMMB1074 NAMA PENSYARAH : Dr. ROSLI BIN AB RAHMAN NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ARIF BIN NORAZHAN UNIT : BM4 ANGKA GILIRAN : 2023092310086


BIODATA Nama : Muhammad Arif bin Norazhan Angka Giliran : 2023092310086 Alamat : Lot 346, Kg. Pulau Melaka, 16150, Kota Bharu, Kelantan Opsyen : BMMB1074 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Program : PPISMP Ambilan Ambilan : Jun 2023/2028 Subjek : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu


ISI KANDUNGAN ● Penghargaan ● 1.0 Pengenalan ● 2.0 Perkembangan sistem ejaan rumi ■ 2.1 Sebelum Merdeka ● 2.1.1 Sistem Ejaan Wilkison ● 2.1.2 Sistem Ejaan Za’ba ● 2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia ● 2.1.4 Sistem Ejaan Kongres ■ 2.2 Selepas Merdeka ● 2.2.1 Sistem Ejaan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) ● 2.2.2 Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia (MALINDO) ● 2.2.3 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972 ● 2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi ● 2.4 Cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini ● 2.5 Kesimpulan ● Rujukan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran dengan izin Allah saya dapat menyiapkan tugasan ini pada jangka masa yang telah ditetapkan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Rosli bin Ab Rahman, pensyarah bagi mata pelajaran BMMB1074 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu di atas pertolongan dan berkat tunjuk ajar beliau saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa saya, Norazhan bin Ismail dan Roselina binti Azmi yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan daripada mereka, saya tidak akan mampu untuk menyiapkan tugasan ini dengan penuh cemerlang kerana mereka merupakan pembakar semangat saya untuk menjadi lebih baik demi mengubah masa depan keluarga. Akhir sekali, sebagai penutup saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. PENGHARGAAN


1.0 PENGENALAN Bahasa didefinisikan sebagai kata-kata yang disusun mengikut hukum tatabahasa yang betul dan digunakan oleh seseorang semasa proses pertuturan serta digunakan oleh sekelompok masyarakat bagi menyampaikan maklumat dan membentuk komunikasi dua hala. Menurut Ismail Dahaman dalam bukunya Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1996:ix): "Sebenarnya sistem ejaan Rumi sudah mantap dan hampir tidak bermasalah lagi. Dengan pengemaskinian yang dilakukan ini, aturan yang terperinci tentang pengejaan kata dalam ejaan Rumi dapat dilengkapkan". Pada mulanya, kajian mendapati bahawa bahasa Melayu telah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik (Shamsul et al.,2020). Rentetan itu, semasa tanah Melayu masih berada dalam penguasaan penjajah Barat, sistem ejaan rumi telah mula diperkenalkan. Maka wujudlah beberapa sistem ejaan yang terkenal seperti sistem ejaan Wilkinson, sistem ejaan Za'ba, sistem ejaan Fajar Asia dan sistem ejaan Kongres Setelah negara berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Oktober 1957 (Zulhimi &Rohani 2010), usaha untuk merancakkan lagi sistem ejaan rumi kembali berlangsung dengan lebih kompeten. Hal ini menyebabkan perkembangan sistem ejaan rumi dapat dilihat secara berterusan menerusi sistem ejaan rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan sistem ejaan bahasa Malaysia-Indonesia (Ejaan MALINDO). Terakhir sekali, iaitu sistem ejaan rumi Bahasa Melayu 1972.


2.0 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi 2.1 Sebelum Merdeka SEBELUM MERDEKA SISTEM EJAAN WILKINSON SISTEM EJAAN ZA’BA SISTEM EJAAN FAJAR ASIA SISTEM EJAAN KONGRES


2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila pihak atasan menyedari akan kepentingan keseragaman ejaan. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah bersetuju dengan inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh RJ. Wilkinson. Oleh itu, semua sekolah umum menggunakan Ejaan Wilkinson. Selain itu, Ejaan Rumi Wilkinson digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an. Terdapat enam syarat utama semasa merumikan ejaan bahasa Melayu :


● Perkataan Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu dieja mengikut sebutan Melayu. Manakala, perkataan pinjaman Arab yang dieja mengikut sebutan Melayu hanyalah bagi perkataan yang sudah diasimilasi sepenuhnya. ● perkataan pinjaman yang sudah biasa digunakan secara umum dalam bahasa Melayu dieja seperti yang disebut oleh orang Melayu. Contohnya, perkataan maalum, maamur, dan maana iaitu huruf ‘ain pada tengah perkataan yang dieja dengan dua “a” kerana mengikut sebutan bahasa Melayu. ● terdapat beberapa perkataan yang dipilih seperti kata kemudian (bukan kemedian), demikian (bukan demekian) dan arakian (bukan arekian) kerana boleh menunjukkan dengan lebih terang asal pembentukan katanya jika dieja berbeza mengikut sebutan. ● Kata terbitan yang mengandungi imbuhan dieja menyamai bentuk asalnya walaupun terdapat perubahan bunyi. Misalnya menyabelah dari sa-belah (bukan menyebelah). ● Perkataan-perkataan seperti sahaja, bahaya, sahaya, baharu, dan cahaya dieja dengan abjad “h” di tengahnya, iaitu menyamai Ejaan van Ophuijsen. ● Pemilihan vokal antara “o” dan “u”, dan antara “e” dan “i” pada suku kata akhir tertutup mengikut sistem. Contohnya, vokal “o” dipilih bukannya “u” jika pada suku akhir berpola ong, oh, ok; misalnya kepong, buloh dan Merbok. Vokal “u” dipilih jika suku kata akhir berpola um, un, ut, ul, us dan ur; misalnya minum, tahun, turut, betul, hangus dan labur. Enam syarat utama semasa merumikan ejaan bahasa Melayu :


Sistem ejaan Za’ba merupakan sistem pertama yang disusun oleh orang berbangsa Melayu sendiri, iaitu Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba pada tahun 1933 sebelum Perang Dunia Kedua. Sistem ini merupakan penambahbaikan daripada sistem Ejaan Wilkinson yang mempunyai beberapa kelemahan. Sistem Ejaan Rumi Za’ba juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah telah bermula dari Maktab Perguruan Sultan Idris. Antara buku-buku yang telah dihasilkan oleh Za’ba ialah Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal (1941) dan Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949). Kemudian, Sistem Ejaan Sekolah ini dijelaskan dan digunakan oleh Za'ba dalam buku "Pedoman Bahasa Melayu Penggal i, ii dan iii". Sistem ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana hanya melambangkan bunyi-bunyi bahasa Melayu melalui huruf-huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat juga kekurangan dari segi huruf iaitu huruf-huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu. Sistem ni agak sukar digunakan kerana wujudnya pengejaan kata yang masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson serta sistem ini menggunakan kaedah penggunaan aneka ragam lambang huruf yang telah menyebabkan ketidakseragaman kepada pengejaan kata dalam penulisan yang melibatkan penggunaan tulisan Rumi. 2.1.2 Sistem Ejaan Za’ba


Ciri-ciri Sistem Ejaan Za’ba


Sistem Ejaan Fajar Asia e Sistem ejaan Fajar Asia merupakan sistem ejaan yang telah diperkenalkan oleh pihak Jepun melalui penerbitan majalah mereka iaitu majalah Fajar Asia pada sekitar tahun 1943 Kaedah yang diterapkan dalam majalah Fajar Asia merupakan satu kaedah yang diambil daripada sistem ejaan Wilkinson dan ejaan Za'ba. Sistem ejaan ini yang menggunakan konsonan-konsonan tertentu digabungkan untuk diaplikasikan dalam penulisan majalah tersebut (Ariff Ahmad, 1994). Pada ketika itu iaitu sekitar tahun 1941 sehingga 1945, bidang persuratkhabaran atau terbitan telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak tentera Jepun atau dikenali sebagai Malayan Military Administration (MMA). MMA telah menjadikan alat sebaran ini seperti majalah dan surat khabar sebagai satu peluang untuk mereka menyebarkan propaganda di seluruh Tanah Melayu (Uqbah et al., 2013). Kebanyakan akhbar di Jepun diterbitkan menggunakan huruf Jawi dan hanya beberapa terbitan sahaja yang menggunakan huruf rumi. Majalah Fajar Asia adalah antara terbitan yang menggunakan huruf rumi dan menjadi antara akhbar yang diminati kerana penceritaanya tentang keberanian perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Za’ba merupakan selaku ketua pengarang telah mengolah majalah tersebut menggunakan sistem Ejaan Fajar Asia. Jika dipandang daripada sudut pengejaan kata dan penulisan keharmonian vokal, Sistem Ejaan Fajar Asia boleh disifatkan sebagai percubaan yang pertama dalam usaha menyatukan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia. Selain itu, Ejaan Fajar Asia telah diisytiharkan sebagai ejaan rasmi oleh Angkatan Sasterawan 50. Namun, sistem ejaan ini telah diberhentikan di Tanah Melayu setelah Jepun mengalami kekalahan pada tahun 1945 dan digantikan semula dengan sistem ejaan Za’ba. 2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia


2.1.4 Sistem Ejaan Kongres Sistem ejaan kongres merupakan sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang telah menerima persetujuan daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang diadakan pada tahun 1956. Telah berlaku ketegangan dalam menentukan jenis tulisan bahasa Melayu yang rasmi iaitu antara tulisan rumi ataupun tulisan Jawi sekitar tahun 1950 sehingga 1956. Namun, ada tahun 1956 kongres kali ketiga telah menetapkan bahawa tulisan rumi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu (Zurina & Adi, 2020). Peserta kongres telah memberikan beberapa cadangan pembaharuan, antaranya adalah menggantikan sistem ejaan Za’ba. Hasil daripada kongres ini, terdapat empat dasar yang dirumuskan iaitu: ● Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan. Hal ini bagi memastikan sistem ejaan rumi dapat diseragamkan memandangkan perkara tersebut adalah usaha yang dilakukan oleh Za'ba semasa mengendalikan Fajar Asia. ● Sistem ejaan Kongres menetapkan agar peraturan ejaan yang ingin dilakukan haruslah peraturan yang mudah. Hal ini menyebabkan sistem fenologi dapat diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik atau satu fenom hendaklah digambarkan dalam satu huruf sahaja. ● Pengejaan hendaklah sekata mengikut kaedah satu dan semacam. ● Kata-kata yang dipinjam daripada bahasa asing hendaklah disusun pengejaannya mengikut hukum fonologi bahasa Melayu.


2.2 Selepas Merdeka SELEPAS MERDEKA SISTEM EJAAN PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM) SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972 SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA-INDONESIA (MALINDO)


2.2.1 Sistem Ejaan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) Sistem ejaan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) adalah sistem ejaan yang digunakan dalam penghasilan jurnal Bahasa yang diterbitkan sendiri oleh PBMUM bermula pada tahun 1959. Sistem ejaan PBMUM bukanlah satu kaedah sistem ejaan rasmi yang diperakukan, tetapi ianya hanyalah sekadar percubaan kearah penyatuan ejaan rumi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Hal ini demikian kerana kaedah ini hampir sama dengan sistem ejaan yang diaplikasikan oleh sistem ejaan Fajar Asia. Semasa Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu yang Ke-III pada tahun 1956, PBMUM telah mengusulkan berkaitan sistem ejaannya. Cadangan PBMUM ini mencangkupi penolakan huruf-huruf kembar ataupun rangkap konsonan. Hal ini mengakibatkan fenom perlu diganti dengan huruf lain seperti fenom ch digantikan dengan c. Selain itu, ejaan Malaya hendaklah dicantukan dengan ejaan Indonesia dengan kadar segera. Malahan, PBMUM juga menekankan agar ejaan ‘pun’ dipisahkan yang bererti ' juga' dan sebaliknya. Selain itu, fenom 'ain' dan fenom 'hamzah' tidak berlaku sebarang perubahan memandangkan ejaan rumi diolah sedikit daripada tulisan Jawi (Muhammad Ariff, 1994).


Berikut adalah antara huruf-huruf yang diusulkan oleh PBMUM


2.2.2 Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia (MALINDO) Hasil daripada perbincangan daripada sistem ejaan Kongres dan sistem ejaan PBMUM diakui masih tidak dapat mencapai objektif dalam menyeragamkan tulisan rumi. Hal ini demikian kerana, sistem ejaan Kongres tidak dapat dilaksanakan apabila wujud sifat yang terlalu idealistik dari sudut linguistik yang akhirnya sukar untuk dipraktikkan. Maka 9 usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan rumi antara kedua-dua buah negara jiran iaitu Malaysia-Indonesia tetap diteruskan (Muhammed Salehudin, n.d.). Hal ini menyebabkan beberapa siri pertemuan dan rundingan telah diadakan oleh wakil daripada kedua-dua negara tersebut. Rentetan daripada perjanjian persahabatan yang telah dimaterai pada tahun 1959, telah berlangsungnya pertemuan antara Jawatankuasa Persekutuan Ejaan Rumi Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir Ismail dan Panitia Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Prof Slamet Muljana dari Jakarta pada tahun 1959. Pertemuan ini telah digagaskan sebagai sistem ejaan bersama yang dikenali dengan nama sistem Ejaan MALINDO. Sistem ejaan ini mengandungi maklumat tentang fenom vokal, diftong, konsonan serta perlambangannya, kaedah penulisan dan penyebutan abjad, penggunaan tanda sempang, penulisan kata ulang, penggunaan angka dua, huruf besar, penulisan kata depan, kata ganti singkat, partikel dan penggunaan tanda baca.


2.2.3 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1974 Sistem ejaan rumi Bahasa Melayu 1974 merupakan kemuncak kepada kegiatan penyempurnaan semua sistem ejaan. Di Malaysia, sistem ini lebih dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu. Manakala di Indonesia dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi yang telah disempurnakan. Keselarasan antara ejaan rumi ini memfokuskan kepada keselarasan huruf vokal yang mempunyai pengejaan kata jati daripada bahasa Melayu dan pengejaan kata pinjam daripada bahasa asing (Mohd Naim, 1991). Sistem ini mempunyai enam ciri utama, iaitu: ● Terdapat beberapa jenis huruf dalam bahasa Melayu iaitu huruf vokal, diftong serta huruf konsonan. ● Wujud sistem keselarasan huruf vokal. ● Mempunyai penulisan kata bahasa Melayu seperti penulisan rangkai kata. ● Penggunaan huruf besar dan kecil. ● Penggunaan tanda baca. ● Penulisan partikel seperti ‘lah’ , ‘kah’ dan ‘tah’ yang dieja berangkai dengan perkataan yang mendahuluinya.


2.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi 1. Pembentukan dan Penyusunan Sistem Ejaan: DBP bertanggungjawab untuk membentuk dan menyusun sistem ejaan Rumi yang sah dan seragam. Contohnya, melakukan penyelidikan dan kajian terhadap ejaan yang digunakan dalam bahasa Melayu, termasuk sistem ejaan Rumi, untuk memastikan konsistensi dan kebolehgunaannya dalam pelbagai bidang. 2. Menerbitkan Kamus dan Panduan: DBP menerbitkan kamus dan panduan ejaan Rumi yang menjadi rujukan utama dalam menentukan ejaan yang betul. Mereka mengumpulkan, mengedit, dan menyusun perkataan dan istilah dalam ejaan Rumi yang disepakati untuk digunakan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. 3. Pendidikan dan Kesedaran: DBP melaksanakan program-program pendidikan dan kesedaran untuk memperkenalkan dan mengedarkan sistem ejaan Rumi yang diseragamkan kepada masyarakat. Mereka mengadakan bengkel, ceramah, dan latihan bagi membantu individu dan institusi memahami dan menggunakan sistem ejaan Rumi yang betul.


2.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi 5. Penyelidikan dan Pemantauan: DBP terlibat dalam penyelidikan dan pemantauan terhadap penggunaan sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu. Mereka mengkaji perubahan dan perkembangan dalam penggunaan bahasa dan ejaan Rumi, serta memperbarui sistem ejaan mengikut keperluan semasa. 6. Kerjasama perhubungan: DBP bekerjasama dengan badan-badan dan institusi lain, seperti akademik, penerbit, dan penulis, dalam rangka memastikan keseragaman ejaan Rumi. Mereka melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam proses mesyuarat untuk mencapai kata sepakat dalam penggunaan sistem ejaan Rumi.


2.4 Cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini Pada era globalisasi ini, perkembangan teknologi telah mengubah gaya hidup manusia. Bukan itu sahaja, perkembangan ini juga telah meluaskan lagi penggunaan bahasa Melayu serta sistem ejaan ke seluruh pelosok dunia berbantukan kemudahan teknologi seperti ruang siber serta media sosial. Namun begitu, perkara ini juga telah memberi impak terhadap penggunaan bahasa Melayu sama ada dari segi tatabahasa, ejaan serta struktur ayat tersebut. Hal ini terjadi kerana beberapa faktor yang kadang kalanya kita sendiri tidak perasan. Antaranya adalah penggunaan bahasa rojak, iaitu menggunakan bahasa yang bercampur baur dengan bahasa asing tanpa mengikut hukum tatabahasa yang sebenarnya. Perkara ini banyak terjadi dalam kalangan anak muda di negara kita kerana mereka menganggap perkara tersebut sebagai suatu benda yang biasa akibat daripada pengaruh bahasa luar, khususnya bahasa Inggeris. Impaknya, perkara ini mampu melunturkan semangat kecintaan terhadap bahasa ibunda kita serta mencalarkan identiti negara yang disebabkan oleh perilaku kita sendiri. Isu ini haruslah dititikberatkan bagi membina semula jati diri rakyat di negara kita supaya dapat membentuk masyarakat yang bertamadun dan sentiasa menjaga etika ketika berbahasa. Selain itu, medium yang menjadi cabaran kepada ejaan rumi bahasa Melayu ialah melalui media sosial yang merupakan suatu kemudahan yang membuka ruang seluasnya kepada masyarakat kini. Namun begitu, kesilapan penggunaan bahasa di media sosial telah menjadi satu kebiasaan kepada penggunanya kerana tiada peraturan yang mengatakan ianya menjadi satu kesalahan. Kualiti penggunaan bahasa dalam media ini lebih kepada kebergantungan kepada individu itu sendiri. Terdapat banyak penggunaan bahasa yang melanggar tatabahasa dan wujudnya ejaan-ejaan baharu. Sebagai contoh, ejaan yang digunakan pada masa kini seperti ‘bishe’ (biasa), pala (kepala), ‘ghisau’ (risau) dan sebagainya. Penggunaan bahasa Melayu seperti ini perlu dicegah kerana apabila setiap masyarakat sudah menerima ejaan seperti ini akan menyebabkan ianya mula digunakan secara meluas (Supyan Hussin, 2018).


Selanjutnya, bahasa Melayu juga mempunyai kepelbagaian dialek yang berbeza di setiap rantau. Dialek tersebut pula mempunyai perbezaan ejaan mengikut bunyi perkataan yang dipertuturkan. Hal ini menimbulkan ketidakkonsistenan dalam penulisan kata-kata tertentu. Contohnya, perkataan “terima kasih” boleh dieja sebagai "terima kaseh" atau "terima kasi" bergantung kepada dialek yang digunakan. Hal ini menimbulkan kekhuatiran dalam penggunaan bahasa Melayu yang tepat dalam kehidupan seharian kerana boleh melunturkan nilai-nilai asli bahasa Melayu. Untuk mengatasi cabaran ini, beberapa usaha telah dilakukan untuk memperkemasakan sistem ejaan rumi. Misalnya, Dewan Bahasa dan Pustaka di Malaysia dan Majlis Bahasa Melayu Singapura mengeluarkan panduan dan kamus ejaan rumi yang memberikan panduan kepada penutur bahasa Melayu mengenai ejaan yang disokong secara rasmi. Walau bagaimanapun, penggunaan yang konsisten dan kesedaran akan pentingnya ejaan yang betul masih perlu ditingkatkan dalam masyarakat secara keseluruhan. Selain itu, teknologi dan aplikasi digital juga telah memainkan peranan penting dalam memperbaiki ejaan rumi. Terdapat aplikasi mudah alih dan perisian yang dapat membantu pengguna menyemak dan membetulkan ejaan rumi mereka. Walau bagaimanapun, pengguna masih perlu menghargai dan memperkemasakan pengetahuan asas ejaan rumi untuk menghindari kesalahan yang lazim terjadi.


2.5 Kesimpulan Natijahnya, sistem ejaan bahasa Melayu telah mengalami banyak sistem serta perubahan bermula daripada sistem Ejaan Wilkinson, Ejaan Za’ba, Ejaan Fajar Asia dan sistem Ejaan Rumi Kongres sehinggalah sistem ejaan yang digunakan pada hari ini. Walaupun setiap sistem ejaan mempunyai kelemahan tersendiri, terdapat usaha yang berterusan untuk memperbaiki dan memperkemas sistem ejaan. Penambahbaikan dilakukan dalam segi vokal, bunyi, dan aspek lain untuk menjadikan sistem ejaan rumi lebih tepat dan sesuai dengan perkembangan bahasa dan keperluan pengguna. Perkembangan sistem ejaan rumi memberikan manfaat yang besar dalam mendalami ilmu kesusastraan dan sebagai rujukan yang lebih baik. Organisasi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berperanan penting dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu, termasuk melalui penulisan dan penerbitan buku-buku ilmiah serta rujukan yang mengutamakan penggunaan bahasa Melayu. Namun, pada era kini, terdapat cabaran dalam penggunaan sistem ejaan rumi yang betul, terutamanya melalui media sosial dan ruang siber. Komunikasi dalam bentuk pesanan ringkas atau dalam talian sering kali menghadapi kesalahan ejaan dan konsep yang tidak tepat. Oleh itu, kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai sistem ejaan rumi perlu ditingkatkan untuk mengatasi cabaran ini.Kesimpulannya, perkembangan sistem ejaan rumi bahasa Melayu telah memberikan manfaat yang besar dalam perkembangan bahasa dan ilmu kesusastraan. Walaupun terdapat cabaran dalam penggunaan yang betul, usaha bersama masyarakat dan institusi bahasa dapat memastikan pemuliharaan dan pemartabatan sistem ejaan agar bahasa Melayu terus berkembang dan dihargai.


Rujukan Nur Baiti Nazri. (n.d). SEJARAH SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI academia. from https://www.academia.edu/42039357/Sejarah_Ejaan_Jawi_dan_Rumi Amir Mujahid Bin Zulkifli. (n.d) CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI issuu. From https://issuu.com/amermujhd/docs/e-portfolio_spbm-converted/s/14229866 Nur Farhah Amirah Binti Abdul Malek. (2021,November 14). E-Portfolio BMMB1074 issuu. From https://issuu.com/farhah1234/docs/kerja_khusus_e-portfolio_bmmb1074-converted Muhammad Ariff.(n.d). Penerbitan Ejaan Rumi Bahasa Melayu languagecouncils.sg. From https://www.languagecouncils.sg/mbms/my/-/media/mlc/documents/penerbitan_ejaan-rumi-bahasa-melayu_muhammad-ariff-ahmad.pdf Syafiqah. (n.d). Ejaan Rumi SCRIBD. From https://www.scribd.com/document/384277894/Ejaan-Rumi# Supyan Hussin (2018, 7 April). Bahasa Melayu di Media Sosial Mencabar Akal Budi Melayu. Kosmo https://supyanhussin.wordpress.com/2018/04/08/bahasa-melayudi-media-sosial-mencabar-akal-budi-melayu-kosmo-7-april-2018/


Click to View FlipBook Version