1
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
TAJUK KAJIAN: ‘REWARD SYSTEM’ PEMANGKIN PENGLIBATAN AKTIF
MURID-MURID SEWAKTU PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI
RUMAH (PDPR) SUBJEK BAHASA INGGERIS BAGI MURID-
MURID TINGKATAN 1 ALAMANDA
SMK BUKIT SENTOSA 2.
OLEH: PN NORHAFIZAH BINTI AHMAD
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu
Saya mengajar di sekolah SMK Bukit Sentosa 2, 48300 Rawang Selangor. Murid-
murid di dalam kelas saya adalah daripada kelas 1 Alamanda iaitu berjumlah 38
orang responden dalam kajian ini. Subjek Bahasa Inggeris merupakan satu subjek
yang memang sukar dikuasai oleh sesetengah murid kerana ianya merupakan bahasa
kedua kepda mereka. Pemerhatian dan ujian telah dijalankan kepada kelas-kelas
tersebut, melalui pelbagai aktiviti seperti Pengajaran dan Pembelajaran secara
bersemuka yang berkahir pada akhir bulan Mac dan juga secara dalam talian
apabila berlakunya Pengawalan Pergerakan kerana Pandemik COVID-19 iaitu
bermula pada akhir bulan Mac. Kajian ini telah dilaksanakan sehingga pertengahan
bulan Ogos. Hasil kajian mendapati responden masih gagal memahami isi pelajaran
yang disampaikan. Setelah dikenalpasti ini berpunca daripada kegagalan fokus
murid sewaktu PdPR yang dilaksanakan oleh guru. Hal ini menyebabkan kajian
penggunaan Reward System iaitu token kepada murid sebagai pemangkin untuk menguji
keberkesanan penglibatan aktif di kalangan murid-murid sewaktu PdPR.
Berdasarkan pengalaman saya sepanjang menjawat jawatan sebagai guru di sekolah
ini, saya mendapati bahawa tahap penglibatan murid-murid sewaktu pdpc adalah sangat
rendah di dalam kelas. Hal ini juga begitu ketara apabila murid-murid terlibat
dengan PdPR. Saya menggunakan kaedah pengenalpastian masalah iaitu kaedah
“5 Why” oleh Sakichi Toyoda pengasas Toyota Motor Production. Kaedah ini
bermula dengan why yang pertama sehingga pengkaji menemukan masalah utama
yang diperkenalkan melalui tajuk kajian. Terdapat banyak karenah-karenah (tingkah
laku bermasalah) murid yang perlu saya uruskan setiap hari, seperti murid tidak
mahu mengambil bahagian secara aktif, tidak respon terhadap pertanyaan guru,
tidak mendengar arahan, tidak menghantar tugasan mengikut jadual,
2
berinteraksi dengan kawan secara online walaupun ketika pelaksanaan PdPR. Keadaan
ini menyebabkan PdPR kelas- kelas yang terlibat tidak berjalan dengan lancar dan turut
menjejaskan pengurusan masa. Di akhir pengajaran saya dapati banyak kriteria dalam
rancangan pengajaran saya turut terjejas dan gagal dicapai. Melihat kepada situasi
tersebut, saya memikirkan tentang Reward System yang mungkin dapat meningkatkan
penglibatan aktif murid dan mengurangkan segala permasalahan yang sering berlaku di
dalam kelas PdPR saya. Persoalan kajian saya adalah:
i. Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah kurangnya
penglibatan murid-murid di dalam kelas PdPR subjek Bahasa Inggeris?
ii. Bagaimana Reward System memaikan peranan untuk membantu
menyelesaikan persoalan ini?
Kegagalan murid-murid memahami isi pembelajaran yang disampaikan dikesan
berdasarkan sikap sambil lewa sewaktu PdPR kerana kerana:
i) kurang fokus semasa PdPR dilaksanakan.
ii) murid juga tidak memahami istilah yang digunakan.
iii) gangguan rakan-rakan semasa PdPR berjalan.
iv) keletihan atau mental drain kerana murid-murid terlalu lama menjalani PdPR
dalam talian yang membosankan.
Sebaliknya, saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin
berpunca dari kelemahan saya sendiri seperti:
i) Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa mempedulikan tahap
kefahaman murid selepas PdPR dilaksanakan.
ii) Saya juga beranggapan mereka telah faham apabila tiada yang bertanya
selepas PdPR dilaksanakan
iii) Murid pula mungkin takut untuk bertanya kerana personaliti saya yang agak
tegas dan tiada ciri kecindan bila menjalankan PdPR
iv) Saya hanya bermatlamat untuk menghabiskan sukatan tanpa mengira sejauh
manakah kefahaman mereka sebelum topik tersebut.
3
v) Kurang galakan penglibatan aktif dari saya seperti Reward System untuk
menarik perhatian dan minat mereka terhadap PdPR Bahasa Inggeris.
Saya sangka dengan bersikap sedemikian murid akan tekun belajar tetapi
sangkaan saya meleset. Kerja-kerja latihan murid semakin kurang sambutan dan prestasi
mereka juga semakin menurun.
Berdasarkan dari masalah itu, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar
berlarutan dan dipandang sepi tanpa ada Tindakan daripada saya. Saya mengambil
keputusan untuk melaksanakan kaedah Reward System di dalam kelas PdPR untuk
matapelajaran Bahasa Inggeris kelas-kelas saya sebagai pemangkin kepada penglibatan
aktif murid-murid. Saya akan cuba membantu murid-murid saya untuk mengatasi
masalah di atas dengan cara mengubah kebiasaan saya Oleh yang demikian, saya
melaksanakan Reward System iaitu memberi token berbentuk ganjaran wang bagi setiap
jawapan yang diberi dan tugasan yang dihantar sebagai tambah nilai kepada data talian
mereka. Kaedah ini juga bertujuan untuk menarik minat mereka terhadap pembelajaran
Bahasa Inggeris dengan lebih efektif kerana melalui Reward System mereka boleh
menggunakan ganjaran tersebut untuk menambah data bagi membolehkan mereka
menggunakannya untuk capaian internet semasa atau selepas PdPR. Kaedah saya ini turut
dinayatakan oleh pengkaji Uno (2010), iaitu “Sistem Reward” atau Sistem Ganjaran ini
merupakan Teori Pengukuhan Positif yang sangat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2.0 Fokus Kajian
Berdasarkan refleksi di atas didapati murid-murid tidak memberi respon yang
aktif sewaktu PdPR kerana :
a. Murid tidak cuba memahami isi pembelajaran yang disampaikan oleh
guru.
4
b. Murid tidak memahami makna istilah bahasa Inggeris yang digunakan
kerana beranggapan ianya adalah bahasa kedua yang tidak perlu dikuasai
dan tidak penting.
c. Murid tidak berani menyuarakan pendapat atau menjawab jawapan dalam
Bahasa Inggeris kerana tidak yakin dan takut menggunakan ayat atau
perkataan yang salah.
d. Murid tidak mempunyai motivasi dalam diri untuk berani menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan dengan aapa yang dipelajari.
e. Murid sudah keletihan kerana berterusan menghadiri pembelajaran dalam
talian dari W1 hingga W9 sehingga menyebabkan mereka hilang fokus.
Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid kerana sikap mereka yang kurang
yakin, kurang motivasi dan kurang selesa sewaktu mempelajari Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua.
Salah satu daripada punca kuasanya ialah murid masih tidak dapat menunjukkan
penglibatan aktif seperti aktif berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris semasa PdPR
dilaksanakan. Ini dapat dilihat berdasarkan keputusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
pada Pertengahan Tahun 2021 yang menunjukkan bilangan TP2 bagi kemahiran bertutur
adalah yang tertinggi iaitu seramai 34 orang murid, hanya seorang murid yang
memperolehi TP3 dan 3 orang murid memperolehi TP4. Tiada seorang pun murid
memperolehi TP5 dan TP6. Jumlah keseluruhan murid di dalam kelas 1 Alamanda adalah
seramai 38 orang. Ini jelas menunjukkan, tahap fokus dan penglibatan secara aktif murid-
murid adalah pada kadar yang amat membimbangkan iaitu 89.5% (TP2) murid tidak
memberikan respon yang sepatutnya semasa PdPR berlangsung.
Berdasarkan hasil dapatan kajian 39.5% (15 orang murid) memperolehi TP2,
52.6% (20 orang murid) memperolehi TP3 dan hanya 7.90% (3 orang murid)
memperolehi TP4 di dalam Kemahiran Mendengar. Tiada murid yang berjaya
memperolehi tahap pencapaian TP5 dan juga TP6. Murid lemah dalam kemahiran
mendengar kerana mereka tidak faham kandungan pengajaran. Selain itu, murid-murid
juga kurang focus, dan kurang bermotivasi untuk mempelajari Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua mereka. Kebolehan memahami isi pembelajaran yang disampaikan oleh
guru selain bergantung kepada pengetahuan asas atau prior knowledge, ianya juga
5
bergantung kepada faktor dorongan atau faktor push dalam diri seseorang dalam
mempelajari sesuatu yang dapat ditunjukkan melalui kesan galakan yang dirasakan atau
diterima sebagai pemicu kepada seseorang untuk menceburi sesuatu yang tidak pernah
diketahuinya tetapi menjadi ingin mendalaminya hanya kerana oleh sebab terdapat tindak
balas positif yang diterimanya sewaktu mempelajari atau berbuat sesuatu tindakan.
Menurut Lefrancois (2000) pengukuhan ini adalah satu kaedah yang diperhatikan dapat
memberikan kesan yang baik dan akan cenderung menyebabkan situasi sama berlaku
semula. Miltenberger (2008) menyatakan bahawa pengukuhan juga mempengaruhi
tingkah laku seseorang diikuti pula dengan tambahan rangsangan yang memperkuatkan
tingkah laku tersebut. Ormrod (2012) mendefinisikan bahawa pengukuhan merupakan
stimulasi yang mempertingkatkan kekerapan seseorang individu tersebut untuk
melakukan tindak balas yang sama. Untuk itu, ternyatalah bahawa teori pengukuhan ini
amat berguna sekali dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek
Bahasa Inggeris di dalam kelas.
Kesan masalah ini jika tidak ditangani segera, murid-murid akan terus
mengamalkan sikap tidak mahu belajar, menjauhkan diri dari belajar bahasa kedua iaitu
Bahasa Inggeris atas dasar sukar memahaminya dan mungkin dapat menghilangkan
dorongan positif yang pernah ada dalam diri mereka apabila mereka melakukan suatu
perkara baru. Murid juga akan melepaskan peluang dalam menilai kebolehan dirinya
terhadap sesuatu bidang atau kemahiran yang perlu dikuasainya. Jika langkah-langkah
yang betul dapat dilakukan dan keberkesanan tindakan yang diambil serta dilaksanakan
oleh guru-guru subjek dapat dikenalpasti, maka hasil dapatan kajian ini akan dapat
membantu semua tenaga pengajar untuk mempraktikkan kaedah yang sama demi untuk
satu tujuan iaitu untuk kebaikan murid-murid demi masa depan mereka. Jika terlalu
lambat pengenalpastian dilakukan, murid juga tidak akan tahu akan peluang dan
kelebihan yang ada dalam diri mereka yang mereka abaikan. Hal ini, bukan sahaja
merugikan murid-murid, malah guru-guru juga tidak dapat menyediakan generasi yang
berkebolehan sebagai pemimpin negara pada satu hari nanti. Murid yang tidak
memahami apa yang dipelajarinya akhirnya akan gagal dan tiada hala tuju dalam
kehidupan mereka.
6
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am:
Fokus kajian saya adalah berkaitan dengan pengaruh Reward System terhadap
jumlah peningkatan penglibatan murid-murid dalam mempelajari Bahasa Inggeris
Tingkatan Satu.
Masalah tersebut sering membuatkan pengkaji menghadapi masalah dalam
memastikan semua murid terlibat dalam setiap pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal
ini membabitkan penggunaan masa yang berpanjangan dan pengurusan lebih kepada
masalah-masalah tingkah laku murid dan penglibatan mereka berbanding pencapaian
kepada hasil pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti yang telah direncanakan. Situasi
tersebut menyebabkan pengkaji terpanggil untuk melakukan kajian tindakan dan
menganalisis ‘sistem reward’ sebagai pemangkin kepada peningkatan penglibatan murid
dalam mempelajari Bahasa Inggeris di dalam kelas.
Pengkaji percaya bahawa sekiranya Reward System ini diaplikasikan secara betul
dan bersesuaian dengan kelas yang dikendalikan berserta subjek yang diajar akan dapat
membantu pengkaji dan juga murid-murid memaksimumkan masa pembelajaran mereka
di dalam kelas dengan sebaiknya. Selain itu, murid tersebut juga dapat mengadaptasi
kemahiran-kemahiran yang mereka perlu dan mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Keadaan ini juga dapat membantu pengkaji malah semua guru mata
pelajaran untuk menghabiskan silibus mengikut jangka masa yang telah ditetapkan
sepertimana di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).
7
3.2 Objektif Khusus:
a) Bilangan TP4 murid bagi Kemahiran Bertutur dan Mendengar meningkat
sekurang-kurangnya sebanyak 80% pada Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah
(PBD) Akhir Tahun berbanding Pentaksiran Pertengahan Tahun 2021.
b) Murid dapat melibatkan diri secara aktif semasa PdPR dilaksanakan.
c) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian bagi Kemahiran Bertutur
dan Mendengar sebanyak 50% berbanding praujian .
4.0 Kumpulan Sasaran:
Kumpulan sasaran pengkaji adalah 38 orang murid Tingkatan Satu Alamanda di
sebuah sekolah di Hulu Selangor yang terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan 19
orang murid perempuan.
5.0 Pelaksanaan Tindakan
5.1 Tinjauan awal masalah:
Hasil dapatan dari kajian yang dijalankan adalah untuk rujukan dan memberi
maklumat kepada pihak berikut:
1. Guru setiap mata pelajaran
Hasil dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat mengenai
kepentingan pengukuhan kepada murid-murid dan jenis-jenis pengukuhan yang dapat
diberikan dan diaplikasikan didalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Selain itu, hasil kajian ini juga dapat membantu guru meningkatkan motivasi dan
penglibatan murid dalam kelas.
8
2. Murid
Tindak balas atau respon yang diberi kepada murid diharap dapat meningkatkan
tahap penglibatan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan secara tidak
langsung membantu murid meningkatkan pencapaianakademik mereka.
3. Pengkaji masa hadapan
Diharap para pengkaji pada masa hadapan dapat memberikan maklumat yang
diperlukan dan hasil daripada dapatan kajian ini, para pengkaji berkaitan akan dapat
mengaplikasikan pengukuhan positif dan jenis-jenis pengukuhan yang sesuai di dalam
kelas.
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankankajian ini,
tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Menurut Omrod (2012), terdapat lima pengukuhan positif
yang dapat dilakukan adalah seperti jadual di bawah:
9
JADUAL 3.1: JENIS-JNEIS PENGUKUHAN POSITIF
BIL JENIS PENGUKUHAN POSITIF DESKRIPSI
1 Material Reinforcement Pengukuhan material yang juga dikenalpasti
(Pengukuhan Material) sebagai tangible reinforcement. Makanan
dan jenis alat permainan sebagai contoh.
Pengukuhan material ini dapat
meningkatkan keberkesanan dalam
perubahan tingkah laku seseorang.
2 Social Reinforcement (Pengukuhan Pengukuhan sosial merupakan gaya tubuh
sosial) badan yang menunjukkan komunikasi yang
positif seperti senyuman, pelukan,
perhatian guru pada murid yang sangat
berkuasa di
dalam kelas.
3 Activity Reinforcement (Pengukuhan Pengukuhan aktiviti merupakan peluang
Aktiviti) yang diberikan kepada seseorang untuk
melakukan Aktivti yang digemari apabila
sesuatu tugas yang diberikan Berjaya
diselesaikan. Sebagai contoh boleh keluar awal
ke kantin.
4 Intrinsic Reinforcement Pengukuhan Intrinsik adalah perasaan
(Pengukuhan Intrinsik) dalaman yang dapat memuaskan hati
berdasarkan tindakan menyelesaikan
sesuatu permasalahan atau tugas yang
sukar dan dapat memberi tunjuk ajar
kepada rakan yang lain selari dengan
kefahaman yang dikehendaki guru.
5 Positive feedback (Tindak balas Tindak balas positif merupakan satu
positif) pengukuhan yang sesuai dalam membawa
perubahan kepada tingkah laku murid
yang dikehendaki. Guru menyediakan
laluan atau panduan kepada murid
mengenai perkara yang mereka belajar atau
tahu dan memberikan cara untuk
meningkatkan pencapaian mereka ke arah
lebih baik.
10
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
Kajian Literatur
Mengenalpasti Masalah
Menetapkan Matlamat,
Objektif dan Skop Kajian
Menetapkan Matlamat,
Objektif dan Skop Kajian
Mereka bentuk hipotesis
Menentukan Metodologi Kajian
Mengumpul Data Primer: Pengumpulan Data
Pengedaran Borang Soal Mengumpul Data Sekunder:
Selidik (1) Buku Rujukan
(2) Kajian Terdahulu
(3) Media Cetak dan
Elektronik
Kaedah Analisis Data
(1) Kuantitatif
(2) Kualitatif
Membuat kesimpulan dan Cadangan
Penyediaan Laporan
11
Sebelum Pelaksanaan Reward System/ Pra ujian
Berdasarkan pemerhatian pengkaji selama seminggu di dalam kelas-kelas tersebut
sebelum pelaksanaan Reward System, pengkaji telah mengenal pasti beberapa PdPR yang
tidak dapat dijalankan dengan baik dan tidak mendapat kerjasama daripada murid-murid
kelas 1 Alamanda. Data pemerhatian ini didapati juga daripada guru-guru matapelajaran
lain yang melaksakan PdPR kelas 1 Alamanda. Selain itu, terdapat juga beberapa orang
murid tidak memainkan peranan sebagai ahli kumpulan dalam kumpulan tersebut apabila
sesuatu tugasan diberi oleh pengkaji. Sebagai contoh, terdapat beberapa orang murid
tidak memainkan peranan sebagai ahli kumpulan apabila sesuatu tugasan diberikan oleh
pengkaji.
Pemerhatian
Semakan dan respon penghantaran hasil kerja murid-murid yang menggunakan
aplikasi google form dapat memberikan gambaran pemahaman dan penguasaan murid
kepada isi PdPR guru. Tingkah laku murid sebelum dan selepas rawatan menggunakan
Reward System juga diberikan perhatian.
Temubual dengan guru-guru subjek lain
Pengkaji telah menemubual dan berbincang dengan guru kelas serta guru mata
pelajaran lain bagi kelas PdpR dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan
pengkaji mengenal pasti punca masalah kurangnya penglibatan murid-murid sewaktu
PdPR dilaksanakan, masalah-masalah yang dihadapi dan akhirnya menjurus kepada cara
penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.
12
Soal selidik
Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan Reward System. Perbezaan
pandangan dan jawapan daripada murid dapat menjelaskan sama ada rawatan tersebut
memberi kesan yang positif ataupun tidak.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil Tinjauan mendapati :
a. Praujian
Berdasarkan Analisis Pentaksiran Berasaskan Bilik darjah (PBD) Bahasa
Inggeris Tingkatan 1 bagi Pertengahan Tahun 2021, didapati penguasaan
murid dalam Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah tinggi pada TP2. Ini
menujukkan tahap komunikasi antara murid dengan guru adalah kurang
aktif dan memerlukan penambahbaikan bagi mengurangkan bagi
mengurangkan bilangan TP2 dalam Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
Keputusan praujian membuktikan andaian yang dibuat oleh pengkaji adalah
benar. Berikut ialah pencapaian yang diperolehi:
13
15 / 38 orang bagi 34/38 orang bagi
Kemahiran Kemahiran Bertutur
Mendengar
RAJAH 5.1: PELAPORAN PERTENGAHAN TAHUN PENTAKSIRSAN BILIK DARJAH SUBJEK BAHASA
INGGERIS KELAS 1 ALAMANDA
14
b. Pemerhatian
JADUAL 5.1: LINK TUGASAN PDPR SUBJEK BAHASA INGGERIS KELAS 1 ALAMANDA
Bulan Google Form link Keputusan Bilangan
murid
Mac https://forms.gle/yXzvCnZFR3vC6oYU7
3 orang
Mei https://forms.gle/p1E443w7QzX3gtWG7 11 orang
11/38 of 1 Alamanda 5 orang
Jun https://forms.gle/K15JUkSF7RFEnQhFA 14 orang
Julai https://forms.gle/vShTM7AF3ysRr5SHA
14/38 of 1 Alamanda
15
Ogos https://forms.gle/2CJ1Fa8ZybuTCoBu7 18 orang
18/38 of 1 Alamanda
Berikut merupakan hasil dapatan bermula bulan Mac hingga Pertengahan Ogos 2021.
Tingkahlaku murid juga ada masanya menguji kesabaran guru sehingga guruterpaksa
menghantar pesanan ringkas dalam sistem aplikasi WhatsApp kepada setiap murid
supaya mereka menghantar tugasan.
c. Soal selidik
Pengkaji telah mengedarkan soal selidik sebelum rawatan diberi. Soal selidik itu
berperanan untuk mengesan jumlah murid yang cenderung untuk menjadikan sistem
ganjaran atau Reward System ini sebagai pemangkin penglibatan aktif mereka di dalam
kelas semasa PdPR berlangsung.
Dapatan menunjukkan jawapan yang positif terhadap Reward System sebagai
pemangkin penglibatan aktif mereka semasa PdPR. Pengkaji menggunakan pasca ujian
untuk mengukur perubahan dari segi penglibatan aktif murid semasa kelas PdPR
berlangsung dan peningkatan penghantaran tugasan murid. Murid-murid diberi soal
selidik sebelum dan selepas rawatan Reward System. Perbezaan pandangan dan jawapan
responden menjelaskan sama adarawatan ini berkesan ataupun tidak.
16
Dapatan Kajian
5.2.1.1 Hasil dapatan kajian
Secara ringkasnya, berdasarkan soal selidik yang dijalankan, kecenderungan sifat
dan tingkah laku merupakan faktor tertinggi dalam mempengaruhi jenis sistem ‘reward’
bahan dan sosial.
2016
RAJAH 5.2: GRAF BAR DI ATAS MENUNJUKKAN DUA JENIS REWARD
SYSTEM YANGMENDAPAT PILIHAN TERTINGGI (BAGI KEDUA-DUA
KELAS)
17
RAJAH 5.3: CARTA PAI DI ATAS MENUNJUKKAN REWARD JENIS
SOSIAL MERUPAKANJENIS REWARD YANG PALING TINGGI
RAJAH 5.4: CARTA PAI DI ATAS MENUNJUKKAN INTERAKSI DUA HALA
YANG PALINGBERKESAN TERHADAP REWARD SYSTEM
18
RAJAH 5.5: CARTA PAI DI ATAS MENUNJUKKAN TINGKAH
LAKU PENYOALANMENGGUNAKAN REWARD SYSTEM
5.2.1 KESIMPULAN KAJIAN
Kesimpulannya, terdapat beberapa langkah bagi Perancangan Pelaksanaan
Tindakan (PPT) atau Action Plan bagi Reward System ini. Berikut merupakan
rajah langkah yang telah pengkaji simpulkan dan rumuskan bagi memudahkan
pelaksana atau pengkaji pada masa akan datang untuk melaksanakan kajian ini.
5.3 Tindakan(Rawatan) Yang Akan Dijalankan:
Sumber: Journal: Ellen H. Bacon (November 1989)
19
Langkah-langkah pelaksanaan:
1) Konsisten/ Terjadual iaitu mesti dilakukan dengan terancang dalam bentuk jadual
atau senarai nama murid mengikut kelas.
2) Cepat iaitu mesti dilaksanakan dengan bagi pemberian ‘reward’ kepada murid
yang berjaya.
3) Tahap Perubahan Dikukuhkan iaitu bermaksud setiap perubahan tingkah laku
yang positif mestilah diakui atau acknowledge oleh guru walaupun sedikit.
4) Layak iaitu bermaksud setiap ‘reward’ yang diberi mestilah berdasarkan kriteria
yang dikehendaki dan bukan kerana belas kasihan.
5) Kombinasi iaitu bermaksud memberi dua jenis ‘reward’ dalam satu masa seperti
memberi token dan kata pujian atau senyuman pada masa yang sama.
6) Ikhlas, Jelas dan ikut spesifikasi bermaksud setiap ‘reward’ yang diberikan
mestilah ikhlas tanpa ada niat lain seperti merendahkan murid yang lain dan jelas
pada perubahan yang dikehendaki serta mengikut spesifikasi isi kandungan yang
disampaikan atau kejayaan yang berjaya dicapai oleh murid.
7) Umur atau tingkatan bermaksud setiap pelaksanaan ‘reward’ mestilah
dilaksanakan mengikut kesesuaian umur dan tingkatan dengan melihat
kecenderungan setiap kelas. Ini adalah kerana keperluan setiap kelas adalah
berbeza mengikut kepelbagaian tahap murid
1950
PELAN TINDAKAN PENGKAJI PADA MASA
AKAN DATANG
20
6.0 ABSTRAK
‘Reward System’ Pemangkin Penglibatan Aktif Murid-murid Sewaktu
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Subjek Bahasa Inggeris bagi
Murid-murid Tingkatan 1 Alamanda SMK Bukit Sentosa 2.
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat bagaimana Reward System sebagai
Pemangkin Penglibatan Aktif Murid-murid Sewaktu Pdpc (Pengajaran dan pembelajaran
cerapan) Subjek Bahasa Inggeris. Responden pengkaji terdiri daripada 38 orang murid
kelas (1 Alamanda) Tingkatan Satu dari sebuah sekolah di Hulu Selangor. Kaedah
literatur yang digunakan adalah dengan menyemak dan menganalisis hasil data-data
kuantitatif dan kualitatif dilaksanakan melalui kaedah masa dan sumber. Data-data yang
dikumpul adalah dengan menggunakan pemerhatian dalam kelas, borang soal selidik,
temubual, kaedah pembelajaran berpusatkan murid di dalam kelas PdPR dan Analisa
Pertengahan Tahun Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD). Saya juga menggunakan
jadual “reward’ berterusan untuk memberi ‘reward’ kepada murid yang melibatkan diri
secara aktif. ‘Reward’ tersebut berbentuk bahan iaitu ganjaran matawang dan sosial.
Hasil kajian menunjukkan Reward System ini berhasil dalam menjadi pemangkin
penglibatan murid dalam kelas saya sewaktu PdPR dilaksanakan. Ini bermaksud saya
memberikan ‘reward’ kepada setiap murid yang aktif memberikan respon dan jawapan
yang betul.
Kata kunci: Reward System, pemangkin penglibatan aktif, berpusatkan murid, murid
Tingkatan 1 Alamanda, Subjek Bahasa Inggeris
21
Abstract
The purpose of this study is to investigate Reward System as the Acceleration of Active
Participation During PdPR lesson in English subject among Form 1 Alamanda used in
term of class participation. This study also showed the active participation of my pupils
during the PdPR lesson. The respondents of my research is consisted of 38 pupils of 1
Alamanda of one of the Secondary School in Hulu Selangor. The Literature method is
used to analyze and interpret the quantitative and qualitative data. The data of this study
was collected and interpreted using observation in class, questionnaires and interviews
among the pupils and the others subject teachers. Data was collected and analyzed using
methods, time and pupils centered. Data was then analyzed and using pattern analysis.
Then the data was analyzed by using the pattern analysis. Positive reinforcement used in
this research was material reinforcement and social reinforcement. Besides, I used
continuous schedule to give reinforcement to the pupils. For example, reinforcement was
given after every active participation and all correct responses by the pupils. From the
findings, the study showed that the Reward System was affective in accelerating the
participation of the pupils during the PdPR lesson as well.
Key words: Reward system, accelerating the active participation in class during lesson,
pupils centered Form One pupils.
22
Rujukan:
Agus Suprijono (2009). Cooperative learning:teori & aplikasi PAI/KEM. Penerbit:
Pustaka Pelajar
Amir Hassan Dawi. (2009). Sekolah dan Masyarakat. (Edisi 1). Tanjong Malim:
Quantum books.
Anita Lie (2004). Cooperative Learning: Mempraktekkan Cooperative Learning di
Ruang-ruang Kelas. Jakarta: PT. Grasindo
Diedrich, Jennifer L. (2010). “Motivating Students Using Positive Reinforcement” .
Education and Human Development Master Thesis. 9
English Education Study Program Language and Arts Department. (2016) Faculty of
TeacherTraining and Education. Jember University.
EH Bacon (1989). Guidelines for Implementing A Classroom Reward System. Frist
Hargreaves, D. (1975). Interpersonal Relations and education. London: Routledge
andKeegan Paul.
Guy R. Lefrancois (2019). Theories of Human Learning. Cambridge University
Press.
http://digitalcommons.brockport.edu/ehd_th/9
https://www.mindtool.com >article
https://deming.org
Izham Shafie(2000). “Pengantar Statistik”. Edisi Pertama: UUM Sintok, ms23-29.
Journal.sagepub.com
23
Johnson, D. W & Johnson, R. (1989) Cooperationand competition: Theory and research.
Edina, MN: Interaction Book Company.
Kamarudin Ngah dan Roslim Md, Akhir. (1990). “ Kaedah Penyelidikan – Panduan
Mudah Kerja Luar”. Petaing Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd
Loudry Vian Arghanatha Nim (2016). The Use of Reinforcement to Improve Class X-&
Students’ Active Participation and Simple Past Tense Achievement at SMAN Kalisat.
Miltenberger, R. G. (2008). Behavior Modification: Principles and procedures (4th
Edition ed.) . Boston: Thompson Learning, Inc.
N. Holmes, G. Carvalho and Marie Powers (2010). Human Labor Management:”Rewards
System & Incentives”. pdfs.semanticscholar.org/ https://scholar.google.com/
Omrod, J. E (2012). Human Learning (6th Editioned.) USA: Pearson Education
Inc.
Robert E. Slavin (2009). Cooperative Learning in teams: State of the art. Johns Hopkins
University. https://www.researchgate.com> cooperative learning.
Silverman, D. (1993). “ Interpreting Qualitative Data: methods for Analyzing Talk, Text
and Interaction”. London: Saga Publications.
Taylor, S. J. dan Boghan, R. (1984). “ Introduction to Qualitative Research methods: The
Search for Meanings:. Amerika Syarikat: John Wiley & Sons.
Uno. H (2010). Orientasi Baru Dalam Psikologi Pembelajaran. Jakarta: BumiAksara