E-book of:
By VAA3013 (GROUP C1)
AHLI KUMPULAN (C1)
Lecturer: Dr. Fazhana Ismail
MUHAMMAD ALIF MUHAMMAD KHAIRUL MOHAMAD IDHAM MUSFIRAH BINTI
BIN RUKMAN HAKIM HANIS BIN AHAMAD NAJMUDEEN BIN JOHARI MAHMUD
D20202097311 D20202096425 D20202097489 D20202096429
NUREEN SYAZWANIE NURDINI FASEHAH MAZURA BINTI
BINTI NORAZMI BINTI MD RAIZI MOKHTAR
D20202096423 D20202097310
D20202096683
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulilah dan setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat
kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Pengeluaran
Ternakan (VAA 3013) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang
ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada (Dr. Fazhana Ismail) selaku Pensyarah
Pengeluaran Ternakan kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang
diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini
terutamanya kepada pensyarah kami (Dr. Fazhana Ismail) atas budi bicara
beliau dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan.
Selain itu jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kami
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan
ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan
tugasan ini sama ada seacra langsung atau tidak langsung. Segala bantuan
yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan baik.
Sekian, terima kasih.
Isi Kandungan M/S
1
Bil Isi Kandungan 2
1. Penghargaan 6
2. Isi kandungan 8
3. Pengenalan & Sejarah 11
4. Kegunaan 17
5. Kelebihan 26
6. Kaedah Pembuatan 27
7. Sifat dan Bentuk 32
8. Sukatan & Cara Pembentukan
9. Kesimpulan 33
10. Rujukan
Pengenalan
Effective microorganisms atau nama singkatannya EM ini ialah
campuran anaerobik yang mempunyai kesan baik terhadap proses
pembentukan produk pertanian. Seperti yang kita sedia maklum,
bakteria asid laktik merupakan salah satu elemen penting dalam
EM kerana asid laktik secara umumnya dapat menggalakkan
proses penapaian bahan tanaman seperti rumput untuk dijadikan
silaj. Elemen microb utama dalam EM ini terdiri daripada asid
laktik, bakteria fotorosintetik dan yis. Mikroorganisma ini
terdapat secara semula jadi dalam persekitaran. Selain itu, bahan
makanan juga boleh digunakan untuk membiakkan mikroorganisma
tersebut untuk dijadikan campuran mikroorganisma bermanfaat.
Campuran bakteria baik ini dapat merencatkan pertumbuhan
bakteria patogen yang terdapat di dalam ekosistem tanah.
Sejarah
EM mula ditemui oleh seorang saintis Jepun bernama Teruo Higa pada tahun 1982.
Pada awal kajian, beliau hanya fokus pada satu jenis bakteria sahaja. Namun, beliau
sedar bahawa cara yang terbaik adalah dengan menggabungkan kesemua bakteria
tersebut. Akhirnya, Prof Higa berjaya menemui campuran yang sempurna bagi
menggalakkan pertumbuhan yang baik untuk tumbuhan dan menamakan campuran ini
sebagai “EM”.
Kegunaan Effective Microorganism
Kegunaan Effective Microorganism
EM adalah campuran mikroorganisma yang telah dibiakkan dan terhasil
semula jadi.
Terdiri daripada tiga jenis bakteria iaitu Bakteri Fotosintetik (PBS),
Bakteria Asid Laktik (LAB), dan Yis atau Ragi.
PBS menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula akan
menggalakkan pertumbuhan tanaman.
LAB bertindak sebagai pelindung dengan membantutkan perkembangan
mikrob dan serangga berbahaya (Fusanium dan Nematod) serta bahan
penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.
Yis atau Ragi pula sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak
sebagai bahan bioaktif dalam meningkatkan keaktifan sel tanaman dan
akar.
Kegunaan EM Dalam Pelbagai Aspek
Bahan pertanian
Meningkatkan gandaan mikroorganisma bermanfaat.
Menjadikan tanaman dan pengeluaran yang berkualiti serta tumbesaran yang
optima.
Binatang Ternakan
Menghapus bau busuk.
Menyembuhkan penyakit.
Dicampurkan di dalam makanan ternakan supaya ternakan menghasilkan daging,
telur, susu dan ikan yang berkualiti tinggi.
Pengurusan sisa buangan
Mengitar semula sisa organik (sampah dapur, rumput dan sebagainya).
Digunakan sebagai baja kompos apabila diseburkan dengan EM.
Rawatan Air
Mengurangkan bau busuk.
Kawalan pencemaran air.
Meningkatkan ekosistem biodiversity.
Pengurusan sisa buangan
Mengitar semula sisa organik (sampah dapur, rumput dan sebagainya).
Digunakan sebagai baja kompos apabila diseburkan dengan EM.
Rawatan Air
Mengurangkan bau busuk.
Kawalan pencemaran air.
Meningkatkan ekosistem biodiversity.
Kegunaan Di Rumah
Digunakan di bilik air, dapur, dan tempat-tempat lain dalam rumah untuk
menghilangkan bau busuk.
KELEBIHAN EFFECTIVE
MICROORGANISM
Kebaikan dan Kelebihan EM Dalam Pertanian
Teknologi EM dalam pertanian adalah seperti berikut:
EM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
Menggalakkan pembungaan dan pembuahan
Menggalakkan tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman.
Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
Konsep inokulasi membentuk persekitaran yang sesuai dan selesa untuk tanaman
Kesan sinergi daripada organisma yang hadir
Kebaikan EM dalam Penternakan
Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk
dari bahan buangannya.
Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.
Kebaikan EM Untuk Ikan, Akuarium, Tasik, Kolam dan Air Pancuran
Kolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman
reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda ianya juga dapat menaikkan
nilai perniagaan. Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya
dengan mudah keluar dari kstabilannya(balance). Jika air terbiar statik dalam jangkamasa
yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang
tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk. Menambah pengudaraan(water
circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air
tersebut, kalsium dan alga tetap terbentuk.
Penggunaan EM aktif secara berkala akan memperbanyakkan mikrob bermanfaat. Hal ini
seterusnya dapat mengawal perkembangan alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien
dan sentiasa mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan
meneutralkan air iaitu bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang
pembentukan lapisan kristal di atas permukaan air.
Kadar dos adalah 1:1000, iaitu satu bahagian EM (probac) bagi setiap 1000 bahagian air.
Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu. Penggunaan Mudball juga disarankan.
Biarkan beberapa hari atau minggu untuk EM (probac) bekerja untuk anda. Jika tinggi
bahan organik (sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di permukaan dan ianya
akan beransur-ansur hilang. Proses bioremediation semulajadi ini sedang berjalan dan
biarkanlah EM bekerja.
Penggunaan EM aktif secara berkala akan memperbanyakkan mikrob bermanfaat. Hal ini
seterusnya dapat mengawal perkembangan alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien
dan sentiasa mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan
meneutralkan air iaitu bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang
pembentukan lapisan kristal di atas permukaan air.
Kadar dos adalah 1:1000, iaitu satu bahagian EM (probac) bagi setiap 1000 bahagian
air. Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu. Penggunaan Mudball juga
disarankan. Biarkan beberapa hari atau minggu untuk EM (probac) bekerja untuk anda.
Jika tinggi bahan organik (sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di
permukaan dan ianya akan beransur-ansur hilang. Proses bioremediation semulajadi ini
sedang berjalan dan biarkanlah EM bekerja.
KAEDAH PEMBUATAN
EFFECTIVE MICROOGANISM
BOLEHKAH BUAT SENDIRI EM?
EM boleh di beli tetapi agak mahal dan ia sebenarnya boleh
dibuat sendiri dengan perbelanjaan yang murah.
Di Asia, EM telah diproses sehingga menjadi 4 jenis
Effective Microorganism (EM1, EM2, EM3 & EM4) dan
sangat berkesan bergantung kepada cara penggunaannya.
Resepi pembuatan EM
Sayuran yang dibuang, Kulit buahan saperti
kekacang. papaya, pisang,
rambutan dan
sebagainya.
Dedak padi, gula Air basuhan beras.
merah.
Bahan - Bahan
Fasa 1
Masukan sayuran, kulit buahan dan
dedak kedalam satu bekas (tong).
Gaul supaya bercampur dan tutup
rapat. Tutup rapat dan biar ia
mereput selama seminggu. ditutup
rapat bakteria apabila ditutup pada
awalnya bakteria jenis aerobic akan
hidup dan memakan sisa sisa tadi dan
mengeluarkan bau yang agak busuk.
Fasa 1
Akibat robic akan kehabisan bekalan
oxygen dan akan mati. Peranan
seterusnya akan dimainkan oleh
bakteria anerobic yang mampu hidup
tanpa oxygen.
Fasa 2
Lepas 1 minggu tapiskan bahan pepejal yang
tinggal dan cecair kekuningan yang di dapati
itu adalah EM1.
Cecair EM1 dicapur semula dengan sayuran,
dan kulit buahan yang lain dan ditutup rapat
sekali lagi. Selepas 1 minggu tapis untuk
dapatkan cecairnya. Itu adalah EM2.
Fasa 2
Cecair EM2 dicampur pula dengan dedak,
air basuhan beras dan gula merah.
Nisbah campuran adalah saperti berikut
1 liter EM2 : 1 kilo gula merah : 10 liter
air
Fasa 2
Tutup rapat dan biarkan selama 1
minggu. Hasilnya adalah EM3
· EM3 dibiarkan lagi selama 1
minggu lagi tanpa membuat apa dan
hasilnya adalah EM4
Sifat dan bentuk EM
Sifat dan bentuk EM ini adalah cecair yang bewarna kuning
coklat mempunyai bau yang kuat dan berasa masam. Ianya
sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan
penternakan untuk meningkatkan kualiti dan hasil
pengeluaran.
Sukatan dan
cara
penggunaan
EM
EM1 mengandungi :
1. Primary lactic acid bacteria (lactic acid produced in
metabolism)
2 Yeast
3. Photosynthetic bacteria.
Semua bacteria ini berada dalam nisbah yang ideal.
EM2 mengandungi lebih micro-organisms daripada EM1.
Terdapat lebih daripada 10 jenis yang terdiri daripada 80
spesis. Micro-organisma ini ujud sebagai satu konsortium.
Microbes yang ujud dalam EM2 adalah photosynthetic
bacteria, fungi, yeasts atau molds dan sebagainya. EM2
dikultur dalam cecair dengan ph7 dan disimpan pada ph
8.5. Populasi micro-organisma dalam cecair dianggarkan 1
billion cells/gram cecair.
EM2 mengandungi 90% bacteria photosynthesis dan
bakinya adalah micro-organisma
EM3 dikultur dalam medium cecair dan disimpan pada ph
8.5. Populasi micro-organisma dalam cecair adalah 1 billion
cells/gram cecair.
EM4 mengandungi 90% lactobacisslus spp. Dan micro-
organisma yang mengasilkan lebih lactic acid. EM4
dikultur dalam medium cecair dengan kandungan ph 4.5.
Populasi micro-organisma adalah sama saperti di atas. 1
billion cells/gram cecair.
Cara penggunaan
EM
EM yang telah dihasilkan sendiri ini adalah EM pekat dan
perlu dicairkan bersama dengan Molasses apabila hendak
digunakan.
Ambil 2 sudu makan EM dan 2 sudu Molasses, campurkan
dengan 1 liter air dan boleh digunakan dengan cara
menyiram terus ke tanaman, semburan di kandang ayam
atau dimasukkan ke dalam minuman ayam setiap hari.
- Semburan pada tanah, pokok dan kawasan
persekitaran.
- Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.
- Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.
- Masukkan EM dalam kolam ternakan.
Kadar kekerapan semburan boleh dibuat seminggu sekali.
Seeloknya disembur di awal pagi atau lewat petang.
Elakkan menyembur di waktu tengah hari atau ketika
pancaran matahari terik. Ini agar mikrob EM tidak mati.
Kesimpulan
Penggunaan EM amat baik kepada hidupan kerana ia dapat merencatkan pertumbuhan bakteria jahat atau
patogen yang terdapat di dalam media yang dirawat. Ia dapat mengelak pencemaran alam kerana tiada
penggunaan bahan kimia jika diaplikasikan dalam sektor pertanian, penternakan dan pemuliharaan sumber
air seperti kolam, tasik dan sungai. Kelebihan EM pada tanaman ialah menggalakkan pertumbuhan,
pendebungaan, pembentukan bunga, pembentukan buah dan kematangan pada buah. Ia dapat meningkatkan
faktor fizikal, kimia dan biologi persekitaran tanah, membaiki ketahanan pokok dengan menghalang dan
mengurangkan pembiakan patogen yang menyebabkan penyakit dan serangan serangga perosak. EM juga
mempunyai kandungan organik, nutrien dan mikrob berfaedah di dalamnya. Ia juga berupaya meningkat
serta memperbaiki sistem pengudaraan dan saliran air dalam tanah. Ia dapat membantu perkembangan
mikroflora yang berfaedah dan seterusnya mempertingkatkan ketersediaan nutrien dalam tanah untuk
diserap oleh tanaman. Oleh itu penggunaan EM dalam tanaman dan ternakan amat digalakan untuk
memastikan tiada pencemaran yang berlaku serta dapat mengawal tanaman atau ternakan kita dengan
baik.
Rujukan
1. H.A.M.I.D.P. (2019). Cara Membuat EM (Effective Microorganism), Paling Mudah Dan Murah. Blogger.
http://www.sentiasapanas.com/2019/11/cara-membuat-em.html
2. Kebun Bandar. (2022). Pelbagai Manfaat EM1 dalam Pertanian. Diperoleh daripada https://kebunbandar.com/em-
effective-microorganism/