E-FOLIO
NAMA : CHU ZI HUAO (21DDT20F1088)
JANAKIRAM A/L RAVISHANKAR (21DDT20F1105)
WONG WAI KUAN (21DDT20F1087)
RAVEEN A/L KRISHNAN (21DDT20F1112)
KELAS / SESI : DDT2C / SESI DISEMBER
NAMA PENSYARAH : PUAN HALIMATUS SAADIAH BINTI KARIYA
1
IMPLIKASI AGAMA
TERHADAP
PEMBENTUKAN
MORAL INDIVIDU
2
PENGENALAN
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2015), agama merupakan satu asas kepada
kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan
perintah-Nya. Kebanyakan agama tidak mengira agama samawi dan duniawi, kesemuanya
mengajar agar kita sentiasa mengamalkan perilaku yang baik Ia merupakan satu aspek
kehidupan sosial dan sebahagian daripada sistem sosial sesuatu masyarakat. Unsur-unsur
kebudayaan dan kesenian dalam sesuatu sistem sosial masyarakat terbentuk dan
mewujudkan keperibadian seseorang melalui agama. Agama dianggap sebagai satu kekuatan
kolektif yang berperanan dalam mengatasi masalah-masalah yang wujud. Menurut Ahmad
Bashir (2004), agama berperanan dalam membentuk peribadi individu kerana kebanyakan
ajaran agama yang ada di dunia membawa ajaran yang menerapkan nilai, etika yang baik.
AGAMA ISLAM
Agama Islam menerapkan amalan yang mengajar penganutnya melaksanakan segala
kebaikan dan amalan yang baik berdasarkan kepada Al-Quran dan sunah. Penganut umat
Islam diajar akan nilai-nilai murni yang menekankan tiga dimensi iaitu akidah, syariah dan
akhlak. Ajaran nilai-nilai murni dapat diajar secara sejagat dan membentuk peribadi murni
dalam diri penganutnya.
3
AGAMA BUDDHA
Ajaran Buddha menekankan agar penganutnya hidup secara bermaruah dan
berasakan kepada etika kehidupan yang sempurna untuk mencapai Nirvana yang boleh
dicapai melalui tahap amalan mereka. Penganut Buddha hendaklah melepasi‘Empat
Kebenaran Mulia’ (Four Noble Thruth) demi mencapai kebahagiaan hidup dengan memenuhi
keperluan dalam ‘Jalan Mulia Lapan Lapis’ (The Noble Eightfold Path) melalui 3 kelompok
moral iaitu Panna (kebijaksanaan), Sila (akhlak) dan Samadhi (perkembangan mental). Bagi
menjayakan kesemua ini, mereka hendaklah memastikan asas moral mereka berupaya untuk
memupuk dan membina keharmonian dan kesejahteraan melalui amalan Panca Sila.Panca
Sila ini merupakan larangan yang perlu diikuti oleh penganut Buddha untuk memastikan diri
mereka berada dalam keadaan yang terbaik dalam kehidupan.
4
AGAMA HINDU
Penganut Hindu menerapkan kepada kepercayaan yang memerlukan mereka
mengamalkan kehidupan yang bermoral. Mereka akan berpandukan kepada dua konsep
utama dalam kehidupan mereka iaitu Yamas (sifat moral untuk amalan diri sendiri) dan
Niyamas (sifat moral untuk kepentingan masyarakat umum). Melalui kedua-dua konsep ini,
penganut Hindu akan menjalani kehidupan dengan sifat-sifat baik dan mematuhi larangan-
larangan yang ada dalam konteks Yamas dan Niyamas.
5
AGAMA KRISTIAN
Penganut Kristian pula mengamalkan nilai-nilai murni mereka berdasarkan kepada
kitab Bible mereka yang mengandungi dua lembaran iaitu Old Testement dan New
Testement sebagai asas mereka. Melalui kedua-dua lembaran ini, The Ten Commandment
daripada Old Testement dan amalan sifat akhlak murni daripada New Testement menjadi
asas kepada mereka terhadap sifat baik dan larangan dalam amalan kehidupan mereka yang
perlu di ikuti oleh penganut Kristian.
6
Semua agama mengajar kita sebagai manusia hendaklah mengamalkan amalan yang
baik dan murni agar memperoleh kebaikan yang dijanjikan berdasarkan agama masing-
masing. Tidak ada agama yang akan menyuruh seseorang itu untuk melakukan kejahatan
dan kerosakan demi agamanya. Namun, terdapat pandangan yang menyatakan bahawa
agama merupakan punca kepada perpecahan dan persengketaan yang berlaku pada masa
kini.Menurut Huntington (1993) pernah menyatakan pandangan bahawa pergolakan yang
berlaku pada masa terdekat adalah berlandaskan kepada perbezaan pandangan terhadap
ketamadunan yang dikaitkan dengan aspek agama yang dianuti oleh sesuatu ketamadunan
itu. Beliau juga membincangkan bahawa antara punca persengketaan yang wujud dalam
ketamadunan adalah berpunca daripada agama yang dianuti yang memecahbelahkan di
antara masyarakat dunia. Beliau menyatakan bahawa akan berlakunya pergolakan yang
akan mencetuskan pergolakan atau peperangan di antara negara kesan daripada
ketidakfahaman terhadap ketamadunan yang wujudberdasarkan agama yang dianuti.
Perbezaan pandangan dan salah tafsiran terhadap agama ini mewujudkan satu fobia
yang dinamakan Xenophobia, iaitu ketakutan terhadap individu atau sekumpulan manusia
yang dianggap asing bagi mereka. Agama sepatutnya tidak dijadikan sebagai alasan untuk
memecahkan dan mencetuskan pergolakan kerana sekiranya setiap penganut agama yang
dianuti melakukan semua amalan dan peraturan yang diajarkan persengketaan dan
perpecahan ini dapat dielakkan.
Merujuk kepada ajaran agama yang dibincangkan sebelum ini, tidak ada satu agama
yang menyuruh penganutnya melakukan kejahatan dan kerosakan. Agama yang dianuti
lazimnya menggalakkan penganutnya melakukan kebaikan tidak mengira latar belakang
kaum atau negara. Setiap agama yang dibincangkan berupaya membentuk peribadi individu
yang baik dan bermoral tinggi.
Agama berperanan sebagai satu medium penyatuan dan ‘worldview’ penganutnya
dalam melaksanakan aktiviti harian mereka. Agama berupaya membentuk pemikiran,
pandangan dan perspektif mereka terhadap diri sendiri dan masyarakat. Melalui agamalah,
penganut-penganut ini mentafsir apakah perbuatan baik dan bermoral yang seharusnya
mereka amalkan.
Individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi lazimnya berkaitan dengan ajaran
agama yang diikuti sama ada agama yang bersifat monoteistik, politeistik, agama beretika
dan agama nenek moyang. Mereka ini mempunyai pendirian dan pandangan ‘worldview’
yang lebih meluas
7
Oleh yang demikian, agama merupakan satu medium terpenting dalam membentuk
sikap, persepsi dan nilai individu dalam bagaimana mereka mentafsir kehidupan mereka
sendiri. Sekiranya penganut tersebut mentafsir ajaran yang di ajar secara baik kesejahteraan
dan keamanan akan berjaya dikecap.
8
TERIMA KASIH!!!
9