BAHAGIAN B (PEMAHAMAN)
SOALAN 7 (PETIKAN SASTERA)
SET 3
TEMA 10 : BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR (DSKP15:BAHASA DAN
KESUSASTERAAN)
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
(TING 4) respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan
(TING 4) respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Aku Membaca Lagi
Aku mendongak langit
Membaca garis dan titik
Menaakuli kebesaran-Mu
Di bawahnya gumpulan mega
Hempusan bayu dan banjaran gunung
Kuseluri alam
Kicauan burung
Desiran ombak dan wajah pelangi
Mewarnai kehidupan umat-Mu
Aku mendongak lagi
Membaca langit
Di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
Dan dan ranting terkulai
Daun-daun berguguran
Helai demi helai
Di lantai tanah airku yang makmur
Aku membaca langit
Kutemui
Bulan dan bintang menangis
Meratapi luka nasib bangsa
Aku mendongak lagi
Menitis air mata langit
Membasahi bahasa Melayuku
Yang berdarah
Razali Mohd Yusof
Dewan Bahasa, Januari 2007
Dewan Bahasa dan Pustaka.
46
Bahan 2
Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah warisan
tinggalan bangsa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu-ilmu berkaitan kewajipan
perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan gejala hitam yang
boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak langkah membina
dunia baharu di ibu kota agung itu.
Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa ibunda
jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah. “Bumi ini milik
kita. Nenek moyang kitalah yang berjuang dengan akal kebijaksanaan serta semangat
keperwiraan untuk membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah. Lebih kurang lima
ratus tahun lamanya tanah watan ini dijajah oleh kuasa asing, bangsa kita merempat dan menjadi
rakyat kelas ketiga di tanah air sendiri. Hak dan maruah kita dicabut, Mel.”
Dipetik daripada cerpen Munsyi oleh Husna Nazri
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud mewarnai kehidupan umat-Mu ? [2 markah]
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(i) Berdasarkan Bahan 2, apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi bangsa yang agung dan
bermaruah. [3 markah]
_________________________________________________________________________

47
(ii) Merujuk Semua Bahan, Pengarang ada menyentuh persoalan nasib bahasa Melayu.
Pada pendapat anda, apakah kesannya jika bahasa Melayu terus terpinggir ? [4 markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(iii) Lebih kurang lima ratus tahun lamanya tanah watan ini dijajah oleh kuasa asing. Bangsa kita
merempat dan menjadi rakyat kelas ketiga di tanah air sendiri. Hak dan maruah kita dicabut,
Mel.”
Berdasarkan petikan di atas. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh
diambil bagi memartabatkan penggunaan bahasa di peringkat global ? [4 markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
48
SET 4
TEMA 15 : ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI ( DSKP 6 : SAINS, TEKNOLOGI DAN
IVOVASI )
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam
(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi.
Dia menoleh.
“Berikan gelafundin,” arahnya acuh tak acuh.
“Dia memerlukan darah. Hatiku pilu tiba-tiba
“Kandungan gelafundin itu seakan-akan darah.” Mata bulat berkening lebat doktor tua itu
terjegil. “Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah. Sekurang-kurangnya dia tidak
mati untuk hari ini.”
Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatiku
itu. Manusiakah dia ? suara kulontar dengan selembut yang boleh walapun hatiku ketara pedih.
“Bank darah sudah kontang, Faham ?”
“Siapakah perempuan yang sedang koma itu? Bandingkan dengan Tuan Besar Musa. Cari
kepentingan mereka. Siapakah yang lebih memerlukan darah ?
Dengan pantas kucapai sebotol gelafundin. Titisannya laju meluncur masuk ke salur
darah. Tekanan darah meningkat. Siapa sebenarnya yang tidak tulen, Solehah ? Manusiakah ?
Kemanusiankah ? Kutenung wajah Solehah yang koma dan tenang syahdunya.
“Pek-pek darah dalam bank darah hospital, kepunyaan kelab, boleh dijual untuk membeli
minuman keras.” Gagal kupelihara kesabaranku apabila renungan mata Doktor Murni menikam anak
mataku.
“Kita golongan minoriti, Nusia.”
Dipetik daripada Cerpen ‘Gerhana Manusia’,
Oleh Aminah Mokhtar
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia.
49
Bahan 2
ANI : (Muncul dengan senyuman ). Abang memanggil Ani ?
AZMIR : Ani, tolonglah abang. Keluarkan abang dari neraka ini. Abang dah tak sanggup lagi
hidup menderita lebih lama di sisni. Tolonglah keluarkan abang dari neraka ini.
ANI : Untuk apa kita harus keluar, abang? Bukankah kita sedang bahagia sekarang?
AZMIR : Bahagia ?
ANI : Ya. Hanya kita berdua di sini. Tidak ada orang lain yang mengganggu kita. Kita boleh
buat apa-apa saja yang kita suka. Tidak ada yang menghalang.
AZMIR : Tapi abang sakit. Apa yang boleh kita buat? Bahagia apa namanya kalau sudah sakit ?
ANI : Bahagia ada di mana-mana. Dalam sakit ada bahagia. Dalam derita ada bahagia. Yang
penting, kita harus belajar mengerti dan menghayati keindahan yang terdapat pada kesakitan itu,
barulah akhirnya akan timbul rasa betapa nikmatnya sebuah kesakitan. Dari situlah akhirnya
wujud bahagia.
AZMIR : Betulkah begitu, Ani?
ANI : (Mengangguk ). Abang terus tinggal di sini, ya. Demi kebahagiaan kita bersama.
AZMIR : (Angguk dalam ketidakpastian). Tapi Ani… ( AZMIR terpinga-pinga apabila melihat
ANI sudah tiada. Tapi sebaliknya yang muncul ialah BAPAnya ).
Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’,
Oleh Sharif Shaary
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Berdasarkan Bahan 1, Mengapakah Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Nusia supaya
memberikan gelafundin kepada Solehah ? [2 markah].
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(ii) Berdasarkan kedua-dua bahan, nyatakan bantuan yang diperlukan oleh Solehah dan
Azmir? [3 markah]
____________________________________________________________________

50
(iii) Sambutan Kempen menderma darah adalah salah satu usaha kerajaan meningkatkan
semangat untuk menderma darah dalam kalangan masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh pelbagai pihak
untuk memeriahkan Sambutan Kempen Menderma Darah? [4 markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(iv) Seseorang doktor yang baik perlulah bersikap adil dan saksama semasa memberikan
perkhidmatannya kepada para pesakit.
Seandainya anda seorang doktor, apakah yang perlu anda lakukan untuk menjadi seorang
doktor yang bersikap adil semasa merawat pesakit-pesakitnya? [4 markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
51
SET 5
TEMA 15 : ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI ( DSKP 15 : BAHASA DAN
KESUSASTERAAN)
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Betapa tidak, dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tingi, dapat ijazah
pertama dalam aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatang pohon
nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.
Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok kelapa
itu turut tersentuh. Dia tidak boleh menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak tercengkam dengan
penuh yakin. Sedar-sedar sahaja, dia sudah sampai di puncak.
Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Jadi, aku
terpaksa memasang angan-angan dengan jangkuan fantasi tanpa tebing tepinya, akan tetapi aku
tidak mahu berlagak seperti Si Lucai. Pijakanku sungguh kuat, cengkamanku cukup berat.
Dia lantas berpaut pada pelepah-pelepah pucuk muda itu sekuat-kuatnya.
Pinggulnya terus menjadi kubu persinggahan hentaman rotan babahnya. Si ibu mahu
melawan dan memprotes tindakan babahnya, tetapi suara bantahan itu tidak keluar daripada
mulutnya. Jeritan kemarahan kepada suaminya hanya bergema dalam sanubari.
Keterujaan Aiman terus melonjak. Pentas halusinasinya terus mekar dan segar. Usianya dianjakkan
dua tahun lagi, memberi ruang kepadanya mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa
bersama pihak Rusia.
Pucuk nyiur berbalam-balam di pelepuk pandangan. Latihan dan ujian memantapkan diri
hendak berlepas ke ruang angkasa pula segera mengambil ruang. Akhirnya, balaman pohon kepala
dara terus ternyah daripada pandangan.
Dipetik daripada Cerpen ‘Hipertensi,
Oleh IIlias Zaidi
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
52
Bahan 2
“Apa... apa yang tidak kena tu, doktor?” Olan bersuara, serak-serak antara
kedengaran dengan tidak.
“Masalah utama yang dikenal pasti ialah kesesakan lalu lintas, namun pengguna
masih tidak mahu menggunakan kenderaan awam. Kekurangan medan letak kereta di kota
raya memburukkan keadaan dan kita juga perlu menggunakan teknologi hijau untuk
mengurangkan penggunaan tenaga yang tidak boleh dibaharui.” Doktor Fiq tiba-tiba
mengangkat mukanya lalu memandang tepat mataku.
“Mengikut cadangan di sini, kita menggunakan tenaga solar. Apakah rasionalnya ?”
Aku terkedu.
“Pertamanya, tenaga solar pengoperasiannya tidak rumit, doktor. Lagipun, negara
kita cukup panas bagi membolehkan tenaga suria dicas secara optimum untuk jarak
pemanduan 50 kilometer sehari. Kita mampu bersaing dengan solar yang ada di pasaran
yang hanya mampu mengecas tenaga untuk jarak pemanduan 30 kilometer sahaja.”
Untuk 50 kilometer sahaja, Yazmin ? Mana cukup! Pada musim hujan atau jika
memandu pada waktu pula, bagaimana ?”
“Sebuah bateri dengan jarak perjalanan sejauh 300 kilometer juga akan
disediakan.” Olan menambah.
Dipetik dan diubah suai
daripada Buku Teks Tingkatan 4,
halaman 206
Kementerian Pendidikan Malaysia
53
Bahan 3
Mesin rakaman hayat Tuan Besar Musa berbunyi. Tekanan darah meluncur turun
hingga tiada catatan angka. Rima denyutan jantung, bergaris kencang turun naik, lambat dan
melakar sebaris garisan lurus. Kadar nadi tercatat kosong.
Profesor Doktor Juaidi muncul, mukanya cemas
berpeluh. “ Tingkatkan adrenalina, dopamine, atropine.”
“Sudah ke maksimum, Prof.”
Troli penyelamat diheret ke sisi, defibrillator menggetarkan jantung mengalirkan kuasa
20 Joule. Tubuh lelaki tua yang bermulut hamis dek minuman keras terketar-ketar sebelum
kaku semula di katil.
Tegang muka Profesor Doktor Juaidi, 300 botol kecil adrenalina tinggal kosong. Stok
penyimpanan atropine kehabisan. Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam tong
sampah. Dua jam lalu pesakit koma di Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.
Dipetik daripada Cerpen ‘Gerhana Manusia,
Oleh Aminah Mokhtar,
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan
Malaysia
(i) Berdasarkan Bahan 1, Aiman Aqil bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan. Nyatakan
persediaan-persediaan yang diperlukan olehnya untuk mencapai cita-cita tersebut ?
[2 markah]
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(ii) Berdasarkan Bahan 2 apakah sumber tenaga yang digunakan untuk menghidupkan
kenderaan dan berdasarkan Bahan 3, apakah alat yang digunakan untuk menyelamatkan
nyawa ? [3 markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
54
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menarik minat remaja menceburi bidang
aeroangkasa ? [3 markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(i) Sekolah anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan reka cipta Dron atau Robot
terbang.
Anda dan rakan-rakan anda ingin menyertai pertandingan tersebut.
Nyatakan keistimewaan-keistimewan Dron atau Robot Terbang ciptaan kumpulan anda.
[4 markah]
_______________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
55
SET 6
TEMA 16 : DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN ( DSKP 18 :PENTADBIRAN DAN POLITIK )
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota:
Lalu dipanggil Pawang Raja,
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.
Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya,
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti,
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil
Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir jawa,
Lilit-melilit akar cina,
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.
Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru,
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
Kalung bunga Za’ba, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka
56
Bahan 2
KUDUP PERANG
Sementara dia bergelar panglima
Laskar perang, yang terus –menerus
Membajakan keazaliman - sering
Mengudupkan putik dendam
Kita masih perlu berterima kasih
Kepada jari-jemari takdir
Kerana membenarkan sepasang mata
Untuk berlari dengan tangan bergari
Sempat juga menadah sejambak puisi
Untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli ?
Memang kita tidak sempat menjenguk
Ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
Ringkik kuda, gemerincing
Pedang pusaka
Dan darah yang tiba-tiba membuak
Di daerah angkara perciknya
Menumbuhkan kelopak rahsia
Dalam keliru, tertanya-tanya kita
Tangan mana yang memenggal
Leher sang pendusta?
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota
andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat-nun , karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
Bercabang lalu bertemu bayu palsu
Bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
Mewarnakan keindahan pada hodohnya
Menjungkitkan amarah pada damainya
57
Teramat lara kita menjahit semula
Perca-perca bahagia-seperti perawan
Yang dibungkamkan cinta pertama.
Sehingga senja tiba,
Kita masih bertengkar
Tentang siapa
Pahlawan sebenarnya.
Tuah Saujana,
Istimewa, 2013
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud membajakan kezaliman ? [2 markah]
_________________________________________________________________________
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan 2, nyatakan ciri-ciri seorang pemimpin . [3 markah]
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
(iii) Dewasa ini, kemahiran ilmu pertukangan tradisional hanya dikuasai oleh genarasi tua.
Pada pendapat anda, wajarkah generasi muda merebut peluang untuk mempelajari
kemahiran ilmu pertukangan tradisional ?
Berikan pendapat anda. [4 markah]
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(iv) Perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat majmuk merupakan kunci utama
kemakmuran negara.
Sebagai seorang rakyat, bagaimanakah caranya generasi muda negara yang berbilang
kaum ini mewujudkan kemakmuran negara ? [4 markah]
_____________________________________________________________________

58
SET 7
TEMA 13 : SEGALANYA BERMULA DI SINI ( DSKP 7 :ALAM SEKITAR DAN
TEKNOLOGI HIJAU )
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam
(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam
(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab solan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
ERTI HIDUP BERERTI
Aku selalu didatangi malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku tidak berubah
keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi
Keheningan tasik kehijauan
rumput
hanya menjadi bayangan di penjuru
ruang zaman cinta dalam rahim
dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu dari angah
ditendang ke sulung balik kucari erti hidup
menderita mengerang sakit berdiri
tanpa ruang.
Aku bagi mereka tiada
makna anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati ada yang
hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Teo Wei Sing (Dipetik daripada
antologi Sejadah Rindu 18-19)
Kementerian Pendidikan Malaysia
59
Bahan 2
Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kau mesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit
antara sembilu nasib
dan waras akal.
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status berceracak
selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang
hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.
(Dipetik daripada antologi Jaket Kulit
Kijang dari Istanbul)
(i) Apakah maksud rangkai kata kucari erti hidup dalam Bahan 1? [2 markah]
__________________________________________________________________________
(ii) Nyatakan dua pesanan ibu bapa terhadap anak-anak dalam Bahan 1 dan Bahan 2
di atas. [3 markah]
_________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
60
(i) Tiada ibu bapa, tiadalah kita di dunia yang fana ini.
Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak perlu mengenang jasa ibu bapa yang telah
membesarkan mereka? [3 markah]
___________________________________________________________________________

(i) Anda mendapati bahawa seorang orang tua di sebelah rumah anda diabaikan olehanak-
anaknya.
Sebagai jiran yang baik, apakah usaha yang akan anda lakukan supaya masalah yang
dihadapi oleh orang tua itu dapat diselesaikan? [4 markah]

61