Fettuccine Alfredo Tomyam
Sebab saya mencipta resepi ini
Cara masak ringkas (tanpa udang) . - resepi jimat kos - Penyediaan kuah 1. Tumiskan pes tomyam menjadi kering. 2. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan air yang dimasak fettuccine dan kacau sehingga sebati. 4. Masukkan gula untuk menyeimbangkan rasa masam tomyam. 5. Masukkan rempah seperti oregano, basil dan pasley. 6. Masukkan tepung gandum semasa mendidih untuk memekatkan kuah. Penyediaan Pasta 1. Panaskan air hingga mendidih. 2. Masukkan garam dan serbuk keju parmesan ke dalam air. 3. Masukkan Fettuccine mengikut kuantiti ditetapkan. 4. Rebus Fettuccine selama 10 minit. 5. Kacau secara berkala supaya Fettuccine tidak melekat. 6. Simpankan 300ml air yang dimasak dalam mangkuk. 7. Toskan fettucine yang masak dengan air sejuk. 8. Masukkan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat.
Tunggu apa? Sekarang boleh cuba untuk masak! Semoga maju jaya, Sekian, terima kasih!