1
2 Nama: • Shamsuddin bin Frans @ Junaiddi Sekolah: • SMK Elopura 2, Sandakan Sabah Pendidikan: • Sarjana Pendidikan • Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) Jawatan: • Guru Cemerlang Sejarah Sumbangan: • Ahli Panel Penilai Buku Teks Sejarah • JUK KSSM • JU Sejarah JPN Sabah • Ahli Kumpulan Pemikir, JPN Sabah • Panel Penggubal Modul Sejarah SPM, JPN Sabah • Penyumbang Item Sejarah Tingkatan 1,2 & 3 • Penceramah, Penulis dan Admin IPRO SIFU Pencapaian: • Platinum (IPROSIFU) Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa • Platinum Award International Summit On Innovation (IPRO) • Special Award Cyber Korea International Genius Fair • Double Gold Award International, Conference in Creativity and Innovation, Bangkok • Gold Medal Sabah Creativity & Innovation Technology Exhibition • Pingat Emas Karnival Inovasi Sekolah Menengah (IPRO SIFU) • Pingat Emas Poster terbaik PPD Sandakan • Guru Inovasi Peringkat PPD Sandakan BIODATA ISI KANDUNGAN BAB TAJUK M.S Teknik Menjawab 1 - 7 1 Warisan Negara Bangsa 7 – 9 2 Kebangkitan Nasionalisme 10 – 16 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita 17 – 22 4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita 23 & 24 5 Persekutuan Tanah Melayu 25 & 26 6 Ancaman British dan Perisytiharan Darurat 27 7 Usaha ke arah Kemerdekaan 28 – 30 8 Pilihan Raya 31 & 32 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 33 & 34 10 Pemasyhuran Kemerdekaan 35 & 36 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 BAB TAJUK M.S 1 Kedaulatan Negara 37 – 39 2 Perlembagaan Persekutuan 40 – 42 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen 43 – 46 4 Sistem Persekutuan 47 – 50 5 Pembentukan Malaysia 51 – 54 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia 55 – 59 7 Membina Kesejahteraan Negara 60 – 66 8 Membina Kemakmuran Negara 67 – 71 9 Dasar Luar Malaysia 72 – 75 10 Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia 76 - 80
3 TIPS KERTAS 1 (1249/1) • Masa: 1 jam • 40 soalan objektif (Tingkatan 4 = 20 soalan dan Tingkatan 5 = 20 soalan) • Masa yang dicadangkan ialah 1 soalan dijawab dalam tempoh 1 minit • Purata jawapan bagi A, B, C dan D ialah 8 hingga 12 TIPS KERTAS 2 (1249/2) • Masa: 2 jam 30 minit • Jawab 4 soalan struktur dan 3 soalan esei • 1 soalan struktur dijawab dalam tempoh 15 minit • Soalan esei pula dijawab dalam tempoh 30 minit untuk 1 soalan • Anggaran masa ialah 1 markah = 1.5 minit (struktur) dan 1 markah = 1.2 minit (esei) • Soalan KBAT, jawapan munasabah / berkaitan dengan kehendak soalan • Jangan menulis jawapan dalam bentuk point atau jadual TIPS PENULISAN ESEI CEMERLANG TEKNIK KEPENTINGAN 1. Baca semua soalan • Memahami kehendak soalan dan menentukan soalan yang akan dijawab 2. Keutamaan • Jawab soalan esei terlebih dahulu dan kemudian soalan struktur 3. Pangkal Ayat / Penyambut Jawapan • Memudahkan pelajar menjawab berdasarkan kehendak soalan • Membantu pelajar menulis permulaan ayat 4. Penanda Keterangan • Memudahkan pelajar menulis huraian isi / fakta 5. KABUS / Kata Hubung • Memudahkan pelajar menulis huraian lanjutan • Pelajar dapat menulis dua huraian dalam satu ayat 6. Penanda Wacana • Memberi idea kepada murid untuk memulakan ayat • Jawapan murid mempunyai kesinambungan antara satu dengan yang lain • Memudahkan murid menulis esei dalam bentuk perenggan 7. Teknikal penulisan • Pastikan anda menulis nombor soalan dengan jelas • Tulisan perlu kemas dan mudah dibaca • Jawab berdasarkan peruntukan markah • Jawab biar lebih, jangan kurang • Jangan padam jawapan kerana tiada markah yang akan ditolak 8. Ayat lengkap • Merangkumi fakta, huraian, contoh (sekiranya ada) dan inferens (soalan KBAT) • Untuk soalan esei, sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk perenggan TEKNIK MENJAWAB SEJARAH SPM KERTAS 1 & 2
6 BIL ASPEK KETERANGAN 9. Raja Berperlembagaan • Sebahagian daripada pentadbiran negara • Pemerintahan beraja yang diketuai oleh YDPA • Merupakan ketua negara • Kuasanya ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. • Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati • Terdapat tiga institusi dalm Persekutuan, iaitu YDPA, Institusi Beraja dan Majlis Raja-raja 10. Semak dan imbang • Meredakan konflik dan pertikaian politik • Mengelakkan pemusatan kuasa • Mengawal penyalahgunaan kuasa • Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi 11. Perpaduan kaum • Keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah • Kerjasama dan hidup bersatu padu dengan aman • Memberikan komitmen penuh kepada negara • Berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara 12. Integrasi nasional • Satu proses dinamik untuk merapatkan hubungan masyarakat antara negeri • Membentuk satu bangsa yang mempunyai identiti sendiri • Berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara 13. Rukun Negara • Ideologi negara untuk menyatukan rakyat ke arah perpaduan • Susunan prinsip hidup bermasyarakat • Mengandungi nilai kenegaraan dan norma sosial • Mencakupi seluruh aspek kehidupan bernegara • Ikrar yang perlu dihayati oleh warganegara Malaysia 14. Politik • Berkaitan pentadbiran dan pemerintahan • Merujuk kepada kedaulatan dan keselamatan • Sistem perundangan dan bidang kuasa • Pembinaan negara dan dasar yang berkaitan kerajaan 15. Ekonomi • Pengurusan sumber untuk menjana pendapatan hasil negara • Pengagihan ekonomi untuk memenuhi keperluan hidup manusia • Peluang pekerjaan untuk memperbaik taraf hidup dan pembangunan negara 16. Sosial • Perihal yang berkaitan dengan masyarakat seperti perhubungan dan lapisan masyarakat • Merujuk kepada kemudahan awam seperti pendidikan dan kesihatan • Berkaitan sikap dan nilai-nilai murni TEKNIK MEMAHAMI KONSEP, MAKSUD DAN ISTILAH
7 Apakah jenis-jenis kedaulatan yang berkaitan dengan sesebuah negara. [4 markah] Contoh Jawapan 1: Jenis-jenis kedaulatan ialah kedaulatan tradisional. Hal ini merujuk kepada sistem pemerintahan berkuasa mutlak dan kedaulatan negara yang terletak pada kuasa Raja-raja Melayu. Seterusnya ialah kedaulatan moden. Kedaulatan ini dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa dan semangat nasionalisme untuk membentuk negara bangsa. (2 fakta + 4 huraian = 6 markah) Contoh Jawapan 2: Jenis-jenis kedaulatan ialah kedaulatan tradisional yang merujuk kepada sistem pemerintahan berkuasa mutlak. Seterusnya ialah kedaulatan moden yang dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa. (2 fakta + 2 huraian = 4 markah) Contoh Jawapan 3: Jenis-jenis kedaulatan ialah kedaulatan tradisional. Di samping iru ialah kedaulatan antarabangsa. Selain itu ialah kedaulatan moden. Seterusnya ialah kedaulatan undang-undang. (4 fakta + 0 huraian = 4 markah) Ulasan: Jawapan 1, calon memberikan 2 fakta dan setiap fakta mempunyai 2 huraian dalam satu ayat. Ayat huraian ini mempunyai dua isi yang disambungkan menggunakan kata hubung. Jawapan calon 2 pula memberikan 2 fakta dan setiap fakta mempunyai 1 huraian sahaja. Manakala jawapan 3 pula, calon hanya memberikan fakta sahaja tanpa huraian. Jenis Keterangan / Huraian Kedaulatan Tradisional • Sistem pemerintahan berkuasa mutlak • Kedaulatan negara terletak pada kuasa Raja-raja Melayu Kedaulatan Antarabangsa • Diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) • Negara yang bebas, merdeka dan berdaulat Kedaulatan Moden • Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa • Semangat nasionalisme untuk membentuk negara bangsa Kedaulatan Undang-undang • Kerajaan dan rakyat terikat dengan undang-undang • Menjamin keadilan dan keamanan PANDUAN MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN / ESEI √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
8 1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka Ulasan Sub tajuk 1.1 adalah berkaitan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Angkor dan Majapahit. Manakala sub tajuk 1.2 pula berkaitan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. Walau bagaimanapun terdapat empat persamaan ciri-ciri tersebut, iaitu raja / kerajaan, undang-undang, wilayah pengaruh dan rakyat. 1. Jelaskan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu / Kesultanan Melayu Melaka. [6 markah] Contoh jawapan (Pangkal ayat / kepala ayat): Perhatikan soalan sama ada Alam Melayu atau Kesultanan Melayu Melaka Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu ialah raja sebagai pemerintah tertinggi dalam sesebuah kerajaan yang dibantu oleh pembesar. Selain itu ialah undang-undang. Undang-undang dilaksanakan untuk kesejahteraan sesebuah kerajaan dan dijadikan panduan dalam pentadbiran. Seterusnya, digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat. Di samping itu ialah rakyat. Rakyat merujuk penduduk yang taat setia kepada raja. Seterusnya tidak menderhaka dan mematuhi undang-undang. Seterusnya ialah wilayah pengaruh yang merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat. Catatan: Tambahan ciri-ciri untuk Kesultanan Melayu Melaka. (i) Kedaulatan: Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan yang diiktiraf oleh Dinasti Ming (ii) Lambang kebesaran: Identiti sesebuah kerajaan dan simbol kedaulatan sultan seperti cap mohor, penggunaan warna dan nobat TINGKATAN 4 SEJARAH BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA
9 1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang (a) Sistem Pentadbiran (i) Apakah sistem pentadbiran pusat yang dilaksanakan oleh Kesultanan Melayu Melaka? [4 markah] (ii) Apakah peranan Pembesar Berempat / Pembesar Empat Lipatan dalam sistem pentadbiran KMM? [4 markah] Contoh jawapan (Pangkal ayat / kepala ayat): Sistem pentadbiran pusat terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Bendahara menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera. Beliau juga menasihati sultan dan menjadi pemangku sultan. Seterusnya, Penghulu Bendahari yang menguruskan perbendaharaan secara teratur. Selain itu, Temenggung yang bertugas menjaga keselamatan kota Melaka manakala Laksamana bertindak sebagai panglima Angkatan laut Melaka. (b) Undang-undang (i) Jelaskan sistem perundangan yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka. (ii) Jelaskan fasal yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka / Undang- undang Laut Melaka (HKM / UULM). [4 markah] Contoh jawapan (Pangkal ayat / kepala ayat): Sistem perundangan yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka (KMM) ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. HKM / UULM adalah undang-undang berasaskan syariah dan hukum adat yang bertujuan untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan KMM. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal berkaitan jenayah, peranan sultan dan pembesar serta kekeluargaan dan ekonomi. Sementara itu, Undang-undang Laut Melaka mengandungi 25 fasal berkaitan jenayah di atas kapal, peranan nakhoda, pelayaran dan percukaian. Kedua-dua undang-undang ini membincangkan tentang hukum jenayah yang menggugat ketenteraman dan keharmonian KMM. Hukuman turut dikenakan terhadap perbuatan jenayah seperti membunuh dan mencuri. Fasal 5.1 (HKM) atau Fasal 5 (UULM) mengenakan hukuman bunuh / mati atas kesalahan membunuh tanpa pengetahuan sultan (HKM) atau di atas kapal (UULM).
10 Selain itu ialah membincangkan peranan sultan dan pembesar. Sultan berkuasa melantik pembesar. Setiap pembesar mempunyai peranan masing-masing. Contohnya Bendahara berperanan sebagai penasihat sultan. Seterusnya ialah peranan nakhoda pula diibaratkan sebagai raja dalam pelayaran. Semua pihak harus mematuhi arahan nakhoda. Nakhoda diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari. Namun perlu bermesyuarat untuk mendapatkan persetujuan anak kapal, sekiranya hendak singgah di tempat yang tiada dalam senarai persinggahan. 1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat 1. Siapakah golongan pemerintah / rakyat? [2 markah] 2. Apakah peranan pemerintah / rakyat? [2 markah] Skema Jawapan (Pilih jawapan berdasarkan kehendak soalan): Golongan Peranan Pemerintah: • Sultan • Pembesar • Kerabat raja • Ulama Sultan • Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat • Mewujudkan perpaduan rakyat • Menjamin kestabilan kerajaan • Memastikan kemakmuran dan kestabilan negara Pembesar • Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat • Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat • Mengutip hasil melalui sistem serah • Membekalkan tentera melalui sistem kerah Diperintah: • Rakyat • Hamba • Peniaga • Petani • Tukang • Nelayan • Hamba raja • Hamba biasa • Hamba berhutang • Mematuhi arahan dan taat setia • Tidak menderhaka takut ditimpa tulah • Menjadi tentera dan pendayung kapal perang • Menyumbang tenaga kerja melalui sitem kerah seperti membina istana dan jalan Info tambahan. Maksud Waadat Kepentingannya • Perjanjian di antara Demang Lebar Daun yang mewakili golongan diperintah dengan Sang Sapurba yang mewakili golongan pemerintah. • Raja mesti bertanggung jawab dan adil • Rakyat taat setia kepada raja • Rakyat tidak menderhaka kepada raja • Patuh kepada perjanjian
38 1.1 Konsep Kedaulatan 1. Apakah yang anda faham tentang konsep / maksud / takrif kedaulatan? [4 markah] Skema jawapan (Tukarkan skema dalam bentuk esei): F1: Kekuasaan tertinggi / kewibawaan sesebuah negara F2: Mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan F3: Bebas dan berdaulat F4: supernuus / superanus bermaksud kuasa tertinggi F5: sovereignty bermaksud kuasa penuh terhadap pemerintahan F6: daulah bermaksud kuasa penuh terhadap pemerintahan F7: Bebas membuat/mentafsir/melaksanakan undang-undang F8: Tidak mengikut telunjuk kuasa asing 2. Jelaskan jenis kedaulatan yang diamalkan oleh sesebuah negara. [4 markah] Contoh jawapan (Pangkal ayat / kepala ayat): Jenis kedaulatan yang diamalkan oleh setiap negara ialah kedaulatan tradisional. Hal ini merujuk sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya urusan negara. Kedaulatan ini terletak pada kekuasaan Raja-raja Melayu sebagai pemerintah tertinggi yang diperkukuh oleh taat setia rakyat. Selain itu ialah kedaulatan antarabangsa merujuk kepada pengiktirafan PBB terhadap sesebuah negara yang bebas dan merdeka. Seterusnya, mengesahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa. Di samping itu ialah kedaulatan moden yang dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan dan Revolusi Perancis. Kedaulatan ini berkaitan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan. Kedaulatan negara merupakan hasil pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963. Seterusnya ialah kedaulatan undang-undang yang merupakan prinsip keempat Rukun Negara. Hal ini bermaksud kerajaan dan rakyat tertakluk dengan undang-undang. Badan kehakiman diwujudkan untuk menjamin keadilan dan keamanan. TINGKATAN 5 SEJARAH BAB 1 KEDAULATAN NEGARA
61 7.1 Perpaduan dan Integrasi Nasional 1. Jelaskan konsep perpaduan kaum. [2 markah] Konsep perpaduan kaum ialah rakyat pelbagai kaum yang hidup bersatu padu dalam keadaan aman dan harmoni. Mereka memberikan komitmen penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. 2. Jelaskan konsep integrasi nasional. [2 markah] Konsep integrasi nasional ialah satu proses dinamik untuk merapatkan hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa. Mereka mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. 3. Terangkan faktor-faktor yang menjadi punca berlakunya masalah perpaduan kaum. 4. Jelaskan kesan dasar British di negara kita. [8 markah] Ulasan Soalan 3 dan 4 mempunyai berkaitan jawapan walaupun soalannya adalah berbeza. Hal ini kerana kedua-dua soalan ini berkaitan dasar British yang menjadi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di negara kita. Cadangan jawapan berikut adalah berdasarkan kehendak soalan 4 Kesan dasar British ialah dari aspek pentadbiran. Dasar British yang membawa masuk pekerja luar untuk bekerja seperti sektor perlombongan dan peladangan. Kaum bumiputera pula bertumpu di kawasan luar bandar dan menjalankan kegiatan ekonomi tradisional. Kesannya mereka terpisah dan berlakunya kerenggangan hubungan kaum. Di samping itu, kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum menyebabkan pemisahan dari segi petempatan. Contohnya orang Melayu di kawasan perkampungan, orang Cina di kawasan perlombongan dan orang India di kawasan estet. Kesannya setiap kaum kurang berinteraksi dan mewujudkan jurang ekonomi. Selain itu ialah munculnya sistem pendidikan vernakular seperti Melayu, Cina, India dan Inggeris. Pendidikan vernakular mewujudkan perbezaan pemikiran dalam kalangan rakyat berbilang kaum, BAB 7 MEMBINA KESEJAHTERAAN NEGARA
67 7.6 Rukun Negara sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara Soalan 1: (a) Apakah yang ada faham tentang Rukun Negara? [4 markah] F1: Ideologi negara untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan F2: Susunan prinsip hidup bermasyarakat F3: Mengandungi nilai kenegaraan dan norma sosial F4: Mencakupi seluruh aspek kehidupan bernegara seperti politik, ekonomi dan sosial F5: Menggariskan ikrar yang perlu dihayati oleh warganegara Malaysia F6: Dibentuk oleh MAGERAN pada 29 Januari 1970 F7: Hasil perbincangan dan pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN) F8: Akibat peristiwa / ruruhan kaum pada 13 Mei 1969 F9: Diisytiharkan secara rasminya oleh YDPA IV pada 31 Ogos 1970 (b) Terangkan matlamat pembentukan Rukun Negara. [4 markah] Matlamat Huraian Negara Bersatu • mencipta satu bangsa taat setia dan negara yang bersatu padu • mempunyai kesetiaan dan cinta akan negara Masyarakat Adil • mewujudkan peluang yang sama rata • persaingan yang adil dan bebas daripada penindasan Masyarakat Progresif • menegakkan masyarakat progresif seiring kemajuan sains dan teknologi • mengamalkan nilai-nilai ketuhanan Masyarakat Liberal • masyarakat bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan • menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Masyarakat Demokratik • menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik • mematuhi undang-undang negara demi menjamin keamanan (c) Jelaskan prinsip-prinsip Rukun Negara. [4 markah] Prinsip-prinsip Rukun Negara ialah kepercayaan kepada Tuhan sebagai panduan hidup untuk membentuk keperibadian yang baik dan membina keharmonian kaum. Di samping itu ialah kesetiaan kepada raja dan negara. Hal ini kerana raja merupakan simbol penyatuan dan perpaduan kaum supaya rakyat menghormati simbol kedaulatan negara dan mematuhi undang-undang. Selain itu, ialah keluhuran perlembagaan yang bermaksud ketertinggian dan keagungan perlembagaan. Hal ini bertujuan memberi perlindungan dan hak kepada setiap anggota Masyarakat. Seterusnya, ialah kedaulatan undang-undang yang menuntut rakyat menghormati undang-undang dan bertanggungjawab memelihara kedaulatan undang-undang. Akhir sekali ialah kesopanan dan kesusilaan untuk memastikan setiap rakyat sentiasa bersopan santun dan berakhlak mulia. Hal ini bertujuan menjamin hubungan baik dan keharmonian kaum.
77 10.1 Malaysia dalam Isu Global Kontemporari 1. Terangkan isu global kontemporari yang dihadapi oleh Malaysia. [8 markah] (i) Penyalahgunaan dadah F1: Mengisytiharkan perang dan menjatuhkan hukuman berat F2: Disuarakan dalam forum antarabangsa (IDEC) F3: Bekerjasama dgn INTERPOL (Polis Antarabangsa) F4: Tun Mahathir lantang menyuarakan usaha perangi dadah dalam forum PBB (ii) Pertindihan sempadan Isu Tuntutan Negara terlibat Kepentingan Langkah menangani / penyelesaian Keputusan Pulau Batu Putih Malaysia Singapura • Keselamatan • Perairan dan ruang udara Melalui Mahkamah Antarabangsa Pulau Batu Putih hak milik Singapura Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan Malaysia Indonesia • Keselamatan • Pelancongan • Minyak Melalui Mahkamah Antarabangsa Pulau Sipadan dan Ligitan hak milik Malaysia Kepulauan Spratly Malaysia China Brunei Filipina • Kedudukan yang strategik • Perdagangan • Keselamatan Membangkitkan isu Spratly dalam Forum ASEANChina pada tahun 1995 Belum selesai sehingga kini (iii) Kempen Antiminyak Sawit F1: Dilancarkan oleh negara maju untuk menggugat ekonomi negara F2: Kempen disebabkan minyak sawit menjadi pesaing minyak kacang soya F3: Minyak sawit telah menjejaskan penjualan minyak kacang soya F4: American Soybean Association (ASA) mendakwa penanaman kelapa sawit menyebabkan kemusnahan hutan dan habitat haiwan F5: Untuk menangani isu ini, Malaysia mendapatkan pensijilan MSPO dan melaksanakan amalan pertanian secara baik (GAP) serta mampan F6: Tindakan ini untuk mengelakkan sebarang konflik dengan negara lain BAB 10 KECEMERLANGAN MALAYSIA DI PERSADA DUNIA
81 4. Jelaskan usaha Malaysia memastikan ASEAN menjadi Zon Bebas Nuklear? [3 markah] Usaha Malaysia ialah menandatangai Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) yang menyarankan negara terlibat tidak mengembangkan, mengeluarkan dan memilik senjata nuklear. Selain itu, memastikan Selat Melaka dan Laut China Selatan bebas nuklear. Seterusnya tidak membenarkan kapal yang membawa senjata nuklear berlabuh dan mengadakan latihan di perairan negara. 5. Apakah pandangan Malaysia terhadap kerelevanan organisasi antarabangsa? [3 markah] Malaysia memandang serius terhadap pertubuhan dunia seperti PBB dan OIC. Malaysia berpendapat pertubuhan ini tidak mampu berfungsi dengan baik bagi mencapai matlamatnya, terutama melindungi hak dan kedudukan negara yang sedang membangun. Seterusnya, Malaysia berpendapat kuasa besar tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa veto untuk kepentingan sendiri. 6. Apakah faktor penarik kemasukan PATI dan pelarian ke negara kita? [3 markah] F1: Peluang pekerjaan yang wujud F2: Keamanan dan keselamatan di negara kita F3: Negara tidak terdedah kepada bencana alam F4: Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi F5: Kedudukan negara kita yang strategik 5. Jelaskan kesan kemasukan PATI /pelarian dan usaha untuk membendung kemasukan PATI / pelarian kenegara kita? [3 markah] Kesan kemasukan PATI Usaha membendung kemasukan PATI • Jenayah berleluasa • Pengaruh budaya negatif • Hubungan diplomatik • Mengancam ketenteraman & keselamatan • Menjejaskan kemakmuran ekonomi • Program UNHCR mengenai pelarian • Menubuhkan SUHAKAM • Mengukuhkan mekanisme pengurusan warga asing • Kawalan sempadan • Penguatkuasaan undang-undang Catatan: 1. Pastikan anda faham cara menulis jawapan menggunakan pangkal / kepala ayat 2. Gunakan penanda wacana dan kata hubung dalam penulisan esei 3. Kuasai kata kunci dan buat latih tubi untuk menulis ayat bagi setiap kata kunci 4. Latih tubi penulisan esei perlu dibuat berdasarkan markah yang diperuntukkan 5. Buat latihan soalan SPM Sebenar, modul IPRO dan percubaan setiap negeri