The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by balkismusa1979, 2022-08-13 06:48:31

Buletin Harum Manis Edisi 1 Tahun 2022

Buletin JNN Perlis

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS

Ogos 2021 – Ogos 2022

#kamisediamembantu
#nazirsahabatcikgu

04-9763233 04-9766657 [email protected] 0

Jemaah Nazir Negeri Perlis

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan Buletin
Harum Manis Edisi 1 Tahun 2022.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada redaksi yang terlibat kerana berjaya menyempurnakan buletin
ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu buletin ini tidak dapat

disiapkan seperti yang dirancang. Oleh itu, saya selaku Ketua Nazir
Negeri Perlis ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada
Yang Maha Esa dan ucapan terima kasih kepada ahli yang terlibat
kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam menghasilkan
buletin ini.

Buletin Harum Manis ini merupakan dokumen yang merakamkan
semua program dan peristiwa yang berlaku di Jemaah Nazir Negeri
(JNN) Perlis sepanjang Ogos 2021 hingga Ogos 2022 untuk tatapan
semua pembaca khususnya warga Jemaah Nazir di seluruh Malaysia.

Akhir kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua Kulawangsa JNN Perlis yang telah
berusah berusaha gigih sehingga berjaya menyempurnakan buletin

Harum Manis Ogos ke Ogos selama setahun perkhidmatan
saya di sini.

Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang
dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan
mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan
menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian
hari. Sekian, Wassalam.

MUNSYI MOHD SALLEH BIN HAJI HASSAN
KETUA NAZIR NEGERI PERLIS

1

MUNSYI MOHD SALLEH BIN HAJI HASSAN
Ketua Nazir Negeri

HARIATI BINTI KHALID
Timbalan Ketua Nazir Negeri

ZURITA BINTI MD RAMLI ANIDA BINTI KAMARUDIN JAMILAH BINTI NORDIN
Unit Standard dan Jaminan Kualiti Unit Penaziran Institusi Unit Pembangunan Profesionalisme
Pendidikan

NOOR BALKIS BINTI MUSA KHAIRUL HAKIMI BIN ISMAIL FARAWAHIDAH BINTI ABD
Unit Data dan TMK Unit Penaziran HEM dan LATEH
Kokurikulum
Unit Pemantapan Institusi
Pendidikan

MOHD SHAFFIZAN BIN SOBRI HARLIZA BINTI ABDUL HAMID NORDIN BIN HASSAN
Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Pemandu

2

PELANTIKAN KNN PERLIS

Pelantikan Tuan Munsyi Mohd Salleh bin Haji Hassan sebagai Ketua Nazir Negeri Perlis berkuat
kuasa 16.08.2021. Warga JNN Perlis mengalu-alukan kedatangan Tuan Munsyi sebagai Ketua
Nazir Negeri.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Semoga hati terpaut ceria

3

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari
Malaysia Peringkat JNN Perlis telah dijalankan pada 27
Ogos 2021 secara dalam talian. Semua pegawai dan AKP
bekerja dari rumah (BDR) akibat krisis pandemik.
Pelancaran majlis ini disempurnakan oleh Tuan Munsyi
Mohd Salleh bin Haji Hassan, Ketua Nazir Negeri Perlis.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah tayangan video
kemerdekaan dan kuiz Kahoot!

4

Sumbangan dan Bantuan Mangsa Banjir
di Yan, Kedah

JNN Perlis dengan Kerjasama Persatuan Guru Bahasa Melayu Malaysia telah
melaksanakan Kempen RM1 bagi mengumpul dana untuk membantu murid sekolah
dan calon SPM mangsa banjir di Yan, Kedah. Jumlah terkumpul ialah sebanyak RM
16,370.00. Majlis penyempurnaan kempen tersebut telah dilaksanakan pada 4
September 2021 oleh YB Munsyi Sabri bin Azit, Ahli Parlimen Jerai.

5

Kolaboratif

JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS

Bersama-sama Agensi

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis
2 September 2021 dan 23 November 2021

Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Perlis
3 September 2021

Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara
7 September 2021

6

Kolaboratif

JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS

Bersama-sama Agensi

Majlis Guru Cemerlang Perlis
7 September 2021

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Perlis
9 September 2021

9 Majlis Guru Besar (MGB) Perlis
13 September 2021 dan 7 Disember 2021

7

Kolaboratif

JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS

Bersama-sama Agensi

Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis
14 September 2021
Kolej Matrikulasi Perlis
15 September 2021

8

Kolaboratif JNN Perlis Bersama-sama
Menteri Besar dan Exco Pendidikan Perlis

Dato’ Seri Azlan bin Man
Menteri Besar Perlis
22 Oktober 2021

YB Pn. Rozieana binti Ahmad
Exco Pendidikan Perlis
7 Oktober 2021

a

9

Kunjungan Muhibah Institusi Pendidikan

Semua Nazir Sekolah JNN Perlis telah melaksanakan kunjung hormat ke sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej
vokasional di bawah Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) masing-masing di Negeri Perlis. Secara keseluruhannya
melibatkan 74 buah sekolah rendah, 28 buah sekolah menengah dan 2 buah kolej vokasional.

Puan Hariati
PKP Tambun Tulang

Tuan Munsyi Mohd Salleh Puan Zurita
SK Seberang Ramai PKP Kuala Perlis

Puan Jamilah
PKP Arau

10

Puan Anida
PKP Paya

Kunjungan Muhibah Institusi Pendidikan

Puan Noor Balkis
PKP Jejawi

Ustaz Khairul Hakimi
PKP Simpang Empat

Puan Farawahidah
PKP Kangar

11

JPN Perlis bersama-sama JNN Perlis
telah berkolaboratif mengadakan
Bengkel Task Force secara atas talian
pada 10 September 2021 untuk
membincangkan strategi untuk
meningkatkan kemenjadian murid dan
kualiti PdP guru di Negeri Perlis.

12

Majlis Sambutan

DEKAD BAHASA KEBANGSAAN

Tahun 2021

JNN Perlis bersama-sama SMK Tuanku Lailatul Shahreen dan SK Stella Maris
telah menganjurkan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun
2021 pada 1 Oktober 2021.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk
menyerlahkan jati diri dan citra bangsa
Malaysia menerusi bahasa dan sastera
kebangsaan seterusnya mencungkil bakat
murid-murid dalam kemahiran tertentu
seperti pantun dan sajak. Turut diundang En.
Mohd Sarngi bin Khalil (KPP Kanan, Unit
Bahasa dan Kesusasteraan Jemaah Nazir)
dan En. Mohd Luqman Hidayat bin Ismail
(Pensyarah IAB Cawangan Utara).

13

Majlis Sambutan Maulidul Rasul

Majlis Sambutan Maulidul Rasul
Peringkat JNN Perlis telah diadakan
pada 8 Oktober 2021 secara atas
talian. Khalifah undangan ialah Cikgu
Mohd Amar Maarof bin Ahmad, Guru
Akademik SMK Mata Ayer Perlis.

14

18 November 2021

15

Kunjungan Mesra PGB ke JNN Perlis

GB Negeri Perlis
24 November 2021 dan 26 April 2022

Pengetua SMK Sanglang, Kedah
3 Disember 2021

Pengetua SMK Permatang Bonglai, Kedah
25 November 2021

16

Kunjungan Mesra PGB ke JNN Perlis

Pengetua SMK Syed Hassan
15 Disember 2021

Pengetua SMKA(P) Kangar
8 Disember 2021

PKP Jejawi
14 Februari 2022

17

Bengkel Penulisan Bahasa Melayu
Calon SPM SMK Syed Hassan, Kangar Perlis

14 Januari 2022

Diskusi Guru Bahasa Melayu PPD Sik, Kedah
9 Januari 2022

Perkongsian Bersama PPD Port Dickson Bengkel Guru Cemerlang di PPD Sik, Kedah
15 Januari 2022 16 Januari 2022

18

Morning
Walk

Kelab Sukan dan
Kebajikan JNN Perlis
telah menganjurkan
Program “Morning
Walk” pada 19 Januari
2022 bertempat di
River Trail Sungai
Repoh, Perlis bertujuan
untuk meningkatkan
tenaga, kesegaran dan
mood kerja dalam
kalangan warga JNN
Perlis.

19

Ketua Nazir Negeri Perlis

merasmikan Majlis

Konvokesyen Kolej

Vokasional Kangar Kali

Ke-6 pada 16 Februari

2022. Beliau juga telah

menyampaikan ucapan

perasmian. Warga JNN

Perlis mengungkapkan

rasa bangga atas

penghormatan yang

diberikan. Tahniah juga

kepada KV Kangar atas

pengurusan konvo yang

teratur, mematuhi SOP

dan sifar kesilapan.

20

Kursus Kepimpinan MLT

Alhamdulillah... JNN Perlis diberikan
kepercayaan untuk menjayakan Majlis
Penutupan Kursus Kepimpinan kepada
pemimpin pertengahan (MLT) bagi Pusat
Kecemerlangan Kurikulum (PKP) Jejawi,
Perlis. Kursus ini dilaksanakan pada 17
Februari 2022 bertempat di Pusat
Kokurikulum, JPN Perlis.

21

JNN Perlis melaksanakan Program Kerohanian Mingguan pada setiap pagi Jumaat. Surah-surah pilihan ialah Surah
Al-Kahfi, Yassin, Ar-Rahman, Al-Waqi’ah dan Al-Mulk.

Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat JNN Perlis pada 21 April 2022
yang disambut di seluruh negara bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan
Hak Cipta Sedunia untuk menggalakkan masyarakat membaca.

22

JNN Perlis meraikan hari

kelahiran semua nazir

sekolah dan AKP dengan

mengadakan majlis

sambutan hari lahir

mengikut bulan kelahiran

masing-masing.

23

Lawatan Penanda Aras ke JNN Pulau Pinang

Lawatan penanda aras ke JNN Pulau
Pinang telah dilaksanakan pada 23
Februari 2022.

24

Santai Israk Mikraj

Program Santai Israk Mikraj telah dilaksanakan pada 11 Mac 2022 dengan menjemput Ustaz Mohd Rafizi bin
Zainol Abidin sebagai penceramah jemputan.

25

Perkongsian SKPMg2

Tarikh: 14 dan 15 Mac 2022
Penceramah: Pn. Hariati binti Khalid, TKNN Perlis

Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti

Tarikh: 23 Mac 2022
Penceramah: Pn. Zurita binti Md Ramli

26

Inisiatif Negeri (Tinjauan CUP3 Perlis)

Tinjauan CUP3 peringkat Negeri Perlis pada 24 Mac 2022
melibatkan tujuh buah sekolah menengah.

‘”

Raikan Jasa

Program Raikan Jasa Pn. Noor Hayati binti Omar, Guru Besar SK Seri Perlis pada 26
April 2022 sebagai tanda penghargaan atas sumbang bakti beliau sebagai pendidik di
Negeri Perlis.

27

Diskusi Pedagogi Siri 1 bertajuk eRPH: Tiada Lompang, Tiada Tampung
bersama-sama barisan pentadbir SMK Perlis pada 11 April 2022 anjuran
Kelab Sukan dan Kebajikan JNN Perlis bertujuan untuk
penambahbaikan kepada guru-guru dalam penyediaan Rancangan
Pelajaran Harian.

Diskusi Pedagogi Siri 2 bertajuk “Walk Around the School” bersama-sama barisan pentadbir SMK Tuanku Lailatul
Shahreen pada 28 April 2022 untuk berbincang dari hati ke hati tentang pengurusan organisasi sekolah tersebut.

28

Program Ihya’ Ramadan

Tarikh: 29 April 2022
Penceramah Jemputan: Ustaz Faryzal bin Abd Razak
Penolong Pegawai Unit Sekolah Menengah dan Tingkatan 6, JPN Perlis.

Taklimat laluan guru cemerlang kepada tenaga pengajar di Kolej Vokasional Kangar telah dilaksanakan pada 14
Julai 2022. Taklimat disampaikan oleh Pn. Zurita binti Md Ramli dan Pn. Anida binti Kamaruddin.

29

Sambutan Aidilfitri

27 Mei 2022

30

Majlis persaraan En Mat Nasir bin Mohd Jusoh, Nazir Sekolah JNN Perlis telah disambut pada 31 Mei 2022. JNN
Perlis menyanjungi segala sumbang bakti yang dicurahkan sepanjang berada di sini.

31

Bengkel Pengurusan Teknologi Maklumat

Tarikh: 2 Jun 2022
Penceramah: Pn. Noor Balkis binti Musa

Audit ICT dan Data JNN Perlis telah dilaksanakan pada 8 Jun 2022 oleh
Dr Selvarajoo a/l Madhavan dan En. Abdul Rahim bin Taib. JNN Perlis
berbesar hati atas kehadiran dan khidmat bantu yang diberikan.

32

PLC Retorik Perkataan Al-Quran

Tarikh Pelancaran: 22 Julai 2022
Penceramah: Ustaz Khairul Hakimi bin Ismail

Taklimat TS25

Tarikh: 29 Julai 2022
Penceramah: En. Mokhzamin bin Mokhtar
Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan

Sekolah, JPN Perlis

33

Hip-hot Amazing Week
Environment Based Learning

Majlis perasmian Hip-hot Amazing Week Environment Based Learning (EBL)
JPN Perlis pada 3 Ogos 2022 di SK Padang Besar Selatan.

34

Pemeriksaan Tahun 2022

Pemeriksaan Sekolah Rendah Luar Bandar (PSRLB)
Tarikh: 21-23 Jun 2022
Tempat: SK Bukit Genting, Pendang Kedah

Pemeriksaan Sekolah Pulau (PSP)
Tarikh: 14-16 Jun 2022
Tempat: SK Loktohog Banggi, Kudat Sabah

35


Click to View FlipBook Version