SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 8, TAMAN INDERAWASIH
13600 PERAI, PULAU PINANG.
TEL: 604-3973561 FAKS: 604-3902662
Ruj.Kami : SMKTI(KURI)600-1/1( )
Tarikh: 21 JANUARI 2022
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIL. 1/2022
Tarikh : 21 Januari 2022
Hari : Jumaat
Masa : 9:30 pagi – 12.20 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat Ke 2, SMK Tmn Inderawasih
Kehadiran :
1. Tuan Haji Ramli bin Ahmad
2. En. Sugumaran a/l Rajandran
3. Pn. Norzakiah binti Hamid
4. En. Anthony Samy a/l Muniyandi
5. Pn. Asimah binti Saat
6. Pn. Wan Basthiah bt Hj Abdul Rahman
7. Pn. Rosnah binti Othman
Agenda Mesyuarat :
1.0 Takwim Persekolahan Sesi 2022/23
2.0 Pengesahan Minit Yang Lalu
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Perancangan Strategik (PSO)
5.0 Latih Tubi pengesanan 2022
6.0 Sesi Motivasi Tingkatan 5 Fasa 2
7.0 Dialog Prestasi Bil.3
8.0 Hal-hal lain
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.0 1.1. Pengerusi majlis mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada semua
guru yang dapat hadir ke mesyuarat yang diadakan pada hari ini. Tuan Pengetua
juga mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Pn. Anne Louisa a/p Arokasamy
yang telah menamatkan tugas beliau pada 3 Januari sebagai Guru Kanan Bidang
Bahasa dan mengalu-alukan kehadiran ketua bidang Bahasa yang baharu. Pengetua
juga mengatakan bahawa mesyuarat ini merupakan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi.
Makluman dan tindakan: semua ahli
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Minit Mesyuarat Kali ke-3 Tahun 2020 telah disahkan oleh Pn. Wan Basthiah Binti
Abdul Rahman dan disokong oleh Pn. Rosnah Binti Othman.
Makluman dan tindakan: semua guru
1
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.3 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa tiada keperluan mesyuarat PSO kerana
bahan telah dikumpulkan
4.1 kelas yang terlibat dengan penggiliran hanyalah Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 sahaja.
Kumpulan penggiliran perlu dipatuhi oleh murid. Guru perlu pastikan murid patuh kepada
penggiliran.
4.5 Pemantauan tempat dan perjalanan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
telah diserah kepada Pn. Rashidah
4.6 semua mata pelajaran yang terlibat dengan moderasi telah dijalankan termasuk mata
pelajaran Perniagaan
4.9 En. Padamathan telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Fizikal, Penolong
Setiausaha Disiplin, manakala Nur Khairina telah dilantik membantu SU Peperiksaan.
Pn. Kalaimathi telah dilantik sebagai pembantu I-Think dan Nurizean telah dilantik
sebagai Guru Penolong Guru Data. PK HEM juga perlu menyediakan borang
pemantauan tandas.
4.16 PKP telah memaklumkan bahawa soalan dan skema Trend Layak Sijil telah diambil
Makluman dan tindakan: makluman dan PK HEM
4.0 PERANCANGAN STRATEGIK (PSO)
- Pn. Wan Basthiah dan Pn. Normala merupakan setiausaha PSO
- PSO perlu dibuat pemurnian dan dicetak pada bulan Februari
- Perjumpaan dengan rakan elit juga perlu diadakan
Makluman dan tindakan: Pn. Wan Basthiah
5.0 TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2022/23
5.1 Sesi persekolahan akan bermula pada 22 Mac 2022. Oleh itu, adalah menjadi
keperluan menyediakan takwim persekolahan bagi sesi persekolahan 2022. PKP
telah diberi slot untuk diisi oleh setiap PK supaya tidak berlaku pertembungan.
Makluman dan tindakan: semua ahli
5.2 Pengetua mencadangkan supaya Buku Takwim Persekolahan 2022 sama dengan
Buku Takwim 2021. Penyediaan jawatankuasa perlu disediakan oleh setiap PK
Makluman dan tindakan: PKP, PK HEM dan PK Koko
5.3 PKP menerangkan bahawa Bahagian Kurikulum ada perubahan dan Guru yang
akan lapor diri pada 24 Januari 2022
1. En. Mohamad Norkhairi Bin Abdul Rahman daripada sekolah Chung Ling dan
dapat SMK Tinggi Bukit Mertajam tetapi PPD minta supaya beliau dipindahkan ke
SMK Taman Inderawasih. Beliau boleh mengajar subjek Asas Kelestarian.
2. Pn. Nurizzean akan melapor diri pada 31 Januari 2022 iaitu pada hari Isnin
3. Guru yang akan mendaftar masuk pada 21 Mac 2022 iaitu :
- En. Khairul Anuar
- En. Mohamad Rahmat
Makluman dan tindakan: semua ahli
5.4 Terdapat ramai guru yang tidak mengikut opsyen, sekiranya kritikal maka PKP perlu
merujuk e-Operasi supaya memenuhi keperluan guru. sepatutnya guru perlu mengajar
mengikut opsyen, semua perancangan (VUKA) iaitu ketidaktentuan, perlu ada ,
pelaksanaan bergantung kepada keadaan sekiranya ada masalah boleh ditangguhkan.
Makluman dan tindakan: PKP
5.5 Senarai nama AKP tidak dicetak di dalam Buku Takwim Pengurusan 2021. Oleh itu,
2
maklumat AKP perlu dimasukkan dalam Buku Pengurusan 2022.
Makluman dan tindakan: PKP
5.6 PKP memaklumkan bahawa tanggungjawab mengemaskini maklumat dalam e-
Operasi adalah tanggungjawab pegawai tersebut kerana sekiranya berlaku kesilapan
pegawai tersebut
Makluman dan tindakan: semua ahli
5.7 PK HEM memaklumkan bahawa guru pembantu bagi kelas yang tiada guru
pembantu telah dipilih
Makluman dan tindakan: semua ahli
5.8 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa bilangan guru setakat hari ini ialah 55 orang.
Makluman dan tindakan: semua ahli
5.9 PK HEM memaklumkan bahawa beliau telah memaklumkan kepada pembersihah
supaya membuat pembersihan untuk membasmi denggi.
Makluman dan tindakan: semua ahli
5.10 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pelaporan berkaitan denggi perlu dilakukan
pada setiap bulan
Makluman dan tindakan: PK HEM
5.11 Guru yang bertugas pada Januari dan Februari juga perlu dimasukkan ke dalam
takwim supaya ada kesinambungan. Masukkan kaunselor, guru disiplin, ketua bidang
atau pentadbir. Selain itu, pada waktu balik juga perlu ada pada waktu balik dan guru
bertugas perlu memaklumkan jika beliau bertugas pada waktu tersebut supaya tida diberi
jadual ganti.
Makluman dan tindakan: PKP
6.0 LATIH TUBI PENGESANAN 2022
6.1 Mata pelajaran PSV mengalami kekurangan guru. Oleh itu, GK Kemanusiaan perlu
minta bantuan daripada guru-guru yang boleh menanda PSV untuk membantu menanda
kelas Pn. Nur Azwa
Makluman dan tindakan: GK Kemanusiaan
6.2 Latih tubi pengesanan Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 ikut jadual yang telah ditetapkan.
Latih Tubi Pengesanan bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 ikut jadual guru mata
pelajaran. Semua markah perlu diserahkan pada atau sebelum 18 Februari 2022 untuk
tujuan analisis. SU dalaman menengah atas dan menengah rendah perlu buat analisis
supaya dapat dijadikan sebagai TOV sesi persekolahan 2022. Jika ada perubahan, kita
telah membuat persetujuan dalam mesyuarat memandangkan kita ada keperluan.
Pelajar-pelajar yang terlibat dengan PKSK boleh menduduki Latih tubi Pengesanan
Makluman dan tindakan: semua ahli
6.3 Markah Trend Layak Sijil bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah perlu
diserahkan pada atau sebelum 7 Februari untuk tujuan analisis serta data perlu dihantar
kepada PPD.
Makluman dan tindakan: GK Bahasa dan GK Kemanusiaan
3
7.0 SESI MOTIVASI TINGKATAN 5 FASA 2
7.1 Pada 7 Februari 2022, Kaunselor telah diarahkan menyusun semula sesi motivasi
secara bersemuka.Tn. Pengetua memaklumkan bahawa beliau memilih untuk masuk ke
kelas 5 Zamrud
Makluman dan tindakan: semua ahli
7.2 Antara isi kandungan yang akan dibicarakan ialah :
- Analisis percubaan dan kehadiran (PK HEM), 10 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022
- Sekolah akan menangguhkan Surat berhenti sekolah kerana poteng berterusan
- Siapa yang keluar awal semasa peperiksaan SPM, calon berkenaan akan dikuarantin
dalam bilik pengetua.
Makluman dan tindakan: semua ahli
8.0 Dialog Prestasi Bil.3
8.1 Mesyuarat aset akan diadakan pada 27 Januari 2022.
8.2 Dialog Prestasi pula akan diadakan pada 25 Januari pada pukul 2:30 petang. Templet
PPD diguna pakai untuk dialog prestasi. Program intervensi mengikut kelompok, data diambil
daripada Su Peperiksaan Dalaman. Program ini dinamakan sebagai “Reach For The Star”
denagn menggunakan kaedah pembelajaran terbeza dan perlu ada beberapa modul ikut
kumpulan murid. Guru juga perlu mengenal pasti murid. Manakala setiap ketua panitia perlu
kelompokkan murid ikut kumpulan, murid tidak diasingkan masih kekal di dalam kelas
berkenaan.
Makluman dan tindakan: semua ahli
9.0 HAL-HAL LAIN
9.1 Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan pada 30 Jun 2022
9.2 SKPMg2 perlu dilengkapkan dengan kadar segera.
9.3 Pencerapan kendiri perlu dilengkapkan oleh semua pegawai penilai.
9.4 Ujian Amali Sains perlu bersedia dan percubaan juga telah dijalankan
9.5 BAP telah dimasukkan dalam akaun sebanyak RM52,000.00 murid yang layak adalah
seramai 280 orang dan akan diserahkan pada 26 Januari 2022. Seorang murid akan
mendapat RM150.00 telah dinaikkan sebanyak RM50.00. Jadual pengagihan telah
disediakan.
Tingkatan 1 : 10:00 pagi -11:00 pagi
Tingkatan 2 : 11:00 pagi - 12:00 pagi
Tingkatan 3 : 12:00 pagi - 1:00 petang
Tingkatan 4 : 1:00 petang - 2:00 petang
Murid tidak dibenarkan mengikut waris pulang kerana perlu menduduki Latih Tubi
Pengesanan. Selain itu, Jawatankuasa pengurusan yang membuat keputusan
berkaitan penyerahan BAP perlu diwujudkan . Pengurusan juga bersetuju dengan
senarai nama pelajar yang layak menerima BAP berdasarkan data APDM.
Makluman dan tindakan: semua ahli
9.6 Proses pemulangan buku teks pada hari yang sama minggu terakhir persekolahan
penggal 3. Murid/ calon SPM yang bekeperluan buku teks boleh memohon untuk
meminjam buku teks setelah dipulangkan.
Makluman dan tindakan: semua ahli
9.7 PAJSK telah diisi dan telah dicetak, GPS sekolah telah dikuncupkan.
- Pasukan Badan Beruniform Renjer Puteri digabungkan dengan Pandu Puteri. Tuan
Pengerusi meminta supaya merujuk semula peraturan
Makluman dan tindakan: semua ahli
4
9.8 Lawatan bimbingan akan datang pada bila-bila masa. Semua bidang tolong bersedia
termasuk file melalui Program “Singgah Mai”.
Makluman dan tindakan: semua ahli
PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:30 tengah hari
Disediakan oleh: Disemak oleh:
…………………………… …………………………….
(PN. RASHIDAH BINTI SIDEK) ()
Pencatat Minit Mesyuarat Pengetua
SMK Taman Inderawasih
5