Cetakan Pertama 2018 Disediakan Oleh; Unit Pengawalan Sekolah Islam Bahagian Pendidikan Islam Tingkat 2 & 3, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40676 Shah Alam, Selangor. Dicetak oleh; Print Expert 20, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
1.0 KATA ALU-ALUAN 3 – 6 2.0 PENGENALAN 7 – 8 3.0 PANDUAN AM PENGURUSAN (PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN) SEKOLAH AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR 9 – 10 Permohonan penubuhan dan pendaftaran Sekolah Agama Islam 11 Lokasi dan kemudahan Sekolah Agama Islam 12 Nama Sekolah Sekolah Agama Islam 12 Kurikulum, Buku Teks dan Peperiksaan 13 Sesi Pengajian 14 Maklumat Murid 14 Guru Besar, Ketua Guru, Pengetua, Mudir, Guru dan Kakitangan 14 – 15 Pemilikan 15 Sumber Kewangan 15 Yuran dan Bayaran lain yang dikenakan 16 Keselamatan dan Kesihatan 16 Syarat-syarat Kelulusan Pendaftaran Sekolah Agama Islam 17 Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam 18 Tugas dan tanggungjawab Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam 19 Minit Mesyuarat Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam 20 Suratcara Sekolah Agama Islam 20 Perakuan Pendaftaran Sekolah Agama Islam 21 Peruntukan Undang-Undang 22 Senarai Unit Pendidikan Islam (UPI) Pejabat Agama Islam Daerah 23 ISI KANDUNGAN
4.0 SENARAI LAMPIRAN 24 – 25 Lampiran A: Contoh Surat Hasrat Penubuhan Sekolah Agama Islam 26 – 27 Lampiran B: Borang Pendaftaran Sekolah Agama Islam 28 – 42 Lampiran C: Senarai Semak Mengurus Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama Islam 43 – 44 Lampiran D: Carta Alir: Proses Kerja Mengurus Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama Islam 45 – 46 Lampiran E: Rujukan Nama Sekolah Agama Islam 47 – 48 Lampiran F: Senarai Kurikulum Pendidikan Islam 49 – 50 Lampiran G: Garis Panduan Piawaian Kesihatan 51 – 69 Lampiran H: Garis Panduan Piawaian Keselamatan Kebakaran 70 – 93 Lampiran I: Garis Panduan Piawaian Keselamatan Bangunan oleh PBT 94 – 110 Lampiran J: Kategori dan Jenis Sekolah Agama Islam Negeri Selangor 111 – 117 Lampiran K: Contoh Minit Mesyuarat PenubuhanSekolah Agama Islam 118 – 122 Lampiran L: Contoh Suratcara Sekolah Agama Islam 123 – 128 5.0 PENGHARGAAN 129 – 130 ISI KANDUNGAN
KATA ALU-ALUAN 3
UCAPAN ALUAN YANG AMAT DIHORMATI PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Alhamdulillah ke atas Tuhan sekelian ‘alam, bersyukur ke hadrat Illahi kerana Buku Panduan Am Pengurusan (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor dapat dikemaskini dan disusun sebagai rujukan dan panduan untuk menubuhkan dan mendaftar Sekolah Agama Islam di Negeri Selangor. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada SS Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan warga Bahagian Pendidikan Islam, JAIS atas usaha murni ini. Saya mengharapkan dengan adanya buku panduan ini, ianya dapat menjadi rujukan kepada para pengusaha dan pengurusan sekolah agama Islam dalam melaksanakan proses pendaftaran sekolah dan seterusnya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pendaftaran Sekolah Agama Islam adalah penting bagi memastikan para pengusaha dan pengurusan sekolah mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitan bagi menjamin keadaan sekolah yang selamat serta dapat memastikan operasi sekolah yang baik. Ianya juga bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Ini akan menimbulkan keyakinan murid dan ibubapa penjaga dengan keadaan sekolah agama Islam yang beroperasi di negeri Selangor. Saya mendoakan agar buku panduan ini dapat merealisasikan apa yang telah digariskan dalam ‘Laporan Analisa Arah Tuju Negeri Selangor & Islam Di Negeri Selangor (Peranan MAIS) 2012 – 2020, perkara 8: Kuasa MAIS iaitu “Majlis berkuasa untuk menubuhkan dan menyelenggarakan sekolah-sekolah Islam dan Instituti latihan dan penyelidikan Islam”. Seterusnya dapat menyemarakkan aktiviti pendidikan agama Islam di negeri Selangor. Selamat Maju Jaya. “MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH” “AMANAH, PRIHATIN DAN MESRA” Sekian, wassalam. (DATO’ SETIA HAJI MOHAMMED KHUSRIN BIN HAJI MUNAWI) 4
UCAPAN ALUAN SAHIBUS SA’ADAH PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR Alhamdulillah, merafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang maha pencipta kerana dengan Inayah dan keizinan-Nya, Buku Panduan Am Pengurusan (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor dapat disusun, ditambah baik dan disempurnakan bagi tujuan memandu dan memudahkan pemohon untuk melaksanakan proses menubuhkan sekolah Agama Islam di Negeri Selangor. Sesiapa sahaja yang berhasrat dan berminat untuk mengoperasikan Sekolah Agama Islam di Negeri Selangor, maka buku panduan ini akan menjadi asas dan sumber rujukan bagi merealisasikan cita-cita berkenaan. Saya mengharapkan semua Sekolah Agama Islam di Negeri Selangor berdaftar dengan Jabatan ini bagi mematuhi Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 pindaan 2001 yang sedang berkuatkuasa. Sebagai Sekolah Agama Islam Persendirian yang berdaftar dengan Jabatan, ianya akan memudahkan pelbagai urusan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam dan pengurusan seperti program bimbingan, latihan, pemantauan dan kawalan dapat dilaksanakan oleh Jabatan dengan lebih berkesan. Bantuan-bantuan daripada pelbagai pihak dan agensi dapat diselaras dan disalurkan kepada Sekolah Agama Islam yang berdaftar. Selain itu, aktiviti-aktiviti berkaitan Pendidikan Islam dapat turut melibatkan penyertaan daripada sekolah agama Islam persendirian seperti seminar, konvensyen, latihan dan pertandingan. Manakala Sekolah Agama Islam yang tidak berdaftar mungkin berhadapan dengan pelbagai risiko seperti pengiktirafan, keselamatan dan hal-hal yang melibatkan tindakan undang-undang. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian Pendidikan Islam JAIS yang telah menyempurnakan panduan berkaitan penubuhan dan pendaftaran Sekolah Agama Islam ini. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat, agama dan negara. Saya mendoakan ia menjadi jariah kebajikan yang berpanjangan. “MEMBANGUN BANGSA MEMAKMUR NEGERI” “BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA” Sekian, wassalam. (DATO’ HAJI HARIS BIN KASSIM) 5
UCAPAN ALUAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR Alhamdulillahi Rabbal ‘Alamin, saya bersyukur ke hadrat Illah kerana dengan limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Am Pengurusan (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor dapat disediakan sebagai panduan kepada mereka yang berhasrat untuk menubuhkan sekolah Agama Islam persendirian di Negeri Selangor. Buku panduan ini dihasilkan adalah bertujuan untuk membimbing dan menunjukkan langkah-langkah tertentu untuk menubuhkan dan melaksanakan pengurusan Sekolah Agama Islam. Buat mereka yang mengikuti dan mematuhi sepenuhnya panduan ini akan memudahkan proses pendaftaran Sekolah Agama Islam dengan pihak Jabatan. Pada masa yang sama akan menjadikan gerak kerja yang tersusun dan teratur khususnya dalam aspek Kurikulum Pendidikan Islam dan semua yang berkaitan dengan pengurusan sekolah. Saya mengharapkan pengusaha-pengusaha Sekolah Agama Islam yang masih belum mendaftar supaya dapat mendaftar dengan Jabatan bagi memperolehi Perakuan Pendaftaran yang sah seterusnya dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Islam dengan lebih berkesan sepertimana yang telah digariskan di dalam buku panduan ini. Saya mewakili Jabatan, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam usaha menerbitkan buku panduan ini. Bahagian Pedidikan Islam JAIS sedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan aktiviti-aktiviti berkaitan Pendidikan Islam di Negeri Selangor terus semarak dan subur serta dapat dilaksanakan dengan lebih baik demi mempertingkatkan kualiti Pendidikan Islam. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam bidang Pendidikan Islam. “MEMBANGUN BANGSA MEMAKMUR NEGERI” “BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA” Sekian, wassalam. (ANAS BIN AYOB) 6
PENGENALAN 7
PENGENALAN i. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ii. FALSAFAH PENDIDIKAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR “Pendidikan Islam JAIS adalah satu usaha berterusan ke arah membina potensi individu berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketerampilan secara seimbang dan sepadu berlandaskan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah bagi melahirkan masyarakat muslim yang bertaqwa, maju, mampu bersaing untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat” a. VISI DAN MISI Visi “Terbaik, Bertaraf Dunia dan Diredhai Allah S.W.T Sepanjang Masa” Misi “Mengurus Hal Ehwal Pendidikan Islam dengan ikhlas, amanah, hikmah, ukhuwwah dan berkesan” b. OBJEKTIF KUALITI • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera; • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara; dan • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada murid-murid Islam di Negeri Selangor. 8
PANDUAN PENGURUSAN AM (PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN) SEKOLAH AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR 9
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 PANDUAN PENGURUSAN AM (PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN) SEKOLAH AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN BERDASARKAN ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR Berdasarkan Seksyen 2 (Tafsiran) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Selangor Tahun 1988 pindaan Tahun 2001; "Sekolah Islam" ertinya mana-mana Sekolah Agama Islam di dalam Negeri dan termasuklah masjid, madrasah, surau, pusat Islam, balaisah, pondok, tahfiz dan tadika, tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia, di mana dua puluh orang atau lebih ada didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran yang termasuklah mana-mana mata pelajaran yang berhubungan dengan agama Islam. Berdasarkan Seksyen 12 (Pendaftaran) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Selangor Tahun 1988 pindaan Tahun 2001; (1) Tertakluk kepada seksyen kecil (2), tiada orang atau kumpulan orang boleh menubuhkan atau mendirikan Sekolah Agama Islam melainkan jika ia didaftarkan mengikut peruntukanperuntukan Enakmen ini. (2) Semua Sekolah Agama Islam yang telah ditubuhkan sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dalam masa enam bulan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar. Panduan am ini adalah merujuk kepada penubuhan dan pendaftaran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri (SABKN) dan Sekolah Agama Islam Persendirian sahaja yang termasuklah Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI), Kelas KAFA Menengah JAIS (KKM), Tadika Islam, Sekolah Rendah Islam (SRI), Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII), Sekolah Menengah Islam (SMI), Institusi Tahfiz Persendirian, Pusat Pengajian Pondok (Turath) dan Pusat Tuisyen Pendidikan Islam. 10
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 BIL PERKARA CATATAN 1 Permohonan penubuhan dan pendaftaran Sekolah Agama Islam 1. Mana-mana orang yang ingin menubuhkan atau menyelenggarakan sesuatu Sekolah Agama Islam hendaklah (wakil) memohon kepada Pendaftar Sekolah Islam melalui Pegawai Tadbir Agama Daerah secara bertulis (contoh surat hasrat seperti dalam Lampiran A). 2. Pendaftar Sekolah Islam akan menyemak dan menguruskan permohonan tersebut dan memberikan maklumbalas bertulis kepada pemohon samada Tiada Halangan atau Tidak Dapat Dipertimbangkan. 3. Pemohon (Tiada Halangan) akan menerima beberapa dokumen untuk makluman dan tindakan. Dokumen tersebut adalah; i. Borang Pendaftaran Sekolah Agama Islam seperti di Lampiran B. ii. Senarai Semak Mengurus Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama Islam seperti di Lampiran C. iii. Carta Alir: Proses Kerja Mengurus Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama Islam seperti di Lampiran D. 4. Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam perlu mendapatkan ulasan daripada Nazir Masjid (kariah) untuk tujuan penubuhan dan pendaftaran Sekolah Agama Islam seperti mana yang terdapat di dalam Borang Pendaftaran. 5. Mendapatkan sokongan daripada Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing 6. Sokongan daripada aspek kesihatan dan keselamatan adalah dirujuk kepada; i. Pejabat Kesihatan Negeri / Daerah ii. Jabatan Bomba dan Penyelamat iii. Pihak Berkuasa Tempatan 7. Surat sokongan daripada agensi-agensi di atas hendaklah segera dimaklumkan kepada Pendaftar Sekolah Islam. 11
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 BIL PERKARA CATATAN 2 Lokasi dan Kemudahan 1. Kawasan persekitaran perlulah sesuai dan kondusif untuk aktiviti pendidikan. 2. Lokasi dan premis yang dicadangkan tidak menyebabkan kacau ganggu kejiranan. 3. Terdapat kemudahan asas seperti laluan/ akses jalanraya, bekalan elektrik, bekalan air dan lain-lain. 4. Keperluan seperti pusat sumber, surau, tandas, kantin / dewan makan atau tempat riadah perlu disediakan. 5. Keluasan premis adalah berdasarkan jumlah murid. Setiap murid perlu 2mp ruang lantai minima. (Sekurang-kurangnya 40mp (430kp) iaitu jumlah minima murid seramai 20 orang). 3 Nama Sekolah Agama Islam 1. Nama Sekolah Agama Islam tersebut hendaklah sesuai dan mencerminkan aktiviti Pendidikan Islam serta mengutamakan bahasa Kebangsaan. 2. Tidak boleh menggunakan nama yang telah digunakan dan didaftarkan oleh sekolah lain. 3. Sesuatu nama itu boleh dianggap sesuai jika ianya munasabah, tidak mengelirukan, tidak menggambarkan sesuatu yang tidak benar. Pemilihan nama Sekolah Agama Islam hendaklah merujuk kepada Lampiran E. 4. Nama-nama yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut; i. Nama negeri, bandar atau daerah ii. Nama parti politik atau ringkasannya; iii. Nama pemimpin atau orang kenamaan dalam dan luar negara yang masih hidup atau telah meninggal dunia kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pemimpin atau orang kenamaan berkenaan jika masih hidup atau waris/ahli keluarga jika sudah meninggal dunia. iv. Nama-nama yang dianggap tidak sesuai oleh Pendaftar Sekolah Islam. 12
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 BIL PERKARA CATATAN 4 Kurikulum, Buku Teks dan Peperiksaan. 1. Sekolah Agama Islam yang dicadangkan hendaklah menggunakan Kurikulum Pendidikan Islam yang telah diperakui oleh MAIS. 2. Senarai Kurikulum Pendidikan Islam yang diperakui oleh MAIS adalah seperti di Lampiran F. 3. Sekolah Agama Islam yang berdaftar hendaklah melaksanakan matapelajaran wajib iaitu; i. Akidah / Tauhid ii. Fiqah Islam / Ibadah iii. Akhlak / Adab / Tasawuf 4. Buku Teks yang digunakan adalah buku-buku yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kurikulum JAIS. 5. Melaksanakan kegiatan Ko-kurikulum yang bersesuaian dengan kurikulum yang dilaksanakan selaras dengan perkembangan murid dari semua aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani. 6. Hanya murid yang mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam sepenuhnya dan berdaftar layak diperakui oleh MAIS untuk dibenarkan menduduki mana – mana peperiksaan awam yang dianjurkan oleh MAIS. 7. Kurikulum Kebangsaan atau Kurikulum Sekolah Antarabangsa di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah diluar bidang kuasa Pendaftar Sekolah Islam. 8. Kurikulum Kebangsaan atau Kurikulum Sekolah Antarabangsa hendaklah berdaftar dengan KPM bagi mematuhi Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan di bawahnya. 13
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 BIL PERKARA CATATAN 5 Sesi Pengajian 1. Sesi Pengajian yang dicadangkan adalah seperti berikut; i. Sesi Pagi; ii. Sesi Petang; iii. Sesi Pagi dan Petang; atau iv. Sepenuh Masa 2. Contoh jadual waktu persekolahan perlu dinyatakan dan dikemukakan bersama minit mesyuarat penubuhan dan pendaftaran Sekolah Agama Islam. 6 Murid 1. Terdapat 20 orang murid yang berpotensi dan didaftarkan untuk belajar di Sekolah Agama Islam. 2. Umur murid mestilah mengikut syarat dan keperluan jenis-jenis sekolah agama Islam yang ditetapkan. 3. Murid bukan warganegara perlu mendapatkan Pas Lawatan Ikhtisas daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia; i. Bawah 18 tahun diuruskan dan disokong oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS. ii. 18 tahun dan ke atas diuruskan dan disokong oleh Bahagian Dakwah JAIS. 7 Guru Besar / Ketua Guru / Pengetua / Mudir, Guru dan Kakitangan 1. Guru besar, Pengetua, Mudir, Guru dan kakitangan adalah dilantik dan di bawah tanggungjawab Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam. 2. Ketua Guru (KAFAI) adalah dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor. 3. Semua Guru besar, Ketua Guru, Pengetua, Mudir, Guru dan Kakitangan perlu memiliki perwatakan dan sahsiah yang sesuai dengan bidang pendidikan Islam. 4. Guru besar / Ketua Guru / Pengetua / Mudir bertanggungjawab untuk menguruskan Sekolah Agama Islam dengan sepatutnya, terutama aspek Kurikulum Pendidikan Islam. 14
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 BIL PERKARA CATATAN 5. Guru besar / pengetua / mudir perlu membantu Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam dalam memastikan rekod-rekod dapat disediakan. 6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru dan kakitangan memastikan kebajikan semua murid terjamin samada dari sudut kesihatan, keselamatan dan keperluan-keperluan lain. 7. Semua guru perlulah mempunyai kelulusan akademik yang bersesuaian dan wajib memiliki Tauliah Mengajar atau Perakuan Mengajar Guru Sekolah Agama Islam. 8. Semua Guru besar, Pengetua, Mudir, Guru dan Kakitangan hendaklah melepasi tapisan keselamatan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK). 8 Pemilikan 1. Status pemilikan premis / tanah / bangunan operasi sekolah hendaklah dinyatakan samada; i. Milik Individu / Syarikat; atau Sertakan surat kebenaran daripada pemilik ii. Sewaan / Pajakan; atau Sertakan surat perjanjian sewaan iii. Wakaf / Amanah; atau Sertakan dokumen geran atau surat amanah iv. Kerajaan (Masjid / Surau / dll) Sertakan surat kebenaran atau kelulusan daripada pihak bertanggungjawab. 9 Sumber Kewangan 1. Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam hendaklah memastikan sumber kewangan yang tetap dan kukuh bagi menyelenggarakan Sekolah Agama Islam. 2. Sumber kewangan yang kukuh bagi menjamin kebajikan guru dan murid terpelihara. 3. Kegagalan Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam menyediakan sumber kewangan yang tetap akan menyebabkan operasi sekolah terjejas dan boleh mengakibatkan Perakuan Pendaftaran dibatalkan. 15
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 BIL PERKARA CATATAN 10 Yuran dan Bayaran Lain yang dikenakan. 1. Kadar yuran dan bayaran lain yang dikenakan perlulah bersesuaian dengan lokasi dan kemudahan pembelajaran yang disediakan. 2. Struktur yuran yang dicadangkan adalah seperti berikut; i. Yuran Pendaftaran (sekali sahaja) ii. Yurah Tahunan (setahun sekali) iii. Yuran Bulanan (sebulan sekali) iv. Yuran Asrama (sebulan sekali) v. Kebajikan / Takaful (setahun sekali) vi. Lain-lain bayaran 11 Kesihatan dan Keselamatan 1. Adalah menjadi syarat-syarat yang wajib dipertimbangkan bagi meluluskan suatu Sekolah Agama Islam adalah aspek kesihatan dan keselamatan premis sekolah tersebut. 2. Aspek kesihatan dan keselamatan premis ini adalah merujuk kepada panduan dan borang yang digunapakai oleh agensi-agensi yang berkaitan. 3. Piawaian kesihatan premis sekolah adalah di bawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah. Contoh Borang Pemeriksaan dan Penguatkuasaan Kesihatan Persekitaran Sekolah adalah seperti di Lampiran G. 4. Piawaian keselamatan kebakaran sekolah adalah di bawah seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dirujuk ke Balai Zon mengikut kawasan. Contoh Borang Senarai Semak Permohonan Keselamatan Kebakaran adalah seperti di Lampiran H. 5. Keselamatan bangunan sekolah adalah di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Panduan keselamatan bangunan oleh 12 PBT Negeri Selangor seperti di Lampiran I. 16
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 BIL PERKARA CATATAN 12 Syarat – Syarat Kelulusan Sekolah Agama Islam 1. Bagi maksud-maksud menimbangkan sama ada permohonan untuk pendaftaran diluluskan atau tidak, maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan: i. Surat sokongan dan kelulusan daripada; a. Pejabat Kesihatan Daerah b. Jabatan Bomba dan Penyelamat c. Pihak Berkuasa Tempatan ii. Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam adalah seperti berikut; a. Warganegara Malaysia b. Berumur 21 tahun ke atas; dan c. Beragama Islam. iii. Sumber kewangan yang jelas untuk menyelenggarakan Sekolah Agama Islam; iv. Sekolah yang dicadangkan itu menggunakan kurikulum Pendidikan Islam yang diperakui oleh MAIS. v. Guru yang mengajar mempunyai Tauliah Mengajar atau Surat Perakuan Mengajar Sekolah Agama Islam. 2. Pendaftar boleh tidak meluluskan permohonan pendaftaran sekiranya mendapati; i. bahawa Sekolah Agama Islam itu tidak mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh agensi teknikal berwajib; ii. sekolah itu digunakan atau mungkin digunakan bagi tujuan memudaratkan kepentingan awam atau murid; iii. nama Sekolah yang hendak didaftarkan adalah tidak sesuai; iv. terdapat pernyataan palsu atau mengelirukan dalam butiran dan maklumat yang dikemukakan; v. orang yang dilantik menjadi Jemaah Pengurusan tidak mematuhi arahanarahan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Sekolah Islam. 17
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 BIL PERKARA CATATAN 13 Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam 1. Sebelum satu Sekolah Agama Islam dapat didaftarkan, hendaklah ditubuhkan satu Jemaah Pengurusan Sekolah berdasarkan Seksyen 5 (Jemaah Pengurusan) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Selangor Tahun 1988. 2. Sekurang-kurangnya 7 orang yang mengisi jawatan sebagai Jemaah Pengurusan Sekolah yang merupakan; i. Warganegara Malaysia ii. Berumur 21 tahun ke atas; dan iii. Beragama Islam. 3. Salah seorang (1 orang) daripada kalangan ahli Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam mestilah berpengalaman dalam bidang Pendidikan Islam. 4. Memiliki keperibadian yang sesuai untuk mengendali dan menguruskan Sekolah Agama Islam. 5. Berpegang teguh dengan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. 6. Sekolah Agama Islam yang ditubuhkan oleh Masjid atau Surau, Pengerusi Sekolah Agama Islam tersebut hendaklah daripada Nazir Masjid atau Pengerusi Surau. 7. Bagi Permohonan Pendaftaran Kelas AlQuran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) hendaklah dibuat atas nama jawatan yang berikut; i. Nazir Masjid; atau ii. Pengerusi Surau; atau iii. Pengerusi Persatuan Penduduk; atau iv. Ketua Agensi Kerajaan. 8. Semua Ahli Jemaah Pengurusan mestilah melepasi tapisan keselamatan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK). 18
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 BIL PERKARA CATATAN 14 Tugas dan tanggungjawab Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam 1. Setiap ahli Jemaah Pengurusan Sekolah adalah bertanggungjawab ke atas setiap aspek pengurusan sekolah agama islam dan mematuhi semua arahan-arahan Pendaftar Sekolah Agama Islam. 2. Ahli Jemaah Pengurusan Sekolah perlu menyelenggara dan memastikan sekolah berada dalam situasi yang sesuai untuk aktiviti pendidikan terutama perkara yang berkaitan; i. Rekod berkaitan guru-guru dan kakitangan sekolah, ii. Nama, umur dan jantina murid iii. Sumber dan perbelanjaan kewangan iv. Kurikulum sekolah v. Apa-apa juga rekod yang diperlukan oleh Pendaftar dari semasa ke semasa 3. Laporan berkaitan aktiviti-aktiviti, pengurusan kurikulum dan kewangan hendaklah dihantar kepada Pendaftar untuk tujuan pemantauan, bimbingan dan kawalan. 4. Mengurus, merekod dan mengelola perkaraperkara berkaitan perbelanjaan, sumber kewangan dan sebagainya. 5. Tiap-tiap Jemaah Pengurusan Sekolah mestilah mematuhi dan melaksanakan Kurikulum yang telah diperakui oleh MAIS. 6. Jemaah Pengurusan Sekolah hendaklah memastikan keperluan kebajikan guru-guru, kakitangan dan murid termasuklah peluang mengikuti latihan, seminar, kursus dan sebagainya yang berkaitan dengan pendidikan Islam. 7. Jemaah Pengurusan Sekolah juga bertanggungjawab menyediakan keperluan asas seperti tempat belajar, bersukan, beribadah, kantin, tandas dan keperluan-keperluan lain yang bersesuaian. 19
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 BIL PERKARA CATATAN 15 Minit Mesyuarat Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam 1. Melampirkan Minit Mesyuarat yang lengkap dengan maklumat-maklumat berikut; i. Nama sekolah dan alamat ii. Kategori dan Jenis sekolah (Rujuk Lampiran J) iii. Senarai Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam bersama jawatan yang disandang. (sediakan salinan kad pengenalan dan salinan surat perlantikan sebagai Jemaah Pengurusan Sekolah) iv. Kadar bayaran yuran sekolah v. Kurikulum yang digunakan* vi. Maklumat Pemilikan (sediakan dokumen pemilikan / perjanjian / sewaan / wakaf dll.) vii. Sesi Pengajian viii. Maklumat Pelajar (sediakan lampiran) ix. Maklumat Guru (sediakan lampiran dan salinan surat perlantikan sebagai guru) 2. Minit Mesyuarat yang disediakan hendaklah disahkan oleh Pengerusi Jemaah Pengurusan. 3. Contoh minit Mesyuarat Penubuhan Sekolah Agama Islam adalah seperti di Lampiran K. 16 Suratcara Sekolah Agama Islam 1. Setiap Sekolah Agama Islam hendaklah mempunyai Suratcara yang diluluskan Pendaftar Sekolah Islam. 2. Suratcara Sekolah Agama Islam yang dikemukakan kepada Pendaftar Sekolah Islam adalah seperti di dalam Kaedah 2 (2) (b) dan Jadual II, Kaedah – Kaedah Sekolah – Sekolah Agama Islam 1991. (rujuk Lampiran L.) 3. Sebarang cadangan pindaan dan perubahan Suratcara yang telah diluluskan perlu dikemukakan kepada Pendaftar Sekolah Islam untuk tujuan pindaan kelulusan. 4. Apa - apa kekosongan dalam Jemaah hendaklah diisikan dengan seberapa segera yang boleh melalui keputusan yang dibuat di mesyuarat Jemaah. 20
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 BIL PERKARA CATATAN 17 Perakuan Pendaftaran Sekolah Agama Islam 1. Jika Pendaftar Sekolah Islam berpuashati dengan semua borang dan dokumen yang dikemukakan maka Perakuan Pendaftaran akan diberikan dengan apa-apa syarat yang ditetapkan. 2. Perakuan Pendaftaran yang diterima hendaklah sentiasa dipamerkan di satu tempat yang ketara di premis Sekolah Agama Islam itu. 3. Pendaftar boleh, dengan budibicaranya, mengeluarkan Perakuan Pendaftaran Sementara dalam bentuk dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut. 4. Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam hendaklah sentiasa memastikan aspek keselamatan murid, guru, kakitangan dan premis dalam keadaan yang sepatutnya. 5. Pendaftar Sekolah Islam boleh membatalkan suratcara dan Perakuan Pendaftaran Sekolah Agama Islam tersebut sekiranya mendapati Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam itu gagal mematuhi arahan-arahan Pendaftar. 21
Panduan Pengurusan Am (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TINGKAT 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH TEL: 03-55143637 FAX: 03-55123035 Peruntukan Undang-undang: Sekolah Agama Islam di Negeri Selangor adalah tertakluk kepada undang-undang yang berikut; i. Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Selangor Tahun 1988. ii. Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Pindaan) Tahun 2001. iii. Kaedah-Kaedah Sekolah-Sekolah Agama Islam Tahun 1991. iv. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003. Berdasarkan Seksyen 22 (Kesalahan dan Penalti) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Selangor Tahun 1988 pindaan Tahun 2001; Mana-mana orang yang- (a) menubuhkan, menguruskan atau mengendalikan Sekolah Agama Islam tanpa Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini; atau (b) bertindak dengan melanggari mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, adalah melakukan kesalahan dan di mana tiada hukuman ditetapkan bagi kesalahan itu, boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau dalam hal kesalahan kali kedua atau eterusnya, dikenakan penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit. 22
SENARAI UNIT PENDIDIKAN ISLAM (UPI) PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH NEGERI SELANGOR UPI Daerah Alamat Tel / Fax / Emel UPI Daerah Gombak Unit Pendidikan Islam, Kompleks Islam Daerah Gombak, KM16 Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves. Tel : 03-6131 1131 : 03-6120 1514 Fax : 03-6131 1130 Emel : [email protected] UPI Daerah Petaling Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Tingkat 1, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam. Tel : 03-5514 3614 : 03-5514 3623 Fax : 03-5510 5006 Emel : [email protected] UPI Daerah Klang Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Klang, Tingkat Bawah & 1, Bangunan Pejabat- Pejabat Kerajaan, Jalan Kota, 4100 Klang Tel : 03-3372 6924 : 03-3371 2166 Fax : 03-3372 6923 Emel : [email protected] UPI Daerah Kuala Langat Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, Sungai Manggis, 42700 Kuala Langat. Tel : 03-3187 5134 : 03-3187 1357 Fax : 03-3187 6186 Emel : [email protected] UPI Daerah Kuala Selangor Unit Pendidikan Islam, Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor, Jalan Masjid, 45000 Kuala Selangor. Tel : 03-3289 1393 : 03-3281 2611 Fax : 03-3289 2287 Emel : [email protected] UPI Daerah Hulu Langat Unit Pendidikan Islam, Kompleks Islam Daerah Hulu Langat, Persiaran Kemajuan, Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi Tel : 03-8920 2209 : 03-8920 1891 Fax : 03-8922 2360 Emel : [email protected] UPI Daerah Hulu Selangor Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Bharu. Tel : 03-6064 1437 : 03-6064 3402 Fax : 03-6064 1122 Emel : [email protected] UPI Daerah Sepang Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang. Tel : 03-8706 1918 : 03-8706 3373 Fax : 03-8706 2961 Emel : [email protected] UPI Daerah Sabak Bernam Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam, Parit Satu Timur, 45300 Sungai Besar. Tel : 03-3224 1529 : 03-3224 1260 Fax : 03-3224 1486 Emel : [email protected] 23
SENARAI LAMPIRAN Panduan Am Pengurusan (Penubuhan dan Pendaftaran) Sekolah Agama Islam Negeri Selangor 24
SENARAI LAMPIRAN Lampiran A: Contoh Surat Hasrat Penubuhan Sekolah Agama Islam Lampiran B: Borang Pendaftaran Sekolah Agama Islam Lampiran C: Senarai Semak Mengurus Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Lampiran D: Carta Alir: Proses Kerja Mengurus Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Lampiran E: Rujukan Nama Sekolah Agama Islam Lampiran F: Senarai Kurikulum Pendidikan Islam Lampiran G: Garis Panduan Piawaian Kesihatan Lampiran H: Garis Panduan Piawaian Keselamatan Kebakaran Lampiran I: Garis Panduan Piawaian Keselamatan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Lampiran J: Kategori dan Jenis Sekolah Agama Islam Negeri Selangor Lampiran K: Contoh Minit Mesyuarat Penubuhan Sekolah Agama Islam Lampiran L: Contoh Suratcara Sekolah Agama Islam 25
LAMPIRAN A Contoh Surat Hasrat Penubuhan Sekolah Agama Islam 26
Nama dan alamat ___________________________________________ ___________________________________________ ___________________________________________ No. Tel: ____________________________________ Emel : _____________________________________ Ruj. Kami : ________________________ Tarikh : ____________________ Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Tingkat 2, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tuan, PERMOHONAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA ISLAM PERSENDIRIAN/ SWASTA: ____________________________(NAMA SEKOLAH )_____________________________ Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa saya ___________(Nama Pengerusi Jemaah Pengurusan)__________ No. Kad Pengenalan ______________________ mohon untuk menubuhkan Sekolah Islam/ Pusat Tuisyen Islam yang berdaftar seperti maklumat berikut:- Nama Sekolah : ___________________________________________________________ Alamat : ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ Jenis Sekolah : nyatakan salah satu pilihan di bawah Pra Sek. Islam Persendirian / Swasta SRI Persendirian/ Swasta SRI (I) Persendirian/ Swasta SMI Persendirian/ Swasta Institut Tahfiz Persendirian/ Swasta Pusat Pengajian Pondok (Turath) Pusat Tuisyen Persendirian/ Swasta Kurikulum : JAIS KPM Lain-lain (sila lampiran dokumen kurikulum) Status Tanah : ___________________________________________________________ Jumlah pelajar : (L) __________ (P) _________ Asrama : Ya Tidak Jenis Bangunan : ____________________________ Pej. Kesihatan : _________________ Kawasan PBT : ____________________________ Balai Bomba Zon : _________________ Pejabat Agama Islam Daerah : ___________________ Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, ............................................................... (Tandatangan Dan Cop) 27
LAMPIRAN B Borang Pendaftaran Sekolah Agama Islam 28
BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA ISLAM (Borang ini hendaklah dipenuhkan sebanyak 3 salinan ) JADUAL 1 [ Kaedah 2 (2) (a)] BORANG 1 (Kaedah 2 (2) (a) dan Jadual 1, Kaedah – Kaedah Sekolah – Sekolah Agama Islam 1991) 29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
LAMPIRAN C Senarai Semak Mengurus Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama Islam 43
SENARAI SEMAK/CHECKLIST MENGURUS PERMOHONAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR (Untuk Rujukan Pihak Jemaah Pengurusan Sekolah) Nama Sekolah & Alamat : ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ Daerah : _____________________________________ No. Telefon : _____________________________ TINDAKAN TANDA ( ) CATATAN 1. Terima dokumen pemohon. Butir-butir dokumen:- a. Salinan surat hasrat / surat permohonan daripada pihak sekolah kepada Jabatan melalui PAID (cover letter) b. Surat tiada halangan daripada Bahagian Pendidikan Islam, JAIS kepada wakil pihak sekolah c. Borang Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam. d. Minit Mesyuarat Penubuhan Sekolah Agama Islam: i. Nama sekolah dan alamat (Lampirkan pelan lokasi dan gambar premis sekolah) ii. Kategori dan jenis sekolah iii. Senarai nama Jemaah Pengurusan Sekolah (Sertakan surat perlantikan setiap Jemaah Pengurusan Sekolah & Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan) iv. Kadar bayaran yuran sekolah v. Kurikulum yang digunakan (Lampirkan dokumen kurikulum dan senarai buku teks) vi. Sesi Pengajian (Pagi, Pagi & Petang, Petang atau Sepenuh Masa) vii. Status pemilikan tanah / premis yang digunakan (Sertakan surat akuan atau kebenaran pemilik premis/tanah) viii. Senarai nama murid (Sila sertakan surat perlantikan guru) ix. Senarai nama guru (Sila sertakan surat perlantikan guru) e. Lampiran Gambar Pakaian Seragam Murid f. Dokumen Sokongan daripada Jabatan Kesihatan g. Dokumen Sokongan daripada Jabatan Bomba h. Dokumen Sokongan daripada PBT i. Tauliah Mengajar atau Surat Perakuan Mengajar Guru Sekolah Islam Catatan: 1. Pihak pemohon perlu mlengkapkan borang permohonan dan menyediakan semua dokumen dengan lengkap. 2. Pihak UPI Daerah akan menyemak semua dokumen dan borang permohonan mengikut keperluan telah ditetapkan. 3. Seterusnya UPI Daerah akan melaksanakan pemantauan premis sekolah sebelum mengeluarkan surat sokongan kepada BPI JAIS beserta semua dokumen yang telah dihantar pemohon. 4. Contoh surat hasrat dan Minit Mesyuarat Penubuhan Sekolah Islam boleh dirujuk di portal http://pendidikan.jais.gov.my > Perkhidmatan > Awam > Contoh Minit Mesyuarat Penubuhan Sekolah. Senarai semak ini hendaklah disimpan oleh pihak pemohon (sekolah) sebagai rujukan. Senarai Semak/Checklist Mengurus Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Negeri Selangor Cop Terima oleh UPI Daerah 44
LAMPIRAN D Carta Alir: Proses Kerja Mengurus Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama Islam 45
CARTA ALIR PROSES KERJA: PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR Sijil Perakuan Pendaftaran Penuh (5 Tahun) akan dikeluarkan oleh BPI Jemaah Pengurusan Sekolah perlu menghantar i. Laporan aktiviti-aktiviti Pendidikan Islam ii. Laporan kewangan Sekolah Agama Islam iii. Laporan Riten ke BPI 3 bulan sekali (Jan, Apr, Jul, Okt) iv. Mengemaskini maklumat di dalam portal simpeni Tidak Lengkap PAID semak borang dan dokumen permohonan menggunakan Senarai Semak Mengurus Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Negeri Selangor Hantar ke PAID bersama Minit Mesyuarat Penubuhan dan dokumen-dokumen yang telah disyaratkan. Carta Alir Proses Kerja Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Negeri Selangor Ada halangan Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Negeri Selangor. PAID membuat pemantauan premis menggunakan Borang Instrumen Pemantauan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Islam Negeri Selangor PAID keluarkan surat sokongan bersama dokumen pemohon kepada BPI, JAIS PAID memanjangkan surat ke Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Tidak Lengkap Hantar ke PAID. BPI semak permohonan menggunakan Senarai Semak Mengurus Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Negeri Selangor BPI keluarkan Perakuan Pendaftaran Sementara (1 Tahun) Sekiranya masih belum menerima surat sokongan daripada; a. Pejabat Kesihatan b. Jabatan Bomba dan Penyelamat c. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) d. Tauliah Mengajar atau Perakuan Mengajar Guru Sekolah Islam Tulis surat permohonan /surat hasrat menubuhkan Sekolah Islam kepada Pendaftar Sekolah Islam melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) BPI jawab tiada halangan surat permohonan /surat hasrat secara bertulis beserta Borang Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Negeri Selangor Tidak Lengkap Dokumen Lengkap Dokumen Lengkap 46
LAMPIRAN E Rujukan Nama Sekolah Agama Islam 47
RUJUKAN SENARAI NAMA SEKOLAH UNTUK PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR Bil Kategori Jenis Sekolah (Pelaksana) Nama Sekolah 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri (SABKN) Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) XXXX XXXX Kelas KAFA Menengah Kelas KAFA Menengah XXX XXX 2 Sekolah Islam Persendirian Pra Sekolah / Tadika Islam 1. Tadika Islam XXX XXX 2. Pra Sekolah Islam XXX XXX Sekolah Rendah Islam Sekolah Rendah Islam (SRI) XXX XXX Sekolah Rendah Islam Integrasi Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) XXX XXX Sekolah Menengah Islam Sekolah Menengah Islam XXX XXX Pusat Pengajian Pondok (Turath) Pondok XXX XXX Pusat Tuisyen Pendidikan Islam 1. Kelas Bimbingan XXX XXX 2. Pusat Bimbingan XXX XXX 3. Kelas Pengajian XXX XXX 4. Pusat Pengajian XXX XXX Institut Tahfiz Persendirian 1. Maahad Tahfiz XXX XXX (Tulen) 2. Maahad Tahfiz XXX XXX (Ad-Dini) 3. Maahad Tahfiz XXX XXX (Integrasi) 4. Maahad Tahfiz XXX XXX (Kemahiran) 48