The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulinsyirah0303, 2022-05-30 09:44:53

ESEI PALS 1012

ESEI PALS 1012

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

TUGASAN KERJA KURSUS
ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU (PALS 1012)

NAMA : NURUL INSYIRAH BINTI MOHAMAD
ANGKA GILIRAN : 2021292310015
NO. TELEFON : 0199852533
OPSYEN : BAHASA MELAYU 1
AMBILAN : JUN 2021
KOD KURSUS : PALS 1012
NAMA KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
NAMA PENSYARAH : PN NORZEHA BINTI OTHMAN

JABATAN/UNIT : JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN
DAN INOVASI
TARIKH SERAHAN
: 26 MEI 2022

Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Catatan (jika ada):

Tandatangan pelajar: NURUL Tarikh: 26 MEI 2022

PENgHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. yang telah memberi taufik dan hidayah
yang melimpah ruah sehingga usaha melaksanakan tugasan PALS 1012 berjaya dengan
cemerlang . Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan
yang telah menolong saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan

tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing Pn Norzeha Binti Othman , kerana telah banyak memberi bimbingan

dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga,saya merakamkan sekalung penghargaan kepada keluarga
saya yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada saya dalam
melaksanakan tugasan ini . Dorongan serta doa dari mereka memudahkan lagi perjalanan

saya

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menyiapkan tugasan ini. Jasa anda tidaklah dapat dibalas melainkan Tuhan sahaja yang

dapat membalasnya.Sekian terima kasih.

ISI KANDUNGAN 1
Penghargaan 2
Isi Kandungan 3
4
1.0 Pengenalan 4
2.0 Definisi teknologi hijau 5
3.0 Konsep teknologi hijau 5
4.0 Isu alam sekitar perhutanan 5
6
4.1 Isu perhutanan di Malaysia 7
5.0 Punca isu perhutanan 8
8
5.1 Sumber pendapatan negara
5.2 Pembangunan 8
6.0 Hutan paya bakau kian terjejas 9
7.0 Produk penyelesaian isu hutan paya bakau 9
7.1 Analisis kelebihan remote sensing

7.1.1 Mengawal pencemaran udara
7.1.2 Memantau kadar penebangan hutan
7.1.3 Memantau kebakaran hutan
8.0 Kesimpulan
Rujukan

1.0 PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, terdapat banyak isu alam sekitar yang timbul hasil daripada

berlakunya eksploitasi sumber alam yang tidak terurus. Apabila sesebuah negara semakin
pesat membangun, populasinya semakin meningkat. Ini menyebabkan kadar permintaan
terhadap sesuatu keperluan adalah tinggi. Gaya hidup manusia yang mahukan kehidupan
lebih baik menyebabkan permintaan terhadap sumber semula jadi semakin meningkat.
Pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang seperti pembalakan tidak terkawal,
penerokaan tanah secara berleluasa, pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera,
pembuangan sisa pepejal dan sebagainya menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku.
Paling merisaukan adalah isu perhutanan yang semakin kritikal pada masa ini. Jika masalah
ini berterusan maka ia akan menjejaskan kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Oleh itu, isu-
isu ini perlu diselesaikan dengan segera agar tidak menjadi lebih kritikal dan pengaplikasian
produk teknologi hijau merupakan solusi efektif dalam hal ini. Produk teknologi hijau berupaya
membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan
tenaga lestari dan cara hidup lebih baik.

RAJAH 1 : PEMBANGUNAN PESAT DAN PEMBALAKAN HARAM

1

2.0 DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU

Menurut KeTTHA, teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk
untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi. Teknologi hijau ini berfungsi untuk
meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Contohnya, meminimumkan
degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah,
selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat untuk semua hidupan.
Tekonologi hijau ini merupakan teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding
dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan
sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan
sesuatu produk.

Meningkatkan tahap Melindungi ekosistem
kesihatan dan kehidupan semula jadi

KELEBIHAN PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

Mengurangkan impak Alternatif untuk
negatif daripada aktiviti menggalakkan
perkembangan ekonomi
manusia

2

3.0 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU

Dalam teknologi hijau juga, terdapat empat dasar utama iaitu tenaga, alam sekitar,
ekonomi dan sosial. Kempat-empat dasar ini memainkan peranan yang sangat penting dan
menguntungkan kesemua pihak. Oleh yang demikian, aplikasi teknologi hijau perlulah selaras
dengan konsep pembangunan mampan ( sustainable development) iaitu pembangunan yang
dilaksanakan mesti mematuhi kriteria agar tidak menjejaskan generasi pada masa hadapan.

Tenaga Mencari ketidakbergantungan tenaga dan
Alam Sekitar mempromosikan kecekapan tenaga

Memulihara dan meminimumkan kesan kepada
alam sekitar

Ekonomi Meningkatkan pembangunan ekonomi negara
melalui penggunaan teknologi

Sosial Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid dan lain-lain
yang bersumberkan alam semula jadi. Teknologi hijau lebih cekap kerana ia boleh menjana
tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna. Apabila
kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum. Ia
dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidupan. Dari aspek
ekonomi, teknologi ini mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan
biodiversiti umumnya.

3

4.0 ISU ALAM SEKITAR PERHUTANAN
4.1 ISU PERHUTANAN DI MALAYSIA
Menurut Wikipedia, hutan merujuk kepada kawasan yang ditumbuhi pokok secara

meliar dan bercampur-campur. Hutan berbeza dengan ladang yang ditanam oleh manusia.
Hutan juga dikelaskan mengikut perubahan ciri-ciri ketinggian dari aras laut, gabungan flora,
habitat, iklim, tanah dan biotik. Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan
hutan. Terdapat lima jenis hutan di Malaysia iaitu hutan pantai, hutan paya bakau, hutan paya
air tawar, hutan hujan tropika dan hutan gunung. Hutan memberikan pelbagai kepentingan
kepada manusia iaitu sejak kelahiran manusia terawal dalam alam semesta. Antaranya ialah
hutan membekalkan sumber bahan mentah kepada manusia untuk pembangunan
perindustrian dan perumahan. Sebagai contoh, hutan telah membekalkan manusia dengan
kayu kayan seperti kayu jati, cengal, meranti dan sebagainya untuk penghasilan bahan-bahan
industri khususnya perabot. Ini secara tidak langsung, menyediakan banyak peluang
pekerjaan untuk rakyat dalam industri perabot di samping menjana ekonomi negara. Namun
begitu, dalam meniti arus kemodenan ini, kawasan hutan telah menjadi mangsa kerakusan
manusia yang mengejar kekayaan.

RAJAH 2 : HUTAN DI MALAYSIA

4

5.0 PUNCA ISU PERHUTANAN

Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer, berkata aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya
isu perhutanan yang kritikal di Malaysia adalah disebabkan oleh kegiatan pembalakan,
penerokaan, pembukaan tanah dan penempatan yang mana dalam skala kecil sekalipun, akan
memburukkan keadaan sehingga menyebabkan kemusnahan terhadap keseimbangan
ekosistem. Hal ini demikian kerana, walaupun aktiviti itu memberi manfaat kepada manusia,
ia secara tidak langsung membawa keburukan dan kemusnahan kepada alam semula jadi.
Kombinasi kegiatan manusia dengan aktiviti alam semula jadi menyebabkan perubahan iklim
dunia yang mencetuskan tindak balas sehingga boleh menyebabkan kemusnahan berganda.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan isu perhutanan berlaku di Malaysia antaranya
termasuklah menjadi sumber pendapatan negara dan pembangunan.

5.1 SUMBER PENDAPATAN NEGARA

Sektor perhutanan sangat penting dalam pembangunan negara. Contohnya,
penebangan pokok-pokok yang dilakukan membolehkan kayu-kayan dieksport ke negara lain
seperti Jepun, Singapura, Taiwan dan Hong Kong. Malah, juga dapat mengembangkan
industri pembinaan, industri kertas dan sebagainya. Perkara ini sememangnya dapat
meningkatkan ekonomi negara. Paling penting, kerajaan dapat menyediakan peluang
pekerjaan kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Namun, hal ini telah
menyebabkan kepupusan sumber hutan dan kayu-kayan yang berharga apabila penebangan
dilakukan secara berleluasa dan tidak dikawal.

5.2 PEMBANGUNAN

Pada hari ini banyak hutan telah diteroka untuk tujuan pembangunan seperti kawasan
perumahan, lebuh raya, pembinaan jalan dan sebagainya. Walaupun pada akhirnya negara
akan mengecapi kemajuan dalam infrastruktur namun padah juga akan diterima. Penerokaan
hutan akan menjejaskan sumber alam semula jadi. Contohnya, penerokaan hutan akan
menjejaskan sumber alam terutamanya bekalan air bersih. Bekalan air bersih akan terjejas
kerana lumpur daripada kawasan yang diteroka akan terus mengalir ke sungai apabila hujan
turun. Selain itu, sumber-sumber hutan yang berharga seperti rotan, tongkat ali, pokok cengal
dan sebagainya juga musnah disebabkan oleh penerokaan hutan. Jika hal ini berterusan, ia
akan memberi kesan buruk kepada keseimbangan ekosistem alam sekitar.

5

6.0 HUTAN PAYA BAKAU KIAN TERJEJAS
Dalam akhbar Berita Harian baru-baru ini, penurunan keluasan kawasan hutan paya bakau

yang ketara menjadi isu utama alam sekitar termasuk di Malaysia. Sebuah badan bukan
kerajaan (NGO), Sahabat Alam Malaysia memberikan amaran bahawa lebih 50 peratus hutan
paya bakau di Semenanjung Malaysia diancam dan sedang mengalami kemusnahan.
Kemusnahan ini sememangnya berlaku disebabkan oleh ketidaksedaran masyarakat
terhadap kepentingan hutan paya bakau. Hutan paya bakau di Malaysia banyak tertumpu di
kawasan pantai berselut dan di muara sungai khususnya di kawasan pantai barat
semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Hutan ini merupakan hutan yang mempunyai
nilai produktiviti yang tinggi berbanding hutan-hutan lain yang terdapat di Malaysia.

Hal ini kerana hutan paya bakau berupaya menyerap sumber karbon dioksida lebih tinggi
berbanding hutan-hutan lain yang terdapat di Malaysia. Malah, hutan paya bakau berperanan
sebagai pelindung semula jadi kepada bencana alam seperti tsunami, ombak besar serta ribut.
Hutan paya bakau mampu menyerap gelombang besar ombak serta angin kencang
seterusnya membolehkan kawasan pesisiran pantai yang dilitupi hutan paya bakau selamat
daripada impak bencana. Hutan paya bakau merupakan ekosistem sangat berharga terutama
bagi ekologi ekosistem itu sendiri. Ia mengawal kualiti alam sekitar khususnya di pesisir pantai
yang bergantung rapat dengan kehadiran hutan paya bakau. Ekosistem ini ibarat sinki karbon
terbesar di persekitaran pesisir pantai yang berlumpur.

RAJAH 3 : HUTAN PAYA BAKAU

6

7.0 PRODUK PENYELESAIAN ISU PERHUTANAN PAYA BAKAU
Oleh itu, langkah efektif perlu dijalankan dalam kadar segera bagi membendung

permasalahan isu hutan paya bakau di Malaysia agar tidak menjadi lebih gawat. Kesedaran
mengenai pemantauan status hutan paya bakau kian meningkat. Terkini, kemajuan teknologi
remote sensing atau penderiaan jauh memudahkan lagi tugas pemantauan dilakukan.
Penderiaan jauh adalah suatu teknologi yang membantu memperoleh maklumat daripada
penderia satelit mengenai sesuatu objek atau kawasan tanpa menyentuh objek atau kawasan
itu. Teknologi remote sensing merentas masa paling efektif dalam memantau status hutan
paya bakau dengan cepat dan berkesan. Berbeza dengan kaedah konvensional sebelum ini
yang memerlukan sentuhan manual, iaitu dengan cara turun padang ke lapangan.

Pada permulaan, gambaran udara yang memerlukan tafsiran secara manual digunakan
sebelum teknik penderiaan jarak jauh. Seterusnya, teknologi ini berkembang sekitar 1980 an.
Satelit Landsat dan SPOT (sistem satelit observasi bumi komersial beresolusi tinggi)
digunakan untuk memantau serta memetakan kawasan hutan paya bakau. Seterusnya,
teknologi semakin berkembang dengan kehadiran satelit yang mencerap dengan lebih jelas
seperti satelit Quickbird.

7

7.1 ANALISIS KELEBIHAN REMOTE SENSING
Terdapat banyak kelebihan dan kemudahan yang diperoleh hasil daripada

penggunaan remote sensing untuk memantau keadaan paya bakau. Antaranya termasuklah,
melalui remote sensing, beberapa maklumat dapat diperoleh di sekitar kawasan ekosistem
hutan paya bakau dalam kadar segera. Contohnya, spesies hutan paya bakau, pengezonan
bagi setiap spesies yang ada, tahap kesihatan pokok bakau, perubahan guna tanah serta
lingkungan fizikal pokok itu sendiri.

7.1.1 MENGAWAL PENCEMARAN UDARA
Selain memberikan banyak manfaat kepada paya bakau, remote sensing dilihat

dapat mengawal pencemaran udara. Pencemaran udara adalah penyebab masalah kesihatan
seperti kesukaran bernafas dan kerengsaan mata, hidung, dan tekak. Remote sensing dapat
membantu mengesan perubahan kepekatan kandungan kimia dalam udara melalui pantulan
gelombang dalam frekuensi tertentu. Para saintis juga menggunakan data yang dikumpulkan
oleh satelit untuk membuat visualisasi pencemaran udara yang terperinci dan tepat pada
masanya. Dengan animasi satelit daripada kejadian pencemaran udara ini, saintis juga dapat
mengesan pergerakan kabut asap iaitu gas dan zarah di udara pada jarak dekat atau jauh.

7.1.2 MEMANTAU KADAR PENEBANGAN HUTAN
Bantuan daripada teknologi remote sensing juga menyebabkan aktiviti penebangan

hutan dapat dipantau dan dikawal dengan melihat kepada perubahan litupan kawasan tanah
untuk jangka masa panjang. Data litupan kawasan tanah yang diperolehi daripada imej satelit
akan diproses untuk melihat kadar perubahan yang berlaku. Hasil daripada pemetaan dan
pemodelan analisis tersebut, sejauh mana perubahan litupan kawasan tanah dapat dilihat dan
pembangunan yang berlaku serta mendapatkan maklumat tentang kawasan yang paling
terkesan dengan perubahan tersebut. Dengan cara ini pihak yang berwajib akan dapat
memantau kadar penebangan hutan yang berlaku berdasarkan perubahan pengunaan tanah.

8

7.1.3 MEMANTAU KEBAKARAN HUTAN
Remote sensing juga berupaya memantau kebakaran hutan. Contohnya, imej satelit

daripada remote sensing akan membantu untuk mengenal pasti titik panas kebakaran hutan.
Titik panas ini akan dipetakan untuk mengawal dan memantau kebakaran hutan supaya tidak
berlaku dengan lebih teruk. Antara instrumen yang digunakan dalam membantu mengawal
kebakaran hutan adalah ASTER dan MODIS yang terdapat pada satelit Terra. Instrumen ini
membantu untuk memberi sistem amaran apabila terjadinya kebakaran di kawasan terpencil.

8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kesedaran alam sekitar merupakan satu nilai yang penting ditanam dalam

diri setiap individu bagi melahirkan warga Malaysia yang bukan sahaja faham, berkebolehan,
berkemampuan bahkan mempunyai keprihatinan terhadap pengurusan dan pencemaran alam
sekitar. Kesedaran ini bukan sahaja menguntungkan negara tetapi juga masyarakatnya.
Individu yang telah diterapkan dengan nilai-nilai mencintai alam sekitar akan lebih peka dan
sensitif terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Ekoran daripada hal tersebut,
pengaplikasian teknologi hijau dalam kehidupan pada hari ini telah diamalkan oleh
kebanyakan pihak di Malaysia malah juga di seluruh dunia. Produk teknologi hijau yang mesra
alam dihasilkan sangat penting untuk mengurangkan isu alam sekitar di Malaysia. Oleh itu,
masyarakat perlu memanfaatkan produk teknologi hijau yang ada agar tidak menjejaskan alam
sekitar. Kesedaran masyarakat terhadap pentingnya pengaplikasian produk teknologi hijau
sangat penting dan perlu dititikberatkan. Warganegara yang bertanggungjawab memelihara
dan memulihara alam sekitar menjamin kehidupan yang selesa dikemudian hari

9

RUJUKAN

Arief, A. (2001). Hutan dan Kehutanan. Kanisius.
Alexender,F.W & Rober, N.S. & Wagner, G. (2003). Interpreting Sustainability in Economic

Terms: Dynamic Efficiency Plus Intergenerational Equity. SSRN Eletronic Journal,
79(3), 339-334.
Chin Lee Mei & Lee Phoon San. (2012, September 11). Pendidikan alam sekitar : Isu-isu
alam sekitar. http://pasipgktb.blogspot.com/2012/09/isu-isu-alam-sekitar_1553.html

Ehwan Ngadi. (2020, Oktober 2). Ekopelancongan hutan paya bakau : pendidikan alam
sekitar kepada masyarakat. Bernama.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1882695

Iskandar Hasan Tan Abdullah. (2015, Mac 13). Teknologi hijau tingkat kualiti hidup, pacu
ekonomi negara. Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-
tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonomi-negara

Murad Yok. (2011, Julai 4). Remote sensing dan kepentingan. [Powerpoint slides].
Slideshare. https://www.slideshare.net/muradby/remot-sensing-dan-kepentingan

Saiful Bahari. (2020). Majalah sains: Penderiaan jauh & aplikasi dalam kehidupan.
https://www.majalahsains.com/penderiaan-jauh-aplikasi-dalam-kehidupan/

Wan Mohd Noor Hafiz. (2019, Januari 2). Hutan paya bakau diancam kemusnahan. Sinar
Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/5171/EDISI/Utara/Hutan-paya-bakau-
diancam-kemusnahan

Wikipedia. (2022). Teknologi hujau. https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau


Click to View FlipBook Version