TEKNIK PENULISAN KARANGAN PT3
ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN
1. Rangka Karangan
Pendahuluan : 1 Perenggan 30 Perkataan
Isi : 4 Isi : 4 Perenggan : 4x30 : 120 Perkataan
Penutup : 1 Perenggan : 30 Perkataan
2. Bentuk Perenggan
JENIS PENDAHULUAN ISI PENUTUP
AYAT Tema
Ayat Topik Kehendak Soalan Merumus
1 / 2/ 3 / 4 Kehendak Soalan
Ayat Huraian Tema Huraian
Ulasan Tema
Huraian Kehendak Soalan
Bukti Cadangan
Ayat Contoh Bukti Huraian Tema
Kehendak Soalan Harapan
Ayat Rumus Kehendak Soalan Menegaskan
Kehendak Soalan
3 Aspek soalan
a) Punca : Faktor/ Sebab/ Apa/ Mengapa
b) Langkah Mengatasi : Cara/ Strategi/ Teknik/ Bagaimana/ Usaha
c) Kesan : Impak/ Implikasi/ Kebaikan/ Kepentingan/ Kelebihan/ Keburukan
TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3
1. Teknik Menganalisis Soalan Karangan
1.1 Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
1.2 Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan gariskan kata-kata kunci:
Tema (T)/ Kehendak soalan (KS)/ Format Karangan (F)/ Kepanjangan Karangan (P)
Contoh :
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas
Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.
Tema : Penggunaan Telefon Bimbit
Kehendak soalan : Kebaikan Penggunaan
Format Karangan : Karangan fakta
2.Teknik Menulis Rangka Karangan
2.1 Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.
Ayat Topik Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara
global
Ayat Huraian
Ayat Contoh Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat Rumus
melayari internet, mendengar muzik,kamera
Banyak membawa kebaikan
Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara global bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat perhubungan malah
mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin canggih. Antaranya, kita boleh
melayari internet, mendengar muzik, kamera dan sebaginya. Hal ini banyak membawa
kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.
2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.
a. Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.
i. memudahkan komunikasi antara manusia
ii mengurangkan membeli peralatan kamera
iii. meluaskan pengetahuan - internet
iv. menghiburkan hati
b. Kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan dan pastikan huraian isi tidak
bercampur aduk. Tulis 1 isi dalam1 perenggan.
c. Rangka Perenggan Isi (1):
Ayat Topik Memudahkan komunikasi antara manusia
Ayat Huraian
Ayat Contoh Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di
mana-manapun kita berada.
Ayat Rumus Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber
kosnya kurang daripada telefon biasa
Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan
Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit memudahkan komunikasi antara manusia.
Kita boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana-manapun kita berada.
Hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti 'sms', 'mms',
'whatsApps', 'telegram', 'viber' dan sebagainya. Tambahan pula kos penggunaanya juga
kurang berbanding dengan telefon biasa. Natijahnya, sistem komunikasi manusia sangat
mudah dan berkesan.
2.3 Teknik Menulis Perenggan Penutup
Ayat Topik Berfaedah kepada sesiapa sahaja
Ayat Huraian Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko
Ayat Contoh Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan
Ayat Rumus Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan
Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah
kepada sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang,
semakin berisiko nyawa manusia di ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit sudah
dianggap sebagai barangan yang dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Walau
bagaimanapun, telefon bimbit dianggap satu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Oleh itu,
kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak membawa kemudaratan.
JENIS-JENIS PENDAHULUAN DALAM PENULISAN KARANGAN
APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN
a) Menarik perhatian dan minat pembaca
b) Menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi
karangan
c) Menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan
APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?
a) Tepat dengan kehendak soalan
b) Jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
c) Menggunakan Bahasa yang tepat dan jelas
d) Ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi
karangan
e) Ditulis dalam satu perenggan
f) Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan
Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi menarik minat pembaca untuk
mengetahui isi-isi yang akan dikemukakan oleh penulis dalam karangan.
JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN
I) Pendahuluan jenis definisi
II) Pendahuluan jenis pendapat
III) Pendahuluan jenis suasana
IV) Pendahuluan jenis persoalan
V) Pendahuluan jenis peribahasa
VI) Pendahuluan puisi
VII) Pendahuluan gabungan
i) PENDAHULUAN JENIS DEFINISI
- memberikan takrif-makna-definisi (dengan merujuk kamus)
Contoh:
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan.
Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa melahan golongan remaja juga. Menurut
kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997
kepada 43 210 kes pada tahun 1998. Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin
serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk
membendung jenayah.
ii) PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT
- Menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh:
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A Bhg Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam
sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak
boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran
tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. Langkah-langkah yang drastic harus
diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam
masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.
iii) PENDAHULUAN JENIS SUASANA
- Menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.
Contoh:
Bas yang berhawa dinginterus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan
perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang
yang memandu kami. Sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser, sepasang anak mataku
sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.
iv) PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN
- Mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk.
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah
yang akan dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan
seseorang itu berjaya? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu
boleh mencapai kecemerlangan? Soalnya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan?
v) PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
- Memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu “ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan
tebing” amat sesuai kea rah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan siat-sifat yang menggambarkan wujudnya hubungan kasih saying dalam
sesebuah komuniti. Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin
terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh
pihak-pihak yang bertanggungjawab.
vi) PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- Mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan.
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapakah besar budi, ibunda berikan
siang malam..menderita hingga entah bila
sungguh besar pengorbanan ibunda berikan
Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini. Ibu telah melahirkan
dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang Berjaya dan berguna kepada keluarga,
bangsa dan tanah air. Kasih saying dan budi seseorang ibu tanpa mengharap sebarang
balasan, tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk membalas segala jasa dan
pengorbanan mereka.
vii) PENDAHULUAN GABUNGAN
Contoh:
Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinikan sebagai kegiatan laku musnah
yang berkaitan dengan tindakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk
kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas,
telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala
vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh
dilakukan untuk membendung gejala ini?
LATIHAN;
Soalan :
Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak dari awal lagi.
Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabung ini.
Tema:
Kehendak soalan:
Format karangan:
Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.
Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Rumus
Rangka Perenggan Isi (1):
Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Rumus
Teknik Menulis Perenggan Penutup
Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Rumus
Latihan 2:
Soalan:
Jiran tetangga merupakan orang yang paling dekat dengan diri kita,namun semangat
kejiranan semakin hari semakin pudar.
Huraikan punca-punca semangat kejiranan semakin longgar dalam kalangan masyarakat.
Tema:
Kehendak soalan:
Format karangan:
Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.
Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Rumus
Rangka Perenggan Isi (1):
Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Rumus
Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh
Ayat Rumus