The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by S.YOGES, 2021-06-25 09:30:33

KENALI MELAKA

KENALI MELAKA

TAHAP 1

• Menyanyi Lagu Melaka Maju Jaya.
• Sila hantar video selewatnya pada 27/6/2021

TAHAP 2A

• Kuiz Kenali Melaka akan diadakan.
• Link akan dihantar esok jam 5pm
• Baca nota-nota yang diberikan.

BENDERA MELAKA

BENDERA MELAKA
• Warna merah, putih, kuning, dan biru mencerminkan warna-warna yang

terdapat pada Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang).
• Ia juga menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Perskutuan.
• Anak bulan sabit dan bintang pecah lima ialah tanda agama Islam, agama

negeri dan juga negara.

JATA MELAKA

JATA MELAKA
• Warna putih, kuning dan biru sebagai lambing negeri .
• 5 keris melambangkan 5 orang pahlawan Melaka lada zaman silam iaiti Hang

Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi.
• Bulan sabit dan bintang pecah lima sebagai simbol kepada Islam sebagai

agama rasmi.
• 2 ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayah tua

bagaimana Melaka diasaskan.

LAGU MELAKA

Melaka Negeri Bersejarah
Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa

Untuk maju dan jaya
Rakyat Melaka sudah bersatu padu

Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa

Melaka maju jaya.

MELAKA MAJU JAYA

BUNGA RASMI MELAKA

BUNGA KESIDANG

SEJARAH RINGKAS MELAKA

Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara,
seorang raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah pada tahun 1400
hingga 1424.

Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara
berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor
kancil putih telah menendang anjing-anjing raja.

Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan
agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka.
Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas
oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKA

ISTANA KESULTANAN MELAKA

1Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan
sejarah melayu yang menggambarkan keunikan seni bina istana
pada zaman Sultan Mansur shah.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKA

STADTHUYS
• Stadthuys dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor

Belanda dan Timbalan Gabenor.
• Ia terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana Melaka.
• Sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai

Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys.
• Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah

tersebut dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKA

KOTA A FAMOSA
• Dibina oleh kerajaan Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada

tahun 1511.
• Kota A Famosa terletak di Bandar Hilir Melaka bersebelahan replica Istana

Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul.
• Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
• Ia dibina atas arahan Alfonso de Albuquerque.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKA

MUZIUM SAMUDERA
• Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada

awal tahun 1990.
• Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia,Y.A.B Tun Dr. Mahathir

Mohamad pada 13 Jun 1994.
• Ia terletak di Jalan Quayside berhampiran muara sungai Melaka.
• Ia dibina berdasarkan replika kapal Portugis, berukuran 34 meter tinggi, 36

meter panjang dan 8 meter lebar.
.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKA

KOTA ST JOHN
• Dibina semula oleh orang-orang Belanda dalam kurun ke-18, yang asalnya

merupakan gereja persendirian Portugis yang ditujukan khas untuk Paderi St.
John.
• Kota ini mempunyai rekaan yang menarik iaitu meriam yang diletakkan
menghadap kawasan pendalaman kerana di waktu itu, serangan ke atas
Melaka datangnya dari sana berbanding dari laut.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKA

BUKIT CINA
• Bukit ini merupakan penempatan rasmi rombongan Cina tiba di Melaka

bersama Puteri Hang Li Poh.
• Bukit Cina pada hari ini ialah tanah perkuburan Cina yang terbesar di luar negeri

China iaitu banyak kuburan lama yang sezaman dengan dinasti Ming.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKA

PERIGI HANG TUAH
• Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyung Melaka.
• Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang

terkemuka di Nusantara pada zaman Kesultanan Melayu (1398 - 1511)
• Dipercayai Hang Tuah yang dilahirkan di kampung Duyong ini menggali sendiri

perigi ini untuk kegunaannya.


Click to View FlipBook Version