MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-31 SMK TAMAN SERI RAMPAI TARIKH / HARI: 22 JUN 2024 / SABTU MASA: TEMPAT: 8.00 PAGI DEWAN RAMPAI GEMILANG, SMKTSR
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN Atur Cara Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-31 Organisasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-31, Sesi 2024/2025 2 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-30, Sesi 2023/2024 Maklum Balas Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-30, Sesi 2023/2024 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG (Jun 2023 hingga Jun 2024) Laporan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023 Usul / Cadangan Cadangan Kutipan Sumbangan PIBG Sesi 2024/2025 Senarai AJK PIBG Sesi 2024/2025 Penghargaan 3 4 5 6 7 8 9 10 11 BIL. PERKARA MUKA SURAT 1 1 - 2 20 - 21 22 - 27 28 - 38 39 - 44 45 - 46 47 - 49 3 - 4 5 - 6 7 - 19 50
ATUR CARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-31 1
8.00 pagi Pendaftaran ibu bapa dan guru 8.45 pagi Hadirin mengambil tempat di Dewan Rampai Gemilang, SMKTSR 8.50 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat -Nyanyian Lagu Negaraku 9.00 pagi Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis - Bacaan doa - Tayangan Montaj - Ucapan Y.Bhg. En.Mazhan Othman Bin Abdullah (Yang Dipertua PIBG SMKTSR) - Ucapan Yang Berusaha En. Mohamad Nor Azam Bin Ahmad Mion (Penasihat PIBG SMKTSR) 9.30 pagi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke–31 Sesi 2024/2025 - Ucapan Aluan YDP PIBG - Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 - Perkara-perkara berbangkit - Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2023/2024 - Membentang dan Menerima Laporan Kewangan yang Berakhir pada 31.12.2023 - Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 - Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 - Membahaskan Usul - Hal-hal Lain - Ucapan penangguhan - Penyampaian Sijil Penghargaan AJK PIBG Sesi 2023/2024 - Penyampaian Sumbangan PIBG Murid Cemerlang SPM 2023 - Hadiah dan Cabutan Bertuah - Sesi Bergambar AJK PIBG Sesi 2024/2025 12.00 tgh/hari Bersurai 2
ORGANISASI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 3
ORGANISASI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Menyedari bahawa tuntutan pendidikan semakin kompleks, penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan perlulah digemblengkan secara terancang. Oleh itu, peranan PIBG amat penting dalam usaha merealisasikan kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. RASIONAL MATLAMAT FALSAFAH OBJEKTIF Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah – Sekolah di Wilayah Persekutuan adalah badan yang menjalankan usaha berterusan bagi menyokong kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara berlandaskan kepada kaedah – kaedah dan Perlembagaan PIBG. PIBG secara sedar dan rasa penuh tanggungjawab memainkan peranan yang berkesan dalam menjayakan pelaksanaan perancangan sekolah. Membantu pihak sekolah mencapai matlamat dalam bidang: Kurikulum Kokurikulum Bina Insan / Moral Disiplin Keceriaan Sekolah Keselamatan Sekolah 4
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-31 SESI 2024/2025 5
6
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-30 SESI 2024/2025 7
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE- 30 SESI 2023/2024 Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Rampai Gemilang, SMK Taman Seri Rampai Kehadiran Ibu bapa: 1.Mazhan Othman bin Abdullah 2.Mohd. Shafrin bin Abdul Hamid 3.Norhaslinda Jamaludin 4.Vincent Paul a/l Anthoney 5.Samsiah Binti Othman 6.Masni Binti Haji Awang 7.Bahron Muhamad 8.Adnan bin Hashim 9.Yusri bin Husin 10. Afiza binti Abd Hadi 11. Abul Barakath bin Seeni Mydeen 12.Nor Sabarina Arifin 13.Nurmala 14.Norazian Awang 15.Masriati binti Saat 16.Auqiah binti Yusof 17.Sukri bin Omar 18.Khiruzad bin Mohamed Tahir 19.Zanariah binti Muhamad 20.Nor Idayu Razalai 21.Shahrul Bariah 22.Rosiah Jalil 23.Siti Huszaimah binti Md Rasib 24.Nadiah binti Hj Zaharuddin 25.Sazali bin Tajudin 26.Nadiah binti Hj Zaharuddin 27.Ahmad Fuad bin Md Arif 28.Nor Fazilah Mohd Hashim 29.Kayathiri Devi 30.Norsabarina Arifin 8
31. Siti Ruhaya binti Jusoh 32. Siti Roslina binti Abu Hassan 33. Noredayu binti Md Asli 34. Rosiah binti Ibrahim 35. Sazalina binti Abdul Rahman 36. Azira binti Adzhar 37. Reni binti Rahmat 38. Khairul Muna binti Zakaria 39. Fathihi bin Ahmad 40. Mohd Arif bin Hashim 41. Wahab bin Chik 42. Norlidahwaty binti Mohd Noor 43. Masrizam bin Mansur 44. Jariah binti Pajri 45. Camalia binti Ambiahit 46. Nooranita Jamalludin 47. Raja Shahriz bin Raja Ali 48. Mohana Sunthari a/p Managaran 49. Muhammad Idzharaudin 50. Siti Ruhaya binti Jusoh 51. Abdul Halim bin Mohd Zin 52. Mohana Sunthari a/p Managaran 53. Nor Asiah binti Japri 54. Aryati binti Hamzah 55. Mohd Arif bin Hashim 56. Sandrakala a/p Raman 57. Normah Rusli 58. Nor Azna binti Aziz 59. Sabrina Salim 60. Sazalina binti Abdul Rahman 61. Nor Yanti binti Jamaludin 62. Zubaidah Abdullah 63. Shahrul Bariah 64. Siti Murni binti Muhidin 65. Shannon Chew 66. Normasiah Ibrahim 67. Sarah binti Mohd Ali 68. Noredayu binti Md Asli 69. Nurlina Salaih 70. Nordila binti Suib 9
Kehadiran Guru: 1. Ahla-Najwa binti Mohd Amin 2. Asiah binti Hassan 3. Asma Nazifa binti Khalid 4. Azlina Rohaidawaty binti Taslim 5. Azrina binti Azman 6. Edni Shareen binti Mohd Farouk 7. Elizabeth anak Jampang 8. Fatin Syuhada binti Mohd Zainy 9. Gooi Ai Wei 10. Haiyati binti Ismail 11. Hasnah binti Ahmad 12. Hasnah binti Mohd 13. Intan Najwa binti Mohd Zailani 14. Khairul Azwam bin Kamaruzaman 15. Maisarah binti Morshed 16. Md Fadhil bin Md Noor 17. Mohamad Nor Azam bin Ahmad Mion 18. Mohd Izwan bin Mustafa Kamal 19. Muhammad Afig bin Alamshah 20. Muhammad Hairi bin Dollah 21. Muhammad Syafiq bin Mohd Shaib 22. Nadia Asyiqin binti Shabudin 23. Najwa Farhanna binti Mohd 24. Narimah binti Rozan 25. Nik Abdul Aziz bin Nik Abdullah Zawawi 26. Noorul Hamimah binti Che Ahmad 27. Noorul Salma binti Zakaria 28. Nor Asiah binti Japri 29. Nor Azam bin Kassim 30. Nor Azian binti Muhammad 31. Nor Farhana binti Jamil @ Shafii 32. Nor Fatin binti Mamat 33. Nor Sazlini binti Iberahim 34. Norashikin Hani binti Kamarulzaman 35. Norazlin binti Salman 36. Norfazlina binti Mohd Fauzi 37. Norsuhaiza binti Che Ibrahim 38. Nur Afiqah binti Azaffian 10
39. Nur Musfaiqah binti Mohamed Mustapa 40. Nur Syamira binti Suratman 41. Nur Zafiqah binti Ahmad Ros 42. Nur Zulaikha binti Bahman 43. Nurul Akmal binti Ramli 44. Nurul Hafizah binti A. Rashid 45. Nurul Hazeeda binti Mohd Azim 46. Pisfaliley binti Ali 47. Roseziana binti Mohamad Zaki 48. Rosnani binti Osman 49. Rosnani binti Zakaria 50. Shahrul Azrie bin Abdullah 51. Shobana Nair a/p Saseetharan 52. Siti Noradilah binti Abdul Latiff 53. Siti Norhafizah binti Mohd Muzar 54. Siti Zawiyah binti Mohd Ali 55. Siti Zuriana binti Zaidi 56. Suzana binti Salamon 57. Suzana Rita binti Basar 58. Tuti Iliana binti Shukri 59. Wah Yarami binti Muhammad 60. Zariyani binti Yahaya 61. Zubaidah binti Mohamad Noor 11
Agenda Mesyuarat; 1.0 Ucapan Pengerusi 2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-29 3.0 Perkara-perkara Berbangkit 4.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 2022/2023 5.0 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan yang berakhir pada 31/ 12/2022 6.0 Pembubaran dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2024 7.0 Membahaskan Usul 8.0 Hal-Hal Lain 9.0 Ucapan Penanguhan 1.0 Ucapan Pengerusi Encik Mazhan Othman bin Abdullah, selaku YDP PIBG mengalu-alukan kehadiran semua ahli PIBG ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-30. Beliau merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen semua ibu bapa dan berharap agar lebih ramai lagi ibu bapa dapat hadir ke mesyuarat PIBG bagi membantu menyokong usaha pihak sekolah untuk menjana kecemerlangan murid demi kemajuan pendidikan. Beliau mengingatkan agar ibu bapa sentiasa peka dengan maklumat dan informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah.Komitmen dari segi kewangan, tenaga dan idea dari ibu bapa amat dialu-alukan oleh pihak sekolah dan persatuan. Pengerusi turut mengalu-alukan penyertaan ibu bapa dalam kumpulan Whatsapp KISB (Kumpulan Sokongan PIBG) untuk mendapatkan informasi dan mengemas kini maklumat berkaitan pembelajaran dan persekolahan anak-anak. Makluman 2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-29. Puan Elizabeth anak Jampang selaku setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-29. Dicadangkan oleh : Puan Nor Yanti binti Jamaludin mencadangkan dengan pembetulan namanya muncul dua kali iaitu di no. 20 dan 42. Disokong oleh: Encik Khiruzad bin Mohamed Tahir Tindakan: Setiausaha 12
3.0 Perkara-perkara Berbangkit 3.1 Merujuk perkara 6.7, berkaitan usul Mini PIBG dalam setiap kelas yang dikemukakan oleh Puan Haiyati binti Ismail (PK HEM). Penjelasan: Pengerusi menyatakan cadangan ini tidak mendapat sambutan daripada ibu bapa murid SMKTSR walaupun guru tingkatan telah membuat hebahan tentang Mini PIBG dalam kumpulan Whatsapp ibu bapa. Makluman 3.2 Merujuk perkara 7.4 berkaitan isu pencerobohan tanah sekolah yang seluas lebih kurang 10 kaki lebar yang dikemukakan oleh Encik Mohd Hairi Abdullah oleh penduduk sekitar sebagai tempat meletak kereta dan bercucuk tanam. Penjelasan: Proses pengambilan semula tanah melibatkan pihak berkuasa seperti DBKL, polis dan mahkamah. Oleh sebab sekolah menghadapi masalah kos dan masa, proses pengambilan semula tanah ditangguhkan. Selain itu, masalah ini tidak menganggu operasi dan aktiviti sekolah. Makluman 4.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 2022/2023 Pengerusi membentangkan aktiviti tahunan PIBG yang dilaksanakan pada Januari 2022 hingga Jun 2023. (Rujuk muka surat 18- 21) Dicadang: Nor Yanti binti Jamaludin Disokong: Yusri bin Husin Makluman 5.0 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan 5.1 Bendahari PIBG Puan Wah Yarami membentangkan Laporan Kewangan berakhir 31 Disember 2022. (Rujuk m/s 22 - 25) 5.2 Puan Norhaslinda Jamaludin (ibu Nur Kasih Farisha) meminta penjelasan mengenai pemasangan dan penyelenggaraan pembesar suara berharga RM 3300.00 di Blok C. 13
Penjelasan: YDP PIBG menjelaskan bahawa tujuan pemasangan alatan ini adalah untuk tujuan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM yang memerlukan murid mendengar rakaman audio serentak pada masa ditetapkan. Pemasangan ini telah membolehkan peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar dan mengikut SOP LPM. Modal ini datangnya daripada Dana PIBG RM2000, item selenggara sekolah RM800, bahagian ICT RM500. Makluman 5.3 YDP PIBG memaklumkan sumbangan YB Parlimen Setiawangsa sebanyak RM 20 ribu telah digunakan untuk tujuan pemasangan kipas tepi dinding di dalam setiap bilik darjah bagi mengurangkan kepanasan murid-murid. YDP juga turut menggalakkan sumbangan ibu bapa untuk kipas tambahan di kelas bagi keselesaan murid kerana masih belum mencukupi. Makluman 5.4 Pengesahan Laporan Kewangan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke- 30. Dicadangkan Oleh : Encik Nurfad bin Borhan Disokong oleh : Puan Jariah binti Jafir Makluman 6.0 Pembubaran dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2023/2024 Jawatan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua dikekalkan. Seramai lapan orang AJK PIBG baharu dalam kalangan ibu bapa telah dilantik. Rujuk Lampiran 1- Senarai AJK PIBG Sesi 2023/2024 Makluman 7.0 Membahaskan Usul 7.1 Usul 1 : Nazathulshiha binti Hassan Mencadangkan supaya PPKI memperbanyak aktiviti dalam kelas supaya murid berasa gembira dan ceria. Jawapan: Puan Gooi Ai wei menyatakan aktiviti PPKI kini adalah seimbang. Makluman 7.2 Usul 2 : Theepa Thinagaran ( Tidak Hadir) Mencadangkan supaya sekolah memasang CCTV di tempat- tempat yang diperlukan contohnya di luar tandas murid perempuan dan lelaki dan di kantin Jawapan: Tidak dibincangkan Makluman 14
7. 3 Usul 3 : Khiruzad Bin Mojamed Tahir Mencadangkan diadakan Program Rakan Bimbing Sebaya Dalam Kelas. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua RSB bagi subjek (Pilihan). Ketua terdiri daripada pelajar yang berpotensi maju diri dan dapat membantu rakan sebaya yang lain (menurut pemerhatian guru) atau pelajar yang tertinggi markah dalam subjek pilihan. Program ini dicadangkan dibuat sejak tingkatan satu bagi membina rasa persaudaraan Sekelas selagi berada di SMKTSR kerana cuba yang baru untuk yang baharu. Jawapan: Pengetua bersetuju dengan cadangan ini dan akan membincangkan perkara ini ke dalam mesyuarat dalaman sekolah untuk dilaksanakan. Makluman 7.4 Usul 4 : Siti Norain Rosdi (Tidak Hadir) Mencadangkan agar ditambah baik / dibaik pulih bangunan PPKI. Jawapan: Tidak dibincangkan. Makluman 7.5 Usul 5 : Salina bt Abdul Manan (Tidak Hadir) Mengusulkan agar menceriakan lagi atau mencantikkan lagi tandas murid di sekolah. Jawapan: Tidak dibincangkan. Makluman 7.6 Usul 6 : Irni Shatira bt Abdul Rahman Mencadangkan agar ditambah baik keadaan kerusi dan meja murid yang ada kini. Jawapan: YDP PIBG menyatakan sekolah telah membeli 60 buah meja baharu dengan bantuan duit zakat daripada MAWIP. Meja yang ada di bilik darjah yang masih baik atau yang masih boleh digunakan akan diperbaiki. Guru kelas juga sedang berusaha menceriakan kelas masing-masing dengan pelbagai cara misalnya membalut meja murid dengan lapik meja. Makluman 15
7.7 Usul 7 :Yusri bin Husain Tiga Usul dibawakan iaitu; a. Memohon pihak sekolah menaik taraf tempat perhimpunan pelajar ke garaj berbumbung dan lantai yang bersesuaian bagi keselesaan pelajar. b. Masih terdapat murid yang bermotorsikal ke sekolah dengan tidak memakai topi keledar. c. Mohon pihak sekolah memantau keadaan pelajar dalam kelas yang merunggut kepanasan. Jawapan: a.YDP PIBG sedang berusaha memohon bantuan /sumbangan daripada Parlimen Setiawangsa untuk menurap semula tapak perhimpunan dengan bitumin (TAR) dan menaik taraf bilik guru yang tidak selesa.YDP menjelaskan bahawa permohonan untuk menaik taraf tapak perhimpunan telah dibuat dan masih menunggu jawapan dari PPD keramat dan JKR. PIBG juga memohon sumbangan dari Ahli Parlimen Setiawangsa. Untuk Garaj berbumbung, agak sukar dilakukan kerana perbelanjaan yang agak besar memakan ratusan ribu dan PIBG tiada sumber atau sumbangan. b. YDP PIBG memaklumkan bahawa jika ada murid yang mempunyai dokumen lengkap iaitu lesen, stiker dan topi keledar, mereka dibenarkan meletakkan motosikal di dalam kawasan sekolah di kawasan yang dikhaskan. Jika anak-anak ini tidak lengkap dokumen tidak dibenarkan masuk dan perlu meletakkan motosikal di luar pagar dan sebarang risiko adalah atas tanggungjawab ibu bapa sendiri. Beliau mengingatkan ibu bapa agar lebih bertanggungjawab terhadap isu ini. Pengetua menjelaskan bahawa pada 21/6/2023, pihak JPJ ada hadir ke sekolah memberikan ceramah kesedaran tentang Keselamatan dan Peraturan Jalan raya / Menunggang Motosikal kepada murid. Pihak JPJ juga ada membuat catatan maklumat dan siasatan terhadap motosikal yang diletakkan di luar pagar. Jika masih ada anak-anak yang membawa motosikal tanpa lesen dan topi keledar, saman akan dikeluarkan kepada ibu bapa pemilik motosikal berkenaan. Oleh itu ibu bapa perlu lebih peka terhadap perkara ini. c. YDP PIBG memaklumkan bahawa tindakan telah diambil dengan memasang 2 kipas dinding menggunakan peruntukan wang zakat MAWIP dengan kos berjumlah RM 11 ribu. Pengerusi masih mengalu-alukan jika ada ibu bapa yang ingin menyumbang bagi menambah bilangan kipas di dinding sebelah lagi bagi menurunkan kepanasan sebab hanya sebelah sahaja mampu dipasang. PIBG sedang berusaha lagi melengkapkannya. Makluman 16
7.8 Usul 8 :Zayzamry Bin Md Yusof Mengusulkan agar semua aktiviti beruniform, persatuan dan kelab dibuat hanya pada hari rabu ( seperti beberapa tahun sebelum ini). Hal ini bagi memudahkan urusan pengambilan anak bagi ibu bapa yang bekerja. Mereka hanya perlu uruskan (keluar awal/ keluar sementara) sekali sahaja dalam seminggu. Mohon dipertimbangkan. Jawapan: Puan Siti Nor Hafizah binti Mohamad Muzar selaku PK Kokurikulum menyatakan mulai Julai hingga Oktober, aktiviti kokurikulum akan diadakan pada hari Rabu sahaja sehingga pukul 4.30 petang. Makluman 7.9 Usul 9 : Haiyati binti Ismail (PK HEM) Mencadangkan bayaran majalah sebanyak RM20.00 dimasukkan dalam cadangan kutipan sumbangan PIBG sesi 2023/2024. Hal ini bertujuan untuk membiayai kos pencetakan majalah sekolah yang keseluruhannya semakin meningkat. Jawapan: YDP PIBG dan ahli mesyuarat menerima usul ini dan bersetuju menambah sumbangan untuk majalah. Makluman 7.10 Kutipan Sumbangan PIBG Sesi 2023/24 Cadangan kadar kutipan sumbangan tahunan PIBG (perkeluarga) adalah seperti berikut: 17
*Sekiranya mempunyai lebih daripada seorang anak yang bersekolah di SMK Taman Seri Rampai Dicadangkan oleh : En Mazhan Othman bin Abdullah Disokong oleh : Nor Yanti binti Jamaluddin Keputusan : Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan kadar kutipan sumbangan PIBG bagi sesi 2023/2024 Makluman 8.0 Hal-hal Lain 8.1 Puan Nor Yanti menarik perhatian ahli mesyuarat berkaitan penjualan aiskrim menyebabkan kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah dan membahayakan keselamatan murid yang menyeberangi jalan dan keadaan menjadi sesak. Pengerusi menyatakan agar ibu bapa sering berpesan kepada anak-anak agar menjaga keselamatan diri di luar pagar sekolah. Makluman 8.2 Encik Khiruzad menyarankan dan menggalakan agar semua ibu bapa supaya masuk ke kumpulan KSIB. Makluman 8.3 Puan Kayathiri Devi (ibu kepada Joshua 2A) bertanyakan tentang penglibatan anak dalam kelab/bidang Robotik dan STEAM dan mencadangkan diadakan beberapa kumpulan supaya murid yang berminat dan berbakat dapat peluang menyertai pertandingan- pertandingan tersebut dan tidak tersekat. Guru Kelab STEAM menyatakan penyertaan murid dalam kelab Robotik adalah terbuka manakala dalam pertandingan STEAM ialah kesinambungan penyertaan murid dari tahun sebelumnya. Beliau menyatakan terdapat banyak pertandingan dan pada tahun 2022 sekolah ini telah memenangi Anugerah Silver pada peringkat antarabangsa. Pada tahun ini masih belum ada pertandingan. Dalam waktu terdekat, beliau memaklumkan akan ada Karnival STEAM. Makluman 18
8.4 Puan Haslinda binti Jamaluddin meminta pihak sekolah memantau kualiti makanan di kantin sekolah terutamanya ayam yang didapati berbau busuk. Pihak sekolah (pengetua) mengambil maklum perkara tersebut. Beliau menyatakan akan sentiasa memberi teguran kepada pihak pengusaha kantin dan meminta murid melaporkan segera jika ada isu berkaitan kualiti makanan murid. Makluman 8.5 Puan Zubaidah (guru) meminta keprihatinan ibu bapa untuk memantau murid kelas belakang terutamanya berkaitan pembawaan buku dan beg sekolah anak-anak kerana ramai yang tiada buku ketika guru mengajar terutama buku teks. Puan Zubaidah juga mencadangkan agar ibu bapa menyumbangkan 1 rim kertas A4 bagi setiap murid daripada setiap keluarga bagi meringankan beban memfotokopi dan mewujudkan rasa bertanggungjawab murid terhadap setiap bahan edaran yang diberikan oleh guru. Hasil perbincangan, YDP PIBG bersetuju menambah item baru dalam sumbangan tahunan PIBG iaitu tambahan RM15.00 permurid untuk cetakan kecuali murid PPKI. Makluman 9.0 Ucapan penangguhan. 9.1 Pengerusi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir atas komitmen tinggi yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung. 9.2 Mesyuarat ditangguh pada pukul 12.00 tengah hari. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ....................................................... .................................................................... (ELIZABETH ANAK JAMPANG) (MOHAMAD NOR AZAM BIN AHMAD MION) Setiausaha PIBG 2023/2024 Pengetua, SMK Taman Seri Rampai. SMK Taman Seri Rampai. Tarikh : 13 Julai 2023 19
MAKLUM BALAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-30 SESI 2024/2025 20
21
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG (JANUARI 2023 - JUN 2024) 22
Laporan Aktiviti PIBG (Januari 2023 - Jun 2024) Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah diadakan seperti yang berikut: Tarikh: 24 Jun 2023 Masa: 8.00 pagi - 12.00 tgh hari Tempat: Dewan Rampai Gemilang, SMK Taman Seri Rampai Berikut adalah senarai AJK PIBG Sesi 2023/2024: Penasihat : En. Mohamad Azam Yang Dipertua : En. Mazhan Othman Bin Abdullah Timb. Yang Dipertua : En. Mohd Shafrin Bin Abdul Hamid Setiausaha : Pn. Elizabeth Anak Jampang Naib Setiausaha : Pn. Nadia Asyiqin Binti Shabudin Bendahari : Pn. Wahyarami Binti Muhammad Naib Bendahari : Cik Nur Afiqah Binti Azaffian AJK Ibu Bapa : Pn. Afiza Binti Abd Hadi : Pn. Norhaslinda Binti Jamaludin : Pn. Mazni Binti Haji Awang : Pn. Samsiah Binti Othman : En. A Vincent Paul A/L Anthoney : En. Bahron Bin Muhamad : En. Yusri Bin Husin : En. Adenan Bin Hashim AJK Guru : Cik Nor Azian Binti Muhammad : Pn Intan Najwa Binti Mohd Zailani : En. Md Fadhil Bin Md Noor Juruaudit : Pn. Ruszita Binti Abdul Hamid (Dalaman) : En. Raja Shahriz Bin Raja Ali (Luar) 23
2.0 Sepanjang sesi 2023/2024, jawatankuasa PIBG telah memberikan komitmen yang baik bagi memastikan kebajikan murid-murid dan seluruh warga SMK Taman Seri Rampai terjamin. Mesyuarat AJK PIBG telah dijalankan sebanyak empat kali sepanjang sesi 2023/2024. Berikut merupakan maklumat kehadiran mesyuarat AJK PIBG : 24
3.0 Aktiviti yang telah dilaksanakan pada Januari 2023 hingga Jun 2024 Pelaksanakan program ini melibatkan kolaborasi antara pihak sekolah dengan pihak PIBG. Terdapat juga aktiviti yang dilaksanakan atas dasar sumbangan kewangan daripada PIBG. Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam setiap biro; PROGRAM SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG (HEM) 1) Majlis Pendaftaran dan Orientasi Murid Tingkatan 1 Sesi Akademik 2024/2025 anjuran UBK (9 Mac 2024) 2) Perhimpunan Rasmi ‘Selamat Kembali ke Sekolah’ anjuran UBK (11 Mac 2024) 3) Majlis Penyampaian Watikah Barisan Pemimpin Muda Ketua & Penolong Tingkatan (24 Apr 2024) 4) Majlis Penyampaian Watikah Barisan Pemimpin Muda Badan Khas (3 Mei 2024) 5) Sambutan Hari Raya dan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) anjuran bersama Unit HEM, UBK & KGS (3 Mei 2024) 6) Program Gotong-Royong Peringkat Sekolah Anjuran PIBG dan Unit 3K (11 Mei 2024) 7) Majlis Pendaftaran dan Orientasi Murid Tingkatan 1 Sesi Akademik 2023/2024 anjuran UBK (18 Mac 2023) 8) Majlis Penyampaian Watikah Barisan Pemimpin Muda (15 Mei 2023) 9) Sambutan Hari Raya, Hari Guru dan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) (19 Mei 2023) 10) Mesyuarat PIBG kali ke 30 (24 Jun 2023) 12) Program Gotong-Royong Madani (9 Sept 2023) 13) Program Barbershop2U (9 Nov 2023) 14) Majlis Apresiasi Pengawas SMKTSR (16 Dis 2023) PROGRAM SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG (KURIKULUM) 1) Kem Perkampungan Ilmu dan Solat Hajat SPM 2023 (24 Nov - 25 Nov 2023) 2) Menuju Puncak & Pecutan Akhir SPM 2023 (4 Nov - 24 Jan 2023) 3) Majlis Apresiasi Tingkatan 5 SMKTSR (15 Jan 2023) 4) Makanan Murid SPM 2023 25
PROGRAM SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG (KOKURIKULUM) 1) Kejohanan Bola Sepak MSSD Keramat 2023 Bawah 15 Tahun (3-7 Julai 2023) 2) Kejohanan MSS Daerah Keramat Catur Peringkat Sekolah Menengah (19-21 Jun 2023) 3) Kejohanan Ragbi MSSWPKL 2023 Lelaki Bawah 18 tahun dan 12 Tahun (31 Julai - 4 Ogos 2023) 4) Kejohanan Olahraga MSSWPKL Daerah Keramat 2023 (22-24 Ogos 2023) 5) Merentas Desa Peringkat SMK Taman Seri Rampai (15 September 2023) 6) Kejohanan Sukan Sekolah SMK Taman Seri Rampai Kali Ke-27 (22 September 2023) 7) Hari Sukan Negara 2023 (14 Oktober 2023) 8) Kejohanan Ragbi NRDP 7S Zon Tengah (31 Oktober - 2 November 2023) 9) Kejohanan Ragbi MSSWPKL 2023 B15 (6 Januari - 7 Januari 2024) PROGRAM SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG (LAIN-LAIN) INFRASTRUKTUR 1) Membaiki Prasarana (3 Februari 2023) Membaikpulih tandas murid lelaki Membaikpulih tandas guru Membaikpulih bilik guru Membaikpulih kebocoran papi air bawah tanah di blok E 2) Projek Keceriaan Makmal Sains (6 Mac 2023) 3) Penambahbaikan dan Keceriaan Surau (13 April 2023) 4) Keceriaan Bilik Jahitan (Studio RBT) (14 April 2023) 5) Kerja Penambahbaikan Perkakasan Eletrik dan Pemasangan 66 Unit Kipas Dinding di 30 Bilik Darjah (29 May 2023) 6) Pembelian 60 unit meja murid (7 Jun 2023) 7) Menambahbaik pemasangan penghawa dingin, lampu dan tirais serta penurapan tar baharu di tapak perhimpunan (29 Julai 2023) 8) Menaiktaraf tandas murid lelaki di Blok A (10 Ogos 2023) 9) Pembelian Peralatan ICT dan servis penghawa dingin (15 Ogos 2023) 10) Pembaikan salur pembentungan dan paip air bawah tanah di belakang kantin (26 Oktober 2023) 11) Membaiki tandas murid lelaki yang tersumbat di Blok A (12 Disember 2023) 12) Pembaikan masalah lintar pintas di Blok B dan Blok C (15 januari 2024) 26
PROGRAM SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG (3K) 1) Mengadakan ‘Fire Drill’ pada 18 September 2023 2) Mengadakan ceramah keselamatan (Program Kecemasan Awal) pada 19 Januari 2024 3) Pengemaskinian pemadam api (telah luput pada 14 Mac 2024) PROGRAM SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG (PPKI) 1)Program Bina Semangat Kerja Berpasukan (Team Building) (2 Ogos - 4 Ogos 2023) 2) Program Sambil Belajar ke Johor (18 oktober-20 oktober 2023) 3) Pertandingan kejohanan boling, majlis sambutan hari jadi dan jamuan akhir tahun ppki 4) Program Karnival Ekoko (2-20 Julai 2023) 27
LAPORAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 28
29
30
31
32
33
LAPORAN PENYATA KEWANGAN (1 JANUARI 2024 - 31 MEI 2024) 34
35
36
37
38
PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN 39
USUL DAN CADANGAN KURIKULUM PENGUSUL 1 : SUZANA BT SULONG NAMA ANAK : NUR AMSHA RANIA BT MULIADI (2 THETA) USUL 1 : MENGENDALIKAN KELAS2 TUISYEN BG ANK2 SPM SECARA PERCUMA JAWAPAN : PENGUSUL 2 : ROHANA BT MAHMOOD NAMA ANAK : MUHAMMAD AIRIEL NAUFAL BIN MUHAMAD AZAM (2 ALPHA) USUL 2 : SETIAP SUBJ@TOPIK YG NAK BELAJAR UTK HARI KEESOKAN DIMASUKKAN DLM GROUP IB UTK IB UTK PANTAU ANAK2 TAHU DAN KLU TAK FHM ANAK2 BLH TERUS TANYA CG JAWAPAN : HAL EHWAL MURID (HEM) PENGUSUL 3 : SANDRAKALA A/P RAMAN NAMA ANAK : AJAYKUMAR A/L SELVAKUMAR (5 GAMMA) USUL 3 : MEMASTIKAN MAKANAN DI KANTIAN BERSIH DAN SESUAI KEPADA SETIAP PELAJAR. JAWAPAN : 40
PENGUSUL 4 : MAZHAN OTHMAN BIN ABDULLAH NAMA ANAK : ALVEENA DELISHA (4 ALPHA) USUL 4: Tambahan Kutipan Dana Penjagaan (Maintanance) & Penambahbaikan RM5/murid JAWAPAN : PENGUSUL 5 : FATIMAH LAUHUDAL NAMA ANAK : SITI AMYLIA ATIKAH (1BETA) USUL 5: SAYA BERHARAP ADA PENJAGA KESELAMATAN ANAK ANAK KETIKA PULANG KE SEKOLAH UNTUK MELINTAS JALAN RAYA , SEPERTI PEMANTAUAN KENDERAAN LALU LINTAS JAWAPAN : PENGUSUL 6 : NORLIZA BINTI ELIAS NAMA ANAK : NURUL SYAFINAZ BINTI MAT AISA (5 GAMMA) USUL 6 : Tolong prihatin mknn dikantin time ank²/pljar tgktan 5 rehat..selalu mknn habis..x sempat mkn sambung kelas ptg#kelas tambahan..balik rumah sakit perut,sakit kepala ,masukangin...setiap thn begitu...harap maaf dan harap maklum. JAWAPAN : PENGUSUL 7 : RANI A/P K. S. CHINNIAH NAMA ANAK : LETCHUMY A/P SUBRMANIAM (5 SIGMA) USUL 7: MEMBAIKI TANDAS PEREMPUAN DI BLK D. JAWAPAN 41
PENGUSUL 8 : MOHD FIRDAUZ BIN SARIP NAMA ANAK : JAZMYN AYESHA BINTI MOHD FIRDAUZ (1 BETA) USUL 8 : 1. RAMAI REMAJA, TERUTAMA YANG BARU MENEMPUHI ALAM SEKOLAH MENENGAH MEMPUNYAI INSECURITY DIRI SEMASA PROSES ADAPTASI PERSEKITARAAN BARU. MUNGKIN PIHAK SEKOLAH BOLEHMENGADAKAN PROGRAM ATAU CERAMAH YANG BERSESUAIAN AGAR ADAPTASI POSITIF DAPAT BERJALAN DENGAN BAIK. JAWAPAN : 2. ADAKAH PROGRAM BERBENTUK KEIBUBAPAAN YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH BAGI IBU BAPA DAPAT SAMA² MENDAPAT ILMU KEIBUBAPAAN SEMASA ANAK² MENINGKAT REMAJA?" JAWAPAN : PENGUSUL 9 : ZINATUL 'ASHIQIN BINTI TAMLEHA(PKHEM) USUL 9 : MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SANITASI DI DALAM TANDAS MURID DAN GURU PEREMPUAN. JAWAPAN 42
KOKURIKULUM PENGUSUL 10 : LETCHUMI DEVI A/P ANDY NAMA ANAK : VHARSHA A/P CHELLADURAI (4 ALPHA) USUL 10 : MEMBUAT KOKURIKULUM SATU HARI SAHAJA JAWAPAN : PENGUSUL 11 : NOREDAYU BINTI MD ASLI NAMA ANAK : NURUL AININ SOFEA BINTI MOHAMMAD FAUDZIMAN (PPKI K7) USUL 11: MOHON PIHAK SEKOLAH DAPAT MENYALURKAN SEDIKIT BANTUAN ATAUINSENTIF KEPADA PARA ATLET YANG MEWAKILI SEKOLAH BAGIKEJOHANAN PERINGKAT TERTINGGI DALAM USAHA MENAIKKAN NILAISEMANGAT JUANG MURID-MURID BAGI MENCAPAI KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN. JAWAPAN : HAL-HAL LAIN PENGUSUL 12: KHIRUZAD MOHAMED TAHIR NAMA ANAK : MUHAMMAD ADHAMSYARIYEZ KHIRUZAD (2 DELTA) USUL 12 : "TAHNIAH KEPADA AJK PIBG YANG SENTIASA AKAN BER'SAMA'KAN IBU BAPA DALAM. PROGRAM PIBG DI SMKTSR NAMUN PERLU DIPELBAGAIKAN LAGI CARA MENARIK MINAT IBU BAPA UNTUK TURUT SERTA. CONTOH : ADAKAN 'HADIAH' BERTUAH BERKALA DI SETIAP PROGRAM PIBG ( KUMPUL POINT ) DAN HADIAH BAKAL DIBERI DI PROGRAM TERAKHIR PIBG." JAWAPAN 43
PENGUSUL 13 : FITRRIAWATI BINTI AHMAD NAMA ANAK 13 : AMMAR SYAZWAN AKMAL BIN MOHD AIDIL (1 THETA) USUL 13 : APA-APA PERJUMPAAN ATAU AKTIVITI YANG MELIBATKAN IBUBAPADIBERITAHU 2 MINGGU SEBELUM TARIKH ... TERIMA KASIH JAWAPAN PENGUSUL 14: NORHASLINDA BT JAMALUDIN NAMA ANAK : MUHAMMAD ASHRAF HASIF BIN MOHD JAAFAR (4 BETA) USUL 14 : TIADA RAMAH MESRA DIKALANGAN GURU-GURU SEKOLAH DENGAN IBU BAPA APABILA MENGADAKAN AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH PIHAKSEKOLAH, YG BERKAITAN DGN JEMPUTAN IBU BAPA. JAWAPAN PENGUSUL 15: HASAN BIN ISMAIL NAMA ANAK : NUR HUSNA DAMIA BT HASAN (3 SIGMA) USUL 15 : JADIKAN SEKOLAH SMKTSR SEK. YG MODEN JAWAPAN 44
CADANGAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SESI 2024/2025 45
46
SENARAI AJK PIBG SESI 2023/2024 & SESI 2024/2025 47