Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969
ialah insiden rusuhan kaum yang
berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini
telah meragut nyawa serta harta
benda dan mempunyai kaitan yang
rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10
Mei 1969" merupakan satu titik
hitam dalam sejarah negara
Malaysia.
Isu-isu yang dibangkitkan Selepas Undian:
di dalam kempen Pilihan Raya 1969 : - Pihak pembangkang mengadakan
- Bahasa Kebangsaan perarakan
- kedudukan istimewa orang Melayu - Slogan-slogan sensitif berkaitan isu
- hak kerakyatan orang bukan Melayu perkauman didapati dalam perarakan
tersebut
Pilihan Raya Umum : - Perarakan balas oleh orang Cina dijalankan
- UMNO, MCA, MIC : 89 kerusi turun kepada dan membangkitkan kemarahan sesetengah
66 kerusi penduduk seperti meneriak slogan mengenai
: hilang majority penduduk seperti meneriak slogan
- Parti Gerakan mengenai tengelamnya kapal Perikatan.
Rakyat - Sebelum Parti Gerakan membuat tindak
Malaysia( GERAKAN ), balas untuk meminta maaf, kemenangan
Parti TIndakan UMNO telah diumumkan pada 13 Mei 1969.
Demokrasi ( DAP),
Parti Progresis
Rakyat (PPP) : 25 kerusi
- PAS : 12 kerusi
Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat Negara ini yang
asalnya sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami
satu perubahan yang drastik. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada
hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah
Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah
percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana
tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam lam dalam diri
masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.
Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan
raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan
besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan
telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar
Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk
negeri melalui cukai.
Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan
perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di
Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem
yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan
ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah
menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi
yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.
Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung
telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang
Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini
telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat
mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat
berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan
perpaduan kaum.
Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan
perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga
mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan
berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang
kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.
Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan
ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara
yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal
ini meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan
anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana
masalah pertelingkahan ini.
Tindakan Yang Diambil
Oleh Kerajaan Selepas
Peristiwa 13 Mei 1969
• Pada 17 Mei 1969, sebuah majlis telah ditubuhkan
dibawah kuasa Timbalan Perdana Menteri,YAB Tun Abdul
Razak bin Dato’Hussien iaitu Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) untuk mengambil alih tugas parlimen .Beliau
dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada
pemimpin-pemimpin politik,pegawai kanan kerajaan dan
pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.
• MAGERAN menjalankan beberapa fungsi utama iaitu
bertanggungjawab mengembalikan keamanan dan
undang-uandang negara, menentukan pentadbiran yang
licin dan sempurna serta mengembalikan suasana
keharmonian dan kepercayaan sesebuah kaum kepada
kaum lain.
• Di bawah MAGERAN juga telah ditubuhkan sebuah
pejabat Urusetia Hal Ehwal Awam yang diketuai oleh
seorang pegawai Perkhidmatan Awam Kanan untuk
menjalankan tugasan daripada Ketua Pegawai Kerja.
Ketua Hal Ehwal Awam bertanggungjawab mengeluarkan
arahan berkenaan pembentukan dan penelitian semua
dasar dan objektif kerajaan tentang hal-hal yang berkaitan
dengan hal ehwal awam serta penyelarasan agensi
kerajaan lain agar dasar tersebut dipatuhi .
• Dasar-dasar yang yang berkaitan dengan hal
ehwal awam tersebut termasuklah dasar
kewangan, pelajaran, pembangunan negara, luar
bandar, perusahaan, perdagangan, perniagaan,
pengangkutan, perkhidmatan dan peluang
pekerjaan dalam perkhidmatan persekutuan dan
negeri, imigresen dan pendaftaran negara.
• Bagi membantu dalam melaksanakan dasar-dasar
ini beberapa panel telah ditubuhkan seperti panel
ekonomi, panel pelajaran, jawatankuasa ekonomi
dan kewangan, jawatankuasa penanaman modal
serta jawatankuasa perancangan dan
pembangunan negara ( JPPN).
• Selain itu, MAGERAN telah menubuhkan Jabatan
Perpaduan Negara (JPN) pada tahun 1970 dan
Majlis Muhibah Negara (MMN) pada 18 Julai
1969.Tujuan penubuhan Jabatan Perpaduan
Negara yang diketuai oleh Tan Sri Mohd.Ghazali
Shafie adalah bagi membantu kerajaan
mengerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara dengan lebih teratur dan teliti di
samping mendraf satu idealogi iaitu Rukun
Negara.
5 Prinsip Rukun Negara
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan
• Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dirangka dengan dua
objektif yang menjadi serampang dua mata iaitu membasmi
kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun
semula masyarakat.
• Dasar Ekonomi dirujuk sebagai tapak ,panduan ,falsafah,
peraturan dan cara mencapai matlamat dasar yang merujuk
kepada usaha untuk mengubah masyarakat dan negara
daripada keadaan yang mundur kepada maju dalam pelbagai
aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Jurang
kemiskinan antara golongan kaya dengan golongan miskin
terlalu besar bezanya terutama daripada aspek ekonomi
dimana golongan kaya memonopoli hampir separuh sektor
ekonomi menyebabkan penduduk miskin tidak dapat
melibatkan diri dalam sektor ini.
• Program pembangunan ekonomi diwujudkan bagi mencapai
perpaduan ekonomi yang seimbang dalam sektor ekonomi
agar setiap golongan masyarakat dapat memenuhi keperluan
dan kehendak mereka.
• DEB mengutamakan isu kemiskinan di luar bandar dan di
bandar sebagai tumpuan utama terutamanya bagi kaum
bumiputera yang menjalankan aktiviti pertanian tradisional.
DEB telah mengambil beberapa langkah unutk menangani isu
ini iaitu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak ,
menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi
peluang kepada pekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya ke sektor yang lumayan, mengurangkan
jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan kawasan,
memodenkan kehidupan di luar bandar, mewujudkan
kumpulan perusahaan dan perdagangan kaum bumiputera,
mewujudkan sektor pekerjaan yang mengabungkan pelbagai
• DEB menjalankan pembasmian kemiskinan melalui
tiga perigkat iaitu pembasmian mengikut kawasan luar
bandar dan bandar, pembasmian mengikut negeri dan
pembasmian melalui penyediaan keperluan asas dan
mutu hidup yang baik.
• Masyarakat telah disusun semula melalui beberapa
strategi iaitu peningkatan dalam pendapatan dan kadar
kemiskinan disusun mengikut kaum, penyusunan
semula corak guna tenaga, penyusunan semula hak
milik dalam sektor syarikat dan sektor industri dan
pembangunan bandar dan luar bandar.
• Tragedi ini juga telah menunjukan faktor utama
wujudnya masalah perpaduan kaum ialah faktor
kemiskinan yang terutamanya melibatkan penduduk
luar bandar disebabkan dominasi ekonomi oleh
golongan kaya.
• Oleh itu, pembentukan DEB adalah untuk membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan
jurang ekonomi ini.Seterusnya, Bahasa Kebangsaan
iaitu Bahasa Melayu berperanan dalam menjadi alat
perpaduan kaum .
• Oleh itu, setiap penduduk Malaysia perlu mahir
bertutur dalam bahasa ini.Namun, pengunaan dan
pembelajaran bahasa lain tidak di sekat untuk
mengelakkan rasa tidak puas hati kaum lain seperti
kaum cina dan india .
PENGAJARAN
Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran
peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik
itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara
di persada antarabangsa.
• Peristiwa ini perlu selalu
diperingat kepada rakyat
agar kita semua bukan
sahaja perlu muhasabah
diri pada setiap masa, lebih
penting lagi ialah kita
hendaklah memastikan ia
tidak berulang lagi dengan
menentukan hubungan
etnik sentiasa baik.
• Tragedi berdarah ini juga mengingatkan semua pihak agar
perpaduan dalam kalangan rakyat tiada galang gantinya.
Ringkasnya, konflik perkauman adalah umpama yang kalah jadi
abu dan yang menang menjadi arang. Justeru, sebagai
masyarakat majmuk kita tidak mempunyai banyak pilihan selain
sentiasa berpaut erat kepada jambatan perpaduan yang telah
diwariskan kepada kita oleh generasi terdahulu. Kegagalan kita
menghayati kepentingan perpaduan antara kaum boleh
menyebabkan peristiwa seperti ini berulang kembali.
KESIMPULAN
Kejadian rusuhan tersebut bukan sahaja mengubah dasar
negara tapi menyebabkan trauma yang berpanjangan di
kalangan saksi kejadian, mangsa yang masih hidup dan
mereka yang kehilangan orang tersayang.
Di Afrika Selatan, trauma dari zaman Apartheid ditangani
melalui sidang`truth and reconciliation’ bagi mencapai
kemaafan. Kerajaan Jerman pula memilih untuk
menghadapkan mereka yang terlibat dalam jenayah di zaman
Nazi ke muka pengadilan.
Malaysia boleh mengambil teladan dari cara negara lain
berhadapan dengan sejarah gelap mereka, namun menurut
pakar, apa pun kaedah yang diguna pakai di Malaysia harus
megambil kira faktor-faktor tempatan.
LAMPIRAN