The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syarifahsyamimi44, 2021-11-02 23:05:50

Kerja Lapangan Geografi f3 2k21

Kerja Lapangan Geografi f3 2k21

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR

SETAR, KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN TENTANG GUNA TANAH DI KULIM, KEDAH

NAMA : SYARIFAH SYAMIMI BASYIRAH BINTI SYED MOHD NAZRI

NO IC : 060921-07-0746

TINGKATAN : 3 SAKINAH

NAMA GURU : ARHAMNI BINTI ROBIAN

TARIKH HANTAR : 2 NOVEMBER 2021

1

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka
Surat
1. Tajuk kajian
2. Senarai kandungan 1
2
3. Penghargaan 3
4
4. Pendahuluan 5
6
5. Objektif kajian 7
8-17
6. Kawasan kajian 8

7. Kaedah kajian 9-10

8. Dapatan kajian 11

Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta 12
sebenar tentang latar belakang kawasan kajian
Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang 13
menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di 14
kawasan kajian dan menghuraikan satu faktor yang 15-16
mempengaruhi guna tanah berkenaan
Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna 17
tanah tersebut terhadap alam sekitar di kawasan
kajian
Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap
usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah
tersebut
9. Rumusan

10. Lampiran
11. Rujukan

2

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaiton
binti Ismail selaku pengetua Maktab Mahmud Alor Setar kerana
telah memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan segala
peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan
tugasan ini.

Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Arhamni
binti Robian atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan
nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong saya
dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada
ibu bapa saya iaitu Syed Mohd Nazri bin Syed Ibrahim dan
Norsuzatul Hanim binti Asat yang telah memberi sokongan moral
dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa
mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-
maklumat tentang kajian guna tanah yang saya kaji.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-
rakan sekelas saya terutamanya Siti Aisyah binti Ismail kerana
telah membantu saya dengan memberikan banyak pendapat dan
idea.

3

PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang
ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab
Mahmud Alor Setar.

Saya telah memilih tajuk Kajian Guna Tanah (Pertempatan) di
Kulim, Kedah.

Tujuan saya memilih kawasan Kulim ini adalah kerana kawasan
ini merupakan kawasan tempat tinggal saya. Ekoran itu, ini
memudahkan saya menjalankan kajian ini. Tujuan lain juga
adalah kerana saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai kawasan ini.

Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan
seperjuangan saya yang lain telah dimanfaat dengan sebaiknya
untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian tentang
guna tanah ini.

Saya telah melakukan pemerhatian dan rujukan untuk
mendapatkan maklumat terkini tentang latar belakang kawasan
kajian yang tepat disamping mengenal pasti satu jenis guna
tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang
mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti dan
menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar
yang telah dikaji.

4

OBJEKTIF KAJIAN

(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar
tentang latar belakang kawasn kajian.

(b) Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan
taburan guna tanah di kawasan kajian.

(c) Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan
kajian dan menghuraikan satu faktor yang mempengaruhi
guna tanah berkenaan.

(d) Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah
tersebut terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

(e) Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha-
usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut.

5

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Kulim, Kedah.

Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Daerah
Kulim adalah salah sebuah daerah daripada kesemua jumlah
daerah tersebut. Salah sebuah mukim yang terdapat dalam
daerah Kulim ialah Kulim.

Kulim adalah salah sebuah mukim yang sangat terkenal dan
menjadi tumpuan penduduk. Kawasan Kulim ini adalah sebuah
kawasan petempatan. Sebelum pembinaan kawasan petempatan
ini, kawasan ini kurang menjadi tumpuan penduduk.

Secara keseluruhannya, guna tanah di Kulim adalah lebih
kepada kegiatan ekonomi seperti petempatan, perindustrian,
perniagaan dan lain-lain. Kebanyakan kawasan telah
dibangunkan untuk tujuan ekonomi. Kegiatan ekonomi ini adalah
sangat penting kerana ia menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat.

Selain itu, penduduk dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi
penduduk. Contohnya ialah kawasan petempatan Kulim.
Kawasan petempatan Kulim adalah sebuah kawasan yang luas.
Kawasan ini berkeluasan sebanyak 765 km².

Guna tanah untuk kawasan pertanian adalah terhad. Pada
masa sekarang, kawasan ini telah dibangunkan menjadi bandar
dan pusat petempatan.

6

KAEDAH KAJIAN

Saya telah mengumpul beberapa jenis kaedah untuk
mengumpul maklumat yang diperlukan bagi melengkapkan
kajian saya. Kaedah tersebut adalah seperti berikut:

a. Kaedah Rujukan

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini,
internet ialah satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi
mendapatkan maklumat. Melalui laman sesawang yang telah
dilayari, saya memperoleh banyak maklumat berkaitan kajian
ini untuk dijadikan rujukan tambahan. Saya juga telah
membuat kaedah rujukan dengan merujuk buku teks.

b. Kaedah Pemerhatian

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk
mendapatkan maklumat seperti ciri fizikal dan ciri budaya di
kawasan Kulim. Saya juga membuat pemerhatian tentang
kawasan petempatan di Kulim. Kaedah ini disertai dengan
beberapa foto yang diambil semasa kajian dilakukan.

c. Bimbingan Guru

Tanpa bimbingan guru, saya tidak akan berjaya melasanakan
tugasan kajian yang telah diberikan. Oleh itu, saya mendapat
bimbingan daripada guru saya iaitu Puan Arhamni binti
Robian.

7

DAPATAN KAJIAN

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Saya telah menggunakan kaedah rujukan untuk mengumpul
maklumat tentang latar belakang kawasan Kulim.

Kulim dibuka dan didiami pada pertengahan abad 18 oleh
100 orang Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim
yang tumbuh di merata tempat. Simbol yang terkenal di
Kulim ialah Jam Merdeka Kulim yang masih lagi berfungsi.

Kulim diasaskan pada tahun 1800. Kulim asalnya
merupakan kawasan petempatan yang kecil pada era 1950-
an. Kini ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-
kawasan petempatan dan perindustrian. Hal ini sekaligus
dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan hingga
mempercepatkan pertambahan bilangan penduduk. Jumlah
penduduk yang menetap di Kulim adalah lebih kurang
seramai 150 000 orang.

Antara ciri-ciri fizikal yang terdapat di kawasan Kulim ialah
rumput, hutan dan tasik. Antara ciri-ciri budaya di kawasan ini
pula ialah petempatan, kilang, jalan raya, kelapa sawit dan
sekolah.

8

PETA LAKAR
9

TAFSIRAN PETA LAKAR

Peta menunjukkan kawasan Kulim yang terletak di kawasan
tanah pamah. Ciri pandang darat fizikal yang terdapat di
kawasan Kulim ialah tasik. Tasik ini dapat membekalkan
sumber ikan air tawar kepada penduduk setempat. Kawasan
ini bersempadan dengan negeri Pulau Pinang. Hutan dan
kelapa sawit yang terdapat berhampiran dengan sempadan
menyebabkan berlakunya beberapa kegiatan aktiviti yang
dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

Ciri pandang darat budaya yang terdapat di kawasan Kulim
ialah petempatan, kelapa sawit, sekolah, kilang dan jalan
raya. Kilang ini penting kerana dapat membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kilang ini juga dapat
mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara.

Jalan raya merupakan cara pengangkutan utama di kawasan
peta. Jalan raya dapat menghubungkan kawasan pedalaman
dengan kawasan bandar. Jenis pengangkutan yang digunakan
ialah kereta, motosikal, teksi, bas dan lori. Pengangkutan
seperti lori sangat penting untuk mengangkut sumber bahan
mentah ke kilang.

10

JENIS GUNA TANAH UTAMA DAN FAKTOR
YANG MEMPENGARUHINYA

Guna tanah untuk kawasan pertanian adalah terhad. Pada
masa sekarang, kawasan ini telah dibangunkan menjadi
kawasan petempatan. Oleh itu, tanah yang digunakan untuk
tujuan pertanian menjadi semakin berkurang.

Jenis guna tanah utama di kawasan ini ialah petempatan.
Jenis perumahan yang dibina di sini ialah perumahan bukan
strata. Perumahan bukan strata ialah perumahan yang dibina
atas tanah (landed house). Rumah jenis ini termasuklah
rumah banglo, rumah teres dan rumah berkembar. Ini adalah
kerana kawasan Kulim mempunyai banyak tanah yang sesuai
bagi tujuan pembangunan perumahan.

Faktor yang mempengaruhi guna tanah untuk tujuan
petempatan ialah bentuk muka bumi iaitu tanah pamah.
Tanah pamah dapat dijadikan sebagai tapak pembinaan
kawasan petempatan, bandar dan menjadi tumpuan
penduduk. Faktor ini dapat memudahkan pembinaan jalan
raya dan bangunan-bangunan. Antara pembinaan bangunan
adalah seperti rumah, kedai, sekolah dan lain-lain.

11

KESAN GUNA TANAH TERHADAP ALAM SEKITAR

a) Peningkatan suhu
Peningkatan suhu disebabkan pembebasan gas karbon
monoksida oleh kenderaan bermotor dan kekurangan
kawasan hijau untuk menyerap gas karbon dioksida.
Pembinaan bangunan yang sangat rapat antara satu sama
lain seperti rumah berkembar menyebabkan haba
terperangkap di celah-celah bangunan dan seterusnya
memanaskan permukaan bandar.

b) Banjir kilat
Banjir kilat ialah limpahan air di bandar yang berlaku secara
mendadak akibat curahan hujan yang lebat dan surut dalam
jangka masa yang singkat. Faktor yang menyumbang kepada
kejadian banjir kilat ialah seperti pembuangan sampah sarap
oleh penduduk menyebabkan sistem saliran tersumbat.
Contohnya, pembuangan sampah ke dalam longkang.

c) Pencemaran bau
Pencemaran bau berpunca daripada sisa pepejal seperti
sampah dan air sampah. Pertambahan penduduk dalam
kawasan bandar menghasilkan kuantiti buangan sisa pepejal
yang sangat tinggi. Contohnya seperti kawasan perumahan di
Kulim yang sangat padat. Penduduk yang tidak mengambil
berat terhadap kebersihan persekitaran juga punca terjadinya
pencemaran bau.

12

USAHA-USAHA MENGATASI KESAN GUNA
TANAH

a) Menanam pokok
Peningkatan penanaman pokok dapat mengurangkan
penghasilan gas karbon dioksida dan dapat mengurangkan
masalah suhu bandar yang tinggi. Hal ini kerana pokok dapat
menghasilkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Oleh
itu, keadaan persekitaran bandar akan menjadi lebih sejuk.
Penduduk boleh bekerjasama mengadakan aktiviti “1 Rumah
1 Pokok”.

b) Aktiviti gotong-royong
Aktiviti gotong-royong dapat mengurangkan masalah seperti
longkang tersumbat yang mengakibatkan banjir kilat. Aktiviti
ini sangat memerlukan kerjasama daripada kalangan
penduduk. Aktiviti ini sekali gus dapat menyedarkan
penduduk betapa pentingnya untuk menjaga kebersihan
kawasan persekitaran.

c) Pendidikan alam sekitar
Pendidikan alam sekitar ini dilakasanakan melalui mata
pelajaran seperti Geografi, Sains dan Pendidikan Moral. Hal
ini bertujuan untuk menerapkan kesedaran kepada semua
orang. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.

13

RUMUSAN

Kajian yang dijalankan di Kulim ini telah memberi banyak
pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini
membolehkan saya mengenal pasti jenis guna tanah di Kulim.

Selain itu, saya dapat mengetahui dengan lebih jelas definisi
dan maksud guna tanah. Berdasarkan kajian yang dijalankan,
saya juga dapat mengetahui latar belakang kawasan kajian,
faktor yang mempengaruhi guna tanah petempatan dan
kesan guna tanah terhadap alam sekitar.

Selepas mengumpulkan segala maklumat, kami dapat
memberikan beberapa usaha dan cadangan yang boleh
digunakan untuk mengatasi kesan guna tanah yang telah
berlaku di Kulim.

Akhir kata, marilah kita sebagai penduduk di Kulim
menjalankan aktiviti guna tanah sebaik mungkin agar kita
semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh
menjejaskan flora dan fauna akibat tindakan kita sendiri.

Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk di kawasan
kajian yang mempunyai kesedaran tentang segala perkara
yang mungkin berlaku. Hal ini dapat meningkatkan lagi kualiti
kehidupan mereka. Saya berharap usaha penduduk di Kulim
dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke masa.

14

LAMPIRAN

Imej dari google map sebagai rujukan untuk
melukis peta lakar

Kawasan perumahan Kulim

15

Kawasan perumahan Kulim

Masjid di Kulim

Sekolah di kawasan Kulim

16

RUJUKAN

▪ Buku teks

• Abd Rahim Md Nor. (2004). Geografi Tingkatan 3.
Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

• Cindy Lim Soh Bee. (2007).Atlas & Resos Geografi
Tingkatan 1. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

▪ Internet

• https://www.google.com/maps/search/kilang+kulim/
@5.3752361,100.5374825,16z

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Kulim_(bandar)
• https://geografipbs.blogspot.com/2019/07/kaedah-

kajian.html?view=flipcard&m=1
• https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2018-

kajian-guna-tanah.html
• https://jackler.my/contoh-ayat-mentafsir-peta-

lakar.html?amp=1

17


Click to View FlipBook Version