The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PENYAMPAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KPM EDISI 2.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kamilah Mohd, 2021-11-12 05:09:36

GARIS PANDUAN PENYAMPAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KPM EDISI 2.0

GARIS PANDUAN PENYAMPAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KPM EDISI 2.0

NOVEMBER 2021 | EDISI 2

GARIS PANDUAN
PENYAMPAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

KOLEJ PROFESIONAL MARA
(KPM)

EDISI 2, 2021

@Hak Cipta Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
Dokumen ini bukan untuk bacaan dan rujukan umum. Oleh itu tidak dibenarkan
mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku
ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi, Majlis
Amanah Rakyat.
Edisi 2, 2021
GARIS PANDUAN PENYAMPAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KOLEJ PROFESIONAL MARA

i

ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1
BAB 2
2
1.0 TUJUAN 4
2.0 OBJEKTIF
3.0 PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN 11
4.0 KAEDAH PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN
13
PEMBELAJARAN (PdP)
5.0 PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN DAN 15
16
PEMBELAJARAN (PdP) 17
6.0 KAEDAH PELAKSANAAN PENILAIAN BERTERUSAN 19
20
DAN PENILAIAN AKHIR
7.0 PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI (LI)
8.0 KURSUS KO-KURIKULUM
9.0 JAMINAN KUALITI
10.0 PENUTUP
11.0 LAMPIRAN

ii

AHLI YANG TERLIBAT

Penaung Pengarah BPT
DR Hamzan bin Omar
Timbalan Pengarah I,
Ketua Pengajian Pengajian
Faizah binti Abu Bakar Timbalan Pengarah II,
Pembangunan Pengajian KPM
Zarina binti Ahmad
Ketua Penolong Pengarah,
Ahli Pembangunan Pengajian KPM
Norul Ashikin binti Abu Kasim
Kamilah binti Mohd
Mohd Firdaus bin Abd Manap
Mohd Zamri bin Yahya
Mohd Hakim bin Hafiz
Mohd Ikhsan bin Moksin
DR Hasnan bin Md Aris
Datin Ameizza binti Abdul Wahab
Abd Aziz bin Ahmad

iii

1.0 TUJUAN (PKPP). Sebarang tambahan atau
perubahan maklumat akan
1.1. Garis panduan ini disediakan dijadikan tambahan kepada
sebagai edaran dalaman dokumen ini.
berkenaan pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran 1.4 Garis panduan ini terpakai kepada
(PdP) bagi rujukan kepada semua peringkat program
pengurusan, pensyarah dan pengajian di KPM iaitu
pelajar Institusi Pendidikan Diploma, Profesional dan
MARA Bahagian Pendidikan Sijil; dan hendaklah dibaca
Tinggi (BPT) di Kolej Profesional bersama dengan surat pekeliling
MARA (KPM). ikhtisas, surat siaran dan arahan
serta peraturan berkaitan dari
1.2. Garis panduan ini bertujuan semasa ke semasa yang
untuk menerangkan pada warga dikeluarkan samada daripada
akademik KPM tentang Kerajaan, Kementerian
kaedah penyampaian dan Pendidikan Malaysia (KPM),
pembelajaran berkesan serta Kementerian Pengajian Tinggi
sebagai panduan dalam (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia
pengurusan dan pengendalian (MQA), Majlis Amanah Rakyat
aktiviti penyampaian dan (MARA) dan badan profesional
pembelajaran akademik. yang berkaitan.

1.3 Ia adalah dokumen induk yang 1.5 Tarikh kuatkuasa pelaksanaan
perlu dirujuk bagi pengendalian garis panduan ini adalah
proses PdP di KPM dengan bermula pada 16 November 2021.
mengambil kira pendekatan
norma baharu pelaksanaan PdP
semasa dan pasca Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan

1

2.0 OBJEKTIF

Objektif garis panduan ini adalah untuk memastikan:
2.1 Proses PdP yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat;
2.2 Hasil pembelajaran program dan kursus dapat dicapai seperti yang

ditetapkan;
2.3 Kandungan silibus kursus dapat disampaikan dalam tempoh yang ditetapkan;
2.4 Bahan PdP dibina bersesuaian dengan pelaksanaan PdP dalam norma

baharu; dan
2.5 Pengurusan kolej dapat memastikan proses PdP dirancang dan dilaksanakan

secara teratur dalam tempoh sesi pengajian.

3.0 PENCAPAIAN HASIL
PEMBELAJARAN

3.1 Hasil pembelajaran merupakan aspek penting dalam perancangan PdP
yang akan dilaksanakan.

3.2 Selaras dengan ketetapan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Framework, MQF) Edisi Kedua, semua program yang diakreditasi
MQA perlu meliputi LIMA (5) kluster hasil pembelajaran (Pekeliling MQA
Bil. 2/2018: MQA.100-1/7/1 Jld. 2(4) bertarikh 20 Mac 2018).

3.3 Oleh itu, PdP yang dilaksanakan perlu selari dengan Hasil Pembelajaran
Program (Programme Learning Outcome – PLO), Hasil Pembelajaran Kursus
(Course Learning Outcome – CLO) dan Domain Pembelajaran (Learning
Domain – LD) seperti yang ditetapkan dalam silibus kursus.

2

3.4 Bagi memastikan CLO dicapai, pelaksanaan PdP perlu dirancang dengan
teliti dan mematuhi Masa Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time –
SLT).

3.5 Rujuk Jadual 1 sebagai garis panduan untuk kaedah penilaian dan aktiviti PdP
berdasarkan Hasil Pembelajaran (Learning Outcome – LO) yang telah
ditetapkan dalam silibus kursus.
JADUAL 1: PANDUAN KAEDAH PENILAIAN DAN AKTIVITI PdP
BERDASARKAN HASIL PEMBELAJARAN MQF 2.0

3

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(PdP)

Kaedah utama pelaksanaan PdP dijalankan di KPM adalah
secara Pembelajaran Secara Hibrid (Gabungan atau
Blended Learning) iaitu gabungan Pembelajaran Secara
Bersemuka (PSB) dan Pembelajaran Dalam Talian (PDT).
4.1 Perancangan agihan PSB dan PDT bagi pelaksanaan PSG

perlu dibuat bagi setiap kursus dengan merujuk kepada
Rajah 1 di bawah.

RAJAH 1: PEMBELAJARAN SECARA HIBRID DI KPM

4

4.2. Pembelajaran Secara Bersemuka (PSB)

4.2.1. Pembelajaran Secara Bersemuka (PSB) adalah pendekatan
penyampaian PdP yang dijalankan secara bersemuka secara
setempat / fizikal bagi sesi tutorial / praktikal /makmal /
studio/ padang.

4.2.2. Bilangan pelajar dalam satu bilik kuliah / makmal / studio / padang
tertakluk kepada kesesuaian kapasiti bilik.

4.2.3. Kaedah PdP PSB bagi kelas tutorial / praktikal / makmal / studio /
padang hendaklah dilaksanakan mengikut keperluan kursus.

4.2.4. Pembelajaran secara kendiri berdasarkan bahan dan video rakaman /
demonstrasi praktikal samada berbentuk Synchronous atau
Asynchronous adalah digalakkan sebelum menyertai kelas tutorial /
praktikal / makmal / studio.

4.2.5. Sesi kelas tutorial PSB perlu ditetapkan dalam jadual waktu akademik.
Rujuk Lampiran 1 Jadual Pertemuan Pembelajaran Secara Hibrid
untuk contoh jadual pertemuan PSB.

4.2.6. Kehadiran pelajar perlu direkodkan dengan menggunakan medium
yang ditetapkan oleh kolej.

5

4.3. Pembelajaran Dalam Talian (PDT)

4.3.1. Pembelajaran Secara Dalam Talian (PDT) adalah pendekatan
pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam talian dengan
menggunakan platform yang bersesuaian dengan kursus tersebut.

4.3.2. Jumlah masa PdP PDT adalah tertakluk kepada jam pertemuan
yang telah ditetapkan bagi kursus tersebut. (Rujuk Lampiran 1)

4.3.3. Terdapat dua kaedah PDT yang dilaksanakan secara dalam talian
iaitu kaedah Segerak (Synchronous) dan kaedah Tidak Segerak
(Asynchronous):
4.3.3.1. Segerak (Synchronous) adalah strategi pembelajaran
interaktif yang tersusun, di mana masa pembelajaran
dijadualkan mengikut waktu tertentu dalam jadual
waktu akademik tetap dalam talian secara langsung.
i. Dengan cara ini, interaksi pembelajaran berlaku pada
masa-nyata dan berlaku maklum balas segera bersama
pensyarah dan rakan sekelas.
ii. Antara contoh aplikasi teknologi membolehkan jenis
interaksi sebegini ialah Microsoft Teams, Skype, YouTube,
Facebook, dan sebagainya.

6

4.3.3.2. Tidak Segerak (Asynchronous) adalah strategi pembelajaran
kendiri berpandukan kepada bahan PdP yang dibangunkan
lebih awal dan membolehkan interaksi pembelajaran berlaku
tidak secara langsung atau masa-nyata.

i. Strategi pembelajaran ini juga tidak tertakluk kepada jadual
waktu akademik yang tetap, di mana pensyarah dan pelajar
tidak perlu hadir pada masa yang sama.



ii. Platform aplikasi Web 2.0 yang dipilih sebagai alat

sokongan dan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada
perisian e-pembelajaran atau kelas interaktif dalam talian.

iii. Kandungan pembelajaran dirakam dalam bentuk video
atau audio dan kemudian dimuat naik ke aplikasi dalam
talian yang bersuaian untuk dikongsikan dengan pelajar.

iv. Maklumbalas pembelajaran antara pensyarah dan pelajar
dibuat pada waktu lain, contohnya semasa sesi tutorial
(samada PDT atau PSB) nanti. Pelajar juga boleh
menyelesaikan tugasan mengikut kesesuaian masa
sendiri, tertakluk kepada tempoh masa yang diberikan
oleh pensyarah.

7

4.3.4. Garis panduan pelaksanaan Mod PDT boleh dirujuk pada Rajah 2.
RAJAH 2 : GARIS PANDUAN PDP DALAM TALIAN

8

4.3.5. Pelaksanaan Sesi Kuliah secara PDT
4.3.5.1. Pelaksanaan sesi pertemuan kuliah adalah dalam bentuk
Asynchronous dengan mengaplikasikan kaedah tidak
segerak di mana bahan PdP dibina oleh pensyarah seperti
video atau audio rakaman kuliah pembelajaran, simulasi,
multimedia dan sebagainya.
4.3.5.2. Bagi kursus gunasama, penyelaras kursus bagi setiap kolej
digalakkan bekerjasama dalam membangunkan bahan PdP
yang dapat dikongsikan kepada semua pelajar KPM yang
mengikuti kursus yang sama.
4.3.5.3. Bagi penyampaian kandungan kuliah yang berkesan, pensyarah
digalakkan membangunkan bahan PdP yang fleksibel supaya
pelajar boleh mengikuti aktiviti pembelajaran dengan mudah
dari segi tempat dan masa.

4.3.5.4. Kehadiran pelajar perlu direkodkan dengan menggunakan
medium yang ditetapkan oleh kolej.

4.3.5.5. Pensyarah perlu melakukan penilaian formatif di akhir
pembelajaran supaya dapat menilai pencapaian hasil
pembelajaran. Contohnya soalan ringkas di akhir video
rakaman mengikut topik kandungan kuliah dan dihantar
kepada pensyarah kelas masing-masing. Kolej perlu merangka
kaedah pelaporan bukti pembelajaran pelajar berlaku.

9

4.3.5.6. Pelajar juga boleh mengajukan sebarang soalan berkenaan
kandungan kuliah melalui sesi konsultasi atau semasa
kelas tutorial.

4.3.5.7. Segala bahan pengajaran / tugasan / aktiviti dan penilaian
yang digunakan bagi sesi aktiviti PdP perlu dikemaskini dan
didokumenkan dalam fail pengajaran bagi tujuan rekod,
penambahbaikan berterusan dan audit jaminan kualiti.

4.3.6. Pelaksanaan Tutorial secara PDT
4.3.6.1. Kaedah pelaksanaan kelas tutorial PDT adalah secara
Synchronous.
4.3.6.2. Pelajar wajib mengikuti sesi kelas tutorial secara
bersemuka dalam talian berdasarkan jadual yang ditetapkan.
4.3.6.3. Kehadiran pelajar perlu direkodkan dengan menggunakan
medium yang ditetapkan oleh kolej.
4.3.6.4. Pensyarah digalakkan menggunakan platform aplikasi Web 2.0
yang sesuai bagi komunikasi dua hala dan memudahkan
penyampaian maklumat, perkongsian latihan / dokumen dan
konsultasi kepada pelajar seperti Microsoft Teams, WhatsApps,
Telegram dan sebagainya.
4.3.6.5. Kelas tutorial dalam talian melibatkan aktiviti berpusatkan
pelajar seperti perbincangan, soal jawab, penerangan dan
lain-lain.

4.3.6.6. Rujuk Lampiran 1 untuk contoh jadual pertemuan PDT.

10

5.0 PEMBINAAN BAHAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(PdP)

Perancangan pengajaran yang lengkap dan sistematik
yang juga merangkumi pembinaan bahan PdP bertujuan
untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.

5.1 Pembinaan bahan PdP perlu 5.2. Bahan PdP yang perlu dihasilkan
merangkumi kriteria berikut: bagi sesi Kuliah adalah:
5.1.1. Memenuhi hasil pembelajaran 5.2.1. Bahan penyampaian kuliah
(SLT dan CLO) bagi kursus; berbentuk audiovisual
seperti klip video rakaman
5.1.2. Menggunakan platform (bentuk Asynchronous);
digital yang sesuai;
5.2.2. Slide PowerPoint sesi kuliah;
5.1.3. Sesuai dilaksanakan secara
dalam dan luar talian; 5.2.3. Soalan latihan ringkas bagi
menguji penilaian
5.1.4. Sesuai pembelajaran kendiri formatif/pemahaman pelajar
bagi Self-Directed Learning; mengenai isi kandungan
dan pengajaran sesi kuliah;

5.1.5. Amalan perkongsian 5.2.4. Hubungkaitkan sesi kuliah
pembangunan bahan PdP di tersebut kepada sesi tutorial
antara pensyarah pusat-pusat yang akan diikuti; dan
KPM bagi menggalakkan
amalan Komuniti Pembelajaran 5.2.5. Senarai pautan yang berkaitan
Professional (Professional sebagai rujukan tambahan.
Learning Community - PLC).

11

5.3. Bahan PdP yang perlu dihasilkan 5.4. Kualiti Bahan PdP yang dihasilkan
bagi sesi Tutorial/Praktikal/Amali dikawal mutu oleh Subject Matter
adalah: Expert (SME) yang dilantik untuk
5.3.1. Bahan aktiviti/perbincangan/ memastikan kriteria seperti 5.1
tugasan; dipenuhi.

5.3.2. Soalan tutorial dan jawapan
bagi aktiviti amali/praktikal;

5.3.3. Rakaman video demonstrasi
amali/praktikal (jika berkaitan);

5.3.4. Hubungkaitkan sesi tutorial
kepada sesi kuliah yang telah
diikuti; dan

5.3.5. Senarai pautan yang berkaitan
sebagai rujukan tambahan.

12

6.0 KAEDAH PELAKSANAAN PENILAIAN
BERTERUSAN DAN PENILAIAN
AKHIR

6.1. Prinsip Utama
6.1.1. Semua kaedah Penilaian Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir
(PA) mestilah dilaksanakan secara bersemuka serta memelihara
aspek kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability), dan keadilan
(fairness) dalam pelaksanaan.
6.1.2. TIDAK DIBENARKAN membuat perubahan jumlah wajaran asal bagi
setiap PB dan PA yang telah ditetapkan kepada CLO.
6.1.3. Perancangan PB dan PA pada setiap semester mestilah dibuat dan
diselaraskan ke dalam Master JSU, serta disemak dan disahkan
mengikut kepada prosedur terkini.
6.1.4. Semua PB dan PA yang dilaksanakan perlu didokumentasi bagi
tujuan jaminan kualiti dan audit.

13

6.2. Pelaksanaan Penilaian Berterusan (PB)

6.2.1 PB hendaklah dilaksanakan secara bersemuka. Namun begitu,
DIBENARKAN pelaksanaan secara dalam talian di atas sebab-sebab
tertentu (tertakluk kepada kelulusan dari makluman dari Bahagian
Pendidikan Tinggi MARA).

6.2.2 Kolej mestilah memastikan pelaksanaan PB diatur dengan teliti dan
terancang.

6.2.3 Bagi kursus gunasama, PB yang akan dilaksanakan mestilah
mengikut kepada penyelarasan Master JSU seperti yang telah
disemak dan disahkan. Namun begitu, keseragaman soalan dan
tempoh masa pelaksanaannya adalah bergantung kepada
perbincangan di antara Ketua Penggubal dan Penggubal yang telah
dilantik.

6.3. Pelaksanaan Penilaian Akhir (PA)

6.3.1 PA akan dilaksanakan secara bersemuka mengikut kepada Garis Masa
Takwim Pelaksanaan Peperiksaan Akhir yang akan dikeluarkan oleh
Unit Peperiksaan dan Pensijilan BPT (tertakluk kepada arahan semasa
oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Majlis Keselamatan Negara, dan
Kementerian Kesihatan Malaysia).

6.3.2 Rujukan bagi pelaksanaan PA adalah seperti berikut:
6.3.2.1 Proses Terperinci dan Aliran Kerja Penggubalan Soalan
Peperiksaan Akhir Semester KPM Untuk Kursus Gunasama dan
Mandiri (Penyelarasan Secara Bengkel);
6.3.2.2 Garis Panduan Format Kertas Soalan & Skema Pemarkahan
Peperiksaan KPM; dan
6.3.2.3 Examination Handbook For Invigilators KPM

14

7.0 PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI
(LI)

7.1. Pelajar wajib mengikuti latihan industri di syarikat atau industri sepanjang
tempoh latihan tersebut.

7.2. Mod pelaksanaan Latihan Industri adalah tertakluk kepada peraturan yang
ditetapkan dalam Buku Panduan Pengendalian Latihan Industri KPM.
Namun begitu, cara pelaksanaan samada fizikal, bekerja dari rumah, atau
hibrid adalah tertakluk kepada peraturan syarikat/industri.

7.3. Projek berasaskan industri sebagai penilaian alternatif tidak lagi dibenarkan.
7.4 Berikut merupakan tempoh pelaksanaan kursus Latihan Industri pelajar

KPM. (Rujuk: Diploma Programme Kolej Profesional MARA Academic
Regulations 12th Edition 2021):

15

8.0 KURSUS KO-KURIKULUM

8.1. Bermula Sesi 3 2021/2022 semua aktiviti ko-kurikulum seperti Badan
Beruniform, Kelab dan Sukan akan dilaksanakan secara bersemuka dengan
pelaksanaan SOP ketat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KKM dan
MKN bagi mencegah penularan Covid-19 di kalangan warga KPM.

8.2 Pelajar yang bergejala perlu dikecualikan daripada aktiviti dan dilakukan
pemeriksaan kesihatan.

16

9.0 JAMINAN KUALITI

Berdasarkan MQA Advisory Note No. 4/2020 bertarikh

29 Mei 2020, MQA telah menggariskan beberapa

perkara berkaitan jaminan kualiti dan langkah-langkah

yang perlu diambil untuk memastikan

penambahbaikan kualiti secara berterusan.

Dua perkara yang ditekan adalah seperti berikut:

9.1. Unit Jaminan Kualiti Dalaman kolej 9.2. Unit Jaminan Kualiti Dalaman
bertanggungjawab memantau kolej disarankan agar memantau
pelaksanaaan dan keberkesanan keberkesanan pelaksanaan PdP
penyampaian program yang secara hibrid. Tindakan tersebut
dijalankan secara dalam talian boleh berbentuk program
yang berterusan. Ini bagi pemulihan, pembetulan atau
memastikan isu atau masalah penambahbaikan berdasarkan
yang timbul semasa pengendalian keperluan dan boleh dilaksanakan
program secara dalam talian dapat secara berperingkat.
diatasi dan ditambah baik.

17

9.3 Pencerapan PDP

Berikut adalah garis panduan untuk Unit Jaminan
Kualiti kolej bagi memastikan PdP berjalan seperti
yang telah dirancang:

9.3.1. Unit Jaminan Kualiti Dalaman kolej perlu membuat pencerapan untuk
kelas-kelas yang melaksanakan PdP Hibrid (Rujuk Lampiran 2 Carta
Alir Pencerapan PDP Secara Hibrid).

9.3.2. Pencerapan kelas hendaklah diadakan mengikut jadual waktu yang
ditetapkan oleh Unit Jaminan Kualiti kolej.

9.3.3. Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh:
9.3.3.1. Pengarah KPM
9.3.3.2. Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik
9.3.3.3. Ketua Jabatan
9.3.3.4. Pegawai BPT

9.3.4. Item dalam Instrumen Pencerapan PdP (CE1) boleh diubahsuai mengikut
kesesuaian pengendalian program secara dalam talian.

9.3.5. Pelajar harus mengisi borang CE2 di akhir semester bagi setiap kursus.
9.3.6. Unit Jaminan Kualiti kolej perlu menganalisa soal selidik tersebut dan

dibentangkan di dalam Mesyuarat Jaminan Kualiti Akademik yang
dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik.
.

18

10.0 PENUTUP

Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Kolej
Profesional MARA ini diharap dapat memastikan pengurusan dan proses PdP di
KPM berjalan dengan lancar dan berkesan. Semua KPM hendaklah patuh
kepada peraturan yang ditetapkan dalam garis panduan ini.
Panduan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan iaitu pada 16 November
2021 bagi tempoh yang akan ditentukan oleh BPT MARA.

Disediakan oleh
Pembangunan Pengajian KPM
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
16 November 2021

19

11.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 - JADUAL PERTEMUAN PEMBELAJARAN SECARA HIBRID
LAMPIRAN 2 - CARTA ALIR PENCERAPAN PDP SECARA HIBRID

20



LAMPIRAN 2

CARTA ALIR PENCERAPAN PDP SECARA HIBRID

TANGGUNGJAWAB SKOP KERJA

Timbalan Pengarah Pencerapan PdP secara
HEA/Ketua bersemuka atau dalam talian

Jabatan/Timbalan

Timbalan Pengarah Sesi maklum balas bersama
HEA/Ketua pensyarah

Jabatan/Timbalan Analisa laporan pemantauan

Unit Jaminan Kualiti Kolej

Timbalan Pengarah Pembentangan laporan
HEA pencerapan di dalam

Mesyuarat Jaminan Kualiti
Akademik

BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI
MARA

GARIS PANDUAN PENYAMPAIAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOLEJ

PROFESIONAL MARA

EDISI 2, 2021


Click to View FlipBook Version