The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by proravin30, 2020-10-23 01:05:10

Peristiwa 13 Mei

BALIK PULAU



ISI KANDUNGAN



























PENGENALAN 1






ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969 2






PUNCA-PUNCA BERLAKU PERISTIWA 13 MEI 3-6






KESAN-KESAN PERISTIWA 13 MEI 7-8






TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN

SELEPAS PERISTIWA 13 MEI 1969 9-12






PENGAJARAN 13






KESIMPULAN 14






LAMPIRAN 15-17

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969



ialah insiden rusuhan kaum yang


berlaku dan kemuncak masalah


perpaduan di Malaysia. Tragedi ini


telah meragut nyawa serta harta



benda dan mempunyai kaitan yang


rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10


Mei 1969" merupakan satu titik


hitam dalam sejarah negara



Malaysia.

Isu-isu yang dibangkitkan Selepas Undian:


di dalam kempen Pilihan Raya 1969 : - Pihak pembangkang mengadakan
- Bahasa Kebangsaan perarakan

- kedudukan istimewa orang Melayu - Slogan-slogan sensitif berkaitan isu

- hak kerakyatan orang bukan Melayu perkauman didapati dalam perarakan

tersebut

Pilihan Raya Umum : - Perarakan balas oleh orang Cina dijalankan

- UMNO, MCA, MIC : 89 kerusi turun kepada dan membangkitkan kemarahan sesetengah
66 kerusi penduduk seperti meneriak slogan mengenai

: hilang majority penduduk seperti meneriak slogan

- Parti Gerakan mengenai tengelamnya kapal Perikatan.

Rakyat - Sebelum Parti Gerakan membuat tindak

Malaysia( GERAKAN ), balas untuk meminta maaf, kemenangan
Parti TIndakan UMNO telah diumumkan pada 13 Mei 1969.

Demokrasi ( DAP),

Parti Progresis

Rakyat (PPP) : 25 kerusi

- PAS : 12 kerusi

PUNCA-PUNCA BERLAKU PERISTIWA


13 MEI


Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun



Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza.
Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding
dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China
sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam
ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang
Melayu dan Cina.
























Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu


PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak
istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah
diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam
bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka
terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk
mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang
pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku
telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 .
Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina
di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih
fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya
pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan
perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas
hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan
oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana
mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara



Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei.
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah
dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan
mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi
tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari
Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan
penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim
oleh Syed Nasir bin Ismail.




















Perbezaan agama dan budaya


Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme,
Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama
kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya
bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga
banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.
Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

Masalah ekonomi



Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan
menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui
kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang
melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

Persatuan-persatuan etnik



Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan
ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain.
Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis
yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini.
Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah
dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari
daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan
muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang
berbilang kaum ini.

Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat Negara ini yang
asalnya sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami
satu perubahan yang drastik. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada

hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah
Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan

kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah
percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana
tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam lam dalam diri

masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.



Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan

raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan
besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan
telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar
Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk

negeri melalui cukai.



Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan

perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di
Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem
yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan

ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah
menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi
yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung

telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang
Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini
telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat

mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat
berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan
perpaduan kaum.




Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan
perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga
mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan

berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang
kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.




Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan
ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara
yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal
ini meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan

anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana
masalah pertelingkahan ini.

Tindakan Yang Diambil


Oleh Kerajaan Selepas



Peristiwa 13 Mei 1969







• Pada 17 Mei 1969, sebuah majlis telah ditubuhkan

dibawah kuasa Timbalan Perdana Menteri,YAB Tun Abdul
Razak bin Dato’Hussien iaitu Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN) untuk mengambil alih tugas parlimen .Beliau

dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada
pemimpin-pemimpin politik,pegawai kanan kerajaan dan

pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.





• MAGERAN menjalankan beberapa fungsi utama iaitu
bertanggungjawab mengembalikan keamanan dan

undang-uandang negara, menentukan pentadbiran yang

licin dan sempurna serta mengembalikan suasana
keharmonian dan kepercayaan sesebuah kaum kepada

kaum lain.





• Di bawah MAGERAN juga telah ditubuhkan sebuah
pejabat Urusetia Hal Ehwal Awam yang diketuai oleh

seorang pegawai Perkhidmatan Awam Kanan untuk

menjalankan tugasan daripada Ketua Pegawai Kerja.
Ketua Hal Ehwal Awam bertanggungjawab mengeluarkan

arahan berkenaan pembentukan dan penelitian semua
dasar dan objektif kerajaan tentang hal-hal yang berkaitan

dengan hal ehwal awam serta penyelarasan agensi
kerajaan lain agar dasar tersebut dipatuhi .

• Dasar-dasar yang yang berkaitan dengan hal
ehwal awam tersebut termasuklah dasar

kewangan, pelajaran, pembangunan negara, luar

bandar, perusahaan, perdagangan, perniagaan,

pengangkutan, perkhidmatan dan peluang

pekerjaan dalam perkhidmatan persekutuan dan

negeri, imigresen dan pendaftaran negara.

• Bagi membantu dalam melaksanakan dasar-dasar

ini beberapa panel telah ditubuhkan seperti panel

ekonomi, panel pelajaran, jawatankuasa ekonomi

dan kewangan, jawatankuasa penanaman modal

serta jawatankuasa perancangan dan

pembangunan negara ( JPPN).

• Selain itu, MAGERAN telah menubuhkan Jabatan

Perpaduan Negara (JPN) pada tahun 1970 dan

Majlis Muhibah Negara (MMN) pada 18 Julai

1969.Tujuan penubuhan Jabatan Perpaduan

Negara yang diketuai oleh Tan Sri Mohd.Ghazali

Shafie adalah bagi membantu kerajaan

mengerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara dengan lebih teratur dan teliti di

samping mendraf satu idealogi iaitu Rukun

Negara.


5 Prinsip Rukun Negara


Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara


Keluhuran Perlembagaan


Kedaulatan Undang-Undang

Kesopanan Dan Kesusilaan

• Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dirangka dengan dua

objektif yang menjadi serampang dua mata iaitu membasmi

kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun
semula masyarakat.






• Dasar Ekonomi dirujuk sebagai tapak ,panduan ,falsafah,
peraturan dan cara mencapai matlamat dasar yang merujuk

kepada usaha untuk mengubah masyarakat dan negara

daripada keadaan yang mundur kepada maju dalam pelbagai
aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Jurang

kemiskinan antara golongan kaya dengan golongan miskin

terlalu besar bezanya terutama daripada aspek ekonomi
dimana golongan kaya memonopoli hampir separuh sektor

ekonomi menyebabkan penduduk miskin tidak dapat

melibatkan diri dalam sektor ini.





• Program pembangunan ekonomi diwujudkan bagi mencapai

perpaduan ekonomi yang seimbang dalam sektor ekonomi

agar setiap golongan masyarakat dapat memenuhi keperluan
dan kehendak mereka.






• DEB mengutamakan isu kemiskinan di luar bandar dan di

bandar sebagai tumpuan utama terutamanya bagi kaum
bumiputera yang menjalankan aktiviti pertanian tradisional.

DEB telah mengambil beberapa langkah unutk menangani isu

ini iaitu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak ,
menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi

peluang kepada pekerja di sektor yang rendah daya

pengeluarannya ke sektor yang lumayan, mengurangkan
jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan kawasan,

memodenkan kehidupan di luar bandar, mewujudkan

kumpulan perusahaan dan perdagangan kaum bumiputera,
mewujudkan sektor pekerjaan yang mengabungkan pelbagai

• DEB menjalankan pembasmian kemiskinan melalui

tiga perigkat iaitu pembasmian mengikut kawasan luar

bandar dan bandar, pembasmian mengikut negeri dan
pembasmian melalui penyediaan keperluan asas dan

mutu hidup yang baik.





• Masyarakat telah disusun semula melalui beberapa

strategi iaitu peningkatan dalam pendapatan dan kadar

kemiskinan disusun mengikut kaum, penyusunan
semula corak guna tenaga, penyusunan semula hak

milik dalam sektor syarikat dan sektor industri dan

pembangunan bandar dan luar bandar.





• Tragedi ini juga telah menunjukan faktor utama

wujudnya masalah perpaduan kaum ialah faktor

kemiskinan yang terutamanya melibatkan penduduk
luar bandar disebabkan dominasi ekonomi oleh

golongan kaya.






• Oleh itu, pembentukan DEB adalah untuk membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan

jurang ekonomi ini.Seterusnya, Bahasa Kebangsaan

iaitu Bahasa Melayu berperanan dalam menjadi alat
perpaduan kaum .






• Oleh itu, setiap penduduk Malaysia perlu mahir
bertutur dalam bahasa ini.Namun, pengunaan dan

pembelajaran bahasa lain tidak di sekat untuk

mengelakkan rasa tidak puas hati kaum lain seperti
kaum cina dan india .

PENGAJARAN








 Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran


peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik

itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara


di persada antarabangsa.





• Peristiwa ini perlu selalu

diperingat kepada rakyat

agar kita semua bukan
sahaja perlu muhasabah

diri pada setiap masa, lebih

penting lagi ialah kita
hendaklah memastikan ia

tidak berulang lagi dengan

menentukan hubungan
etnik sentiasa baik.







• Tragedi berdarah ini juga mengingatkan semua pihak agar

perpaduan dalam kalangan rakyat tiada galang gantinya.
Ringkasnya, konflik perkauman adalah umpama yang kalah jadi

abu dan yang menang menjadi arang. Justeru, sebagai

masyarakat majmuk kita tidak mempunyai banyak pilihan selain

sentiasa berpaut erat kepada jambatan perpaduan yang telah
diwariskan kepada kita oleh generasi terdahulu. Kegagalan kita

menghayati kepentingan perpaduan antara kaum boleh

menyebabkan peristiwa seperti ini berulang kembali.

KESIMPULAN






Kejadian rusuhan tersebut bukan sahaja mengubah dasar

negara tapi menyebabkan trauma yang berpanjangan di


kalangan saksi kejadian, mangsa yang masih hidup dan

mereka yang kehilangan orang tersayang.





Di Afrika Selatan, trauma dari zaman Apartheid ditangani

melalui sidang`truth and reconciliation’ bagi mencapai


kemaafan. Kerajaan Jerman pula memilih untuk

menghadapkan mereka yang terlibat dalam jenayah di zaman

Nazi ke muka pengadilan.





Malaysia boleh mengambil teladan dari cara negara lain

berhadapan dengan sejarah gelap mereka, namun menurut


pakar, apa pun kaedah yang diguna pakai di Malaysia harus

megambil kira faktor-faktor tempatan.

LAMPIRAN




Click to View FlipBook Version