TAJUK BUKU :BAKTI BERBALAS BUDI
KARYA : NOR AZLIN KAMARUDIN
PENERBIT: VITAL STAR SDN BHD
SINOPSIS:
Buku ini menceritakan tentang kesusahan sebuah keluarga untuk
mencari wang bagi perubatan anaknya. Pak Akob bekerja sebagai
pegawai keselamatan di sebuah rumah orang kaya manakala
isterinya, Mak Nah pula bekerja sebagai pencuci. Anak mereka, Resa
telah menghidap penyakit peparu berair dan perlu dibedah dengan
segera. Pak Akob sangat risau memikirkan masalah tersebut. Dia
bekerja dengan lebih gigih bagi mengumpulkan wang. Pada suatu
malam, ketika Pak Akob sedang mengawasi rumah majikannya, dia
ternampak seorang pencuri memanjat tembok rumah tersebut. Pak
Akob dengan berani terus mengejar pencuri itu. Akhirnya, pencuri itu
dapat ditangkap dan diserahkan kepada polis. Malangnya, Pak Akob
telah jatuh pengsan selepas itu. Kemudian, barulah majikannya tahu
bahawa Pak Akob kurang rehat kerana gigih mengumpulkan wang.
Sebagai balasan, majikannya bersetuju membiayai pembedahan Resa.
Pak Akob sekeluarga sangat bersyukur. Resa kembali pulih dan
berjanji akan membalas jasa majikan ayahnya ketika dewasa kelak.
Mekar angsana pandang tak jemu,
Bunganya luruh ke dalam raga,
Buku laksana lautan ilmu,
Dasarnya penuh mutiara berharga.