0
1 Nama: • Shamsuddin bin Frans @ Junaiddi Sekolah: • SMK Elopura 2, Sandakan Sabah Pendidikan: • Sarjana Pendidikan • Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) Jawatan: • Guru Cemerlang Sejarah Sumbangan: • Ahli Panel Penilai Buku Teks Sejarah • JUK KSSM • JU Sejarah JPN Sabah • Ahli Kumpulan Pemikir, JPN Sabah • Panel Penggubal Modul Sejarah SPM, JPN Sabah • Penyumbang Item Sejarah Tingkatan 1,2 & 3 • Penceramah, Penulis dan Admin IPRO SIFU Pencapaian: • Platinum (IPROSIFU) Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa • Platinum Award International Summit On Innovation (IPRO) • Special Award Cyber Korea International Genius Fair • Double Gold Award International, Conference in Creativity and Innovation, Bangkok • Gold Medal Sabah Creativity & Innovation Technology Exhibition • Pingat Emas Karnival Inovasi Sekolah Menengah (IPRO SIFU) • Pingat Emas Poster terbaik PPD Sandakan • Guru Inovasi Peringkat PPD Sandakan BIODATA ISI KANDUNGAN Teknik Menjawab Sejarah SPM 1 Teknik Memahami Kata Tugas 2 Tajuk Fokus dan Sasaran Gred 3 Panduan Skor Kertas 1 4 Praktis Kertas 1 5 & 6 Panduan Skor Kertas 2 7 Praktis Kertas 2 8 & 9 Panduan KBAT 10 Panduan Menjawab Stimulus 11 - 16 Praktis Soalan KBAT 17 & 18 Panduan Teknik PERISIK 19 Praktis Teknik PERISIK 20
2 TIPS KERTAS 1 (1249/1) • Masa: 1 jam • 40 soalan objektif (Tingkatan 4 = 20 soalan dan Tingkatan 5 = 20 soalan) • Masa yang dicadangkan ialah 1 soalan dijawab dalam tempoh 1 minit • Purata jawapan bagi A, B, C dan D ialah 8 hingga 12 TIPS KERTAS 2 (1249/2) • Masa: 2 jam 30 minit • Jawab 4 soalan struktur dan 3 soalan esei • 1 soalan struktur dijawab dalam tempoh 15 minit • Soalan esei pula dijawab dalam tempoh 30 minit untuk 1 soalan • Anggaran masa ialah 1 markah = 1.5 minit (struktur) dan 1 markah = 1.2 minit (esei) • Soalan KBAT, jawapan munasabah / berkaitan dengan kehendak soalan • Jangan menulis jawapan dalam bentuk point atau jadual TIP PENULISAN ESEI CEMERLANG TEKNIK KEPENTINGAN 1. Baca semua soalan • Memahami kehendak soalan dan menentukan soalan yang akan dijawab 2. Keutamaan • Jawab soalan esei terlebih dahulu dan kemudian soalan struktur 3. Pangkal Ayat / Penyambut Jawapan • Memudahkan pelajar menjawab berdasarkan kehendak soalan • Membantu pelajar menulis permulaan ayat 4. Penanda Keterangan • Memudahkan pelajar menulis huraian isi / fakta 5. KABUS / Kata Hubung • Memudahkan pelajar menulis huraian lanjutan • Pelajar dapat menulis dua huraian dalam satu ayat 6. Penanda Wacana • Memberi idea kepada murid untuk memulakan ayat • Jawapan murid mempunyai kesinambungan antara satu dengan yang lain • Memudahkan murid menulis esei dalam bentuk perenggan 7. Teknikal penulisan • Pastikan anda menulis nombor soalan dengan jelas • Tulisan perlu kemas dan mudah dibaca • Jawab berdasarkan peruntukan markah • Jawab biar lebih, jangan kurang • Jangan padam jawapan kerana tiada markah yang akan ditolak 8. Ayat lengkap • Merangkumi fakta, huraian, contoh (sekiranya ada) dan inferens (soalan KBAT) • Untuk soalan esei, sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk perenggan TEKNIK MENJAWAB SEJARAH SPM KERTAS 1 & 2
5 BIL ASPEK KETERANGAN 1. Kaji maklumat dan info penting dalam buku teks • Beri tumpuan kepada QR Code, tahukah anda, glosari, KBAT, info teks, cerna minda, peta, istilah, takrif kata, gambar, rajah, jadual, caption, rumusan, dan lain-lain lagi 2. Memahami sinopsis, sub tajuk dan kronologi dalam buku teks • Baca sinopsis bagi setiap bab untuk mendapatkan gambar keseluruhan tentang sub tajuk dan peristiwa penting dalam bab tersebut 3. Menguasai Teknik Betul atau Salah • Sesuai untuk soalan objektif aneka gabungan • Jawapan A: I betul dan II betul • Jawapan B: I betul dan II salah • Jawapan C: I salah dan II betul • Jawapan D: I salah dan II sallah 4. Latih tubi modul berfokus soalan Kertas 1 • Meningkatkan penguasaan berkaitan bentuk soalan kertas 1 • Terdapat juga soalan yang berulang atau hampir sama 5. Mengenal pasti persamaan tema • Murid perlu memahami konteks politik, ekonomi dan sosial • Politik: pentadbiran dan pemerintahan • Ekonomi: sumber pendapatan dan pekerjaan • Sosial: taraf hidup, nilai murni dan kemudahan 6. Memahami perkataan yang sama maksud atau kategori • Meneliti sekiranya terdapat perkataan dalam soalan yang mempunyai persamaan dalam pillihan jawapan • Murid perlu menguasai perkataan sinonim 7. Mengenal pasti unsur positif dan negatif • Murid perlu membezakan unsur positif dan negatif • Pastikan pilihan jawapan mempunyai unsur positif 8. Mengaplikasi Teknik Nota Bertanda • Melatih murid untuk menulis huraian berdasarkan pilihan jawapan objektif • Murid perlu membuat catatan tambahan sekiranya tidak mengetahui peristiwa yang terdapat dalam soalan / jawapan PANDUAN SKOR KERTAS 1
11 Apa itu stimulus? Bahan rangsangsan yang mengandungi maklumat khusus dalam bentuk; (i) Petikan (iv) Poster (vii) Jadual (ii) Pernyataan (v) Rajah (viii) Infografi (iii) Gambar (vi) Peta (ix) Dialog Bagaimanakah teknik menjawab stimulus? 1. Baca dan teliti stimulus 2. Fahami arahan atau mesej dalam stimulus 3. Kenal pasti sama ada satu atau dua soalan yang perlu dijawab 4. Tulis apa sahaja yang dilihat atau difahami berdasarkan stimulus (tersurat) 5. Kemudian jelaskan maklumat tersurat berdasarkan kehendak soalan (tersirat) 6. Perlu ada pengubahsuaian perkataan seperti imbuhan atau perkataan sinonim 7. Gunakan penanda wacana / kata kerja / kata hubung 8. Tidak semua jawapan ada dalam stimulus 9. Perlu kemukakan pendapat atau idea tambahan / keterangan perlu dihuraikan 10. Jawapan secara munasabah atau berkaitan berdasarkan kehendak soalan Trend soalan KBAT Soalan Jawapan munasabah Jawapan berkaitan Struktur Bagaimanakah cara untuk menjadikan negara dan bangsa kita lebih cemerlang? Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British. Apakah kesan tindakan British dan Vyner Brooke tersebut? Esei Kapal perang China dan Amerika dikatakan mengganggu kerja penggalian minyak oleh Petronas. Jika anda sebagai pemimpin negara, bagaimanakah cara untuk menangani situasi di atas? Pada pendapat anda, mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) bersungguh-sunggh untuk menguasai Tanah Melayu dan British pula bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu daripada dikuasai PKM? Panduan Soalan boleh dijawab secara logik dan bernas berdasarkan kehendak soalan Soalan perlu dijawab berdasarkan pengetahuan sejarah yang berkaitan dengan peristiwa atau situasi tersebut PANDUAN KBAT TEKNIK MENJAWAB SOALAN STIMULUS
12 1. Baca maklumat berikut. Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan berikan komen anda. [8 markah] Panduan Jawapan: 1. Memahami kehendak soalan. • Soalan ini memerlukan calon menjelaskan maklumat dan memberikan komen • Maklumat ialah isi tersurat, manakala komen pula ialah isi tersirat 2. Gariskan semua perkataan penting dalam petikan. Contohnya, lantang, dasar Apartied, menyalahgunakan 3. Tulis semua isi-isi penting dalam bentuk ayat lengkap. Contohnya: Maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut berkaitan kelantangan Malaysia menentang dasar Apartied kerana menyalahgunakan hak asasi manusia. 4. Selepas menjelaskan maklumat, calon mesti memberikan komen. Contohnya: Komen saya ialah, kita mestilah mengadakan kempen untuk menentang dasar ini supaya menghormati hak asasi manusia. Seterusnya menguatkuasakan undang-undang demi menjamin keadilan dan keamanan dunia. PANDUAN MENJAWAB SOALAN STIMULUS PETIKAN Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Dasar Aparteid merupakan dasar yang membezakan hak dan kedudukan kaum mengikut warna kulit. Mengikut dasar ini, orang kulit putih di Afrika Selatan dianggap sebagai golongan istimewa manakala orang kulit hitam dianggap golongan bawahan yang tidak mempunyai sebarang hak dari segi politik.
20 Pengenalan Teknik PERISIK merupakan akronim daripada perkataan PE (Perpaduan), R (Rukun Negara), I (ilmu pengetahuan), SI (sikap patriotik) dan K (4K= kempen, kuat kuasa undang-undang, kestabilan politik dan kestabilan ekonomi. Soalan: 1. Bagaimanakah cara / usaha / langkah / tindakan 2. Jelaskan kepentingan / manfaat / kelebihan / faedah / keistimewaan 3. Huraikan pengajaran / iktibar / mesej / kesan 4. Pada pendapat / pandangan anda / mengapakah perkara tersebut Bil Kata Kerja Isi Utama Keterangan perlu dihuraikan 1. Memupuk Perpaduan • Tolong-menolong • Silaturahim • Hormat-menghormati 2. Menghayati Rukun Negara • Kebebasan hak asasi individu • Cara hidup demokratik / demokrasi • Agama sebagai panduan hidup 3. Meningkatkan Ilmu pengetahuan / pendidikan • Bijak dan mahir • Kecekapan ditingkatkan • Mencipta produk baru 4. Memupuk Sikap patriotik • Perasaan cinta akan negara • Taat setia kepada pemimpin • Menghargai jasa tokoh 5. Mengadakan Kempen • Kesedaran • Galakan • Sambutan 6. Melaksanakan Kuat kuasa undang-undang • Mematuhi undang-undang • Menjamin keadilan dan keamanan • Mengekalkan keselamatan • Mempertahankan kedaulatan 7. Menjamin Kestabilan politik • Pemerintahan yang cekap • Imej negara meningkat • Kesejahteraan dan kemakmuran (inferens) 8. Menjamin Kestabilan ekonomi • Daya saing negara • Pengagihan kekayaan • Ekonomi negara berkembang dengan efisien (inferens) PANDUAN KBAT TEKNIK PERISIK