1.0 PENGENALAN Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, masyarakat pluralistikyangwujud sejak zaman penjajahan British telah mengalami pertembungan budayaantarasatu sama lain. Menurut Shaliza Dasuki (2015), budaya adalah keperluan masyarakatuntuk mengatur cara hidupnya dari aspek pemikiran dan tingkah lakunya. Pembudayaanpula merujuk kepada proses atau cara membudayakan sesuatu pemikiran danilmudi sekeliling mereka untuk membentukkan identiti mereka (Kamus Dewan Edisi Keempat,2010). Pelbagai disiplin pengetahuan tempatan yang berbeza dari aspek adat resam,pakaian, makanan dan perkahwinan yang ada dalam kalangan masyarakat Malaysiatelah menghasilkan gabungan warisan dan budaya yang berwarna-warni. Prosespembudayaan yang dijalankan oleh pelbagai etnik di Malaysia membolehkannegaraini p-menjadi lebih unik dan berlainan daripada negara lain. 2.0 PROSES PEMBUDAYAAN 2.1 Akodomasi Antara salah satu proses pembudayaan yang berlaku dalamkehidupan masyarakatMalaysia adalah akodomasi. Menurut Nor Aziah Binti Abdul Majid (2018), akodomasi berlaku apabila setiap kumpulan etnik mempunyai matlamat yang berbezaberusahauntuk mencapai keseimbangan hubungan sosial dengan menghasilkan satumatlamatyang dapat membawa kepada kesepakatan bersama. Dalam konteks ini, merekaperlumengamalkan kesedaran dan nilai hormat-menghormati terhadap budayakumpulanetnik lain sambil mengekalkan budaya asal mereka sendiri. Adat resamyangberbezamengikut kumpulan etnik atau agama perlu melalui proses ini untuk menjaminkeharmonian dan keseimbangan dalam komuniti. Misalnya, amalanmakanmenggunakan penyepit diterima oleh masyarakat etnik lain di Malaysia ketikamerekamakan di restoran Cina Muslim atau restoran lain (Isa Ansari, 2018). Hal ini dikatakanmelalui proses akodomasi kerana kumpulan etnik lain menghormati adat resamorangCina dengan belajar makan menggunakan penyepit tetapi tetap mempertahankanidentiti budaya mereka sendiri seperti makan menggunakan tangan. Sebaliknya,masyarakat Cina makan menggunakan tangan apabila makan dengan rakan-rakanmereka yang berbangsa Melayu dan India akan menunjukkan penghargaanmerekaterhadap budaya rakan mereka. Proses ini dapat membantu mengurangkanperasaandiskriminasi yang mungkin dirasai oleh kumpulan etnik minoriti.
2.2 Akulturasi Seterusnya, akulturasi bermaksud proses pinjam-meminjamunsur kebudayaantanpa menghapuskan identiti budaya asli (Popy Rosalia, 2020). Bagi aspek makanan,beberapa hidangan masakan Cina telah mengalami akulturasi untuk disesuaikandengan budaya masyarakat Melayu. Sebagai contoh, Dim Sum yang biasa dimakanolehorang Cina yang mempunyai isi khinzir ini telah ditukarkan isinya kepada ayamuntukmemastikan makanan tersebut halal dan sesuai dengan budaya orang Melayu. Begitujuga dengan makanan kaum India, pertembungan budaya telah mempengaruhi pembentukan makanan tradisional Melayu yang diwarisi secara turun-temurun. Misalnya,penggunaan daun kari dan rempah ratus yang berasal dari kaumIndia turut digunakandalam masakan masyarakat Melayu (Mohd Nazri Abdul Raji, 2021). Akulturasi jugaberlaku dalam aspek adat resam iaitu permainan bunga api yang berasal daripadabudaya Cina telah mula dimainkan oleh masyarakat Melayu semasa sambutanHari Raya Aidilfitri. Perbezaan antara kedua-dua kumpulan etnik ini adalah masyarakat Cinamemainkan bunga api sebagai tanda peristiwa yang ria dan bertujuan untuk mengusirroh-roh jahat serta membawa kekayaan kepada mereka. Namun, masyarakat Melayumengolahkan unsur tersebut dengan bertujuan untuk hiburan dan keseronokansahaja.Jadi, adat resam masyarakat Cina bermain bunga api telah diolah serta dijadikanunsurkebudayaan yang sesuai dengan identiti masyarakat Melayu. 2.3 Asimilasi Proses pembudayaan yang seterusnya ialah asimilasi. Asimilasi adalahprosespercantuman antara etnik berlainan budaya sehingga membentuk satukelompokdengan identiti yang sama. Mengikut Ibrahim Majdi Mohamad Kamil (2023), asimilasi yang diterapkan oleh masyarakat Malaysia adalah unik, iaitu menerapkan penerimaanbudaya setiap etnik dan bukanlah memaksa kumpulan etnik minoriti mengikut budayaetnik majoriti sehingga kehilangan identiti mereka. Contoh asimilasi budayadari aspekadat perkahwinan berlaku dalam kalangan masyarakat minoriti iaitu orangasli sukukaum Orang Asli Jakun. Penempatan mayarakat Jakun berdekatan dengankaummajoriti seperti Melayu telah menyebabkan adat perkahwinan merekasemakinmenyerupai budaya orang Melayu. Selaras dengan kajian Shaqinur Ain MohidindanMohamad Suhaizi Suhaimi (2022), adat perkahwinan Orang Asli Jakunyangberasimilasi dengan masyarakat Melayu adalah seperti adat bertunang, malamberinai,pakaian pengantin dan pelamin serta adat merisik. Contohnya, masyarakat OrangAsli Jakun mula mengikuti adat bertunang orang Melayu seperti pemberian baranghantaran
semasa majlis pertunangan. Pemakaian inai pada semua jari tangan dankaki bagi pengantin perempuan dan pemakaian inai pada tiga jari sahaja untuk pengantinlelaki.Budaya ini juga adalah sama seperti masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat OrangAsli Jakun mengalami asimilasi dan menerapkan ciri-ciri kebudayaan masyarakat orangMelayu untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. 2.4 Amalgamasi Di samping itu, amalgamasi adalah proses pertembungan budayayangmelahirkan budaya baharu melalui perkahwinan campur (Dania Rahmatina, 2021).Dalam proses ini, kumpulan etnik majoriti bersedia untuk berkongsi kuasadanhakkeistimewaan mereka dengan kumpulan etnik minoriti, mencipta saling pelengkapandalam budaya. Kemunculan masyarakat Chetti merupakan masyarakat beragamaHinduyang berbahasa Melayu hasil daripada perkahwinan campur antara masyarakat Hindudengan masyarakat tempatan (Shuhada Abdul Kadir, 2021). Perkahwinancampurdaripada dua kumpulan etnik yang berbeza dalam kalangan masyarakat Chetti membolehkan mereka saling mengadaptasikan tradisi dan nilai-nilai yang berlainandanmenyesuaikan dalam kehidupan harian mereka bagi menghasilkan sesuatubudayayang baharu. Proses amalgamasi dapat diteliti dalam masyarakat Chetti melalui unsurbudaya seperti makanan tradisional mereka yang telah membentuk sesuatubudayabaharu tanpa mengikut budaya asal mereka. Sebagai contoh, kuih kayammerupakansejenis juadah masyarakat Chetti yang disediakan untuk sembahyang semasapadakeesokan petang di kuil. Juadah ini merupakan kebanggaan masyarakat Chetti keranamerupakan ciptaan baharu dan milik asal mereka (Uthaya Sankar, 2013). Selaindaripada masyarakat Chetti, masyarakat Baba-Nyonya juga mempunyai budayayangbaharu dan tersendiri. Pakaian tradisional mereka iaitu baju kebayanyonyamempunyai unsur-unsur gabungan Melayu dan Cina (Nur Anis Zainudin, 2018). Sebagai contoh, baju kebaya batik adalah berasal daripada baju CeongsamlabuhkaumCinayang dipotong pendek sehingga paras punggung dengan dipadankan dengankainbatiksarung yang merupakan kain yang sering dipakai dalam kalangan masyarakat Melayu.Amalgamasi berlaku kerana pakaian tradisional mereka merupakan milikanmerekayang tersendiri.
3.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, proses pembudayaan diperlukan untuk menjalinkanhubunganetnik yang kepelbagai untuk mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham. Kitaperlu menyantuni budaya dalam kehidupan seharian kerana masyarakat Malaysiaterdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Ketidaksantunanterhadap budaya lain akan memecahbelahkan perpaduan dan menjejaskankeharmonian hubungan etnik yang telah sekian lama terbina.
Rujukan Dania Rahmatina, Medhy Aginta Hidayat. (2021). Amalgamasi etnik TionghoadanetnikMadura dalam konstruksi identitas religius anak di Kabupaten BangkalanMadura.Jurnal Studi Sosial, 6(2), 119-132. Ibrahim Majdi Mohamad Kamil (2023). Asimilasi budaya sebagai satu prosesintegrasi sosial di malaysia. https://klikweb.dbp.my/?p=18218 Isa Ansari. (2018). Akomodasi budaya sebagai model keberterimaankesenianbarongsai. Juni, 10(1), 85-93. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Nazri Abdul Raji, Shahrim Ab. Karim & Jamilah Hani Esa. (2021). Pengaruhalamdan budaya dalam pembentukan makanan tradisional di lembah lenggong, perak.Penerbit Universiti Sains Malaysia. Nor Aziah Binti Abdul Majid (2018). Konsep-konsep asas hubunganetnik.https://eportfolio.utm.my/user/nor-aziah-binti-abdul-majid/konsep-konsep-asas-hubungan-etnik Nur Anis Zainudin. (2018). Keunikan dan keistimewaan sulaman kebaya nyonya. Jurnal sejarah lisan malaysia, 2(1) , 81-96. Paramasivam Muthusamy & Che Ibrahim Salleh. (2016). Asimilasi BudayaTempatanKaum Peranakan Chitty Melaka. Mahawangsa, 3(1), 1-10. Popy Rosalia. (2020). Perkawinan campuran (amalgamasi) antara etnis Minangkabaudengan etnis jawa. https://jom.unri.ac.id/index.php/JOMFSIP/article/view/28201
Shaliza Dasuki, Fazlina Mohd Radzi, Nurkhazilah Idris & Nur Hasliza Abdulah. (2015).Perkembangan budaya popular dan perubahan sosiobudaya masyarakat pascamoden: Adaptasi budaya asing dalam perkahwinan melayu.https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35648/1/35648.pdf Shaqinur Ain Mohidin & Mohamad Suhaizi Suhaimi (2022). Asimilasi budayaadatperkahwinan masyarakat orang asli suku kaum jakun dengan masyarakat melayusetempat. International Journal of Undergraduate Research, 3(1): 153-161. Shuhada Abdul Kadir. (2021). Deepavali: Hidupkan warisan masyarakat Chetti, elakkepupusan. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/deepavali-hidupkan-warisan-masyarakat-chetti-elak-kepupusan-329078 Uthaya Sankar. (2013). Kekalkan keunikan Chetti Melaka.https://www.malaymail.com/news/opinion/2013/12/29/kekalkan-keunikan-chetti-mel aka/589033